Too much

21:28 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for magic tumblr
Not magic but a miracle.
 Hai, aku kembali lagi.
Tak lama lagi Ramadhan akan berakhir. Kubakal merindumu wahai Ramadhan. Pada bulan Ramadan ni jugalah, ramai yang pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Kadang-kadang bila baca dekat twitter, macam-macam kisah nak diceritakan. Contohnya, kes buli yang meningkat sehingga melibatkan nyawa manusia. Hmm. Moga-moga kita semua dilindungi daripada bahaya.

Oh ya, apa tema korang untuk raya kali ini? Aku dengan paksa rela pakai tema warna biru. Kiciwa ahhh tapi sebab adik aku yang nak semua sedondon. Aku ikut je lah. Raya setahun sekali. lol. Tapi kan, mood raya tu tak kesampaian tau.

Alasannya, aku tengah tunggu result PSPM II. Itu lah yang aku tengah tunggu-tunggu selama ni. Esok lah hari yang bakal tiba. Sebenarnya, result tu dah sampai ke tangan Pengarah hari ni. Aku tak tahulah apa nasib aku. Allahuuuu. Perasan bercampur-baur.

Aku harap dapat uni dekat rumah je. Senang sikit urusan. Gais, I wish you all the best matriculant! Walaupun aku tahu, tapi kena redha dan terima lah dengan hati yang terbuka.

Hampir lupa nak cakap. Finally, budak "poplat" tu dah left dari group praktikum aku. Gara-gara sentap dengan orang lain sebab cakap dia bising. gahh! mampu senyum sinis je. hahaha. Yela, mana tak kena perli. Memekak duduk counting days hari result. Mungkin dia confident dia poplat. Yahh semangat itulah yang kita nak. #Sarcasm #sangkabaik



0 comments:

Mereput

18:38 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for star tumblr
Just wishing to look the stars are glimmering during the night.
20 Jun merupakan tarikh keramat untuk result pspm II keluar. wahahaha can't wait hasilnya. Cepatlah, aku dah tak nak tunggu lama-lama. Nak sambung belajar cepat. Kahkah. Walaupun hidup sebagai student, stres macam-macam. Aku suka lagi belajar. *flip hair* Aku duduk rumah je semenatara cuti. Tolong mak. Yela bakal menantu kepada mak mertua. hahahahahahha maaf. abaikan kata-kata tu.

Aku tengah tunggu baju kelas matriks untuk diposkan ke rumah aku. Berjanggut jugalah tunggu baju kelas. Hampir sebulan selepas habis matriks. Lagi satu aku tengah tunggu kad raya yang piya post. Excited jugalah. Zaman aku mana ada nak post post kad raya. Semua wish guna phone lagi nyata.

Cerita pasal baju kelas kan, kawan aku ada minta alamat. Dengan tenangnya aku dah bagi alamat aku secara personal dekat dia lah. Ada manusia ni(classmate aku) terlalu baik sangat nak hantar alamat orang lain termasuk aku dekat dalam group. Classmate aku tu budak lelaki. Takpun bekas ketua kelas masa sem 1. Aku tak tahu dia ni apa masalahnya. Kau hantar alamat kau dah lah hanat. Kan dah mencarut. Maaf. Aku tahulah urusan aku nak hantar alamat aku. Aku ada cerita kan kisah dia. Pandai-pandailah korang cari dalam blog aku ni. Manusia yang bodohkan kitaorang sebab dia dapat 4flat tu.

Dah nak habis matriks, baru kau nak beramah mesra? Jagalah hal kau tu. Dia dapat alamat kitaorang semua tu sebab masa tu nak exam sem 1. Then, lecturer bagitahu ada salah maklumat. Aku pun tak tahu tang mana salah. Semua kena pulangkan balik slip tu tapi orang tak bertanggungjawab ni pergi simpan kitaorang punya slip. Lepastu dengan baik hati nak snap alamat kitaorang bagai dan hantar dekat group beberapa hari yang lalu. Dah lah dalam slip tu ada no ic.

Kalau kau guna ic aku untuk check aku punya result. Aku haramkan. kahkah. Aku nak pesan dekat kau, move on je lah dengan matriks ni. Buat sakit hati orang pandai. Dahlah sememeh. Tahu sememeh ni apa? Kuat menangis. Masa hari terakhir nak balik tu, dia melalak dekat dataran. Aku macam pergi balik ah. Buat drama dekat sini pula. Mereka yang moonafik buat drama depan aku. Dah nak habis matriks. Happy ahhh. Apa lagi nak berselindung. -..-

Aku cuma sedih tak jumpa praktikum masa asimilasi bukannya yang dah dirombak. Jangan peliklah aku tak layan pun korang memekak apa pun dalam group tu dan unfollow korang *gelak syaiton*

hahahah

Masa nak selfie dengan group aku, dia pun menyibuk. Tunggu kau nak blah dari dataran tu sampai pukul 5 lebih. tahu takkkk. Nak elak dia daripada join kitaorang selfie sebab dia bukan group SEVEN. lol

Aku post gambar group SEVEN aku then yann komen "cakaplah rindu". Tetiba penyemak ni komen berjela-jela dekat gambar aku dengan berkata, "kau ingat aku sorang je tak boleh move on, sekurang-kurangnya nak tunggu SEBULAN baru nak move on..".

Aku baca komen tu terus aku archive post tu. Sejak bila aku sama dengan kau susah nak move on. Nyampahnyalah. Esok tu aku terus unfollow dia. agagaga kalau dia perasan pun aku tak kisah.

0 comments:

Tomorrow KMJ

21:34 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for maple leaf tumblr
Esok hari yang mendebarkan bagi kalian.
Adik-adik sekalian,
Senior nak ucapkan selamat datang di KMJ. hehe. Siapa yang baca ni masa otw nak ke kmj, have a safe journey. Esok aku datang kmj juga. Hantar adik aku dekat kmj. Kebetulan dia pun dapat tempat sama aku. hahaha. Mak cik ni dari dulu ikut jejak aku. Hmmm. Esok kalau terserempak, kita buat-buat tak kenal. hehek. Alang-alang tu followlah insta aku. hahahahah maisarahmusa. Pergi search cepat. Asal lah aku pula excited, padahal adik aku yang nak masuk kmj. Mungkin aku rindu kmj? hahah aku tak nak bagitahu sekarang. Nanti sakit jiwa dan raga. Pastikan semua dokumen yang nak dibwa tu lengkap ya adik-adik. Check untuk last minute ni. Pastikan muka ceria. Niat yang baik.

0 comments:

Junior.

09:20 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for paperclip tumblr
"It reminds me of Ji Eun Tak's notebook."
 Dah lama nak tulis entry ni tapi aku lebihkan masa aku pergi tengok drama Goblin. Masa dekat matriks, aku tak ada masa nak tengok movie. Tengok movie pun sekali je. Itu pun tengok dengan kawan-kawan movie Miracle in cell 7. Bengongnya lah, nak nangis tak jadi gara-gara salah seorang muka actor tu macam Dr. yang ajar kitaorang fizik. Got no chill, man. lol.

Kisah junior yang aku nak cerita ni berkaitan dengan adik aku. Tapi budak ni, aku-aku lah sekali dibabitkan. Aku tak kisah pun kalau nak tanya berkaitan matriks. Aku akan bantu dengan apa yang aku tahu. Tapi, budak ni agak obviouslah sampai sanggup guna nombor lain dan menyamar jadi orang lain and tanya soalan berkaitan matriks.

Nak tahu macam mana aku dapat tangkap tu adalah orang yang sama? Agak pelik bila orang luar tahu nombor kau. Then, nak tipu kata dapat nombor dari pejabat sekolah. Basically, pihak sekolah tak akan mendedahkan maklumat pelajar. Tipu tak berjaya lah junioe. Give him a big applause and try again. Hmm. Tapi aku tak berdiam diri danaku tanya nama budak tu siapa. Kata kononnya dapat nombor aku dari pejabat seklah untuk list nama senior. Dia kata dia bernama Syazwani. Aku tanya adik aku ada ke student sebaya dia nama syazwani. Dia kata mana ada. Tu mesti budak lelaki tu. 

Dia ws aku cakap sorry. Aku pun reply "Selamat maju jaya orang yang tak dikenali". ahahah. Wuuu finally. Dia tak puas hati, nak balas juga. Lepastu mengaku dia adalah lelaki. Lepastu kata dia tak ada kawan lelaki matriks. Secara logiklah, kau buka list senior sekolah tu, kenapa kau tuju nombor aku. Ada je student lelaki dapat matriks. Nak tipu tapi kelaut. Moga berubah. Yang kau duk guna nombor lain tu dah kenapa. Lepastu tipu. Aku tak balas pun. Biar je dia.

Dua hari yang lepas dari hari kejadian, dia ws aku guna nombor yang sebenar. Tetiba tanya cuti sem berapa lama. Aku bagi dia grey tick je, hahaha. Jahatkan? Janganlah jadi pemalas. Dalam buku peraturan tu bagitahu everything. Bacalah dengan teliti. Tanya soalan yang pelik-pelik. 

Moral of the story: sometimes kita kena rajin cari dalam google ke sebelum tanya orang. Kena baca maklumat penting tertulis. Aku tahu buku peraturan tu beratus-ratus mukasurat. Kita pun kena ada usaha lah habiskan baca. 

Sebelum aku tanya senior tentang matriks, aku baca dulu. Tak adalah terus tanya macam otak kosong gitu. 

0 comments:

Patut ke?

11:25 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for spectacles tumblr
Never thinking Jin got talented in singing. 
Baca tajuk tu macam krik krik. Hai blogger. Aku matikan diri bila kawan aku minta link blog aku. Bukan aku tak nak bagi. Nanti aku bagi, korang tak kan terima apa yang aku luahkan dari sudut hati ini. Sorry geng. Sejak kes chain letter tu, aku akan berjaga-jaga dengan kalian. Kalau nak tahu pasal chain letter, pergi tab Life in Matriculation. Tak ingat lah part berapa. Kalau rajin, bacalah dari awal.

Aku nak cerita sikit. Masa tu baru beberapa hari habis selepas tamatnya matriks. Roommate aku whatsapp aku dan tanya story dekat insta ni aku tuju dekat dia ke. Dia nak tanya lama tapi terlupa. Yela tu lupa, ke nak tunggu dah nak habis matriks baru berani nak bagitahu. Hmm. Roommate aku ada empat orang, yang hairannya dia terasa dengan story insta aku. Aku bagitahu dia dengan tenang, story tu bukan tuju dekat dia dan aku tuju dekat roommate aku lagi satu. Dia nak pastikan lagi. Then, aku tanya dia, makhluk mana yang screenshot story insta aku. Dia cakap member dia. Fantastic!

Aku rasa followers aku tu bukan member dia pun. Berdasarkan font yang digunakan dalam gambar screenshot. Aku kenal font siapa. Kalau tak si hater tu siapa lagi. Apa entah yang kau tak puas hati lagi. Moga berubahlah. Malas nak layan spesis orang macam ni.

Roommate aku ni pun percaya lah dekat aku yang insta story tu aku bukan tuju dekat dia pun. Ada juga yang masih memahami. Kepada haters, awak tak payah memporak-perandakan kitaorang. Kau tak tahu apa yang terjadi. Jadi jangan acah nak tahu sangat.





0 comments:

Persediaan sebelum ke matriks.

22:04 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for bird tumblr
Free your mind from negative thinking.
Assalamualaikum dan hai readers!
Seperti yang dijanjikan, aku akan buat entry pasal matriks after share story apa yang aku lalui dekat matris. Hari ni aku berkesempatan untuk share serba sedikit apa yang aku buat before masuk matriks. Bagi junior-junior yang masuk matriks yang tak lama lagi ni, sis ucapkan goodluck and enjoy your life in matriculations! "sis" kauuu. Hmmm lebih selesa gunakan aku. hehe

Mesti ada yang kebingungan apa yang nak dibawa.

Baju
Untuk perempuan, bawalah baju kurung dalam 5 pasang pun dah okay. Tak perlu satu lori pun sebab nanti baju tu mesti basuh balik. haha. Macam aku, aku bawa baju 3 pasang dan selebihnya baju mak aku yang tak pakai. hahaha. Okaylah tu ada baju. Nak belajar bukan nak buat fashion show. Tapi untuk tudung, aku lebihkan sikit. Sebab aku suka tudung pelbagai warna. haha. Tudung terserahlah nak bawa berapa pun. Untuk student yang dapat kmj tu, jubah tak dibenarkan bila pergi kuliah je tapi boleh pakai waktu luar belajar. Kalau nak bawa tak ada masalah pun. Kasut pergi kelas pakai kasut kulit hitam.

Kasut.
Aku punya kasut dah jahanam bro, ganasnya aku pakai. Aku pakai kejap je masa sem 1. Sakit kaki duh walaupun ada tumit kecil. Sebenarnya aku tak suka kasut bertumit ni. Boleh dikatakan, setiap kali tukar kasut, tapak mesti tertanggal. hahahha. Stress weh. Last sekali, aku pakai kasut sekolah hitam tu, dah geram sangat. Barulah sesuai tapi dah nak habis sem baru pakai. Agak merana lah juga. Oh ya dekat matriks, jangan pakai kasut lebih 3 inci. Nak berjalan lagi nanti ambil masa. LOL. Kang terkehel tak pasal-pasal.

Alat Tulis
Macam alat tulis, bawalah stapler banyak-banyak untuk kegunaan masa depan. Stapler akan menjadi buruan bila kau tak ada. Banyak kertas-kertas nak guna stapler. haha. Yang alat tulis lain tu, korang bolehlah manage sendiri. Aku yakin perempuan beli pen warna-warni, belilah ya. Segala highlighter tu. Setengah orang tak boleh study kalau nota tu hitam putih. Hanya mampu menung je. LOL. Mana tahu sel-sel otak korang tu berjalan bila tengok warna-warni mewarnai kehidupan korang tu. Hmm

Kalkulator
Untuk kalkulator, boleh je guna yang spm tu. Tapi pensyarah selalu sarankan guna kalkulator 570ES. Sebab nak selaraskan, lagipun dalam pembelajaran dan pengajaran, mereka akan menggunakan kalkulator. Lagipun, kalkulator tu mudah nak digunakan. :') Rindu teacher nik pulak :') :') Bertambah-tambah sedih pulak dekat rumah ni.

Penyangkut baju.
Bawalah junior semua. Kau kena duduk situ tak sampai setahun. Kau tahu satu aras nak sidai kain tu bukannya sikit-sikit baju yang dorang sidai. Bawa hanger untuk jimat space. Lainlah rumah kau, bolehlah nak sidai selebar-lebarnya. Masa batch aku, aku bengang je dengan makhluk-makhluk sidai selebar-lebarnya. Lepastu, tolak baju-baju aku yang dah berhanger tu. Sakai tahap pun tak tahulah. Kau dah tahu situ je tempat sidai, come on lah, gunalah hanger juga. Kita hidup bukannya seorang diri wahai makhluk. Ingatlah ya junior. Bawa sepit banyak-banyak juga. Nanti mulalah datang angin, terbang pulak segala-galanya.

Mesin basuh
Ada je disediakan dekat kmj ni, gunalah sebaik-baiknya. Aku tak pernah guna pun sebab aku basuh guna tangan. Yela, aku bukan bawa baju banyak nak guna mesin. Ada ciri-ciri isteri mithali tak? hahahah. Okay abaikan. Kadang-kadang mesin basuh tu datang gila dia, duit kau ditelan. Jadi jangan kecewa. Nak basuh baju charge RM 2. Junior, silalah simpan banyak duit seringgit. Dia tak terima pun duit 5 ringgit, syiling semua tu. Masa kmj dulu, semua dok tukar duit dengan aku. Dah macam money exchanger dah. hahaha. Padahal aku tak basuh guna mesin pun. lolzzz

Lampu meja.
Optional. Nak bawa tak ada masalah. Jenis yang suka study tengah malam ke sesuailah nak bawa. Tak baik kacau roomate awak yang tidur lena dengan membuka lampu besar. Tak semua boleh tidur dalam keadaan terang. Kalau awak hormat kawan awak, insha Allah, orang akan hormat awak balik. :)

Buku
Belilah buku nota, nanti nak salin segala nota. Terutamanya, subjek math. Practice makes perfect. Kuliah aku kan,ada student just tengok je apa yang cikgu math aku ajar. Dahsyat kau dia boleh serap gitu je. Dak dak bijak bolehlah begitu. Tapi saya manusia normal masih menyalin untuk masa depan. hahah. Sesungguhnya manusia itu pelupa. Tak salah pun kau menyalin. Ilmu kot. Bukan dosa.

Buku-buku tak payah bawa pun. Aku gatal pergi bawa, and tak guna pun buku-buku tu.

Benda-benda terlarang.
Tak payah lah kau nak bawa cerek, heater semua tu. Ada sebab lah kenapa tak boleh bawa. Jangan risau dekat kmj ada tempat isi air panas. Free. Haa bolelah melantak maggi. LOL. Aku tak faham dengan bilik depan aku. Kau tahu dorang bawa apa? Bawa berasa segala periuk nasi. Sempat pula masak ya.

Bila bilik lain guna barang-barang terlarang ni, habis satu bilik aku tak boleh pakai plug. Memang terbakor lah aku. Dahlah phone tinggal sikit bateri. Masa tu powerbank dah habis. Setiap hari nak buat aku maki tau!! Nasiblah tak maki.

Powerbank
Boleh bawa. Ni bukan terlarang pun.


Rasanya tu je lah yang aku dapat kongsikan. :) All the best! Ada apa-apa nak tanya?
Contact : Facebook




0 comments:

Alumni of Johor Matriculation College.

18:58 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for memories tumblr

Assalamualaikum dan hai blogger!
Setelah beberapa minggu atau bulan meninggalkan dunia blog. Rindunya. Aku nak bagitahu yang sesi matriks. Alhamdulilah aku survived!!! Since korang tahu, ramai kata matriks ini, itulah dan macam-macam lagi. Tapi semua benda tu aku letak tepi dulu. Aku cabar diri aku untuk masuk matriks walaupun ada yang suggest suruh aku sambung dip. My instinct chose matriculation to further my studies. Tak rasa menyesal pun. Dah sehari dah aku tinggalkan matriks. Agak sedih lah juga even ada pahitnya dekat situ. Still banyak manis lagi di KMJ. Before that, I wanna say congratulations to all spm leavers 2016 got matriculation offered! Bukan senang nak masuk tu. Anyway all the best lah, walau apa pun pilihan korang, perhaps it will be the best! Sayu juga bila sehari sebelum balik ada exam Bio tapi roommate dah balik sebab dia ambil sampai paper Physics. Jadi dia bolehlah balik awal tapi ada je sekali balik dengan modul satu saja nak lepak. hahah terserahlah. Dah nak habis matriks dah pun. Memang kau malam tu rasa sayu gila dia dah balik. Last paper syndrome wehhhhh :') Nak study macam tak boleh tengok kurang sorang. Lain gila rasa but I have to focus study. Act, aku banyak tak cover lagi oi chapter. hahahha masa tu baca mana yang mampu je. Alhamdulilah, yang keluar tu adalah yang aku baca. Kalau korang ada apa-apa nak tanya pasal matriks ke, bolehlah contact saya FB : Maisarah Musa and ig, maisarahmusa . Nanti kalau ada masa, nanti aku share experienced dekat matriks okay? 

0 comments:

Story in JMC P8

18:48 Maisarah Mimo 0 Comments

 Image result for snowy mountain tumblr
A crayon is colouring your life.
You can read the previous part in Life in Matriculation tab. Just click over there.

Semester 2.
Bila semua dah tahu result masing-masing, and start a new life dengan sem 2. Untuk sem 2, kelas aku dapat banyak pensyarah lelaki mengajar berbanding sem 2. Start sem 2 baru aku boleh sesuaikan diri. Terlalu lama aku ambil masa. Kebetulan masa minggu asimilasi, aku dapat cikgu bio yang aku minat. Seronok bila dia ajar but then bila kelas dah rombak dapat cikgu lain. Garang sikit bagi aku lah. So sad lah tukar but nak tak nak kena teruskan kehidupan. LOL. Cikgu tu pun cikgu paling emo duh. Aku tak faham sampai cikgu nak nangis bagai. Salah classmate aku lerr. Classmate baru ni aku pun tak berapa suka pun. Tapi terima je lah nak hadap setahun. Eh tak sampai pun setahun pun.

Aku happy juga dapat cikgu bio yang aku minat, before result diumumkan. Ada satu kelas ni, cikgu ni tanya apa azam kitaorang untuk sem 2. Sorang-sorang kena memperkenalkan diri and bagitahu lah azam korang tu. Aku tak tahu nak cakap apa azam aku. haha. Obviously, aku masuk matriks ni nak bagi kejayaan dekat parents. Kau tahu apa aku jawab? Aku just cakap aku nak fokus dekat subjek bio and chem. Masa sem 1, 2 subjek tu macam krik krik je. Mianhae :'> Masa sem 2, alhamdulilah aku boleh catch up untuk subjek yang aku agak lemah tu.

Sem 2 juga, aku hadapi MUET.  Alhamdulilah everything was eased. Aku dapat group yang boleh kerjasama and thank God. Tapi salah seorang dari group aku ada yang aku tak berapa berkenan dengan dia. Dia ni satu group aku masa agama, so dia ni pemalas ya amat. Presentation ciput tu nak buat last minutes. Ingat senanglah nak cari info that time? Aku agak frust weh. Tak tahulah dugaan dengan kawan-kawan macam ni lah. Semoga awak-awak dekat luar tu sila tabah kan hati.

Macam-macam perangai nak hadap kawan ni. Kawan yang kau sangkakan dia kawan kau, rupanya berlakon je. Masa subjek bi, kelas kau ada buat chain letter. Ada geng-geng berpuak dalam kelas aku tu, berpakat tulis benda yang sama. You know what apa dorang cakap? Diorang kata aku pilih kawan. Aku rasa dorg cakap dengan cermin, aku sikit pun tak kisah nak berkawan dengan siapa. Tapi kalau dah perangai korang bermuka-muka, memang patut ler aku cari kawan yang boleh bimbing aku jalan yang benar. Lagi satu, kalau aku kawan dengan korang pun, aku rasa korang mesti sekepala dengan aku. Jadi lebih baik tengok diri sendiri tu sebelum cakap orang.

Aku tahu korang tulis tu dengan emosi, aku rasa aku tak ada masalah dengan korang pun. Jadi tak payah nak over. Aku cuma ada masalah dengan roommate aku. Jadi mohon lah jangan perasan sangat aku ni nak cari pasal dengan korang. Apa entah yang tak puas hati. Ingatkan tudung labuh, berpurdah tu baik. Maaf, aku bukan nak menyalahkan mana-mana pihak. Jangan indah kabar dari rupa, kawan. Sebabkan kau, aku jadi kurang percaya or respect dengan penampilan yang menutup kejahatan awak tu. Moga berubah kawan. Sebelum kau kecam orang lain, baik kau fikir apa kebaikan kecil yang orang tu pernah tolong kau.

Dalam chain letter tu juga, one of their gang tulis "I keep hating on you.". Yang ni lagi sorang aku tak tahu kenapa. Sejak masuk matriks ni, I've got many haters lah. hahaha. But nevermind. Aku malas nak layan. Lagi ramai haters, maksudnya korang dengki dengan aku. kahkah. All the best for your life haters. *wink*

Now, aku dah habis matriks. I survived. Alhamdulilah. Kau just buat don't know dengan mangkuk ayun semua ni. Kau masuk sini dengan niat nak belajar. Kau pedulikan kiri kanan. Oh ya, masuk matriks jangan nak cari pakwe. Kau bukan tak boleh nak bercinta tapi matriks kot. Kejap je, kau belajar dulu. Struggle tetap struggle. Lepas ni aku akan post, apa yang ada untuk matrikulasi ni. So ni kiranya tamat lah kisah serba-serbi hidup aku di KMJ.


Tunggu result and road to degree. Doakan aku dapat course apa yang aku minta okay. hihihi


0 comments:

Story in JMC P7

16:07 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for building tumblr
Be a tree with full of branches.
As I am too lazy to put all the previous part, you can scroll up and click the tab "Life in Matriculation" there. Then, you can read throughout all the stories.

I calm myself for several hours after posted "Story in JMC P6". It really pains to continue my story so I stopped. Today, I feel better after to do other things. It has been 5 days I left in KMJ. Really miss everything :'(


Ended of Semester 1

Sebelum habisnya Ko-k, cikgu Yusof suruh kelas aku buat khidmat masyarakat. Kitaorang kena angkat dah alihkan batu-bata yang dah rosak. Tak silap persiapan untuk Hari Kakom. Lepas dah kutip batu-bata tu, cikgu bagi kitaorang roti. Kebetulan, batch aku untuk Johor jadi tuan rumah bagi Hari Kakom. Tapi aku tak ada pun masa hari kakom, aku tak jadi pun sukarelawan. Jadi boleh balik rumah. Banyak jugalah kenangan masa sem 1. Dari situ mulalah aku berkenalan dengan students dari MS31. Diorang pun main bola tampar. Masa perlawanan peringkat Matrikulasi, perempuan (Kelas aku) merangkul Johan manakala lelaki (kelas aku) Naib Johan. 

Cikgu Ko-k wish kitaorg all the best untuk hadapi sem 2. Siapa je tak sedih masa sem dah tak ada Ko-k. Just belajar je. Aku ingat lagi semua struggle turun padang kmj, lari 4 pusingan. Cikgu Yusof suruh 6 pusingan, semua merungut. Suruh kurangkan. Katanya tak larat. Memang tak larat pun wehh, lepas Ko-k kena focus belajar. Memang penat. Satu pusingan pun macam apa. Bila dah lama-lama tu dah okay. 

Setiap pagi bila ada Ko-k, setiap orang akan lead untuk senaman. Pelik-pelik je aku tengok. Tapi buat je lah. Aku kan jadi AJK Keselamatan jadi setiap pagi ambil First Aid walaupun tak ada kes kecederaan berlaku. 


0 comments:

Story in JMC P6

21:22 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for pen tumblr
If you can't talk, you can write to express your feelings.
Suka duka ketika Semester 1. 


Sebelum baca ni, jangan lupa baca part lain dulu.

Ketika belajar di kmj, macam-macam ragam manusia yang aku tengok. Masa sem 1, banyak cikgu-cikgu menangis sebab kelas aku. Aku tak tahulah kelas aku salah apa sampai semua nak koyak. Kelas aku memang pendiam pun. Bukannya tak respons. Sebenarnya, yang mulut bising tu respons lah apa yang cikgu ajar tu. Jangan pandai bising je dalam kelas. Itulah sebab aku tak suka kelas baru. Aku masih rindukan praktikum lama. Entahlah kenapa dirombaknya lagi. Cikgu-cikgu siap menangis lagi. Tambah pula dengan kuliah aku jadi bualan pensyarah. Aku tak tahu pun apa salah dekat kuliah tu sehingga orang tak bersalah terkena tempias. Hadap kawan yang perangai bermuka-muka. Yang aku sangkakan suka kawan dengan aku tu, yang rapat dengan aku tu. Semuanya dusta. Rupanya manusia-manusia tu benci aku. Kadang rasa nak cepat habis matriks. Thank you kawan lain tak pernah berhenti support, mak abah, sedara. 

Sampai sem 2, lagi parah. Kena tuduh tak fokus dalam kuliah dengan pensyarah. Dapat classmate yang membodohkan classmate yang lain sebab dia tu pelajar 4 flat. Dapat kawan yang sentiasa anggap aku lame. Aku tak pernah nak buat lawak pun. Dapat classmate kuat bash aku. Dapat classmate pulaukan aku masa BBQ. Dapat kawan yang anggap aku ni tak wujud. Bila dah kritikal, baru nak cari. Apa entah yang dengki sangat dengan aku ni. Rasa sebak pulak. Apa yang aku buat semua tak kena. Yes, now dah habis matriks. Aku survived. Alhamdulilah. So tak perlu hadap muka korang. You all can get rid from my life.

Everyone said the same thing that I look like a normal person without any pain. You right people. I'll never show to you. If it burdened to hold the pain, I'll share the story to my friend from old practicum. They never expected my classmate like that. I'm sorry to say, from the first I entranced this class until the last day. I never felt happy and just pretended to be happy. I always keep myself fake to survive, friends. Mun jugalah yang bagi aku semangat. I take it everything as experienced. 

0 comments:

Story in JMC P5

20:52 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for sunset tumblr
"Road isn't just a road but it is called as destination."
SEMESTER 1 



Sambungannya pada part 4. Last ayat tu aku cakap aku malas nak taip sebab demam kan? hahah bukan main panjang demamnya. Okay now aku betul-betul free. Memang kerja hadap laptop. Munking lepas ni main coding gitu, nak tukar appearance blog sikit. Aku tengok blog ni macam sakit, pale je colour. hahaha. Hey readers, jangan baca part ni dulu. Kena baca part mula-mula dulu. Janganlah baca cerita separuh jalan. Rules in my blog. agagagaga. Tak ikut, aku ada cctv dekat blog. Okay terserah korang lah.

Yes, she is truly idol in our classmate before she headed to Terengganu. It was a big contribute, Mun. Dah nak last performed baik punya. After Ko-k week, we focused on studies before PSPM 1. During that time, aku dengar ada orang pindah but they didn't tell me. Cuma aku hairan, why should hide it from me? Benda betul patut diberitahu. Aku ni bukan jenis suka nak sebarkan dekat semua orang. Agak terasa lah aku masa tu but nvm. Aku malas nak layan. I got the hint since Mizan posted the picture and he circled Mun's face. Then added sad emoji. I'm still wondering why he put that emoji. One of my classmates warned him not to tell anything. Okay just let the game starts. haha. 

I decided to start study week with my gang at Masjid. We're seven studies together from morning until evening. Within the study week, I suddenly saw a guy entered in the masjid and he was my crush before. So sad I didn't confess to him and hate him after saw him took a photo together with his fans in annual dinner. How broke my heart. Forget about my crush! At evening, we ate together in Cafe CD. The moment we laughed and shared everything during that time. In study week, Mun came to the Balai Ilmu to see all of us before the day she left in KMJ. Then, she told me she will move to Terengganu because she got programming course in Politeknik. I don't pretend shock, haha. Just a little bit sad because one of my friends will not complete in MS 32. Thank you, Mun, for everything until semester 2. You're the best listener. 

I think I've shared about her perception at my first sight. *After few seconds* No, I haven't. The first sight, I knew she's a friend of Farisha (Fish) before the class reshuffled. She's really arrogant and didn't even say hi to me. Haha, I got a little shock when she was the same class with me. It is questioned me why she is same class with me. The speed dating starts everything before we got to know each other. Mun is the second person I got to know. The first person is Ain. 

During the speed dating, I don't want to say bad words because I don't know her well. Hahaha. So, I asked her if she's a shy girl instead of "Are you an arrogant people?". Hahaha. Then, she said she is shy and need time to adapt the new friends. I nodded like a boss. Hahaha. Then, we shared together our birthday. Surprisingly, we're in the same month !!! January. Really want to cry. She said she loves to travel and suggest me to go Ledang since I came from Selangor. She promoted lah Johor. hehe. I wish we can travel together in 10 years. 


The day before she left, we took photos together. I miss you lah, Mun. Later, I share the photos we took. We're seven together and Mizan took photos around Balai Ilmu. Actually, Mizan isn't one of Sevens' members. Nevermind, if he wanna join us. Next day, it will be the last for her to stay in KMJ. We just continued our studies as usual in Masjid. In study week, our class had a conflict between other groups of my classmates. One of their groups told us being "berpuak". We're not. They are the real one "berpuak.". They did the study group with Physics lecturer without getting us know. They act "nak berjaya sorang-sorang.". Whenever we went to our Physics lecturer's place, it's full. No chance for us to have a consultation with our teacher. We went back to our usual place, Masjid. Full of sad! They just pissed me off.


The last day for Mun to stay in KMJ and she visited us in Masjid. She said her parents on their own way in KMJ. As a girl, they will be crying because of loss of one friend. Except me. I didn't cry and keep it inside of my four chambers of my heart. We took photos again and again for memories. After several hours, her parents came and parked their car in front of the masjid. My heart is feeling like a falling of waterfalls. Cannot describe anything. I saw some of her friends or roommates were coming where their parents parked at. Then, I give her the flower origami papers to her and the card before she left. She started to cry and I just can't see my friend is crying like that. I just looked at the grass while waiting for my other friends hugged her. After had a simple conversation with their parents and they headed to home.


The car isn't longer to see anymore...

Then, my friend sobbed on the road. I don't know how to make her calm and just give the silent treatment. Everyone cannot continue their studies because of her leave, We keep all of our stuff and going back to the room. If I'm not mistaken. There's a lot thing to remembered. Hahaha. The next day, they still emotional of what just happened yesterday. They were crying in the Masjid. After day by day, they can get along what just happened. As we studied, one of the "puak" group came towards us. We just feel weird of her existence. Waktu group aku study dengan kumpulan lain. Perempuan ni pun cakaplah, "Guys, I wanna tell you something.". Kitaorang pun tunggulah dia nak cakap apa. Bunyi macam serius sangat. Then, salah sorang dari group study week aku tu suruh dia cakaplah. Dia pun be like.. "Tak kan nak cerita ada orang kot.". Then, group lain tu pun blah kejap nak bagi dia peluang cakap benda "penting" sangat tu.


Then, she starts talking that my gang is like "berpuak". Wait, think before you speak out. Yang berpuak tu korang. Bukan kitaorang. Kau boleh ke study kalau dah ramai-ramai sebelum nak cakap kitaorang berpuak. Cakap je la melayu dengan kitaorang, kitaorg ni bukannya oran British pun. Then, kau melarat cakap tak bagitahu bila Mun pergi. Excuse me, bukan kitaorg nak sembah kau. You should ask Mun lah. Aku pun tak tahu dia nak pergi bila. Don't blame us not telling you when she's gone. Anggaplah tiada rezeki nak jumpa dia. Bagi aku tak ada hal kalau kau nak jumpa Mun, lagipun korang duduk area Johor kan. Dia ni salahkan kitaorang lagi, sebab kitaorang, dorang tak dapat jumpa Mun. Jangan nak berdrama lah kawan. Masa dalam kelas pun bukannya kisah pun pasal Mun tu, dah nak akhir baru nak terhegeh-hegeh. Siapa je tak panas bila salahkan orang lain. Aku yang tak bersalah pun kena. Kalau nak sembur orang biarlah kena tepat kak.


Ingatkan dapatlah tenangkan jiwa, rupanya tak. Rasa nak je tampar muka kau tu. Dari awal masuk kelas lagi aku perhati kau. Moga berubahlah wahai hamba Allah. Hamba Allah ni pun ada kaitan dengan Chain Letter untuk subjek BI. Nanti aku cerita part lain.

Habis seminggu study week, kami menjalani PSPM 1. Alhamdulilah, semua masih kekal jumlah pelajar dalam kelas tu. Walaupun aku bukan dekan tapi aku bersyukur aku tak dicampakkan ke PDT. Lain orang lain cara dia bersyukur. Ada yang dapat 3.7 but still sedih sebab tak dapat 4.00.




0 comments:

Last teen

18:34 Maisarah Mimo 1 Comments

Image result for last teen tumblr
Last teen in this year. I am too old. huaaaaaaa T.T

Birthday saya dah lepas hikhok bulan jan yang lalu. Baby jan. Who's baby jan? Kita geng. Makin kita meningkat umur, makin banyak kena fikir. Yes, itu betul. How time flies. Masa lalu jauh kebelakang. Banyak kenangan terindah telah dicoretkan dalam sebuah kehidupan menjadi pelangi. Dari tadika sampai sekarang. Rasa nak nangis. lol sebab rindu my old circles. Sekarang nak jumpa schoolmates memang susah. yela dorangkan study, semua study and cuti pun tak sama. However, hidup tetap kena diteruskan. 

1 comments:

After a long month ago.

11:17 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for doctor tumblr
Do pray for me. Insha Allah, I want to be a doctor in my future. XD
Assalamualaikum and good morning to everyone.
Dah masuk tahun 2017, Alhamdulilah masih dipanjangkan umur. Lama juga lah tak hadap dekat blog ni sebab pspm 1 dan tak ada masa nak sentuh blog due to assigment yang banyak. Normal lah tu as a student. Now, aku tengah fokus untuk pspm 2. Just tinggal 120 hari je kalau plus minus. Itu apa yang aku dengar dari lecture cakaplah. Tak lama pun dkeat matriks ni, bulan 5 dah tamat pengajian. Waktu tu sesuai untuk aku berhooray-hooray. haha tak adalah parti sana-sini. Gila kau. Bolehlah aku rehat dekat rumah untuk 10 bulan di matriks. Hihi. Blog ni tak ada emoji lah, rasa macam cerita tanpa emoji macam tak syok T_T . Macam tak ada perasaan nak cakap. Okay semalam hari khamis, aku dah sampai rumah. hihi. Sebelum balik tu, ada benda penting aku kena hadapi iaitu Muet Speaking Test. It's quite fun lah sebab masa discussion tu. Memang aku kena speaking test tu first day beb! Alhamdulilah, everything was eased. Thanks mak sebab doakan. Memang aku salute dekat kawan group discussion, dorang memang give all out lah. Tahniah.
Masa malam sebelum speaking test, ada lah certain group turun duduk dekat susur gajah practice speaking dekat situ, agaklah esok nak exam, malam tu baru sibuk nak practice. Well, typical student. Aku jadi concluder. Dari situ, dorang tahu aku ni seorang blogger. Wehhh siap minta link oh. AKu tak bagi pun. hihi

Nak jadi concluder tapi jam tak ada. Macam funny lah sampai esok pagi dah masuk bilik kuarantin pun aku lek je dengan jam tak ada. Aku macam berserah je. lol Kebetulan Syaf bawa jam, itupun dia pinjam roomate dia punya. Aku ni mana reti nak guna jam digital, lepastu dia ajar. Alhamdulilah, aku dah reti memakainya. hahahhaha. Tawakal je lah, apa result pun. Sebab dah usaha. Now, next battle, 4 flat for sem 2. I wish all the best for all matriculants. Anything want to know about me? lol just comment atau chat je lah dekat cbox. Ig cari sendiri. :P

0 comments: