Tak semeriah dulu

"Redha."
Assalamualaikum dan hai semua.
Pagi buta ni aku baru nak hadap laptop nak luahkan segala rindu pada blog. Cehh puih. Aku agak busy semalam dehh buat persiapan raya. Beli baju last minute hihiks. Yela sebelum ni aku fokus dekat final. Alhamdulilah 3 papers selesai. Lagi dua lepas raya. Eh tak kesian ke dekat aku ni nak ulang-alik kolej? Hmm :( Nasib dua papers lepas raya ni tak berat dan aku boleh dapat balik awal hohooo. Sem lepas aku boleh dikatakan penjaga pagar kolej tu lah. Semua fakulti dah enjoy cuti. Aku mereput masa sem lepas sampai cuti pun dah nak pertengahan. Orang lain awal bulan dah cuti hahahha. Barai tak barai. 

Cuma raya kali ini agak tak meriah macam dulu dulu dulu. Nenek aku dah kembali ke rahmatullah masa 7/6/2018. Tak sangka dah seminggu rupanya nenek dah tak ada :'). Al-fatihah. Mental aku down lah juga bila aku tersedar daripada tidur. Terlepas sahur sebenarnya haha. Sedar daripada tidur tu, adik aku bagitahu nenek tak ada. Air mata kental aku terus jatuh T_T Siapa je tak sedih kan. Aku lagilah terasa sebab arwah nenek jaga dari aku kecil. Masa menaip ni terthrow back pula zaman dulu. Walaupun arwah nenek garang tapi nenek baik T_T Mak aku pesan lah kan aku kena kuat. Cuba satu hari tu aku macam lembik. Oh lupa nak cakap. Masa tu minggu study week. Jadi satu hari tu aku tak buka buku pun study. Tak boleh nak study dan aku pergi menung laptop. Hmm.

Esok tu baru okay nak study balik. Tinggal beberapa hari nak final. Kena gigihkan diri jugalah study. Cuma aku sorang je cucu nenek tak turun ipoh tengok perkebumian nenek. :') Karna saya masih di kolej :') Semoga nenek tenang di sana.

Aku cuma tinggal sorang nenek je lah yang ada tu pun belah abah aku. Aku rapat lagi dengan arwah nenek belah mak aku hihi :D Semoga nenek tenang di sana. Oh aku dah tak ada atuk. Lama dah, masa aku darjah 1 lagi. Jadi bila aku tengok gelagat atuk kawan-kawan aku, aku ketawa sebab atuk dorang funny hahah. Mampu tumpang gembira huhuh.

Tup tup dah nak raya

Revolusi
Hai readers! Lama tak nampak aku jejak dekat timeline blog. Pertama sekali, aku tak seronok kalau nak taip tapi tak ada mood. Jalan cerita dah ada. Cuma tunggu mood sampai. Memang ambil masa yang lama. Lagipun before ni busy dengan group assignment. Now dah boleh rileks sikit. Sikit je oi. Aku mereput ni ha dekat kolej nak tunggu balik raya. Sebab ada paper sebelum raya. Lepas raya pun ada. Kalian pls save me. Cedihh oiii. Huhuhu. Rasa nak pengsan pun ado. Doakan sis.

Ok aku nak story sebenarnya. Sis tengah cuba mengenali seseorang gituww. Hahaha malu pula nak cakap. Tapi tapi tapi dia tak faham bahasa. Dia nak juga keluar dengan aku padahal mak tak bagi. Normal lah kan mak tak bagi. Lagi lagi anak perempuan. Kalau boleh bawa kawan tak kisah tau. Adalah peneman. Aku tanyalah nak bawa kawan. Dia tak bagi weh. Dia TAK BAGIIIII. Aku stres. Nak ajak orang keluar tapi bila suruh bawa kawan,tak bagi. Lek ah kawan bukannya join pun kalau makan :') sumpah koyak dengan orang macam ni. Aku dah bagi suggestion, kalau lah dia nak bawa pergi makan ke. Kawan aku tu tak adalah makan sekali dengan aku.

Walaupun aku dah bagi jawapan yang sama tak boleh keluar dan kelmarin dia nak ajak keluar lagi. Aku mempersoalkan kenapa tak boleh bawa kawan kan. Dia cakap tak boleh. Keluar macam bf gf. Aku pun dah geram, aku tanya kawan-kawan aku. Perlu ke aku keluar dengan hamba Allah ni. Kawan kawan pun support akuuuu. Terharu. Dorang semua be like bagi gambar hamba Allah tu. Yela kalau jadi apa-apa boleh viral. Macam-macamlah dorang bagitahu aku. Mostly ramai risau. At the end, aku tak keluar pun :) lagipun parents tak bagi. Huhu.

That moment aku cakap tak boleh keluar. Dia cakap dia penat kejar orang sebab ada je alasan bila dia nak approach girl tu ini tak boleh, itu tak boleh. Eh brader, baru kenal dah penat kejar ke? haha. Lelaki lembik. Aku ni pelik tau selalu dapat orang luahkan dekat aku padahal aku tak minta pun dorang cerita kisah kena friendzone ke apa ke. LOL. Then dia cakap lagi tak apalah kalau macam tu, dia pun dah penat kejar dan bagi salam. HA HA. Baru sikit macam ni pun dah putus asa. Sudahlah kau.

Biarlah kau nak merajuk ke apa. Aku malas gila nak fikir, masa tu dahlah study week tau. Aku lagi serabut nak fikir final tapi orang lain desak kau keluar tapi tak bagi kawan. Boleh berambus dalam hidup sis. Kalau betul dia ikhlas nak kawan dengan aku, patutnya dia bagi aku bawa sorang kawan. First time jumpa kottttttt. Lainlah kalau dah lama jumpa. Aku bluetickkan je dia malam tu juga. Semalam sampailah sekarang tak ada chat. Hahahahah baguslah. Lagipun dia cakap kononnya dah penat kejar gadis-gadis. Teruskanlah berkejaran lagi. hahaha. Aku tahulah kau nak jumpa, cuba kau bawa bertenang. Alasan dia lepas habis belajar dah tak boleh jumpa sebab dia duduk jauh dan sebab dia senior. Eh boleh rileks tak? Masalahnya ada je orang kawan tak jumpa bertahun-tahun.

Kalau kau rasa aku ni susah sangat nak jumpa. Silalah cari perempuan yang sudi keluar dengan awak tu. Benda kecil macam ni pun dah jadi hal belum lagi kalau hal lain. Bukan nak memahami. Lepastu aku kena ceramah dengan dia. Aku kalau nak jadi engineer kena lah ambil risiko blabla. Kalau aku bergantung pada keputusan orang mcm tu, aku tak sesuai ambil kos aku sekarang. Aku patut ambil kos tuttt. Aku macam apa kena mengena dengan engineer dan tak keluar dengan dia? Ehhh bab bab profesion jangan nak kaitkan. Aku tahu bila aku perlu buat keputusan dan bila waktu yang aku perlu bergantung keputusan. Suka hati je cakap aku ni seolah-olah semua keputusan nak bergantung pada orang lain :') lepastu kos yang kau kata aku layak ambil tu. Kau ingat dorang bergantung keputusan atas orang lain ke? Ingat dorang tak ada keputusan sendiri? Jangan downgrade kos orang lah kentut. Sis terbakar niii.

Lepastu cakap aku ni budak tahun 1,tak faham lagi blablabla. Aku faham apa benda kau nak cakap tu tapi tak ada kena mengena langsung. Lepastu dia cakap ya aku mampu faham tapi tak mampu ambil risiko. Eh diamlah kau. Punca sikit tak keluar dah acah-acah cakap aku tak berani ambil risiko. Kau tu dah lah tak kenal aku siapa. Acah-acah je. Ni mesti orang kuat sembang ni kahkahkah. Then cerita cakap dia ni selalu kena macam ni. Bila nak approach that girl mesti bagi bermacam-macam alasan. Haaa sudah share kisah sedih ringkas pula. Aku tak tahulah nak kesian ke apa. Tolonglah sabaq. Tunggulah aku habis belajar. Alaa bukannya lama pun. 3 tahun je. Dasar luuuu.

Aku rasalah tak ada orang nak dekat kau mesti kau ni jenis suka push orang kan? Heheh. Then tak memahami. Hmm pls ubah sikap tu dulu. Moga diberi hidayah.

Kawan-kawan semua pelik asal tak boleh bawa kawan. Tahulah nak spend time tapi first time kot. Then dorg kata dah tak payah layan lelaki macam tu lagi. Tu aku bagi bluetick je. Cuma aku terharu sebab kawan aku kata tak apalah aku doakan terbaik je lah kalau dia nak kawan dengan aku. LOL sekali tu tak payah. Orang lembik pergi jauh-jauh.

Kalau kau terjumpa blog aku. Haaa baguslah. Baca jangan tak baca. Manalah tahu nak stalk ke kan. kahkahkah.