Fobia

21:39 Maisarah Mimo 6 Comments

Tak pe lah, aku akan move on daripada cari lagu tu. sobs sobs
Hey blogger.
Kegigihan aku mencari lagu tak guna tu. Akhirnya tak jumpa. hahahah. Takpelah, aku pasrah duh. Terpaksa pasrah. Malas aku nak cari dah. *weepingtears* Sebelum aku cakap pasal fobia, aku nak cakap sesuatu. Aku tetiba minat dekat roman bilyk. hahahahha walaupun dia tua. erk. Entahlah macam mana aku korek korek nak tahu siapa dia. Rupanya dia penyanyi dalam band zveri. Rusia beb ! Ahaha. Aku pun mencuba tengok lirik lagunya. Kelam kabut aku cuba nak sebut liriknya walaupun dah faham baca tulisan. Aku pun tak tahu kenapa aku minat. walaupun lagunya tak dela best mana;  ya s toboi. Aku berkesempatan nak mendalami ilmu bahasa rusia. jyeah !

Kembali pada tajuk, masa tengah bosan-bosan tu, tetiba terlintas nak cari maklumat tentang fobia. Akuu teringat pulak ada trypophobia. Aku hairan ramai juga yang geli tengok lubang lubang tu. Aku tak nak post. Nanti blog aku menggelikan. hahaha, korang search lah ya. Aku tak de lah geli sangat. Aku ada fobia juga tapi fobia lain. Banyak pulak tu. Aku mengalami fobia Potamophobia. Tu fobia kepada sungai atau air. Aku tak leh duh tengok air yang deras macam tu. OMG ! rasa nak lari dan tak nak cuba dekat. hhahaa. Lagi lagi laut. Macam macam aku bayangkan apatah lagi dasar laut. scary oh. hahahah over pulak mak cik ni. Ichthyophobia- fobia takut ikan. Ikan pun aku takut. hahaha tapi ikan yang besarlah. spesies jerung tu. kecuali dolfin. Saya suka dolfin sebab comel. lol

Katsaridaphobia. Fobia takut lipas, ehhhh tipu lah korang tk takut lipas. Saat lipas tu berterbangan , kau akan macam jadi ninja kejap untuk mempertahankan diri. hahaha. Aku teringat lagi, dekat rumah nenek aku. Masa tu lipas berterbangan. Aku dengan adik-beradik dan sepupu berpesta untuk lari dari lipas tu. hahaha. nenek aku berani , tapi lipas tu pantas sangat sampai masuk dalam kain. funny oh. Sebaik lipas tu keluar balik. hahah. Rindu nenek. <3 <3 <3

Sebenarnya banyak lagi, tapi tu je lah. Malas nak taip panjang-panjang. kriuk kriuk. Assalamualaikum.




6 comments:

Kempunan

22:55 Maisarah Mimo 2 Comments

Tampar aku sikit.
Hey blogger.
Aku dah kempunan dengan satu lagu ni. huaaaaa :'( Tak jumpa-jumpa oh lagunya sejak dari 2012. Lagu tu pun aku tak tahu siapa penyanyinya. Apa yang aku tahu , lagu tu best macam ala ala emo gitu. Lagu tu aku tahu dari blog kawan aku. Aku tanya dia, dia pun tak ingat lagu apa yang dia letak. OMG !!! dah lama aku cari lagu tu tak jumpa. Sedih. hahaha. Sesiapa yang tahu, tu lagu apa. Berdasarkan apa yang aku ingat lirik tu tapi lebih kurang macam tu, yela dah lama kot.
Macam ni lirik dia lebih kurang.
 Just me and you // emotion // the world //back from you//
yang aku ingat penghujungnya 'youuuuuuuuuuuuuuuuuu'
lebih kurang mcm tu lah

Music tu mula-mula bunyinya dengan bunyi drum ketuk ketuk. hahahahhaha pls :"D aku tak rasa my chemical romance. Sebab semua aku dah dengar, tak ada pun.

2 comments:

Terpisah

15:44 Maisarah Mimo 0 Comments

Lama.
Hey blogger.
Yeayyy tenet dah laju. hahaha. Setelah sekian lama aku dah berpisah dengan bestfriend aku masa sekolah rendah. T.T Nama dia Aisyah. Yela memang rindu kot, aku pun pindah sini cepat jadi tak sempat nak ucapkan selamat tinggal. haha. Aku ingat lagi, aku pindah sini nak masuk darjah 3. Sepatutnya darjah 3 aku dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Bangga oi masa tu. hahaha. Aku dah siap bayar tau 8 ringgit untuk tie. hahaha. Sanggup guna duit sendiri sebab semangat sangat nak jadi pengawas. hahaha. Tetiba ingatkan pindah tahun lain, rupanya masa aku darjah 2 jugak pindah. Hmm sedih ya amat. Baru nak bermanja dengan sekolah lama dah kena pindah. haha. Dah 11 tahun terpisah, tak de contact semuanya.

Masa tu terdetiklah nak cari kawan dari sekolah lama, ramai jugklah aku add dan ramai accept. Aku ada tanya sorg budak ni masih kenal ke aku. Dia cakap tak wei. Erk. Erk. pelik, dulu rapat lepastu tak kenal. Pura-pura tak kenal lah tu. haha. Tapi aku memang tak teringat pun nak add si Aisyah ni. Masa tahun 2015, hati terdetik nak cari fb dia, jumpa pulak. Yessssssssssssss! Keriangan aku. Dia masih ingat aku lagi. Aisyah kalau kita tak pindah, mesti kita dah jadi pengawas sesama. hahaha. Gelak macam gila-gila. Aisyah tu suka buat lawak kau tahu dengan gila-gila dia. hahaha i miss you <3 <3 <3 Nampaknya aku kempunan nak jadi pengawas. hahahah.

Pasal tie tu, aku dulu sekolah sama dengan sepupu aku. Sebenarnya aku tak suka tau sepupu dengan sepupu sama sekolah. sibuk je. pergila sekolah lain. hahahaha. Sepupu ada cakap, cikgu sebut nama aku nak bagi tie, aku rasa sedih pulak dia cerita. hahaha nak jadi pengawas tak kesampaian. hahaha. Selamat tinggal tie. hahaha. dah dah kang emosi pulak.

0 comments:

Truth or Dare.

14:04 Maisarah Mimo 0 Comments

Embun-embun 
Hey blogger.
Salam Jumaat. :) Semalam dalam group ws meriah betul. Petang tu dalam pukul 3 lebih, aku bagitahu classmate aku nak cakap cabaran yang dicabar oleh seseorang. Masa tu alya respond, nak tahu apa cabarannya. Aku tak bagitahu dekat dia dalam group tu, aku pm dia. Memandangkan semalam 14 Jan 16, dia last on. Sedih weeeeeei. Dia balik kampung dan tak on, yela Alya bestfriend kot. Lama tak contact memang sedihlah dahlah satu meja dengan aku dalam kelas. haha. Dia pun left group. Aku macam org gila ws dia, "alya on lah ws","on lahhhh". Lol lagi beberapa minit nak pukul 6, dia sempat on. Yeay, dapatlah habiskan sisa-sisa masa. :''''''') Masa dia left group tu, dia suruh aku cuma cakap "dia balik kampung je". Ada sebab lain sebenarnya. Okay sambung balik, lepastu aku balas lah pertanyaan rasyid "Apa mai dah nak kahwin ?!! *emojiterkejut*". Over je rasyid, lepastu aku terus buat :
 Ini Maisarah.
Maisarah tak boleh dicabar.
Maisarah bijak.
Jadilah seperti Maisarah.

hahaha lawak duh. tetiba danial balas "Ini Danial. Jangan jadi seperti Danial". hahahahha tak yah bagitahu pun tak pe. Lepastu danial merepek "Itu Farah. Jangan jadi macam Farah". aku hanya mampu balas "Ini Maisarah. Jadilah seperti Maisarah". Farah tetiba recommend dekat kitaorg tentang coursera. Aku macam pernah dengar je. Macam-macam course ada dekat situ. Kitaorg semua tanya dekat Farah,suruh carikan course yang kitaorg nak. Sebab bosan punya pasal. Aku minta lah apa yang aku nak. Ternyata aku geng engineer dengan rasyid. haha. Farah baik tolong carikan sebab untuk Maisarah. hahaha. lepastu aku suruh lagi carikan translator. Farah tanyalah translator bahasa apa? Aku pergi jawab kalau boleh semua bahasa. hahahaha Danial menyibuk tu balas "agak-agak la mai".
Rasyid cakap "Mai semua nak ambik". hahaha. Macam-macam kitaorg cerita pasal course tu.

Pukul 5 lebih aku ingatkan diorg cabaran akan meletus. hahaha. Orang yang cabar aku tu dah lupa kot. Hmm, takpe aku masih ingat. Tetiba wazif ingatkan 13 Jan 16 hari jadi group kelas. haha terlepas sehari duh. Dah setahun group tu bertahan. haha. Lepastu semua senyap.

Malam tu, ratna mulakan dulu dan ckp, "Mana cabaran meletus mai".  Semua setuju pulak kata-kata ratna. haih aku tak sangka diorg tuntut. Tetiba muiz sampuk "Cepatlah mai. Lama kami tunggu. Kami dah bayar mahal". Bila kau bayar muiz ? hahaha. Semua kecam aku. Sedih oh. hahaha. Tetiba ratna off. Aku pun cakaplah, sorry gais kalau ratna tak on, aku takkan cakap cabaran ni. Walaupun ratna pm aku, kalau nak cakap, cakap jela sebab dia nak pergi tandas. Tapi farah memahami dan tunggu ratna on balik. Sampai khairi pun tertanya-tanya cabaran apa. Aku pun cakaplah,kalau ratna on pukul 10, pukul 10 lah aku bagitahu. Farah pun cakap, "Sabar kami ada limit". Tetiba danial "Cabaran apa siaa" lol.

Ratna pun dh on, farah suruh cerita cepat. Aku pun mulakan lah. Nak bagithu cabaran pun kena marah , tetiba ratna "Banyak pulak mukadimmah dia" hahaha. mestilah nak cerita kena ada plot. Aku ada cakap "Cabaran tu hari raya", Ratna terus ingat. Dia yang bagi cabaran tu, dia yg lupa. kah kah.
Semua suruh aku cerita cepat dan diorg tak pasti nak gelak ke nak marah. Jangan kecam Mai. Ratna off balik. Perghh baru nk ckp pasl cabaran tu. Aku cakaplah ratna dh off. Tetiba wazif ckp alasan. then, danial tetiba nak mengamuk "wathefish,fish off, you fisherman". Si muiz pegi balas"wathefrog,frog off"  bengong oh danial dgn muiz ni. hahaha. Tetiba danial "sendlah fisherman" ehwahh aku ada nama baru "fisherman". Aku belum cakap lagi cabaran tu, dan danial suruh aku mengaku yang aku ni bukan maisarah tetapi adik aku sebab tu aku terlalu aktif. Aku balas "aku adalah aku". hahahaah. Farah pun bls " cehhh danial kenal mana satu mai" hahahah. Aku balas lah "macam ni ke tahap kesabaran korg?" XD XD XD Aku suruhlah diorg seru nama ratna suruh on. Diorg semua seru nama ratna. hahaah funny lah korg. Sampai Izzah dengan muiz berlakon jadi ratna. Please, jadilah diri sendiri. Teruknya penyamaran korg. hahah. Muiz masih cuba jadi ratna, rasa nak tumbuk je sampai aku ugut, kalau kau jadi ratna,aku tak nak send. :D :D :D

Aku pun malas nak tangguh-tangguhkan, aku pun cakap lah cabaran tu. Farah bagitahu yang aku hanya mencari populariti. Erkk. Tetiba danial ckp "Kick mai please" Kejam duh nak kick aku. tetiba ikhwan muncul. hahaha. Rasyid pergi tukar nama group "shhh mai nak send" . hahahaha gelojoh oh diorg nk tahu sangat. aku pun sendlah cabaran tu. Cabarannya ialah meminta maaf pada danial sebab aku lembagakan gmbr dia dlm insta. hahahahahaha tu je lah cabarannya. aku tahu mesti korg kata tak berbaloi nak tunggu lama lama. Semua dh agak ada kaitan dengn el. Tengok aku dh agak, danial terdiam. hahahaha. Rasyid pergi bagi :

Ini Maisarah.
Dia perlu org cabar untuk minta maaf.
Jangan jadi seperti Maisarah.

Kejam betul. lepastu, danial suruh muiz kick aku. haahaha muiz tak kick pun. Wazif ingat apa lah tadi. Kau ingat apa ? hahak. Rasyid pun cakap "okay2 semua sambung buat kerja". Korg kecam aku gila gila. Sebaik izzah back up aku. Aku hargai diorg tunggu apa cabaran yg aku nak sampaikan. hehe. Tetiba diorg sangka aku akan cakap yang aku suka danial. euuuuw no lah. kekasih saya grant gus okay. Wazif tak puas hati lgi cakap, minta maaf kena depan depan. Semua cakap aku malu-malu mioww. hahaha. Rasyid pun menyibuk nak cakap dia pun benda nak bagitahu tapi tunggu pukul 12. sudahlah publisiti murahan. Rasyid bls "aku sebenarnya sgt lapar" hahahah. aku pun balas lah

Ini Maisarah
Maisarah baik
Maisarah dah minta maaf
Maisarah kena kecam balik
Maisarah tak dendam
Maisarah bijak
Jadilah seperti Maisarah.

hohohoho. Ikhwan pun ckp nak settle kan hal ni tukar topik lain. Rt ikhwan ! wazif cabar aku pm danial minta maaf, dan rasyid ckp nnti aku berhindustan nanti kalau pm. hahahah apakebendeeela. aku terima lah cabaran si wazif tu. Aku baru nk cari contact dia, dia terus pm aku "Kaunter ditutup. Sila guna kaunter lain". ahahahha apa aku boleh buat. hahah. tapi disebbkan cabaran wazif, aku hantar lah. lepastu rasyid ckp "org melayu mana kisah kaunter ditutup" hahaha apalah korg ni. diorg pergi tukar lgi nama group "raikan cinta danimai" gabungan nama pelik pelik ; Mainial/Damai/Daisarah. dah dah lah jijik ah korg -..- kalau "raikan cinta maigrantgus" takpelah. yezzzz. aku terlalu 'dare'. lol. Danial pun cakaplah "Cuma agak kejamla ko hitamkan...kenapa tak birukan ke". hahahaha danial patah hati duh. tetiba tukar topik tanya aku dah main dungeon nightmare ke belum. ratna pergi bls "kaunter mula dibuka sikit" hahahaha. ratna "danial tanya tuh, dh main ke belum game tu" hahahaha

kitaorg main truth or dare pulak. huhuhu. semua bergaduh nak pilih turn masing-masing. Aku kena pilih last sebb tenet merangkak .stress. haha. sampai muiz dengan danial rebut tempat no 3. El ckp aku benci muiz. hahaha apalah. serabut aku. betul kata rasyid game ni boleh putuskan silaturrahim. wazif jadi mc. srs wazif slow ah. Naik ngantuk aku. wazif mulakan soalan "Siapa paling comel lelaki dan perempuan kls kita?" hahaha apa duh soalan. farah pun jawab lelaki,muiz dan perempuan,ratna. muiz kembanglah tu farah cakap dia comel. hahaha turn muiz pulak, dia kena nyanyi lagu dengan high note. hahahaah . Lagu let it go. Muiz record suara dia. Aku dengar mcm sakit je suara. Muiz ckp dahlah malam pulak tu, apa org fikir melalak malam-malam. hhahaaha rasyid kata muiz menghampakan dia macam aku jugk. lol, aku punya turn pulak. Wazif tanya betul ke kau takde perasaan cinta dan sayang sikit pun dgn danial yg hensem lagi menawan tu ? oiii. hahahahah aku jawablah "Secara jujurnya, aku ngak ada perasaan sayang dan cinta pada danial. hahaha tu dia. ratma tetiba je menyampuk "kenapa perlu kiasan dgn bahasa indo" hahahaha kurg asam. tu jawapan sejujrnya. nak jujur mcm mn lagi. aduhaii. Mc ni lambat duh patutnya ganti jae suk je.

Sampai turn izzah, wazif tanya siapa lelaki pernah buat kau menangis sampai lebam-lebam mata? izzah senyap macam tu je. Rasyid ckp izzah minum kopi. hhahaha.dan izzah perlu kena penalti. apalah muiz ni >_< guling guling aku gelak. Izzah jwb bapak dia. hahaah jawapan yang tak disangka-sangka. Dia ckp mesti kitaorg fikir pakwe ke. hahaha. lepastu turn ratna pulak. dia pilih D. Wazif suruh dia cakap dekat mak dia nak kahwin dengan muiz. hahaha muiz tu jiran ratna. Aku tahu ratna dudk rumah mak cik dia. Ratna tak sanggup nak terima cabaran tu dan merayu tukarlah nama muiz dengan nama lain jadi Jo. hahhaha lawak lah. dia ws mama dia dan guna nama muiz jugk. hahah mama dia sporting lah. rasyid ckp "sekali mak dia ckp dia dh lama berkenan dkt muiz" hahahahah.
Mc dah melampau. Turn farah pulak. Mc betul betul dh melampau. Wazif tanya "cakap dekat abang kau tak suka bakal isteri dia, lepastu cakap dkt dia suruh cancel perkahwinan diorg" melampau ohhh. Tukar mc please ! Farah pun ws abang dia "kau tak suka bakal isteri dia, dia suruh cancel perkahwinan dorang.. dah abaikan aku. gurau je" hahahha farah ni. Khairi menyampuk "kenapa muiz laku sangat" haha jeles lah tu. abang dia balas "A)bodo B)Sengal C)Bongok D)Vanngang. Bagi aku 1 jawapn dulu" Farah bls "Aku sangup pilih B" Abg Farah bls "Agak dah". hahah Abg dia balas lgi "Tp ak rasa its more to e). E)Semua di atas" hhahaha. Funny lah adik-beradik ni.

Berjanggut aku ada tunggu turn aku. farah jdi mc dan tanya siapa budak perempuan kelas yang kau minat? hahah habis lah kau rasyid. Rasyid NAI. haha biarlah rahsia. dia katalah nama NAI tu. Sila tarik nafas rasyid. huhu. turn awok soalannya berbunyi mcm ni "antara rasyid dgn faizol, mana satu kau suka?" hahahah awok jawab F. pejoll hahah awok mendukung pejol. hahahah. Haaa lepasni turn aku pulak. Aku terpilih D. masak aku. perghh soalan dia "ws dkt danial, ckp I love you dkt danial lepastu boleh tulis 'gurau je'". Korang semua menggelakkan aku melampau tau. Aku tahu semua tak sabar nak aku screeshot.  aku rasa farah kejam, lepastu ratna back up farah kata wazif lagi kejam main mak mak pulak. hahahhaha.

aku pun hantar dkt danial, "weyh danial. Ni cabaran dari farah. I love you [enter] [enter] [enter] gurau je*emojiketawa*" hahaha. danial online duh tapi dia bagi aku tick kelabu ! kuajo. Farah ckp mana boleh ckp "tu cabaran farah". ewahhh, bersyukur sikit aku dh cakap. Ratna pergi bls, macam tak sampai hati je nak cakap gurau. kejam lah korg. tetiba rasyid "tu lah mai ni banyak kaedah" fuyoooo. haha. lepastu turn izzah, farah tanya "adakah izzah pernah terjatuh hati pada budak lelaki kelas kita?" izzah jawab tak. hahaha. Aku sembur balik, tadi korg kata ngantuk kan? cakap pasl danial terus segar. enth enth korg yang suka danial. hahaha marah marah. khairi tak nak join katanya bahaya je soalan. hahaha. lepas tu aku dah rasa betul betul mengantuk tahap seribu kali ganda. aku ckp aku beredar dulu lah. Sebelum tu aku private gmbr ws.

Esok pagi perasan , danial dh baca pukul 12:12 mlm. Aku dh tido. Muiz add danial balik, lepastu danial  hantar "Macam ni arr member. Dah send lepastu block ak" hahahaha. Muiz pun ckp "Aduh mai asal block, danial nak berwasep tu" hahaha. Pagi tu aku balas lah "mana ada aku block, ws aku mmg tk de gambar lah. hahaha. apalah korg ni. tak kering gusi gwe .


Hooo penatnya menaip.
Terima kasih sudi baca.






0 comments:

Jadilahsepertirashid

13:54 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for forest tumblr
Merantau.

Hey blogger.
Lama tak post 'sesuatu' haha. Aku rasa nak tergelak pun ada bila diorang buat acc 'jadilahsepertirashid'. Aku baru tahu pun semalam, itu pun sebab husna post gambar dekat group. Aku mengambil kesempatan untuk forward dkt group kelas. Kebetulan kelas aku ada nama rasyid. hahaha. Apa duh motif diorg buat acc tu? hahah. tu semua gambar tentang 'rashid'.
Ini rashid.
Rashid menonton Animal Planet.
Rashid tidak menonton drama melayu.
Rashid tidak terencat.
Rashid bijak.
Jadilah seperti Rashid.
hahahha. ada fakta di situ. Rasyid dalam kelas aku memang mana layan drama melayu dan suka binatang. Dia semua inggeris je. >_<
Dia selalu cakap arnab kesayangan peliharaannya lari dari rumah. hahahah mungkin dah dapat pakwe baru ? hahahah. kesian aku pulak tengok. Bukan seekor je, lebih dari seekor kot. Tabahlah wahai rasyid.

Disebabkan husna hantar 'jadilahsepertirashid', aku gigih mencari semua laman web berkaitan dengan 'jadilahsepertirashid'
 hahahaha.

Walaupun berbeza ejaan Rashid dan Rasyid(classmate) , bunyi tetap samakan ? hahaha maaf rasyid.
Lagi bagus kalau ada 'jadilahsepertidanial'. biar dia yang kena ! >_<

0 comments:

Azamku

20:30 Maisarah Mimo 4 Comments

 
The greatest pleasure in life is doing what people say you cannot do. 

 Hey blogger.
Akhirnya, aku jejak blog diriku ini. Kebelakangan ini, aku malas nak buka blog. Entahlah. Rasa nak delete je. hahaha. Azamku ialah nak hapuskan blog ni. Agagaga. Eh tak delah. Tetiba je idea ni datang, jadi nak tulis lah. Azamku yang banyak. Nak tahu ke ? takpelah. biarlah azamku tersimpan dalam mindaku. kih kih. Nanti lah gwe bagitahu. hakhak

Okey azamku yang baru. Takdelah baru sangat. Nak kuasai 20 bahasa. Omg ! apa duh sampai 20, hmm huhu. Pepandai lah list. haha. Lepastu nak ada violin ! nak jadi macam lindsey. :') nak ada lesen. hahahaha perlu ke cakap . Lagi nak kumpul pen warna-warni banyak-banyak. hmm banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak taip. bye guys. haha

4 comments:

5 Jan 2016 Bestarian

11:32 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for classmate tumblr
Bestarian

Hey blogger.
Semalam aku ada jamuan kelas dengan Bestarian. Yeay ! Dapat melepaskan rindu dekat korang. Rasa sekejap je jumpa. Siapa yang tak datang tu rugi, haha. Tapi yang bersebab tu takpelah. Ratna, please jangan lah jeles. Nak tahu tak ? haha. Kitaorg buat jamuan kelas dekat rumah muiz. Rumah ratna belakang rumah muiz je tapi dia tak dapat datang. Sorry lah ratna, kita terbagitahu dekat bestarian yang ratna tak datang. Hahahah. Siapa suruh tak cakap jangan bagitahu org lain. Semua mesti lah pelik dah belakang rumah tak nak datang, dah kenapa ? lolz. Dia pergi rumah mak cik dia jadi babysitter sebab mak ciknya baru bersalin. hoho.

Kalau korg perasan, aku dah tukar lagu blog. kih kih. Mood hindustan oh.

Aku datang dalam 8 lebih sambil tengok peta yang khairi lukis tu. Macam dekat je jalan yang dia lukis. Aku pun suruh ayah aku ikut jalan macam dalam peta tu. Huih, jalan tu betul-betul gelap. Yela, aku mana pernah pergi rumah muiz. Ayah aku tanya, "betul ke jalan ni?". Wey, tak dapat nak gambarkan macam mana rasa seram lalu dekat situ. Laluan tu pun guna untuk merentas desa. Tapi aku tak ingat jalan merentas desa. haha. Menyesal tak dengar cakap muiz, "kau jangan ikut satu lagi jalan,lagipun jalan tu gelap. Ikut peta aku ni". Ni semua gara-gara khairi lah. Mana lah tahu, jalan-jalan dekat tempat gelap tu, tetiba jumpa hantu "the eyes" hahahahahaha. 

Dalam hati tu asyik berkata, cepatlah sampai. huhuhu. Akhirnya, jumpa jalan berlampu. hahah. Aku ingat aku je yang sampai dulu padahal ramai dah datang, semua duduk rumah. Diorang suruh bawa makanan. Aku bawa sos thai je. hahahahha, makanan jugak en ? Tapi perempuan je yang ramai, lelaki tak ramai sangat. Ada separuh pergi solat isyak baru datang.

Aku datang-datang je diorang semua teriak nama aku. Terkejut aku. Bila salam diorang, tangan aku sejuk gila hahahhaha. macam nak jumpa apa. Lepas tu kembali normal. haha. Masa aku datang tu, budak laki tengah memanggang ayam. Ah, aku datang nak makan, tapi makanan tak siap. Hmm. Aku ada perasan mira dengan seorang budak. Cewhh, dah jadi seorang ibu. Hey, mama mira. Aku fikir adik sedara dia. eh eh eh, aku salah. rupanya anak buah muiz. Bila 'mama mira' nak balik, muka dia sedih gilaaaaa. hahahah.

Mira ni kan orang belum nak potong kek, dia, ma dengan arfah serbu kek lepastu mira potong kek. Huih, kalau ya pun janganlah potong kek tu dulu. >_< lepas tu semua berkerumun dekat kek tu tetiba hanya nyanyi lagu Happy Birthday. Pada masa yang sama teringat dekat aku yang  dah tua ni. Hahah Happy Birthday to Maisarah. hewhew. Diorang pun nyanyi sambil tepuk tangan dan kepala bergoyang ke kiri dan ke kanan. Si El pun sama, paling over. Aku dah cerita kan pasal El ? Ni haaa : KISAH EL

Aku memang tak perasan , seronok makan ayam huhuhu. Diorg semua tunjuk tunjuk sambil pandang aku. Aku tak nampak apa danial buat sebab dia duduk belakang. Aku hanya pandang dengn ekor mata je. Serious ah, dia menari jugak ?! hahahaha. Dany yang pelik. Erk. Erk.

Dalam pukul 10, Arfah dengan mira dah nak balik. Sediiiih. Tapi masa dia nak balik, masa tu lah rasyid bagi ole-ole dia pergi jepun masa cuti sekolah. hahaha, kitaorg tertumpu pada ole-ole. Aku dah cakap aku nak keychain, aku nak keychain lah rasyid. tapi takpelah dapat postcard pun okaylah. Masa tu arfah diketepikan, padahal parents dia dah nak sampai dah. hahaha. Okay, aku salam dia dan peluk peluk. Rindu lah korg !!! Nanti jumpa lagi tau. Bulan 3 nanti iaitu saat mendebarkan.

Aku balik dalam 11.45 mlm. Finally, ayah aku tak lalu dekat jalan gelap. Guna jalan lain. Jalan yang ada lampu. hahahahha.

Masheh baca entry tak best ni. hai. tolong klik nuffnang. hihi

0 comments:

Favourite Game !

12:48 Maisarah Mimo 8 Comments

Image result for horror tumblr
Huuuu!
Hey blogger.
Harini terdetik nak buat entry fav game aku. Aku memang suka main horror games. Memang semulajadi minat dekat game hantu hantu ni. Best oh, memang menguji minda. :P Aku buat entry ni pun sebab aku cabar ratna dengan alya main game ni. Memandangkan mereka berdua penakut. hahahahhaa. Cakap je orang. Aku pun sama je. >_< Walaupun dah banyak kali main, aku tak bosan pun. Yela, nama pun fav game kan ? *angkatkening* Nak tahu game yang aku maksudkan ? Seram sangat ke ? Jom jom.




Aku nak share macam mana nak main game ni. hahaha. Mula-mula main memang seram gila oh. Tapi sebab minat kan, aku biarkan ketakutan aku berlalu begitu sahaja. Tapi hakikatnya aku ajak adik aku teman main. hahaha. Main dekat phone tak best sangat. Hmm entahlah. Kena buka volume yang kuat, baru best ! Tengoklah hantu tu, aku tak tahu nak panggil apa. Macam drakula tapi takde badan. Boleh hidup pulak tu ? hahahaa.

Mula-mula aku pilih easy. yela 10 bungkusan je minta, senanglah nak cari. Itu pun payah. Masa tu ada dekat bilik tv. Aku kagum dengan bilik tu yang seram. Erk. Bayangkanlah, hantu tu takdelah hampir dekat kawasan tu,mungkin dia ada dekat bawah atau tingkat atas. Tingkat bawah memang tempat fav dia dengan atas. Kalau apa apa aku naik tingkat atas dulu. Bilik dekat situ banyak dan boleh lari-lari. Bilik tv tu, aku buka lah almari nak bungkusan, kalau nasib baik dapatlah banyak bungkusan dalam bilik tu. Siap dapat kunci lagi tau ! tu untuk buka peti yang tersimpan bungkusan. Kalau nasib tak baik, satu bilik tv tu tak ada bungkusan. Sedih, nak kena naik atas dan terpaksa tempuh dengan bunyi yang menakutkan . 

Bayangkan, bila nak pergi dari satu ke tempat yang lain, tv bergegar, pasu bergegar. hahahaha aku nak gelak masa tu tapi rasa seram pada masa yang sama. Semua shaking, tu menunjukkan hantu tu dah hampir dengan kita. Ada satu kali tu aku main, hantu tu tahu tahu je aku dekat mana, sampai nak keluar bilik dah nampak bayangannya dekat pintu, aku pun cabut lari lah tapi terkurung dalam bilik pulak. Aku tak tahu nak buat apa, 

Image result for the eyes game
Nampak tak lampu tergantung tu ? Aku pun tak tahu situ boleh jadi tempat menyorok. Lompat-lompat, boleh pulak duduk situ. Fuh, rasa selamat. Hantu tu terus masuk bilik ni. Pergh, aku diamkan diri sambil suluh lampu dekat dia. Dia buta kot sebab tak nampak aku dekat atas lampu tu. Aku tengok dia masuk dan keluar. Laju wehh, makin lama aku duduk situ,makin laju angin berdesus. Angin berdesus sebab dia lari terlalu laju. lol. Aku ada "eyes" dapat hasil carian dekat dinding-dinding tu. Aku tekanlah untuk tahu  dekat mana drakula tak guna tu. Sampai aku dah lama sangat duduk lampu tu, aku terus padam game tu. Hantu tu agresif sangat lah macam mana aku nak lari nanti. hahahah

Image result for the eyes game
Ni lah peta sebelum keluar bilik tv tu. Kalau korg perasan bilik tu yang ada gambar tv. Jalan mati tu tangga. 

Ada part kelakar. Aku masuk bilik atas. Kebetulan ada almari boleh buka tutup. Jumpa piring hitam pulak. Aku tertekan, ada lagu lama mainkan. Lagu zaman dulu. Mula-mula aku gelaklah, sebab kelakar sangat lagu tu. Pada masa yang sama, dengar orang berlari laju tau. Aku pun apa lagi, main lagu tu banyak kali. Sambil tu carilah bungkusan tu dekat peti harta karun. Bilik takde tingkap, tak bernafas aku. Ada pintu je. Aku pun saja pergi dekat tingkap. Pergh tingkap tipu tu batu-bata rupanya. Tak silaplah aku mati dalam game tu. Baru aku tahu lagu yang mainkan tu, lagu fav hantu tu rupanya. Lah manalah aku tahu. lolz. Aku pun main lagi sekali, dan pergi bilik ada piring hitam, hahah dan mulakan main piring hitam tu. Padan muka, siapa suruh kalahkan aku. Aku pun cabut lari lah. Kan banyak pintu, huhuhu.

Paling tak boleh bla, bila hantu tu semakin hampir dengan kita. Semua barang dalam rumah tu bergegar. Kelakarlah. Jam bergegar, teko dekat dapur bergegar,pasu bergegar. Teruk bebenor. Masa aku panjat atas dapur betul-betul atas teko. Tak tahu pun hantu tu dah hampir. Teko tu pun bergegar dengan aku aku sekali bergegar. hahah. Tak perasan aku duduk atas teko tu. Palinng seronok, duduk tepi pintu, buka pintu kecik dan perhatikan hantu tu. Tengok lalu lalang dan tak dapat tangkap aku. Aku pernah menang game tu. yeay !!!.

Bilik atas pulak, memang banyak pintu. Tapi bilik tumpu satu, dua macam tu je. Pintu pulak yang banyak haih. Bila keluar je perkataan "RUN", aku dah tentu arah, sebab memang hantu dah hampir sangat, cuma tak tahu dia dekat arah depan atau belakang. Masa tu baru naik tangga, dah keluar perkataan "RUN". Dia jeles dekat aku lah tu takpun nak jadi bestfriend aku. haha. Aku ingat dia dekat atas, lepastu turun lah dekat tangga, akhirnya kalah. Bencinya ! Tangga pun tempat fav dia. haha

Image result for the eyes game


Terima kasih sudi baca entry tak seberapa ni.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tambahan :

Bilik bawah tu seram sangat. Yela, penuh dengan paip, kotak-kotak. Aku lebih selesa cari bungkusan dekat bilik atas. Bilik bawah tu dahlah ada tikus. Terkejut aku. Aku fikir hantu tu. Wuish. Jantung aku rasa nak tercampak keluar.

Ada satu part dalam bilik makan. Meja makan dia ada ruang nak lari. Jangan tersangkut dekat kerusi sudah. Masa tu jugaklah perkataan RUN keluar. Mak aihh, dia masuk bilik makan tu. Aku dah tentu arah dan lari keliling meja tu. Kelakar duh. Hantu tu pun kejar aku keliling meja. Eh ni bukan drama hindustan nak lari. Mungkin jugak "the eyes hindustan version" lolz. Ha, sambung balik. Nasib tak kalah. Hantu tu dah fed up dan keluar dari bilik tu. Fuhhh. 

8 comments:

Dugaan Spm 2015

22:08 Maisarah Mimo 6 Comments

Image result for raining tumblr
Bunga apa ni ?
Hey blogger.
Selamat bersekolah semua termasuk adik-adikku ! jeles jeles. Hm yeay esok sekolah :D Haha tak sedar diri dah habis sekolah. Aku nak share kenangan spm 2015 duh. Boleh dikatakan pahit jugaklah. Jap aku ada cerita ke dekat mana-mana entry ? Rasanya tak. Berita ada masuk kan ? hehe. popular jap

Okay dah check. Belum lagi. Terkilan lah, kena menghadapi banjir sewaktu nak spm. Bayangkan nak pergi sekolah, semua jalan sangkut. Memang malam tu hujan renyai-renyai, dan ramai bagitahu dekat ws punck alam banjir. Lagi-lagi aku nak pergi sekolah tu jauh sikit. Jadi kena guna jalan luar lah. Tapi jalan luar tu yang banjir. Erk aku pun tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Abaikan lah. Acik van aku call mak aku, macam mana dia nak amik aku. Yela, dia kata kereta dia tak boleh redah dekat banjir nanti asyik termati je. Apa yang mak aku boleh buat. Mestilah sama je kalau nak naik kereta pun termati jugak.

Esok pagi tu, aku dah siap keluar rumah dan tunggu acik van. Sebenarnya dia jiran aku, tapi amik aku pergi sekolah lah. haha. Aku tengok rumahnya macam tak buka. Memang cuak lah. Nak exam woi ! bukan nak berpesta. Aku memang dah cakap kena keluar awal, tapi acik van tu keluar dalam pukul 7.05 pagi. ke 10 minit entah. Lama weh. Nak nangis aku. Dahlah kena ada dekat sekolah awal, yela sebelum 15 minit pukul 8 dah kena masuk sekolah. Dia pun keluar, aku pun cepat-cepat lah naik. hahaha konon-konon nak sampai awal.  Lepastu terserempak dengan kereta dan van yang bawa pelajar spm.

Semua cakap, "tak boleh lah, semua patah balik". Bayangkan perasaan aku macam mana masa tu. Jantung macam nak tercampak keluar tahu. Diorg cakap "ni pun hantar sebab ada budk spm". Acik van aku pun jalan sampai je traffic light. Jalan jammed. Masa tu dah nak 7.15. Acik bukan nak reverse masa tu, dah kena lalu satu jalan lepastu jam lagi dekat situ. Rasa nak buka pintu van tu jadi hulk. Akhirnya patah balik dekat jalan dan tunggu kejap. Acik aku cakap dekat acik van lain nak tumpangkan aku. Dia pun cakap dia pun tak lepas. Acik aku parking jap. Aku pulak ternampak cikgu aku yang duduk saujana pun tak lepas. Oh lupa nak cakap , masa tu nak exam math.

Ada juga jiran aku yang sama duduk dalam kawasan tak lepas. Kebanyakan hampir semua kot. Huih, betul-betul kaw! haha. Acik aku keluarlah, nak tanya pasal siapa nak amik ni. Aku pun tengok je la dekat belakang, lepastu nampak kereta toyota hilux hitam. Acik aku jerit "Maiii!". hahahaha lawak duh. Aku nak gelak tapi pada masa yang sama sedih. Pergh. Aku keluarlah van tu. Ramai betul sesak. Awkward lah, aku keluar-keluar van terus naik kereta hitam tu. hahaha. Alhamdulilah, masa tu. ada 4 perempuan duduk dekat dalam kereta. Driver tu ayah kawan aku, Raja. Budak lelaki ramai-ramai duduk belakang tu. hahaha. kalau korg nak tahu, masuk dalam berita. Kelakar woi. hahahah.
Hmmmm.

Agak terkejut lah, balik je. Gambar tersebar satu m'sia. haha. Aku tanyalah,cikgu cakap apa. Shahira jawab, cikgu kata cikgu tunggu walapun lambat. Masa sampai tu, memang semua dh masuk dewan. Sampai cikgu tanya aku, jadi blur jap. Masa masuk sekolah tu, cikgu ilmi tanya "Ni semua mangsa banjir ke ?". hahah. kitaorg jawablah ya. Kelam-kabut masuk. Sebelum tu, kitaorg berterima kasih sangat dekat uncle tu. Masuk foyer, ada cikgu tanya aku "Awak call cikgu ke ?". Memang patut aku macam blur, yela aku mana ada call. Atiyah yg jalan dengan aku pun tak cakap, dia yang call cikgu lain. haih. Cikgu pun cakap takpelah. Pergi dewan cepat. Cuma dia tanya ic dengan slip ada tertinggal ke semua tu.

Aku dengan atiyah pun cepat-cepat keluarkan peralatan semua. Masuk-masuk, jadi perhatian ramai jap. Alhamdulilah,sampai dalam keadaan selamat. Tah macam mana, memang tenang jawab exam walaupun kejadian banjir. hehe. Tetiba aku terpandang meja sebelah aku, Alisa. Hati ni terdetik, mana pulak si Alisa ni. Dia pun duduk satu kawasan rumah walaupun lain lorong. Eh perlu ke cakap. lolz. Aku pun risau jugk. Masa rehat tu, cikgu bagitahu dia buat dekat sekolah saujana(sekolah lain).
Nasib dia ada kawan dekat sana, dia bagitahu dekat ws. Memang sehari exam tanpa kawan sebelah. sobs sobs. Ada yang naik lori pergi sekolah saujana. ni gambarnya. Aku hantar dekat alisa pasal ni, dia gelak gila gila. Kelakar lah, hahahaha. menaip sambil gelak-gelak sorg sorg. Penatnya menaip.
Ni haaa : Sila Buka

Saya dekat kereta hitam tu. hahahah

yang dalam lori tu semua kawan aku yang dari smkpa dengan smkpa3 pergi buat dekat saujana. fuuh siapalah yang tangkap tu. *emojinangis*

Terima kasih sudi baca.



6 comments:

I'm officially 18 !!!

13:08 Maisarah Mimo 11 Comments

Image result for happy birthday tumblr
Happy Birthday to me !
Hey blogger.
Alhamdulilah, hari ini hari aku tua. hahaha. Wuish cepatnya aku dah 18. Terima kasih ucapan dan doa korg :) Semoga kita semua berjaya Bestarian ! *campakLove*

11 comments:

Happy New Year 2016.

01:00 Maisarah Mimo 2 Comments

Image result for 2016 new year tumblr

Happy New Year 2016 gaizz !
Hey blogger. 
Saya dapat magic envelope dari Mira. haha 

1. What is a weird habit you have or people have told you have?   Hmm susah nak cakap. Memang banyak benda pelik tentang mai. hahaha. Apa yang pelik eh tentang mai ? Eh jap, nak tanya diorg >_< haaa, okay walaupun dah 5 tahun sekolah menengah, masa nak pergi sekolah je mesti berdebar-debar. hahaha. Tak tahu kenapa. Bayangkanlah setahun berdebar-debar tanpa sebab. lol. Tu semua kisah 2015. sobs sobs. Lagi, mai suka bau kertas. hahahah pelik kan ? Bukan semua kertas lah. Suka bau kertas exam yang baru rezo tu kan panas dan ada bau kertas. hahahahah euuww. Tu dululah. Sekarang tak.

2. To you, what's the meaning of life?   Hidup menjadi seorang yang berguna dan bijaksana dalam semua perkara. hihi.

3. If you're sitting on a plane beside your favourite celebrity, what would you do?   Wowowowwow! Dah tentulah nak selfie dengannya.Then, berborak dengan dia. Omg !! Tak lupa juga untuk suruh dia follow kita dalam ig etc. Suruh dia follow masa tu jugk *kejam* hahahah

4. What is one of your favourite song lyrics? (Who is it by?)   Safe and Sound. Taylor Swift :)

5. Something that's constantly on your mind.  Result SPM !!! hmmmm :'( doakan semoga mai berjaya mendapat result yang flying colors gitu~

2 comments: