Prejudis

mountain covered with trees

Assalamualaikum.
Hi. Mood menaip datang kembali setelah lama aku malas nak taip. Waktu rajin tak mengenal waktu. haha faham faham, tak faham redha. Tajuk macam panas. Ehek. Tak adalah. Tadi aku main game Werewolf, tetiba ada seorang manusia ni emosi lah agaknya. Dia marah-marah kawan sorangnya tu sebab carut tentang mak. Logically, bab keluarga ni memang sensitif kalau diusik. Dia marah lah kalau kawan dia nak cakap benda lain tu boleh but bab keluarga jangan dibuat main-main. Yes, I agreed. Punyalah dia meroyan dalam game tu, aku ni menunggu turn je sebenarnya. Tunggu 9 players nak cukupkan. Tak kuasa nak layan drama dorg.

Dalam menunggu player lain masuk tu, terus dia selitkan "orang miskin memang low class", "sebab tu aku benci orang miskin, mulut macam longkang." Hmm janganlah bersikap prejudis wahai saudara. Tak semua orang miskin bersikap seperti apa yang kau cakap tu. Kalau hang bijak, ignore jelah orang macam tu. Settle. Lain kali jangan cari pasal dulu, then bila dah terkena dekat diri sendiri nak emosi pula. Dari segi dia bercakap pun ikut emosi, no wonder lah yang tak relate pun keluar. Bila kena kecam ramai-ramai, koyak pula. Allahu. He just wants attention. blerghhh.

Jadi mesti dia nak cakap dia orang kaya lah tu. Tak kisahlah awak tu kaya ke tidak ke. Attitude tu depends on diri sendiri. It's better diam kalau dah tak tahu nak goreng ayat apa. Bila orang suruh bersabar lagi melenting. Tengok level kematangan pun dah tahu diri tu taklah matang mana. Kalau kaya pun, mentaliti third-class pun payah juga. Kalau nak tegur tu ada caranya. Bukannya sesuka hati lemparkan ayat yang tak relevan langsung. Ni mesti selalu layan drama TV3 ni. Hahahah tu macam emosi sangat. Overall, lain kali jaga mulut sendiri. ihiks.

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih