Bad

"Stay away from toxic people."
 Hi geng.
I'm back! Jarang-jarang tengok aku rajin update cerita baru. InshaAllah, dalam 2 hari nanti aku akan pergi trip di Mersing. Doakan keselamatan kami. Trip ni pun untuk koko fotografi. Aku saja nak ambil koko fotografi ni. Lama minat kot. Malas lah pula nak balik awal kolej ni. Demi trip koko. kang 0 markah tak memasal.

Ok btw semalam, member aku tetiba dm aku dekat ig. Aku hairan lah juga sebab last dia dm pun masa bulan februari. Lepastu aku rasa dia busy lah dengan life dia. Aku pun busy lah dengan life aku. Hahah. Then, aku balas je lah kan apa yang dia dm. Then, dia ws aku. Dia tanya aku tak ada boyfriend ke? hahahah siutlah. Aku tak ada pun, kawan gitu adalah. (Ok aku tak tahulah nak buat cerita pertemuan kami ke tak) cehh.

Then aku tanya dia, mana gf dia. Dia cakap dia baru break up. Sebulan yang lalu. Agak awal lah juga. Aku gelarkan dia "Mat Rockers" lah. Senang sikit nak cerita. Aku gelarkan dia macam tu sebab suara dia sedap weh menyanyi. Dasar rock betul mamat ni. Ok mat rockers tu mulalah cerita yang dia kena tinggal. Aku tanyalah kot kot lah mat rockers ada buat salah ke sampai kena tinggal kan? Mat rockers ni pun ceritalah dia dah tanya apa salah dia sampai kena tinggal macam ni? Ex gf bagitahu dia rimas asyik gaduh benda kecil. Mat rockers ni fahamlah and dia nak benda remeh ni settle terus. Dia just cakap ok why not kita baiki balik apa yang kecil-kecil ni. that girl still tak nak terima dan nak break up.

Member aku ni tanya dia ni dah ada orang lain ke sampai macam tu sikapnya. Dia perasan jugalah tiap malam dia online tapi dia tak tahu tengah chat dengan siapa. Dia voice note aku. Aku dengar suara dia menangis-nangis weh. Aku tak pernah tengok member laki aku menangis bercerita dekat aku. Agak terkejutlah. Aku pun balas lah apa yang aku mampu kan sebab aku pun tak pernah bercinta. Aku mampu bagi nasihat mana yang mampu je lah. Sampai sedu-sedu kau. Aku ni dah macam mak dia duk mendengar luahan. Aku tanyalah dah lama ke dorg ni kenal? Dia cakap dah dua tahun. Tu yang macam tak tentu hala. Dia cakap 2 tahun tu bukan sekejap. Betul lah tu bukannya sekejap. Then dia rasa kenapa gf dia sanggup nak sia-siakan 2 tahun tu kalau dia nak putuskan macam tu je.

Dia cerita dekat aku yang dia macam dah ok lah tapi aku tengok dia tak okay lagi pun. Tak move on lagi. Hmm mungkinlah take time. Dia cakap kenapa gf dia burukkan dia depan member dia. Gf dia acah broken padahal gf dia sendiri minta break. Mat rockers ni pun maki-maki gf dia. Aku pun krik krik jugalah. Aku cakaplah tak yah maki-maki apa orang dh buat kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Ya memang sakit hati kalau difikirkan balik. Aku suruh dia rest sebab dia cakap dia migrain teruk lepastu demam. Sia-sia je fikir pasal orang memang dah tak nak kita. Lepastu kita pula sakitkan diri sendiri padahal dia dekat luar elok je. Aku suruhlah dia cuba redha dengan apa yang dah berlaku. Bahaya juga putus cinta.

Pagi tadi dia buat status, dia muntah bagai. Haih semoga kau tabah kawan. Aku ni dahlah tak boleh dengar orang nangis. Nanti aku pun nangis juga. May Allah bless all of you my friends :)

celebrate happy birthday GIF by Stefanie Shank

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih