Tak semeriah dulu

06:27,0 Comments

"Redha."
Assalamualaikum dan hai semua.
Pagi buta ni aku baru nak hadap laptop nak luahkan segala rindu pada blog. Cehh puih. Aku agak busy semalam dehh buat persiapan raya. Beli baju last minute hihiks. Yela sebelum ni aku fokus dekat final. Alhamdulilah 3 papers selesai. Lagi dua lepas raya. Eh tak kesian ke dekat aku ni nak ulang-alik kolej? Hmm :( Nasib dua papers lepas raya ni tak berat dan aku boleh dapat balik awal hohooo. Sem lepas aku boleh dikatakan penjaga pagar kolej tu lah. Semua fakulti dah enjoy cuti. Aku mereput masa sem lepas sampai cuti pun dah nak pertengahan. Orang lain awal bulan dah cuti hahahha. Barai tak barai. 

Cuma raya kali ini agak tak meriah macam dulu dulu dulu. Nenek aku dah kembali ke rahmatullah masa 7/6/2018. Tak sangka dah seminggu rupanya nenek dah tak ada :'). Al-fatihah. Mental aku down lah juga bila aku tersedar daripada tidur. Terlepas sahur sebenarnya haha. Sedar daripada tidur tu, adik aku bagitahu nenek tak ada. Air mata kental aku terus jatuh T_T Siapa je tak sedih kan. Aku lagilah terasa sebab arwah nenek jaga dari aku kecil. Masa menaip ni terthrow back pula zaman dulu. Walaupun arwah nenek garang tapi nenek baik T_T Mak aku pesan lah kan aku kena kuat. Cuba satu hari tu aku macam lembik. Oh lupa nak cakap. Masa tu minggu study week. Jadi satu hari tu aku tak buka buku pun study. Tak boleh nak study dan aku pergi menung laptop. Hmm.

Esok tu baru okay nak study balik. Tinggal beberapa hari nak final. Kena gigihkan diri jugalah study. Cuma aku sorang je cucu nenek tak turun ipoh tengok perkebumian nenek. :') Karna saya masih di kolej :') Semoga nenek tenang di sana.

Aku cuma tinggal sorang nenek je lah yang ada tu pun belah abah aku. Aku rapat lagi dengan arwah nenek belah mak aku hihi :D Semoga nenek tenang di sana. Oh aku dah tak ada atuk. Lama dah, masa aku darjah 1 lagi. Jadi bila aku tengok gelagat atuk kawan-kawan aku, aku ketawa sebab atuk dorang funny hahah. Mampu tumpang gembira huhuh.

You Might Also Like

0 comments: