Come true

Lovers share a silhouetted bicycle ride, hands reaching out to each other
Wanna share wuuu
 Mid-sem pun bermula. Hai semua. Setelah sebulan lebih aku tak balik rumah. Memang ni first time balik lambat. Aku tahu bagi korang ada yang rasa taklah lambat mana. Nak buat macam mana, itulah time zone aku yang rasa lama. Punya pishang duduk kolej sini. :( Finally dapat ambil ketenangan jiwa. Ok kalau nak cerita apa yang aku alami day-by-day memang tak tersusun. Jadi aku cerita mana yang aku nak je.

Masa first perjumpaan PA, aku dan group aku akan buat jadual kelas sambil tu penasihat akademik akan pantau lah. Ok ni cerita sem lepas. Aku nak kaitkan sikit. Aku ada bagitahu seorang mamat ni bukakkan pintu masa nak keluar dari bilik apa entah. Elektronik rasanya. Start dari situ aku macam minat dengan sifat gentleman tu. Dah lah senyuman dia manis. Auuuu. hahaha. Tapi lek lek sudahlah kan.

Dah beberapa bulan lepastu, aku dnegan member aku ni akan gelar dia gentleman. So kalau kitaorang story ke tak adalah obvious guna nama sebenar. Ok sini ramai je mata-mata. Sampai lah ak pernah cakap kalau lah gentleman tu suka aku balik. Wahhh bahagianya hidup. Oh dia satu group dengan aku juga dalam group PA tu. Macam lama lah minat dia. Minat juga orang lain hahahah. Minat dengan suka lain. Tapi lama-lama tu macam dah tak ada perasaan dekat gentleman. Biasalah tu. Selalunya mula-mula je minat.

Dah nak habis sem 1 tu, budak-budak PA tetiba bising dalam group. Pergi bagitahu nampak aku dekat bus stop then cakap dekat gentleman yang dia jumpa aku tak ajak yang lain. Aku macam bila masa bengong aku jumpa gentleman. Geram pula aku. Matching sana sini. Sejak tu asal terserempak dengan dorang. Dalam group bising pasal aku dengan gentleman. Masa nak beli ice blended, aku ternampka dorang jalan nak ke arah bus stop. alamaks ada yang dah perasan aku tengah tunggu ice-blended aku. Sekali tu panjang tengok aku dan pandang aiman. Aku nampak dia cakap, "Aiman,aiman". Mata aku masa tu nak tajam. Aku terpandang aiman. Dehel dia tersenyum malu-malu. Apakebenda duh.

Alah gentleman lambatlah, tengok aku dah tak ada perasaan dah. so sad :( hahahha dia buat aku lagi tak suka dekat dia. aku follow ig dia. Dia approve tau then followback. Lepas dia tengok ig story aku, dia unfollow balik. Jahat sangat tu. Apa salah aku. Hmm sejak tu aku tak suka dia hahahah.

Dahlah sem ni satu kelas math dengan dia. Apalah nasib. Nasib baik aku lek lek je hahha. Moga aku lebih tabah.

Share:

2 Comments

  1. Agak menyakitkan bila kita follow ig orang, dia approve then unfollow balik.. Tak pe girl, masih ada yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  2. @Carly Fifie hahah kannn. Fikir dia hot lettuw >_< ok thanks for your advice <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih