Fasilitator seharian

A person in an orange parka sitting in a helicopter with an azure coast visible in the window

Hi. Penat tak hilang lagi daripada semalam :( haha. Sementara cuti aku berbaki lagi seminggu. Then nak balik kolej dah. Alahai sem 2 bermula. Rasa macam dah habis belajar. Aku nak call PPA ni pun belum lagi sebab result aku belum keluar. Damn boii. Masalahnya aku dah hantar fail maklumat diri. PA pun tak boleh pakai. Lain aku tanya, lain dia jawab. Ya kita sama-sama cuti. Jadi lek lek sudah. hm

10 Feb 2018

Emi yang ws aku kata nak join ke program ni dan dapatlah sikit upah. Ceh. Aku pun minta izin dengan parents aku dan kawan aku suruh tumpang dia. Jadi parents aku bagi greenlight. Btw, petang ni baru ada mood nak tulis entry. Pukul 2,3 petang tadi memang aku menyampah nak menaip. Tengok tu gara-gara mood, semua benda tak jadi. Mana bakal jodoh saya, bila nak heal saya? hahah jadah pickup line macam tahi.

Kawan aku akan ambil awal pagi sebab program tu dekat sekolah area gombak. Tempat crush aku dulu. Perghhhh. Dulu lah dulu. Sekarang dia taken weh. Aku pun dekat rumah tak ada buat apakan, lagipun cuti sem pun dah nak habis. Alang-alang tu joinlah nak ambil pengalaman jadi fasi. First time kauu. Aku tak tahu lah boleh handle ke tak budak-budak ni. Faham-fahamlah pelbagai ragam. Program ini untuk pengawas. Semua jenis pengawas.

Aku datang hanya jaga dorang sebab segala program tentatif dah diaturkan oleh fasi lain. Macam seniorlah. Awkward jugalah jumpa dorang. Hahaha. Nak tak nak kena bergaul dengan dorang. Sombong sombong nak ke mana.

Member aku bawa kereta macam merempit kau tahu. Meraban je, aku cuak tahuuu. hahahah dalam kepala fikir hidup ke tak lagi ni. hahah. Yang tak boleh blah, kitaorang yang sampai dulu. Lagi satu group fasi tu, dorang sampai lambat. Hmm penceramah yang handle tu kena jadi imam untuk solat dhuha sebab fasi imam tu datang lambat. LOL.

Aku ingat fasi tak kena intro.Yela program kecil je kot. Rupanya semua kena bercakap. Aku tak kisah bercakap depan cuma cumaaaa. Aku tak suka cikgu-cikgu tengok dari belakang. Manalah tahu kalau dia tengok aku intro macam retis ke kan. hahahah. Aku tak boleh go dengan budak-budak ni, boleh pula dorang tahu uthm dekat mana. Aku dengar dorang cakap "dekat Malaysia" Aduh hambarlah adik. hahahahha

Aku ajar lagi panggil aku kak mai. Rasa pelik dodol bila dorang panggil kak mai :') Adik-adik aku panggil aku as kakak je. Aku suruh dorang ulang kak apa? Everyone be like "kak mai" hahaha Aku memang ketandusan idea. Tu je. So sad. Masa dah intro tu, so dorang dah makan rasanya. Makan pagi. Aku nak lalu jadi dorang bagi laluan. Lepastu ada satu budak panggil, "kak." Aku tolehlah, "Akak ni cantiklah." Aduhhhh dik oi kenapa puji hahahha. Semua kawan-kawan dia "wuuuu". Lepastu satu dewan dengar, aku nak letak muka aku dekat jamban je rasa.

Budak-budak pun duduk dalam barisan. Dorang bising then ada akak tu marahlah. Aku tengah tengok phone dan tak dengar apa entah akak tu marah. Akak tu cakap apa entah lepastu aku terdengar ayat belakang dia "jangan tahu tengok akak cantik je" Semua toleh belakang. Paleotakkkkk. Apa salah aku hahaha. Lydia pun cakap "mai dorang tengok kau". Aduhhh fokus pandang depan sudah. Semua akak-akak cantik wahai adik-adik -..-

Macam biasa ada program, aku kena jaga budak-budak dari kumpulan 3. Semua minta tolong aku padahal fasi tak boleh tolong. Aku bagi hint je kahkahkah. Kelakar teruk dorang buat meja tanpa kaki dengan menggunakan kayu dan kertas sahaja. Semua dok tanya macam mana nak stabil -..- Aku mampu cakap gunalah kreativiti korang tu. Tapi aku suka group aku sebab semua jenis nak jugalah main game. Ada satu budak laki dalam group tu asyik tengok aku je. Dahlah muka macam anak Diana Danielle. Macam chemad mukanya. Aku tengok dia balik dia senyum lepastu malu. Bila tangkap gambar perghh mampu buat peace bhaiii. hahhaha.  Seronoklah juga moment dengan dorang. Ada yang sporting, ada yang macam nak tak nak. Ada kena ugut barulah nak bekerjasama. Kelam-kabut ambil kertas acah-acah berbincang. LOL

Kiranya group aku lead ni behave lah. Bila aku suruh buat bulatan, ahli group dorang suruh sesama duduk dalam kumpulan. Barulah ada semangat kepimpinan.

Then, makan tengah hari. Kitaorang tak ada meja, jadi duduklah dekat bawah. Semua cikgu dengan penceramah macam peliklah kenapa tetamu duduk bawah. LOL. tapi kitaorang dah biasa. Tak kisahlah duduk mana pun. Cuma aku ni tetiba tak selera nak makan. Entahlah kenapa. Boleh pula Rahim dengan Helmie tangkap gambar kitaorang then cakap kami pengacara geladangan. whatthehell. hahahha. Lepastu cakap "kesian dekat korang."

Terhibur betul. Masa otw ambil makanan tu semua makanan dah ada dekat tangan. Lepastu one of staff kot bagitahu ni haa abang rashdan nak bagi makanan. Padahal kitaorang dah ambil. Hahahahahaha aduhhh abang rashdan yang muncul ketika nak bagi makanan je. Lepastu hilang lol.

Penat tak yah cakaplah. Memang penat. Aku ditugaskan jaga misi untuk pengawas perpustakaan. Game tu aku dengan lydia kena buat. Aku tak ada idea. Mampu buat radio rosak, melukis dengan tangkap gambar. Oh ada lagi. Sorakan. Hancur gila part sorakan sebab dorang ni ada yang sini tak nak buat, sana tak nak buat. Parah weh aku nak mengawal dorang ni. Ada yang suka tangkap gambar. Hahahah aku snap jelah. Misi tangkap gambar. LOL

Antara nama adik pengawas yang aku ingat, syahmi, adib, hadi, aliya sampai 3 orang haha, joana. Hmmm

Ni gambar yang aku snap.











Mereka sangat comellll. Tetiba rindu pula dekat dorang walaupun ada nakal. Hmm Belajar pepandai adik-adik. :')

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih