Aku sambung apa sekarang

Image result for graduation tumblr
"Jaga adab itu paling penting."
Assalamualaikum dan hi.
Dah beberapa entry aku dok bercerita sana-sini tapi aku tak cakap pun aku sekarang sambung uni mana. Alhamdulilah, harini baru terbuka hati nak taip pasal ni. LOLL. Aku sambung belajar dekat UTHM. Sesiapa yang student uthm baca ni, say hai lah. hahaha. Aku ambil bidang electronic engineering. Ada hikmah rupanya dapat kos ni walaupun plan A dengan plan B tak jadi langsung huhuhu. Sesuailah tu dengan tema "with wisdom we explore.". Sepanjang aku dapat tawaran, try lah juga search dekat google tentang uthm ni kan. Hmm sorang dua je aku jumpa blogger dari uni ni. Hampa jap. hahaha. Aku pergi google kisah seram je hahaha. Aku tak ingatlah blog siapa. LOL. Sampai ke situ eh.

 Kawan sekolah aku pun tak ramai dapat sini. Kawan matriks sama aku pun tak ramai juga. Kita asyik buat kawan baru je setiap kali sambung belajar. LOL. Lagi ramai kawan lagi bagus kan? InshaAllah bila dah masuk final year nanti, aku ingat nak ambil elektif biomedical engineering. Jadi cabang untuk kos aku tu luas, maka inshaAllah aku pilih biomedic. Pray for me :)

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih