Perhati

15:20,0 Comments

"Baby, I'm dancing in the dark."
Hi people. Dah lama dah nak story. Benda ni bukan aku sorang je yang alami. Berlaku juga dekat housemate aku. Perkara yang aku nak share story ni bukanlah kali pertama pun aku alami. Dari matriks pun dah ada cuma matriks ni kau dengan classmate kau je. Bila dekat uni ni, kau kena hadap dengan semua orang. Siapa yang tahu aku nak cerita apa agak-agaknya? Berpuak. Yes berpuak-puak. Aku fikir masuk degree ni dah tak jumpa spesis orang macam tu. Allahu tak berkembang rupanya masyarakat kini. Hmm.

Lagi lagi bila nak build assignment group. Perghh dia punya group tu geng-geng dia je. Apa salah cuba bina group dengan orang lain. Kadang-kadang bila masuk satu kelas tu, tahu-tahu je dorang dah ada group sendiri. Macam budak-budak perangai walaupun korang lebih tua daripada aku. Hmm macam mana yang muda nak contohi yang lebih tua kalau begini perangainya?

Pernahlah ada satu kelas ni. Aku takkan mention kelas apa. Masa tu lecturer suruh build group assignment. Dalam group tu mesti mixed gender or races. Aku tanyalah sorang cina ni nak tak build group sama-sama dengan kawan aku? Dia jawab dia dah ada group dengan geng cina dia. Oh okaylah tak apalah kan. Masa tu aku dengan aku lek lek je tunggu yang lain duduk dalam group dorang yang lain tu. Budak-budak perempuan depan aku tu memang tak adanya nak pelawa nak join group. Sebab dorang ada geng kan.

Tak tahulah macam mana, mata aku terperasan ada sorang geng laki yang aku kenal. Sekurang-kurangnya aku boleh lah buat kumpulan dengan dia kan. Daripada aku tunggu macam krik krik je. Kalau kita nak sesuatu tu, kita kenalah gerak dulu. Jadi aku cakap dengan kawan aku, jom pergi belakang. Aku rasa dorang belum ada lagi mixed group. Aku pun bertekad bangun dan bergerak ke belakang nak tanya dorang dah ada group ke belum.

Aku bangunlah pergi dekat dorang and tanya, "korang dah ada group ke?". Lepastu alhamdulilah dorang kata joinlah sebab dorang pun tengah cari lagi ahli kumpulan. Jadi aku dengan kawan aku duduklah dengan dorang. Aku memang tak pandang kiri kanan masa pergi belakang tu. Betapa menyampah aku dengan sikap berpuakan mereka. Malu ahh dah besar pun perangai macam tu. Sampai bila-bila otak tak berkembang.

Group kitaorang dapat buat yang terbaik. Aku bersyukur gila. Lepas kelas tu, kawan aku bagitahu something. Dia kata masa aku dengan dia terus gerak kebelakang tu semua geng geng puak tu tengok aku dengan kawan aku. Yela, aku mana tengok orang masa nak kebelakang tu. Aku fokus nak cari group je. Dorang macam terkejut aku dengan kawan aku yang bergerak kebelakang.

Mungkin dorang ingat aku dengan kawan aku ni pemalu kot. Maaflah don't judge book by its cover. Lagi satu nak tahu kenapa dorang macam terkejut? Sebab masa nak buat kumpulan tu, student lelaki yang datang dekat dorang and ajak join group. Tapi aku dengan kawan aku ni terbalik. Kitaorang yang tanya. Apa kau fikir ni meminang? hahaha. Dah nama group assignment, kenalah berani tanya.

Tapi aku masih tak suka dengan sikap dorang macam tu. Aku dah bosan tau jumpa orang macam ni. Tak tahulah kalau berpuak mampu membawa kalian berjaya. Housemate aku pun share, dia pun terjadi macam aku. Nak bina group sekali semua dah ada group. Berpuak terus. Lepastu housemate aku dah geram, dia kata dahlah semua blur-blur. Amboiii hahahahha. Housemate aku yang lain cakap, "lagi bongok lelaki pilih yang lawa-lawa je."

Aku setuju apa dia cakap. Aku nampak apa yang berlaku masa aku dalam kelas tu. Kebetulan geng-geng depan aku tu orang yang bermake up tahap berdebunya dunia. Lawa mana pun kalau akal tidak digunakan dengan baik. Tetap tak ke mana. Hmm.

Paling annoying, adalah hamba Allah ni dah ada group tu duduklah diam-diam. Ni merayau tengok group lain punya kerja. Sumpah tak ada life. Allahu aku malu tahu dapat classmate macam kau. Lepas acah-acah salam budak lelaki group aku. Then hulur tangan kau dekat aku. Apa kejadah gilaaaa? Padan muka kena ignore.

Makin tua makin childish alahai. -..-

You Might Also Like

0 comments: