Minggu Haluan Siswa

15:52,0 Comments

Image result for new tumblr
"I'm a fighter."
Assalamualaikum and Hai korang! Lama gila aku tak sentuh blog. Busy amat kawan-kawan. Malam ni macam rajin nak share apa yang aku buat masa MHS. Walaupun penat tapi alhamdulilah best. Sehari sebelum aku daftar, aku dengan family aku duduk hotel di persekitaran kawasan uthm tu. Banyak yang dah penuh kot tapi alhamdulilah dapatlah juga menginap semalaman. Barang tak yah cakaplah, padat gila. Haahaha lagi lagi campur barang-barang adik aku yang masuk matriks tu. Macam nak roboh kereta tu. Eh tak tak. Selamat lagi.

Aku malas nak asingkan baju dekat beg yang kecil. Aku pergi bawa beg sandang yang besar tu dalam hotel. Hahah. Punyalah malas. Banyak-banyak barang nanti penuh. Dahlah adik aku yang belajar matriks tu pun ada barang dia juga. Jadi memang padat sangat barang dalam kereta.

Aku dengan ainin dah rancang nak daftar sama-sama. Tapi rancangan tak jadi. Kahkah. Pendaftaran yang paling lama aku pernah experienced. Aku datang pukul 8 dan habis daftar pukul 12. Haha. Adalah konflik pasal hari pendaftaran. Itu aku tak nak cerita. Aku nak share yang happy je.

Aku planned nak datang lewat sikit macam pukul 9 kan. Pendaftaran bermula pukul 8.30 pagi. Jadi aku dengan family aku sarapan dekat kedai berhampiran dengan kedai mamak. Aku dengan berbaju kurung yang nervous macam tak lalu nak makan. Duk memikir pendaftaran. Hahaha

Ramai juga yang makan situ dan ramai yang cabut awal. Mungkin dorang nak dapat parking dekat kan. Aku pun bertolak lah hampir nak pukul 9 pagi. MashaAllah jam teruk kau! Masa tu aku macam baru masuk dunia lah. Tengok UTHM. Besar itu first impression aku. Sementara jammed tu aku cuci matalah. Ada yang semangat dah keluarkan beg baju. Haha. Takpe berjuang.

Alhamdulilah dapat parking tapi jauh kena jalan sikit nak pergi Dewan Sultan Ibrahim (DSI) . Aku ni memang pemalas nak bawa beg. Aku bawa fail, phone and dompet pergi sumbat dalam fail. HAhahaha. Janji muat. Malas lah nak bawa beg. hmmmmm. Datang je dekat kawasan DSI tu, aku dah cuak lah ramai yang beratur. Masalahnya aku tak nampak mana dorang buat line up tu. Jenuh aku jengketkn kaki. Ramai sangat orang depan aku, dahlah tinggi. Adehh. Aku macam nak nangis juga sebab sorang-sorang. hahahahahhahaha tahi.

Family aku pergi duduk tempat lain. Sobs sobs sis terpaksa mencari. Bukan nak teman. K hmm. Berdikari. Hmm. Lepastu aku call Ainin. Dia lambat lagi jadi aku terus call Anis. Dia ni aku baru kenal dekat ws sebab dia satu kos dengan aku. Lantaklah call tetiba ka. Janji aku nak daftar hahah. Alhamdulilah dia ada dekat dengan aku. Aku siap cakap nampak tak "baju biru tudung coklat dekat belakang blabla". Yes dia nampak.

Tetiba ada parents lain tengok aku. Krik krik jap. Aku pun terus pergi beratur. MashaAllah lama jugalah. Ketibas terus. hahahah panaskan. Then, macam-macam students dari kos beratur satu tempat dengan kitaorang. Anis ni cakap kitaorang dari fakulti EE. Lepastu faci tu suruh kitaorang jalan dulu. Terkejut duh. Rasa serba salah pun ada sebab datang lambat then kita didahulukan. LOL. Aku pun teruskan perjalanan ambil fail pink. aww sweetnya fkee punya fail warna pink. haha

Aku wanita terakhir beratur. Sekali aku pusing belakang semua lelaki. Wehhh hahah jadi gila jap. Redha. Hmm. Nasib ada kawan tau. Rupanya fakulti kitaorang diawalkan sebab nak buat ujian buta warna. Jadi fakulti aku terus masuk DSI. Aku ingat dewan biasa je tau. Bila masuk je macam jakun jap. Cantikkkkk. Sejuk hahah.

Kitaorang kena duduk dekat satu tempat yang faci tu suruh untuk giliran. Macam apa dah bangun, duduk, bangun, duduk untuk tukar tempa. Kena berganjak bila orang lain dah buat ujian tu. Aku tak sempat nak berkenalan dengan jejaka sebelah aku. Hahahahahah aippp. Not bad lah orangnya. Eh tapi dia classmate aku untuk kelas apa entah. Aku tak ingat. Banyak sangat kelas.

Maka tunggu punya tunggu dah nak masuk tengahhari. Penat tak payah ceritalah. Memang penat tapi aku enjoy je. Kejap je aku buat ujian buta warna tu. Kawan aku si Anis tu lambat kahkah. Entahlah macam mana aku cepat. Lepastu tunggu seterusnya untuk check dokumen. Masa nak buat check dokumen tu ada hal wehhh.

Phone aku tetiba jatuh dekat meja, dahlah pensyarah tu tengah cakap dengan aku. Whatdehell. Geram betul phone tu tercampak jauh. Nak nangis aku. Kahkah. Boleh pula pensyarah tu tanya ni pen warna apa. Aku jawablah warna oren. Hahahahaha lepastu dia tanya ni neutral ke apa. Aku jawab acid. Mampuih lah aku main cakap je. Hahahaha

Masa tu dalam kepala fikir nak ambil phone bawah meja tu. Serabut teruk. Tulah tak nak bawa beg kan. Hahaha. Tapi apakan daya aku seluk tangan aku bawah meja yang ada alas meja tu. Jauh bhai tercampak. Nasib tak sentuh kasut orang. Hahaha sis tidak rilek. Bayangkan nak pegang x-ray tu. Last-last tak minta pun. Kecewanya. Dah naik buruk fail aku bawa ke sana ke sini. Haha.

Ada 8 kaunter tak silap. Bila dah bagi semua dokumen berkaitan tu. Sesi tangkap gambar bermula. Masa tu dah tengahhari, tudung aku agak cacat. Muka pun dah ke laut. Bawa fail dengan freegift pendrive dengan beg. Lawa beg uthm. Aku tak pakai lagi haha. Aku guna beg aku dulu.

Best lah time tu juga terus dapat kad matriks tapi kena tunggu untuk dorang proses. Last sekali tu dapat kupon buku apa entah. Barulah aku keluar cari family aku. Masa nak cari dorang, aku duduk kejap atas kerusi. Serabut kot dengan barang-barang aku bawa tu tak terurus. Aku letak kejap barang aku atas kerusi.

Ada satu makcik ni menghampiri aku cakap loghat kedah. Aku menung jap. Aku boleh tangkap sikit-sikit je apa yang dia cakap. Hahaha. Maaf makcik saya tak berapa faham. Hmm. Aku tahu dia tanya macam mana aku daftar. Sebab masa aku keluar tu, ada parents mungkin nak tahu anak dorang masih tengah daftar lagi ke. Lol.

Alhamdulilah selesailah pendaftaran dekat DSI. Lepas ni pergi kolej pula. PART 2.




You Might Also Like

0 comments: