Minggu Haluan Siswa Part 2

18:22,0 Comments

Image result for archery tumblr
"Aim the good things."
4 September 2017.

Kolej aku dekat luar. Kau tahulah kan aku ni lepasan matriks mana biasa kalau semua dekat luar. hahaha. Aku asyik overthinking macam mana nak survive. Aku memang tidak rilek. Sepatutnya waktu tu memang waktu makan tengah hari tapi aku tak rasa lapar. Sebab fikir pasal kolej. Abah aku lambat ke kolej sebab tengah berborak dengan parents lain. Aku dah cadang tau nak sama bilik dengan Anis tu. Tak ada rezeki mungkin ada hikmah. Aku tengok suasana lengang je masa sampai kolej tu.

Sebelum masuk kolej tu, dah jumpa kubur. Wuishh setiap hari boleh insaf. Tak tahu situ ada kubur. Semua fikir macam mana malam-malam balik kolej. Hahah rilek tak ada apa pun. Aku ada pengalaman ghost in the toilet. Nanti aku share.

Aku pun bawalah segala dokumen tu dan tunggu di ruang menunggu. Aku ada nampak seorang perempuan. Aku tak tahu pun aku akan jadi roomate dia. hahah and now kami roomate gila. hahhaa. Mula mula je guna awak saya. Lepastu, ada faci tu kata kalau awak nak sama bilik. Pergi masuk bilik tu sama-sama and daftar. Aku sorang je kan masa tu. Aku follow je lah apa yang abang tu cakap. Aku dapat blok M. Masa tu dah pukul 2 petang. Bayangkan adik aku yang nak balik tangkak tu memikirkan pukul berapa sampai matriks johor.

Oh sebelum daftar bilik. Aku dapat rumah merah. Rumah merah tak pernah terpisah dengan aku sejak dari zaman sekolah lagi. Bila dah daftar bilik, aku kena pergi bahagian baju. Nak ambil saiz baju. Aku terkejut akak yang handle tu cakap "44 eh?". Aku ingat saiz baju tau. Padahal dah tulis M, asal jadi 44. Besar tu hahhaa. Rupanya harga baju.

Dah selesai urusan tu, aku pergi kaunter sebelah untuk login FB masuk group Perwira. Faci situ kata kalau nak join sukan tulislah nama sekali. Aku tengoklah sukan yang ada. Bola tampar tak ada wehhhh. Sedih tau. Lepastu aku tanya bola tampar tak ada ke? Katanya ngak ada. Hey saya bisa mewakili kalau ada. Sukan lain aku tak berapa minat. Aku minat archery, bola tampar. Game yang ganas-ganas. Tak ada tu kalau taekwondo pun okay.

Dah selesai tu terus cari bilik. Sengal cari bilik pun sesat ke tingkat 3. Padahal betullah tingkat 2. Aku terjumpa budak perempuan tadi. Dia roomate aku rupanya. Aku ni malas nak senyapkan diri. Aku pergi tegur dorang. Penat tau nak suruh dorang bercakap. haaha

Tapi masa masuk bilik pun, aku salah bilik lagi. Aku ingat boleh pilih bilik sesuka hati. Bolehlah aku pilih bilik besar. Rupanya kena tengok kunci. Mula-mula sedihlah. Tipulah tak sedih. Bersyukur je lah apa yang dapat. Dalam pukul 2 lebih tu aku keluar kejap dengan fam. Pergi makan. Lapar sangat. Roomate lain pun keluar makan. Nak luangkan masa dengan family sebelum balik.

Jauh nauu nak cari kedai makan. Ada jumpa satu kedai makan. Kena tunggu setengah jam sebab ramai mungkin. Masa tu terjumpa roomate aku tapi dorang ke kedai lain. Makanlah nasi ayam gemas dengan air milo. Lepastu terus balik kolej. Masa tu dah tiba masanya untuk family aku balik. Masa ni mak aku dengan adik aku je naik bilik. Dorang pun nak cepat, nak hantar adik aku balik kmj.

Lepastu salam dan peluk mak aku sobs sobs. Maka mereka pun baliklah. Allahu sedihnya. Aku hilangkan kesedihan tu dengan kemas barang yang belum kemas tu. Aku perasan ada satu beg aku tak ada dalam bilik. Siapa tak cuak. Segala sabun aku dalam tu. Sabun baju, lampu. Makanan aku tak kisah lagi. Nak pergi kedai memang jauh ler. Puas aku cari tak jumpa. Aku call lah mak aku cakap beg tu dah bawa ke naik bilik. Mak aku kata dah. Lepastu beg tu dekat bilik lain. Aku bilik B dan beg tu berada di bilik C. Aku pun ketuklah pintu bilik tu tanya ada nampak beg guni tak? Lawak weh dorang cuba fahamkan apa itu beg guni. ahaha

Sekali tu dorang tunjuk beg tu ke? Aku pun angguklah dengan gembiranya sampai salah cakap. Dorang tanya aku bilik mana. Aku jawablah dengan confident dekat bilik C. Dorang ketawa. hahaha Aku cakap eh bilik B. Kentut betul tersasul. Lepastu aku pun kemas barang dengan tenang. Ingatkan malam tu ada program. Rupanya tak ada. Esok pagi tu baru bermula MHS. Kena bangun pagi lah. Macam biasa aku akan bangun dulu. kehkeh. Bising weh bunyi sirens. Sabor je lah. Tak tenang aku nak mandi.

Aku turun ke surau dengan housemate lambat sikit sebab dia bangun lambat. At the ned, kitaorang je pakai telekung pergi surau. Semua girls dah siap terus. Kitaorang pun kenalah balik bilik bawa beg semua tu. Takkanlah nak pergi kampus sarung telekung kan. hahah

Bilik kitaorang lambat turun. Lek aku jenis punctuality. tapi masa tu ambil masa nak naik bilik tu yang lambat. Esok harinya aku tak turun surau. Solat subuh dulu dekat bilik baru turun. Kelam kabut hehe. Dalam pukul 7 lebih, bas pun sampai. Naiklah bas yang cantik tu. First time kan hahahha

You Might Also Like

0 comments: