Be strong.

Image result for archery gif
"Aim the good things."
Hello semua.
Rindunya nak post entry banyak-banyak macam dulu. Petang khamis ni aku free, kelas cancel weh. Heaven teruk. Semalam kuliah math pun cancel. Sebenarnya aku cuak lah juga sebab final dah nak dekat. Tapi test 1 lagi dekat. Wish me luck! Aku tak cerita kan apa yang berlaku sepanjang aku belajar sini? Aku cuma share je cerita masa pendaftaran dan orientasi kan? Kalau rajin bacalah, tak rajin tak payah baca. Blog ni aku buat pun untuk diri aku. kehkeh.

Pada petang yang indah ni baru aku peluang nak buka blog sebab housemate aku semua ada koko petang. Aku tak suka bila aku hadap blog aku ada orang luar. Aku rasa tak selesa. Tak syok ah nak share cerita then housemate kau tengok apa yang kau taip tu kan.  Lagipun dorang tak tahu aku ada blog. Haha.

Alhamdulilah, sepanjang aku duduk sini, aku boleh buat kawan. Start minggu MHS aku cuba kenal dengan ramai orang kalau boleh. Duduk uni ni bukannya kau kena buat hal kau semata-mata je. Sometimes sosial tu penting juga. In real lfe, kau kena hadap dengan masyarakat dekat luar sana kan. Macam-macam ragam manusia aku kenal. Dekat matriks tu tak banyak sangat. Tapi tak ada beza pun bagi aku dua-dua tempat ni. Sama je. Cuma kalau kau pandai bergaul, kau dapatlah kawan. Kalau kau pemalu yang amat, sorang-soranglah hidup kau. Kita tak boleh nak expect orang yang tegur kita dulu. Better kita yang mulakan dulu.

Walaupun aku pendiam tapi pendiam aku bertempat ler. Hahah. Jodoh dah jumpa? Hahaha lek lek. Memang tak dinafikan sini ramai lelaki. Maaflah aku belum jumpa lagi bakal zauj aku. Bayang tak nampak. hahahaha lek terlalu muda weh. Setakat ni aku tak ada minat sesiapa weh. Entahlah hati ni kerasa sangat kot. hahahha. Of course ada misi tersendiri nak dicapaikan.

Jap, ada lagi ke yang masih baca blog aku ni? Hahaha sajalah nak tahu kan. Reader setia sangat ke. LOL. Tak adalah aku tanya sebab aku dah jarang nak tulis entry. Hmm. Aku enjoy belajar sini. Alhamdulilah dapat kawan pun okay. Kawan masuk air. Kawan tak mudah sentap. Mana nak dapat weh macam ni dekat matriks. Haha. Roomate pun chill. Alhamdulilah sangatlah. Lecturer pun best sangat. Bersyukur wehhhh.

Banyak benda nak cerita tapi tak tahulah nak mula dari mana. Baru-baru ni aku dah tukar section ataupun kelas lain sebab clash dengan waktu math. Biasalah first time buat jadual tak tahu macam mana. Alhamdulilah tak kena ubah semua subjek. Cuma satu waktu je ubah. Alhamdulilah semua dipermudahkan. Huhu. Memang sedihlah kan kena tukar section baru. Aku baru je jumpa kawan dekat section lama tu. Namanya Zuliani. Memang kitaorang kelas etnik, rapatlah 3 orang ni. Dah buat group dah. Dapat lecturer pun yang kelakar. Seronoklah katakan kelas tu. Dah ada pembahagian assignment. Seronokkk.

Dua hari yang lepas aku bagitahu si Zu ni kitaorang dah tukar section. Terima kasihlah dekat Hadi sebab dia yang tetiba mention pasal kuliah math. Tu yang aku pelik mana jadual kuliahnya. Tetiba ada tuto je. Advanced sangat tu tak belajar terus tuto hahahah. Dari situlah kitaorg sempat tukar section. :) Zu sedih wehhh sebab kitaorang kenal dia pun baru dua minggu. Aku pun sedih lah juga. Baru nak dapat kawan yang okay dah kena tukar section. Hmm. Mesti ada hikmah kenapa benda ni boleh terjadi. Kenalah dengan slogan "Dengan hikmah kita meneroka" hahahha. Tapi sis nak meneroka negeri lain. Aku pelik ah aku masih stuck dekat johor ni. Dah lah masa lepas matriks dah berazam untuk keluar dari johor. Merantau negeri lain ke kan.

Duduk sini muka aku burn teruk bhai. Berbelang hahaha. Sedih ahh. Baru je masa cuti panjang lepas habis matriks tu kulit dh cerah. Bila datang sini, terus gelap kau. hahahha. Sebenarnya banyak nak cerita tapi tulah tak tertaip aku. Yang penting may allah ease everything. Dekat mana kau belajar mesti ada dugaan. Mesti ada susah dan senang. Okaylah aku gerak dulu. Assalamualaikum.


Share:

2 Comments

  1. maisara mcm CCL juga , CCL tak suka bila on mood nak blogging tetiba adaorang lain betenggek tepi ni haa , potong mood

    ReplyDelete

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih