Tips : Self-confidence

17:09,2 Comments

Image result for
"Be yourself because you're perfect just the way you are. "

Assalamualaikum dan Hello.
Happy lefthanders day wahai lefties sekalian! To Zakiah, happy left-handed friend!  Sesungguhnya golongan kita makin pupus. Hahaha. Aku pun tak tahu hari ini merupakan International Lefthanders day. Walaupun struggle hidup sebagai lefties tetapi ada keistimewaan di situ. Beberapa hari yang lepas, aku ada tulis struggle bila kau kidal. LOL. DI SINI

Semalam hati tergerak untuk taip bila kan. Terkejutku 13 Ogos rupanya. First time aku buat tips weh. Aku tak tahulah berguna ke tak tapi apa yang aku buat tu menjadi pada diri aku. Aku lupa ada kawan request macam mana aku build self-confidence lagi-lagi depan orang ramai. Aku pun mula dari bawah juga. Penakut level to the max. Sampai buat presentation, suara tak keluar. Jadi ayu teruk. Hahaha. Macam-macam lagilah.

Aku mula bercakap depan orang masa sekolah rendah lagi. Masa tulah level penakut to the max. Aku tahu macam mana feeling bila kena ignore bila kau present. Hahaha don't worry. Bila naik sekolah menengah, aku form 1. Dari situ aku cuba fikir dekat mana level confidence aku. Tipulah tak stres fikir macam mana nak tingkatkan keyakinan diri. Aku rasa tercabar dengan kawan yang lain sebab mereka mampu bertutur dengan baik masa sekolah rendah. Tak adanya aku lahir-lahir je terus confidence.

Masa naik form 1, aku cuba bergaul dengan kawan-kawan baru. Aku cuba dulu tegur dorang walaupun aku ni bukanlah berani mana pun. Dari situlah aku bermula dan aku dikelilingi kawan yang okay, sporting. Alhamdulilah. Ada je kawan yang berhuahua sana sini, ponteng kelas semua tu. Aku tak ikut pun dorang. Masa form 1 jugalah kali pertama bagi aku untuk ujian lisan. Aku memang dah bertekad nak buat yang terbaiklah. Aku prepare segala bahan nak present untuk hari yang bakal berlangsung. Cuba praktis cakap dalam bilik. Aku cuba besarkan suara dan fikir macam mana nak kawal keadaan kelas bila present nanti.

Form 1 kot, aku tak adalah reti mana nak handle tapi adalah usaha tu even kau hafal bulat-bulat untuk present nanti. Memang bila ujian lisan, better jangan baca. Lagipun dah praktis, just do your best je lah kan. Walaupun ada lupa sikit-sikit, bantai jelah kan apa-apa. Alhamdulilah, aku berjaya build self-confidence. Sampailah form 4 dengan form 5. Dari situ, cikgu liza(ajar bm) ajar macam mana nak mantapkan lagi self-confidence.

Bila kau terlupa point penting untuk present. Jangan panik atau buat reaksi "hmmm..hmm". Jangan,jangan. Hahah. Boleh tengok kertas kejap-kejap if kau terlupa. Tak adanya manusia perfect dalam dunia ni. Paling penting selalu communicate dengan orang sekeliling. Jangan dengan orang yang kau biasa je. Dari situlah aku cuba tingkatkan dari semasa ke semasa.

Masa nak present, janganlah terus-terus bagi salam. Tak menyempat duh. Hahaha. Cuba dapatkan attention from audience. Yes ni paling penting. Kau bagi info dekat audience bukan dekat dinding. Reaksi muka paling penting. Senyum. Maniskanlah senyuman anda seperti saya. Ewahhh. Barulah bagi salam dan mukadimmah.

Seterusnya, body languange. Jangan berdiri tegak je, cubalah gerak something macam tangan ke atau berjalan-jalan. Janganlah kerap berjalan. Lol. Then, eye contact paling penting. Aku tahu tak semua boleh nak buat eye contact. Cuba jelah kan walaupun nervous sangat. Bila ada eye contact baru audience nak dengar apa kita punya info dan sebagainya. Jangan tunduk bila bercakap. Nanti orang macam nak tak nak dengar. Hehe. Lagi satu jangan over-confident pula macam kawan aku. Aku rasa nak lari keluar kelas je. Hahahaha

Suara pun macam tu juga. Bagi girls, saya tahu anda ayu tapi bila cakap dekat depan boleh cuba tinggikan suara. Bila suara tak ada dengar maka ada masalah komunikasi yang tidak baik. Apabila pendengar tidak memahami maklumat yang disampaikan, maklumat tu tak tersampai. Tu dari segi bila nak bercakap dekat depan.

 Dari segi lain pun ada. Nanti aku sambung. Cau!




You Might Also Like

2 comments:

sya now form 2 and still struggling hahaha.Sekarang ni memang semua benda kena present dekat depan kelas!huhu..more than 10 times dah present hahah so dah biasa :)

@Syasya Izzaty Baguslah. Zaman sis masa sebaya awak tak ada banyak masa presentation. Tu yang shy shy cat. Hahaha