Story in JMC : Muet

Image result for bike tumblr
"Be happy as always."

Yo! Hai. Tonight, I'm going to share how was my group made a preparation before the real exam.  Serabut bila aku dapat one of groupmate yang tak reti beri kerjasama. Dia sorang je yang tersesat dalam group aku. Kadang tertanya jugalah kenapalah dia juga ahli kumpulan kitaorang. *facepalm* Cukuplah dah satu group agama dengan dia. Memang tak sanggup aku group bi pun kena. Nak tak nak redha je lah kan. Nasib baik dua orang lagi tu memang orang yang aku rapat. Ada advantage di situ. Masa seminggu before real exam tu, satu kelas practice speaking group. Tajuknya berkaitan remaja lah. Tajuk panjang aku tak ingat. Walaupun practice, gemuruh lain macam. Yela, seminggu je lagi sebelum hari tibanya. Group aku ni semua biasa-biasa je. Kitaorang sempat main-main. Main bantai je cakap. Tak kisahlah sekurang-kurangnya ada practice.

Malam sebelum muet tu, group aku bercadang nak buat practice. Pfft. Typical student, esok nak exam. Malam ni baru nak study. Tak adalah. Kitaorang dah banyak kali practice. Cuma nak get ready untuk esok. Kang ke laut tetiba. Malam tu group aku turun practice dekat susur gajah mengahampiri library. Perghh sekali datang, ramai practice malam tu. Ada yang practice dekat dataran yang gelap tu. Kitaorang ambil tempat teranglah. Macam nak baca gelap-gelap macam tu. Ada juga budak kelas aku lain pun turun. Malam tu jugalah discuss siapa yang ambil masa. Semua suruh aku. Korang buat lawak ke? Aku tak ada jam kot. Jam aku dah mati. Hahaha.

Aku pun tak fikir dan main angguk je. Aku kena jadi concluder. Kawan aku yang lain jadi initiator. Aku menunglah macam mana aku nak handle jam. Tu yang aku risau, yang lain tak. LOL. Malam tu group kitaorang practice speaking. Serious weh group kitaorang banyak ketawa. Kelakar sangat point dorang. Kitaorang discuss tentang keselamatan kanak-kanak. Si syaf pergi terangkan bahaya if anak dia biar letak dalam trolley then hilang sebab mak dia pergi cari barang lain. Actually point dia kena terangkan tanggungjawab parents. aku dapat point martial art rasanya. Malam tu memang kelakarlah sampai group lain pandang group kitaorang tetiba. Kalian tidak rileks.

Daripada kau murung malam tu baik happy kan diri. Keesokan paginya, aku tunggu kawan aku. Rupanya dia dah naik dulu. Phone tak boleh bawa masa tu. Boleh bawa barang lain. Pagi tu pula ada problem, masa nak exam masa tulah ada hal. Kelas aku kena kuarantin di makmal fizik. Then pintu kunci and tiada siapa yang buka. Kelas kitaorang kena tunggulah. Ada pembantu library tu naik dan tanya kitaorang tak ada siapa yang buka ke pintu berkunci ni. Dia hairan sebab kitaorang masih berlegar di luar. Dia macam dah cuak lah. Pukul 8 exam dah nak start. Aku mestilah berdebar sebab kumpulan aku adalah kumpulan pertama.

Beristighfar dekat luar. Huhuhu. Alhamdulilah kelas kitaorang dapat masuk makmal. Kelam kabut sikit kena sign attendance. Tetiba panel masuk lab, muka aku hampir pucat. Hahaha. Rupanya dia nak tenangkan kitaorang dan memperkenalkan siapa mereka Then, panel perempuan tu minta kitaorang serahkan phone kalau bawa. Dia nak simpan dan bila selesai exam. Boleh ambil balik barang. Masa tu ada masa lagi bolehlah kitaorang berborak jap. Group aku memang ceria tapi gemuruh at the same time. Boleh pula kitaorang main nak tengok muka IC masing-masing. Dia suruh dia tunjuk dulu. Then, aku terlupa yang aku ni concluder. Aku cakaplah aku tak ada jam weh. Cuak gila aku masa tu. Lepas tu syaf buka jam dia bagi dekat aku. Hahaha gentleman sungguh. Aku pelik mana dia dapat jam dia sedangkan dia tak pakai jam dia.

Dia cakap tu jam roomate dia. Hahaha wehh dahsyat sungguh. Masa tu aku bingung macam mana nak guna jam ni. Dahlam tinggal beberapa minit nak exam. Sempatlah dia tunjuk aku macam mana nak guna. Aku noob kalau guna jam digital. LOL. Nasib boleh faham. Aku pakailah jam tu. Dahlah besar gedabak jam tu. Huhuhu jelah aku. Kebetulan jam roomate dia yang aku pakai tu adalah crush kawan aku. Hahah aku tak tahu dia jealous ke tak. Lekk aku pakai sebab aku jadi concluder.

To be continued...

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih