Story in JMC : A confession.

13:12,2 Comments

,

Hi. Lately, aku rajin pula tulis entry. Bila idea dah datang, aku menaiplah. Bila tak ada idea, aku biar je lah blog ni berhabuks. Hikhik. 🙂 Sebelum aku cerita. Terima kasih readers setia yang datang blog aku seperti kentang busuk ni. Hahaha.

Dekat matriks untuk subjek bi ada buat confession lah then apa yang kau confess tu akan diselesaikan oleh kelas lain. Aku tulis apa yang aku rasa aku nak luahkan macam masalah yang kau buntu atau apa-apa kau nak cerita, confess dalam kertas. Lecturer bi akan exchanged kelas punya confession dengan kelas lain. Aku dapat confession dari seorang perempuan. Dia confessed tentang bestfriend dia.

Dia cakap dia dah lama kenal dengan bestfriend dia. Sejak dia kenalkan kawan baru dia dekat bestfriend dia ni. Bestfriend dia dah mula rapat dengan kawan baru yang diperkenalkan tadi. Bestfriend dia mula ignore dia dan bergembira kawan dengan kawan baru. Dia yang dah lama kawan tu rasa jealous lah, rasa sakit hati. Rasa kawan baru tu macam perampas. I feel you, girl.

Siapa je yang tak terasa hati bila bestfriend yang kita kenal lama tapi akhirnya jadi macam tu. Memang susah nak terima.hakikat. Dia minta aku bagi pendapat how's everything can be solved sebab dia dah buntu. Tak tahu nak buat apa. Aku pun macam krik krik jugalah nak tulis apa.

Aku suggested dekat cuba berbincang dekat bestfriend elok-elok. Cuba luahkan apa yang dia rasa dalam hati. Sometimes orang tak boleh baca kita kan. Tanya bestfriend dia kenapa buat macam tu, macam ni. Kalau dia memang dah tak nak berkawan dengan kita, kita yang kena cuba cari kawan baru. Yes, memang susah kan. Aku tahu. Kadang-kadang tak semua kawan semua dengan kita walaupun dia kenal kau 1000 tahun sekalipun.

Aku ada mengalami. Aku still kawan dengan dorang walaupun dah lama. Kalau aku nak luahkan apa-apa yang aku rasa dalam hati, aku tak luahkan dekat dorang. Padahal aku rapat dengan dorang sejak sekolah rendah lagi. Aku luahkan dekat kawan matriks yang aku kenal tak sampai setahun pun. Bestfriend ni tak semestinya kena kawan lama sangat baru di anggap sebagai bestfriend. Tidak. Bergantung pada sifat kekawanan. Rip BM. Bukannya mesti rapat 24 jam untuk digelar sebagai bestfriend. No no no.

Walauapapun, kita kena cuba cari kawan baru. Mungkin ada hikmah. Mungkin bila kita kenal kawan baru, she's better than the old one. Dia lebih memahami, dia lebih supportive walaupun baru kenal. Kira okaylah aku dapat masalah persahabatan. Classmate lain aku dapat confession masalah keluarga dorang. Lagi beku otak aku nak memerah jawapan. Tapi kitaorang sekelas helped each other untuk selesaikan masalah dorang. After baca confession dorang, aku rasa bersyukur dengan apa yang aku lalui. Sebab apa? Sebab ada lagi rupanya yang lagi dahsyat dari apa yang aku lalui.

Lagi satu aku dapat baca confession dari perempuan juga. Dia confess tentang pakwe dia. Dia cakap dia jealous bila tengok boyfriend dia berborak dengan perempuan lain. Dia cakap dia tak boleh fokus study sebab fikirkan bf dia je. Dia minta solution macam mana dia nak buang perasaan yang tak semena-mena tu kan.

Kitaorang discuss masalah dia ni dan suruh dia fokus belajar dulu. Matriks ni sekejap je. Tak lama pun. Tak sampai setahun pun. Bila dah couple, mungkin ada perasaan jealous kan. Entahlah weh sis tak pernah alami. Hahahah. Jadi abaikan pakwe anda tu dan kejarlah kejayaan dulu. Bukan apa, tujuan kita nak belajar. Jadi banggakan parents dulu. Bila dah berjaya, nak bercinta tu belakang cerita lah. Jangan sis disebabkan seorang lelaki, awak terus tak jadi fokus study. Jadi kecundang. Jangan, jangan,jangan. Kumbang bukan seekor.

If kita tak boleh kawal perasaan. Better jangan nak bercinta, simpan dan kuburkan perasaan tu. Bila-bila boleh gembur lepas dah berjaya. Lolll. Cuba kesiankan parents awak yang gigih nak bagi awak belajar. Insha Allah, semua perkara yang belum ada kaitan akan ketepi. Cukuplah apa yang dah jadi pada roomate aku yang sedih tahap to the max. Aku bukan tak nak tolong redakan dia. Jadi biarkan roomate aku tu tenang sendiri. Agak terkejut juga tengok macam tu rupanya roomate putus cinta. Trauma teruklah. Hahaha. Nanti aku cerita why aku trauma. Huhuhu.

You Might Also Like

2 comments:

pasal confession pertama tu, memang kita akan terasa kalau tiba tiba kena ignore ngan kawan kawan kita, apatah lagi kawan baik. tapi kalau boleh settle masalah ni, cubalah bersemuka.

the second one pulak, setuju dengan Maisarah. jangan sebab pakwe, study kecundang. banyak lagi perkara penting kita boleh fikir

@Farhana Zukri Yup, you're right! :) cuba bersemuka.