Story in JMC : Blood donation

23:24,2 Comments

Image result for blood donation tumblr
"You don't have to be a doctor to save lives."
Assalamualaikum dan hello readers.
 Aku nak story pengalaman derma darah yang diadakan di kmj. Bagi aku memang pengalaman yang seronoklah sebab aku tak pernah derma darah seumur hidup aku. Aku berkesempatan nak jadi sukarelawan sebagai penderma darah. Dari kecil kot. Akhirnya salah satu wishlists dah tercapai. hahaha. Best duh lagu blackpink- as if its your last. Rasa nak menari. >_<

Kalau nak derma darah memang kena keluar awal lah kalau tak borang memang habis dan aku kecewa gila sebab ramai nak mati beratur. Aku, Izzah dengan Jiha memang nak volunteer lah. Dah siap turun. Lepastu masa kitaorang nak ambil borang, dorang kata dah habis. Gigih aku turun awal, then borang cepat habis. Kitaorang ada selfie juga. Selfie kesedihan. Hahaha. Hampa jugalah, balik terus naik bilik. Merajuk. Hahahah tak adalah cuma kecewa sikit. Malam tu dapat tahu esok ada derma darah lagi.

Aku pun apalagi, "Yes!!! Ada harapan." Macam biasa, esok tu turun seawal yang boleh dalam pukul 8. Terpaksalah tunggu walaupun pihak hospital datang pukul 10. Turun awal sebab nak beratur. tu je hahah. Aku dengan Izzah je yang turun. Jiha? Dia tidur. hahaha. Kawan aku memang agak susah nak bangun awal. Tu pun aku kena call Izzah juga. Hahaha. Kalau tak keseorangan aku. Lama jugalah tunggu dorang siapkan segala peralatan.

Mula-mula kitaorang isi borang dan beratur tunggu giliran untuk hitung berat badan. Oppss pasal berat badan. Aku memang cukup syarat untuk derma darah jadi tak sia-sia isi borang tu. Syaratnya lebih 50kg. Berat badan saya ideal. Hahahaha. Don't worry. Step seterusnya, ada akak tu ambil darah kitaorang untuk detect jenis golongan darah apa. Siapa darah A+? Kita geng! Cakap pasal golongan darah, aku nak selitkan satu cerita yang pensyarah aku kongsikan.

Masa buat eksperimen biologi ujian darah, ada batch sebelum aku dapat tahu yang dia bukan anak kandung kepada ibu bapanya. Sedihkan. Okay sambung balik.

Langkah seterusnya, aku pergi buat ujian tekanan darah. Pegawai abang kacak buat ujian tu. hahahah. Dia bagi salam. LOL. Dia tengoklah rekod berat aku. Dia pandanglah aku, aku pelik kenapa kan? Aku ada buat dosa ke? Hahahah. Rupanya dia terkejut berat aku. Hmm sabo je lah.
Dia cakap : "Biar betul berat awak 50?". Kantoi. LOL. Aku angguklah, tak kan aku menipukan. hahaha. Dia tak puas hati lagi. Dia cakap, awak ni kecil je tapi berat badan. Heyy, BMI saya normal.
Aku menung jap memikirkan apa yang pegawai tu cakap. Janganlah kecam berat saya. Hahah dia pun tulis dan cakap dengan aku, "awak derma 350ml eh?". Aku respons angguk je weh. Hahahah. Aduhaii

 Then, hantar semua rekod dekat akak lain. Dapat free gift air kotak. Hahah pun boleh. Lepastu baru tunggu giliran untuk derma darah. Panjang beraturnya. Jenuh aku nak tunggu. Lepastu aku main duduk je kerana kusangkakan itu untuk perempuan. Dehelll. Rupanya tempat lelaki, lepastu aku terus bangun. Aduh lain kali cakaplah tu tempat lelaki, mak cik oi. Nasib ramai tak perasan, tak adalah malu sangat.

Masa beratur tu, kawan aku si izzah ni derma dulu. Aku tolong tangkap gambar dia. Kahkahkah tapi tak jelas. Hahah maaf. Then terus turn aku. Dia tak tanya pun aku ni tulis guna tangan apa. Tak pasal-pasal tangan kiri aku kena cucuk. Hmmm. Dah tu nasib baik esok tu cuti. Bolehlah tangan aku rest cuma sakit sikit nak tulis. Lepastu mak cik lain yang handle aku tu pertikaikan beg aku. "Beg awak ke ni? Macam beg anak saya. Anak saya pun baya awak." Lepastu dia ketawa. Apa mak cik nii. Hahahah kita nak derma darah, dia boleh cakap pasal beg. Aku senyum je lah.

Aku nak tengok dia cucuk tangan aku tapi dia tutup dengan kapas jadi tak nampaklah. Aku tengok je lah orang lain. Ada yang pitam. Alhamdulilah, aku tak ada rasa nak pengsan pun. Rasa nak tidur adalah. Hahaha.

Aku pun tengoklah banyaknya darahku mengalir. Bila dah selesai tu, aku rehat dalam 5 minit. Dah okay tu aku turun dari kerusi tu terus ambil barang aku nak naik bilik. Adalah bayang sikit bila nak berjalan tu. Mak cik tu siap pesan jangan angkat berat, jangan lasak. Aku ni banyak kerjakan, aku pun menulis lah walaupun tangan aku sakit sikit. Tah macam mana entah, tangan aku bleeding. Cuak duh dahlah lubang besar. Nasib ada kapas. Tulah tak dengar cakap mak cik tu.

Memang penatlah lepastu aku terus tidur tak sedar diri. Padahal tak pernah tidur siang. Bila dah terbangun, aku tidur balik. Hahahah macam apa je weh. Dahlah tak makan tengah hari lagi. Aku dah beli makanan then tidur. Tak makan apa pun. Hahahah boleh dikatakan tu hari tidur paling teruk bagi aku.

Cuma sajalah terfikir siapa yang terima darah aku. Nak tahu dia sakit apa. Hehehe. Rasa seronok nak derma tapi kena tunggu lepas 3 bulan baru boleh derma.
#kmjdihatiku
#kenangankmj
#blooddonationkmj

You Might Also Like

2 comments:

ANIS NABILAH said...

we are in the same blood group , ehh anis ingatkan kena berat 45kg dah boleh derma darah

@ANIS NABILAH Mai pun tak tahu sebenarnya. Katanya 50 baru boleh. Haha