Ambition

MTILTD

14:41,2 Comments

Image result for forest tumblr
"InshaAllah, I'll be a traveler one day!"

Hi. Aku malas gila nak taip title pepanjang. Sebenarnya nak buat sambungan entry semalam. PART 1. Tergendala dek kekeringan idea. Oh semalam kan, adalah hamba Allah tu tetiba je tegur aku dekat moment wc. Ahh kau dahlah lupa kawan, tetiba muncul dari mana entah. Semata-mata nak tanya pasal classmate aku. Kau ingat aku agen cari jodoh? Nak minta semua acc dia. Aku manalah tahu bro. Aku cuma tahu dia ada ws je. Lifeless duh orang macam ni. Bila tak ada kawan baru nak cari aku.

Tak kuasa aku nak layan. Bagi jelingan maut, baru tahu. Hahaha. Dahlah buat aku annoyed then acah-acah tanya. Semoga kesabaran makin tinggi dalam diri ini.  Aku rasa nak delete je wechat tapi tulah aku tak tahu. Takpe-takpe nanti pepandailah aku setting.

Suka buat short-story.
Aku ada buat short-story yang bertajuk Run. Hihi tapi tak ada dalam blog ni. Aku buat dalam blog khas untuk short story. Lagipun blog tu aku private. Malu ahh nak share. Cliche teruk jalan cerita. Macam kelakar pun ada. Aku nak sambung lah kan untuk chapter 20 lebih tak silap. Sekali aku lupa nama characters, plot. Hahaha

Aku lupa kejap sebab tak ada masa nak hadapkan. Kau tahu apa aku buat? Aku baca balik dari chapter 1. Hahahaha teruk nohh. Lepastu tak tahu apa cerita dengan short-story aku tu. Imaginasi bukan main lagi tapi terbantut.

Kalau nak buat short-story, aku kena betul-betul ada mood yang sangat bahagia. Baru ilham tu datang. Kalau berfikiran celaru, nanti tak bestlah cerita aku kan. Macam cerita tak ikhlas. hahah.


Selfie
Hahaha. Aku tak boleh jumpa kamera. Mesti nak selfie. Hahaha K tipu. Tapi aku suka bergambarlah. Kalau kawan-kawan tengah wefie maka aku pun wajib ada dekat situ. Pernahlah kan, dekat insta story main "first impression". Asyraf (aku tak ingat ejaan namanya), dia cakap first impression terhadap aku suka selfie.

Terkejut duhhh. Lain daripada yang lain. Aku mampu berhuhuhu. Aku selfie dengan orang yang aku kenal lah. Gila nak selfie orang tak kenal. Adalah orang tak kenal yang photobomb dalam gambar kitaorang. Sabo jelah.

Aku ingat lagi ada program jati diri, lebih kurang macam tu lah. Dia punya aktiviti, tangkap gambar dengan orang dalam dewan sri ledang tu. Dengan syarat kena cukup 10 orang. Hahahaha. Kelam kabut duhh. Phone sana-sini. Gila ahh dah macam papparazi. Aku apa lagi, kenal tak kenal terpaksalah masuk dalam gambar tu. Sampai tak kenal orang tu, terus jadi kenal. Masa yang diberikan sekejap pula tu hahaha.


Sports
Sukan mestilah suka. Aku kalau ada sukan, aku utamakan sukan berbanding kelab atau unit beruniform. Nasib baik kelas aku dapat bola tampar. Kalau boria, hahaha menarilah kelas aku. Ada baik juga rombakan kelas banyak kali. Aku tengok roomate aku dapat boria lepastu dah first place wehh. Bangga jap walaupun seketul roommate. Hahaha. Pada masa yang sama, kelas aku adalah juara bola tampar. Nak nangis weh sebab terharu sangat. Tak sia-sia aku sahut nak bola tampar.

Tak sangka semua roomate saya berpotensi.

Mula-mula dorang nak badminton. Ah come onlah. badminton bukanlah tak best. Badminton bagi aku memang best tapi aku seronok main ramai-ramai. Badminton bila-bila boleh main :P. Akhirnya semua setuju nak bola tampar.

Masa sekolah menengah, aku memang tak suka bola jaring. Aku pilih bola tampar, benda lain dapat.
lepastu aku ambil borang lain isi bola tampar. Geram aku. Aku joinlah bola tampar. Biarlah cikgu nak marah ke apa ke. Dah tu apa function isi borang tapi dapat lain.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku minat sangat bola tampar. Entahlah. Minat tu terlahir sendiri. hahaha. Sebenarnya part serve bola tu best. Walaupun mula-mula terkial juga nak main. Practice makes perfect!

Basketball pun aku minat juga. Aku kalau bosan, pergi jungle-jungle tu. Jungle-jungle tu tempat permainan. Aku akan main basketball tu. Janji happy. Hahahah. tapi bukan yang kanak-kanak punya. Melampaulah duh. Yang dewasa punyalah aku main.



Dengar lagu
Mestilah suka. Lagi-lagi lagu jiwang, lagu yang macam sedih tapi macam tak berapa sedih, lagu indo. Balada lah kiranya. Kpop adalah tapi sikit-sikit je sebab aku bukan peminat yang fanatik. Seronok juga dapat classmate sekepala ada yang minat jiwang and nasyid juga. Tak pasal-pasal dalam kelas, bernyanyi sakan wehh. Hahah

Lagu nasyid pun ada juga. Bayang ah masa study group nak exam sem 1, buka lagu nasyid kumpulan Inteam: Kasih kekasih. Dah semua macam "Sebelum diijabkalbu, syariat tetap membataskan, pelajari ilmu rumah tangga, agar kita lebih bersedia." Jom sambunglah lagi.

Ewahhh kau. Jaahah dah macam karaoke. Paling tak leh bla, part nasyid semua jadi alim jap. Hahaha.


Animal lovers.
Aku suka tengok haiwan. Aku tak bela haiwan pun tapi suka tengok. Antara haiwan yang aku minat. Minat, tengok dan pegang adalah benda berbeza, hahahaah. Aku suka arnab, suka tengok kucing tapi tak berani pegang. Jangan tanya kenapa. Dah lumrah. Lagi satu aku suka tengok ular. Sila bezakan minat, tengok dan pegang. hahaha. Boleh cakap aku suka tengok semua haiwan tapi takut pegang. Sengallah. hahaha.

Masa darjah 6, aku pergi langkawi then ada mini zoo rasanya. Tak pastilah. Aku dikelilingi dengan arnab. Fuhh comel teramat sangat. Sayangnya gambar tu dah hilang ke mana entah.

Lagi satu aku suka singa. Aku nak peluk-peluk je kalau singa tu jinak.

Ada beberapa haiwan yang aku cuba elak seboleh-bolehnya. Lipas, tikus, lebah, labah-labah dan cicak. Rasa geli pula. Sekarang ni lebah sesat mana masuk dalam rumah aku. Aku tengah berjuang larikan diri daripada haiwan itu.



Tengok pemandangan
Aku rasa nyaman bila tengok ciptaan Allah yang penuh kehijauan. Tengok pantai pun aku suka tapi berenang jangan. Aku fobia. hahaha. Ada aura tau bila tengok pemandangan. Masa dekat kmj, pagi-pagi tu penuh kabus. Aku ambil udara segar. Bestt dahlah duduk tingkat 3. Nampaklah gunung ledang. Lawa pemandangan. Nanti kalau aku rajin, aku tunjuklah gambar. Bila dekat pantai, tengok sunset. OMG boleh menung jauh hahah.


Motor.
Hahaha agak janggal di situ. Jap macam lari tajukkan.Kahkah. Aku memang minat motor. I don't know why. Macam nampak smart. Hmm maybe one day aku ada juga kot motor idaman sendiri. :D :D





You Might Also Like

2 comments:

nadhie wueen said...

wahh.,share lah link blog tu awak :D boleh ushar2

Samalah... saya pun suka buat short story.. tapi yang bezanya, saya buat cita tu mesti x habis.hehehe. adalah juga yang separuh dari itu yg siap.. sharelah, boleh saya baca :D