Goodbye

Most things I love to do.

22:20,4 Comments

Image result for archery tumblr
"Dah lama nak memanah tapi tulah simpan dulu hasrat ni."
Hello gais!

Archery.
Aku dah lama duh nak memanah tapi aku busy lah. LOL Tak ada kena mengena. Memang minat dari kecilkan, bab bab aim ni best sikit macam adventure. Puihh. Lagi bertambah minat aku bila cerita Hunger Games ditayangkan. Lagi lah seronok. Jadi, Hunger Games movies is one of my fav movies. Tengok Katness Everdeen memanah, dah cukup buat hatiku terpanah. kahkah.

Lagi satu, crush aku pun suka memanah. Wahh tu yang aku macam "kita ada minat yang sama" hahahah dah dah. crush dulu jangan dikenang. Dah pupus dah. Aku lapar duhh tapi semangat nak tulis entry berkobar-kobar. Blog first!

Drawing
Ini tidak dapat dinafikan yang aku memang suka melukis. Tak tahulah kenapa. Masa kuliah, kawan aku kalau bosan pergi conteng buku orang lain. Sengal. Sampai aku yang tidak bersalah pun kena conteng. Biadab! Maka, aku pun berbalaslah contengan tapi aku kalah. hahahah. Yela, kang lecturer nampak tangan kau gigih nak kacau orang balik. Kang jadi attention. Aku terpaksa mengalah. Jadi aku bosan dalam kuliah, aku lukis. kahkahkah.

A second moment...

Aku rindu classmate lah pula. Hati tisu lagi. What can I say? hahaha

Belajar
Yup, aku suka belajar. Tak kisahlah belajar apa pun, I love to gain knowledge. Paling aku suka, belajar bahasa asing. Entahlah kenapa. Bagi aku kan, ni pendapat aku. Korang tak nak tahu, itu bukan masalah aku. LOL. Aku rasa mandarin susah berbanding russia. Macam nak nangis jugalah belajar sampai fikir nak putus asa tapi aku abaikan. Haha over tapi kenyataan. Bila dah lama-lama tu macam seronok pula. Bila bosan, aku tengoklah bahasa lain pula.

Tengok movie
Gila tak suka. Sekarang ni aku tengah gigihkan habis merlin yang aku dah tangguhkan ketika aku darjah 4. Tak puas hati tak tengok semua episod. XD Sementara duduk rumah ni, kalau tak bila nak habis. Drama korea aku layan sikit-sikit je. Tak banyak pun. Kalau tengok mesti tak habiskan sampai tamat episod. Satu drama je aku gigih tengok sampai habis. Movie goblin. Mesti ah tengok sampai habis. Ada Gong Yoo kot. Lagi, Runningman aku layanlah. Aku tak sabar nak tunggu episod dorang pergi every country yang fans suggest untuk mission. Tapi lama benorrrrr. Berjanggut aku.

Games.
Ya, aku memang minat games. Lagi-lagi game yang mencabar. Bukan game orang eh. hahahah. Aku minat dari kecil lagi dan aku adalah fans pewdiepie. Seronok duh tengok dia main game. Sejak tu aku try main horror games then sebarkan keseraman tu sampai aku masuk matriks. Gila kau pengaruh aku sampai satu class main game seram tu. Aku cuma ajak geng aku je, sekali kau satu kelas join and tak practise MUET. Hahaha. Lagipun lecturer bi aku baik gila. Dia tak suka kitaorang stres, tu yang kitaorang main game. Tapi phone aku lah jadi mangsa. Dah game tu wujud dalam phoneku. Hmm.

Paling tak boleh blah, budak laki acah berani. Bang jangan acah berani sangat bang. Ke laut aku berdekah ketawakan korang. Dahlah dalam library. Selamba badak je bising. Hahaha nasib tingkat atas so kelas kitaorang je yang ada.

Aku senyap-senyaplah rakam dorang main game seram macam tak seram tu kan. Lepastu, part hantu tu keluar, suara kejantanan terus teriak seperti perempuan. Ketawa guling-guling aku. One of the best memories lah tengok gelagat dorang main game. Penakut teruk :'D :'D

Bayanglah dalam kuliah sanggup kawan aku nak main game tu. Kalau dia ni jenis boleh kawal takpe. Ni pergi menjerit, dah semua pandang kebingungan. Weh malu duh aku. Aku nak ambil balik phone aku. Dorang tak bagi. Kuajooo. hahahaha. Mentang-mentang kitaorang duduk bahagian atas jadi tak adalah perasan sangat bila nak makan ke main game ke. Sungguh nakal mereka ini.


Tidur
Siapa yang tak suka tidurkan. Aku ni jenis jarang tidurlah kalau nak dibandingkan roomate. Maksud aku bukan aku tak tidur 2,3 hari macam tu. Macam siang, aku memang tak biasa tidur. Tak tahulah kenapa. Bila malam barulah rasa nak tidur dan rasa waktu tu jangan ganggu aku. Kang ada yang kena makan kaki. Yela dah malam kan. Haha :D

Aku bukan jenis student stay up malam. Aku kalau stay up pun bangun pukul 5 pagi. I think it's better for me to study untuk waktu macam tu. Cukup tidur. Kalau roomate aku, lain pula. Malam stay up sampai 3 pagi. Then, tidur sampailah pukul 12 tengah hari.

Lain orang lain cara. Sebenarnya, first time jugalah tengok roommate macam tu. Haha tapi bagi aku, aku tak biasa. Itu rutin dorang so biar jelah. As long as dorang tak kacau aku. hahaha. Kalau cuti, dalam pukul 7 aku bangunlah. Pukul 7.30 pagi terus breakfast. Kawan aku cakap awal gila, then cakaplah time tu dorang tengah lena. Ya aku tahu. Tapi apa aku kisah. Lagi aman datang pepagi buta. Ya, aku memang suka suasana nyaman, tak ramai orang. Aku lebih suka sorang-soranglah. If ada kelas ke training bola tampar. Baru aku dengan dorang ni. Bukan tak sosial, bergantung pada masa. Ada masa kita bersendirian, ada masa kita bersosial.

Time semua tidur, aku bangun buat kerja aku. Hahaha. Maaflah roomate, kita tak ada chemistry dalam bahagian tidur. Bahagian lain ada. Roomate masuk air dengan aku. Ketawa sana-sini. LOL.


Kumpul barang.
Aku memang suka kumpul barang. Contoh, bila ada presentation guna kertas mahjong. Aku akan simpan balik kertas tu. Bukanlah kertas mahjong je, apa-apa bahan lepas presentation mesti aku simpan. Masa minggu asimilasi, aku still simpan lagi presentation dengan classmate sebelum rombakan kelas. Sampai kawan aku terjah bilik aku. Aku tak pernah mengalukan mereka datang bilik aku. Hahaha tak tahulah kenapa. Bagi aku macam privacy lah. Aku sanggup suruh buat bilik kawan yang lain bila ada apa-apa projek.

Bila dah terjah tu, dorang ternampak aku still simpan lagi semua yang dah lama aku buat presentation. Lepastu cakap, kalau dorang dah buang dah semua kertas tu. Kahkah. Iya dong, itu kalian. Masa balik rumahkan, aku tengok balik apa yang aku dah presentation dengan kawan yang lain. Terkenang balik segala memories. MashaAllah. Sweet moments.

Next, aku suka kumpul tudung. Aku memang tak boleh tengok tudung, mesti nak beli. Maklumlah hantu tudung. Kalau pakai tudung pun kan, pakai satu je. hahah. tapi aku tukarlah juga. Bosanlah pakai sama je. Sampai mak aku kata, aku ni tak habis-habis dengan tudung. hahaha


Cakap depan orang ramai
Ni ramai tak tahu. Aku memang suka cakap dekat depan. Bagilah presentation apa pun, aku memang suka cakap dekat depan. Nervous tu memang lah ada. Tipulah tak ada. Masa dinamika, aku bantailah buat presentation kerap. Memang semua kena buat pun. Rasa seronok bila bercakap depan orang ramai. Classmate aku kata aku pelik. Sedihhh but it's okay. pelik itu unik. *sedapkan hati*

Dorang terkejut beruk bila aku bercakap dekat depan gara-gara first impression dorang terhadap aku adalah seorang pendiam dan shy shy cat. Opps anda tersalah nilai. ahaha

Banyak lagi benda aku suka buat. Malas nak fikir. Tu jelah kot.







You Might Also Like

4 comments:

ANIS NABILAH said...

i wish i can be friend with you in the real life

Wahhh bagusnyaa pandai memanah!! 👏🏻👏🏻👏🏻 Hunger games is one of my fav movies too btw!! 😬😬
Most of the things u mentioned above pun i suka juga!! Hehe but i tk main any games sbb i noob hahahah.

@ANIS NABILAH Aww terharunyaaaa!

pernah minat archery jugak, tapi dah lama tak praktis yg basic habis sume ke laut haha. yg lain tu pun I like them too kecuali games dan bercakap depan orang haha nervous habis dibuatnya