Most things I hate

Image result for
"Farvel. The only word I can describe."

Assalamualaikum/Hello/Bonjour/Hola
Aku jadi emosi kejap selepas dengar farewell life. Huhuhu. Masa tu tetiba ada youtube channel for real life heroes. Wow wehh, aku dapat restored faith in humanity. Hihi. Aku ingat dah tak wujud manusia yang berperikemanusiaan. Masih ada di luar sana. Thank God. Beberapa hari yang lepas aku ada buat artikel Most things I love to do. Sekarang ni yang sebaliknya. 


Jangan alihkan barangku. Samalah macam jangan sentuh barang-barang aku selagi tidak minta izin. Sesungguhnya, aku minta izin untuk ambil barang orang lain. Mengapa tidak anda untuk buat begitu? Kahkah. Bukan apa, bila dah alihkan barang orang lain nanti aku lah susah sebab nak cari barang aku. Tengok dah beralih tempat. Kecewa tauuu. Lagi-lagi spesis yang main geledah je pencilcase aku masa study. the fish. Lepastu buat atok(harta). Ya Allah, rasa makin menyampah tau dengan perangai macam tu.

Pinjam nota dan buat jadi barang antik. Aku tak kisah if orang nak pinjam nota aku tapi tengoklah berapa lama kau nak guna. Sampai tergendala kejap aku nak buat latihan then perasan nota dekat orang pinjam tu. Kau mengeja ke masa menulis nota? Hmm. Kalau kau nak hias nota, aku tak kisah. Pergi balik bilik, kau hiaslah nota-nota kau secantik yang mungkin. Jangan disebabkan kau mementingkan kecantikan nota kau, nota orang lain jadi mangsa. Aku kena ingatkan orang tu bagi nota aku, kalau tak memang setahunlah. 

Jangan menunjuk atau over sangat. Jangan fikir awak sorang je boleh speaking. Habis kelas cakap macam biasa sudah. Bukan nak kecam ke apa tapi ada sebab tetiba buat macam tu. Masa study week, adalah manusia ni nak tunjuk dia sorang je power speaking. Sebelum ni elok je cakap melayu dengan kitaorang. Tetiba bila ada "jejaka", terus jadi mengada. Aku macam nak baling je kasut dekat dia. Serupalah baik buat presentation. Overnya lain macam lagi-lagi ada jejaka. Ah come on lah, kawal perangai awak. Saya malu tengok. 

Benda tak lawak tetiba dia ketawa. Awkward gila baby. Hahaha over duhh. 

Rasa dirinya bagus. OMG! Masa tu nak buat preparation for jamuan kelas. Ada tuga yang kena dibahagikan. Aku volunteer nak hias lah sebab aku minat hal berkaitan seni. Sedihnya, satu apa pun aku tak dapat buat. Gara-gara manusia tu rasa dialah yang paling kreatif . Dia lah paling bagus dalam art. Aku pun okaylah kalau kau nak buat semua kan. Senang sikit kerja aku. Masa group project pun sama, dia juga nak ambil alih "kesenian".Haa semua benda kau nak. Ambil, ambil. Jangan tak terbuat sudah. Sebenarnya memang minta jauhkan daripada satu group dengan dia tapi lecturer yang tentukan. Apa aku boleh buat, tempuh je lah.

Don't touch my tudung. Sesungguhnya saya tidak suka walaupun simple style tudung macam mana pun. Paling pantang. Hahaha. Tak tahulah kenapa. Bagi aku, kau tak ada hal nak usik tudung melainkan ada apa-apa nampak pelik ke baru boleh. Kahkahkah. 

Jangan acah-acah. Masa study week, memang jaranglah aku nak jumpa classmate. Lagipun aku study sendiri, tak pun dengan roomate. Aku tak ambil kisah pun kelas sendiri. Kebetulan, terserempak dengan dorang. Mereka be like, "Lama tak nampak mai.". Sudahlah kalian, dahlah cakap belakang pasal aku. Then terkejut nampak aku. Duduk diam-diam jelah. Lagi baik kawan dengan strangers dari manusia bermuka-muka.

Part 2 will be coming soon!



Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih