Al-fatihah

Life

12:11,5 Comments

Image result for ending tumblr
"Setiap yang hidup pasti merasai mati."

Hello, readers!
 Dah lama nak post tapi aku ambil mood bila nak buat entry ni. Sebelum itu, yang muslim sedekahkanlah al-fatihah dekat mak teh aku yang dah meninggal dunia. :') Selepas seminggu raya tahun ni. Rasa sekejap je masa berlalu. Mestilah rindu sebab aku rapat dengan arwah dari kecil. Itu apa yang mak aku cakaplah. Masa kecil, memang aku selalu jugalah duduk dengan nenek aku. Entahlah nenek aku sayang aku sangat. hhahaha. Walaupun hati aku berat nak meninggalkan rumah. Yela, aku sebenarnya nak mak aku tapikan jiwa aku masa tu masih kental. Cehh Kahkah. At least adalah juga kenangan duduk dengan nenek kan.

Dari situlah, makteh rapat dengan aku. Aku ingat lagi masa aku darjah berapa entah. Kitaorang sedara mandi dekat pantai apa entah. Aku tak ingat. Dekat Melaka lah. Aku bukannya pandai berenang pun :P. Guna pelampung lah. Sekali tu arwah makteh nak join aku duduk pelampung yang sama. Sekali kau tahu apa yang berlaku? Bila arwah makteh duduk je atas pelampung tu, aku terus tercampak ke dalam laut. Weh kelakar duhh. tapi yang tak kelakarnya, aku tenggelam dalam air tu. Aku ringan sangatlah tu. Hampir lemas seh aku. Terkapai-kapai tangan aku nak suruh dorang selamatkan. Mahu kau tak tersedak aku terminum air bergaram tu.

Aku ni bukan reti berenang pun. Masa tulah dalam air, mata aku terbuka. Gila seram kau, dalam laut tu gelap. Sejak dari kejadian tu, aku fobia nak mandi laut ke air sungai ke. Bila sampai pantai je, aku mampu main pasir je. Seronoklah tengok orang mandi laut tapi aku tetap matikan diri tak nak pergi mandi laut. Aku selalu bayang macam-macam. Paling teruk, aku bayangkan dalam air tu ada sotong kurita. Euwww rasa seram tetiba. Then, bayang ada shark. OMGGG!


Hmm. Rasa sedihlah juga sebab arwah makteh belum sempat nak tahu aku sambung belajar mana. Masa raya dia ada tanya juga. Aku cakap belum tahu lagi resultnya. Esok bruhh result keluar. Deborrrrnya. Perasaan bercampur-baur.

Al-fatihah makteh. :')

You Might Also Like

5 comments:

Syfka Aina said...

I am sorry for your loss. I noticed that we are of the same age and all the best to both of us for the upu results! :)

@Syfka AinaThank you. All the best for tomorrow too! Nanti sharelah dpt mana :)

Syfka Aina said...

@Maisarah Mimo Will do hehe, read my new post :)

@Syfka Ainaapa link blog awak ya? sis tak jumpa. hahah

Yoo ♡ said...

takziah untuk arwah.
mampu doakan yang baik baik je.

yang bab mandi dekat pantai tu, samalah kita.
bila masuk dalam air, kalau terpijak benda pelik-pelik, abang usik kata benda tu ketam. hahaha terus fobia.