Imbas

Ke-innocent-an P2

14:26,3 Comments

Image result for violin tumblr
"Berbicara dengan menggunakan akal."
 Hai. Pada petang yang indah ni aku nak sambung ketidakbersalahan aku pada ketika zaman purba. Oh ya korang bacalah dulu part 1. Tak kesian ke dekat aku taip panjang-panjang? Hahaha no need. Sekurang-kurangnya jalan cerita faham sikit.

Sambungan..
Aku rasa aku tak bagi kot colour tu dekat dia. Aku guna puas-puas then aku cakap colour dah hilang. Watdehellll. Penipu tahap brilliant. Tapi dia redha so dia diam je. Aku pun "heheheh". Hahaha. Oh yang menang tu classmate lelaki. Mungkin dia banyak sangat colour, tu yang redha tu ada. Hahahah.

Kes lain. Aku tak suka budak lelaki cari pasal dengan aku. Come on lah, dengan girls pun kau nak bermain kasar. Kau tak kenal lagi kasar aku, jangan nak dicabar. Kang ada yang kena kuasa lempangan ni. Dia cari pasal dengan aku dan ejek-ejek akulah. Saja nak buat aku panas hatikan.

Aku pun dah geram, aku tariklah rambut dia. Lupa nak cakap, namanya haikal. Aku punya sabar dah limited. Sekali tu, air mata jantan dia belum menitis lagi. Aku akan buat sampai dia nangis. Yela, kau dah buat aku bengang. Aku tak pernah buat jahat dengan orang. Jadi jangan cuba-cuba nak tengok level kesabaran orang.

Sekali tu, dia balas dekat aku. Dia tarik rambut aku. Dehellll. Masa tu freehair. Hahaha zaman jahiliah. Wehh aku sentap jugalah. Sikit lagi nak nangis tapi aku tahan.
Berani seorang lelaki tarik rambut aku. Lagi membara lah sakit hati. Mak aku dah ikat rambut aku cantik-cantik. Senang-senang kau tarik rambut aku. Aku masa tu terus debuk dia. Hahahah dia pukul aku balik. Woww dah tiba masa untuk buat dia nangis kan. Aku cubit dia sepuas hati aku, lepastu aku cakap "tulah lain kali jangan ejek,padan muka". Itu pun dua still nak cubit aku. Aku pukul dia sekuat hati dengan penuh keikhlasan. Hahaha. Dia menangis akhirnya. Masa tu kau baru tahu apa itu erti kemenangan. Biadap punya classmate. Hahahahahaha.

Dia nangis kuat-kuat pula. Nak tunjuk dekat orang lain aku bersalah. Lepastu aku ni cepat rasa serba salah. Aku pujuklah dia. Mengada duh dia nii. Aku bukan mak kau duh nak pujuk bagai. Aku pujuk sebab nak suruh dia diam je. Dia diam jugalah akhirnya tapi sedu-sedu. Hahahahah

Darjah 2.
Masa ni macam dah besar sikit. So aku tak adalah nak buat nakal-nakal aku. Ada moment lah. Masa rehat, aku masuk kelas lambat jadi kebetulan nak naik masuk kelas. Aduhh masa tulah dengar bunyi ketukan tapak kasut tinggi. Memang kenallah siapa. Guru besar bhaii. Cuak gilaaa. Bukan aku sorang je yang nak naik. Ada lagi beberapa orang yang lain. Masa tu baru nak naik tingkat satu.

Aku pun tak jadi naik, aku menyorok bawah tangga sekolah. Haaa semua ramai-ramai ikut. Hahahah kelakar weh. Nasib kitaorang semua kecil-kecil. Aku suruh semua diam, "shhh." Paling tak boleh bla, adik aku pun lambat naik. Of courselh aku akan tarik adik aku sekali menyorok. Contohilah kakak yang begini. Jarak tahun aku dengan adik aku cuma setahun je. Hahahaha. Berdebar jangan cakaplah. Macam nak tercabut jantung juga.

Waktu tu hanya fikir nak jawab apa kalau guru besar tanya kenapa naik kelas lambat. Alhamdulilah kitaorang selamat. Guru besar tu tak perasan weh. Hahahahah. Lepas dia blah, kitaorang cabutlah naik kelas cepat-cepat. Fuhh lega hati.

Darjah 3.
Hmm ni hambar sikitlah. Aku pindah rumah baru. Masa tu nak cari kawan baru lagi. Dahlah semua sombong nak mati dan aku kena start tegur dorang dulu. :')
Dahlama kenal tu, bolehlah masuk air dengan dorang ni.
Waktu balik sekolah. Aku dengan geng-geng aku belum keluar kelas lagi. Lepastu kitaorang ternampak ada coklat apa entah tertinggal bawah meja. Aku makan weh coklat tu. Ya Allah kejam gilaaa makan siapa punya lah tu. Rasa berdosa pula bila nak taip ni :')

Bila dah akhir tahun tu, kelas aku nak buat rumah hantu. Acah je. Siap susun kerusi meja. Get ready guna colour make up muka. Aku jadi hantulah. Ramai lagi yang jadi. Lepastu ada yang sediakan tiket untuk masuk rumah hantu kitaorang tu. Hahahahahahah macam bodoh je. Sampai memekak lah kan sebab jerit sana-sini. Ada juga yang mengadu dekat cikgu. Jeles lah tu. Cikgu tu pun datanglah.

Masa tu aku pun cari tempat untuk berselindung muka aku yang dah di make up tu. Aku tak jumpa tempat nak sorok muka. Aduhh. Tetiba idea datang. Aku sorok muka disebalik langsir. Hahahah boleh ah cover sikit. Aku ambil air mineral aku, aku simbah. Not simbah lah. Tuang sikit air tu lap dekat muka. Cikgu tu siap bagi warning jangan hilangkan make up colour tu. Konon nak bagi kitaorang kena marah teruklah.

Hey saya nak dengar cakap cikgu? Aku pun terus hilangkan make up tak guna tu. Hilang pun. Nampak innocent lah kan. Macam tak bersalah je. Aku pun duduklah dekat meja aku seolah-olah macam tengah study. Hahaha Lepastu kawan aku tak puas hati, "kau pun samakan mai join. Mana boleh blablabla". Ahh kau nak arahkan ikut kau pula. Dah buat jahat, bijaklah sikit. Hahahah. So cikgu tak detectlah aku pesalah. Kawan aku yang kena hahaha.


Haaa tu jelah kot. 😂😂😂😂😂

Dah naik darjah 4 sampai darjah 6 ni, aku dah insaf sikit. Sebab nak upsr. Adalah sikit nakal tu. Yang aku buat entry ni. Bacalah. Darjah 5

Masa sekolah menengah dah tak ada dah. Dah jadi muslimah sejati. Eh ada juga. Hahaha nantilah aku share.

You Might Also Like

3 comments:

nadhie wueen said...

banyak suka duka ya kan zaman sekolah ni. ingat lagi awak details semua ni. hehe

@nadhie wueen aah banyak suka duka tapi tak semua pun saya ingat >_<

lucu bila kenang kisah zaman sekolah. ada yang suka ada juga yang x best nak kenang lagi..huhu

Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi