Imbas

Ke-innocent-an

23:32,3 Comments

Image result for paper tumblr
"One could change everything."
 Hello.
Can't wait to read the special thread from someone yang baik hati nak kongsi ilmu. Hahaha. InshaAllah, nanti aku share bila dia dah start dengan thread dia. Thanks for the suggestion. I really appreciate it. Oh btw, Da'i Wan liked tweet aku. Hahaha happy duh.

Malam yang indah ni, aku nak throwback ke-innocent-an aku pada ketika dahulu. Sebenarnya lebih kepada kenakalan aku. hahaha. Jom baca.

Kejadian di tadika.
Aku baru 6 tahun macam tu tapi aku memang masuk tadika lambat pun. 6 tahun baru masuk. Nasib bijak. hahahahhaha sakai. Abaikan. Kebetulan aku pergi tadika then rasa nak demam lepas waktu rehat. Aku dah siap-siap kenyang makan nasi lemak yang cikgu tadika sediakan.

Naik balik kelas, aku rasa tak selesa. Rasa nak muntah wehh. Aku dahlah penakut nak cakap dengan cikgu untuk pergi tandas. Masa tu cikgu belum masuk kelas. Semua tengah bergembiralah. Biasalah budak-budak kecuali aku yang tunggu masa nak luahkan muntah aku tu. Sekali terkeluar muntah tu dari mulut aku. Hahaha. Nak tahan konon tapi tak sempat. Aku pun muntahlah dekat tepi aku.

Baru rasa macam okay. Aku dah paniklah muntah aku tu macam mana kan. Aku syak tak ada orang perasan sebab diorang tengah bergembira sakan. Hmm malangnya, ada mata tajam ternampak aku. Aku pun buat bodohlah. Sekali kau cikgu masuk dan tanya siapa muntah ni. Aku matikan diri weh hahahah. Amenda duh. Lepastu si mata tajam tu cakap "Maisarah cikgu, dia yang muntah." and I was like "Damn you along!". Kitaorang panggil dia along sebab parents dia yang panggil macam tu.

Aku still sempat geleng kepala sebab tak nak cikgu tu tahu. Lepastu menyorok belakang kawan bagi reaksi diam. Kahkahkah. Akhirnya cikgu suruh aku pergi tandas, kumur, bersihkan diri semua. Muntah tu? Cikgu tulah lap. hahaha aku kecil lagi kot. Cikgu pun suruh baring dekat tepi dinding. Gila keseorangan. Hahaha. Yela semua belajar. Rasa menyesal jap.

Darjah 1.
Ni jahat sikit. Sikit je tak banyak. Masa seni, cikgu suruh buat anyaman tikar. Masa tu bila buat anyaman tikar rasa dah level seni tahap advanced. Hahaha. Aku buat tau tapi yang sedihnya aku punya cikgu tak tampal dalam kelas. Jadi aku rasa terhina sebab aku punya tak tampal. Yes, aku memang minat seni dulu until now. Tulah aku ada "patah hati" tak dapat jadi arkitek. Aku ada tulis artikel "tanam cita-cita". Carilah.

Masa dah nak balik sekolah tu, aku tengok line clear. Apalagi, aku padam nama manusia yang anyaman tikarnya terpilih dekat kelas tu. Aku gantikan dengan nama aku. Jahatkan? hahah. Esok tu cikgu tetiba tanya, "siapa Maisarah?". Aku bangunlah.
Cikgu: "Awak buat ke ni?". Aku angguklah dengan penuh confident. Hahahaha ya Allah jahatnya aku. Lepastukan, budak kelas peliklah. Diorang mempertahankan bahawa anyaman tikar tu bukan aku punya tapi khusaini. Woooh. Masa tu huru-hara jugalah. Balas dendam punya pasal. Hahahahha. Jangan contohi sis.

Lagi satu kes. Ada pertandingan mewarna kot. Tapi aku tak menang. Kecewalah. Macam biasa aku memang suka seni. Then masih mempersoalkan kenapa aku tak dapat hadiah. Kawan aku menang hadiah colour. Bagi aku dah lawa lah colour macam tu. Aku pun cakaplah dekat dia, "weh nak pinjam colour kau boleh tak?". Dia lurus wehh, dia bagi aku pinjam lepastu siap pesan lagi untuk bagi balik dekat dia esok. Aku pun mengeyakanlah apa yang dia suruh tu.

Keesokan harinya, aku tak bawa pun colour tu. Hahahha ya Allah nakalnyaa. Lepastu dia tanya lah kan seperti semalam dia cakap. Aku dah cuaklah masa tu. Aku cakap terlupa bawa hadiah colour tu. Dia pun diam je lah. Esoknya lagi, dia siap cakap mak dia nak colour tu. Aku buat don't know weh. Aku tak ingat aku bagi ke tak colour dia. Ya ampunnn nak nangis duh teringat perangai aku 😂

Esok insha Allah aku sambung lagi. Batery phone nak habis.

You Might Also Like

3 comments:

ANIS NABILAH said...

lawak betol awak ni XD

nadhie wueen said...

hehe. senang tulis blog dekat fone je. kalau saye mesti kena guna pc jugak. eh.. ni rupanya part yg tiba2 pasal color tu. hehe

@nadhie wueen huhuhu