Brunei

Image result for travel tumblr
"Mana tahu angan-angan jadi betul."
Hello guys!
Aku rindu gila bestfriend aku. Semestinya kitaorang akan share cerita yang dah lama tersimpan. Baru je malam ni kitaorang bercerita. Kitaorang kalau chat memang tak ingat dunia. Sampai tak mandi kawan aku. Hahahah Bila nak jumpa duh ratnaaaa. Rindu kau lah budak.

Kenapa aku buat tajuk brunei. Puncanya cikgu kimia masa form 5. Dia suruh kelas kitaorang kalau boleh sambung belajar dekat brunei. Aku dengan ratna punya excited lah semangat berkobar-kobar nak belajar dekat brunei. Ceritanya agak kelakar sebab sampai sekarang tak jejak sana. Hahaha. Cikgu kimia dapat pengaruhkan aku dengan ratna sampai taksub nak ke sana. Aku tak tipu, lepas habis spm tu aku ada effort cari maklumat macam mana nak study luar negara. Gigih wehhh. Sementara tengah cuti tunggu upu/matriks result.

Ratna pun sama juga cari info dekat google. Kitaorang siap search university sana. OMG betapa strugglenya kami. At the end, aku dengan ratna dapat upu. Alhamdulilah. Ratna dapat dekat johor dan aku pula dapat pahang. Tapi aku tolak tawaran dekat pahang atas sebab tertentu dan aku pilih masuk matrik johor. Maka kami ke johor walapun tak sama tempat. Hahaha aku dekat tangkak, kawan aku dekat segamat. Tetiba ke johor pula. Tanpa diduga Haha

Masa tengah chat dengan dia, aku terjumpa conversation kitaorang masa form 5 pasal nak pergi brunei. Hahahaa dia punya sembang tu cicak pun boleh terbang. Aku tergelak baca screenshot conversation tu. Ada bagus juga bila tak delete apa-apa masa form 5. Kenangan kot. Masa form 5 siap cakap nak jodoh pangeran. MashaAllah, level berangan tahap apa entah. Kelakar weh, siap janji bagai. Tapi Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kitaorang.

Mungkin kitaorang akan pergi brunei bukan sekarang. Mungkin akan datang. Tak tahulah bila. Mungkin lepas aku habis degree ke. LOL. Insha Allah, Aminnnnn. Aku harap friendship goal tercapai.

Aku nak tanyalah siapa tengok criminal minds? Kita geng. Best teruk cerita tu. Okay bye guys.

Share:

0 Comments

Assalamualaikum :D
Berkatalah dengan penuh budi bahasa.
Terima Kasih