You're cheated.

16:45,1 Comments

Hi,
Harini aku tak letak gambar pun nak post. Aku update entry pun guna phone. Baca tajuk tu mesti korang ingat aku nak mengupas tentang percintaan. Ehh tak tak. Bercinta pun tak pernah. Alamak kantoi. Meh lah pm sini kalau nak kenal. Hahahahahha mashaAllah.

Okay abaikan.

Aku cuma teringat lah apa yang berlaku dekat kolej. Classmate aku lah kan. Okay bukan aku nak cerita kisah percintaan mereka. No no no.  Pasal menirulah. Ceritanya begini. Aku duduk sebaris dengan classmate aku. Masa tu exam muet but ni untuk praktis lah. Yela dah tentu lah lecture bagi announce jangan meniru. Kau bayangkan dewan kitaorang tu kecil. Aku duduk betul-betul tengah. Memang on the spot cikgu boleh nampaklah. Ya, matriks memang guna cikgu.

Kawan aku pergi cuit-cuit aku. Aku pandanglah dia. Then, dia tanya maksud perkataan yang dia tak faham. Haa kau bayangkan lah. Nak buat dosa, laju aje lecture tu pandang. Nampaklah aku tak boleh buat dosa. Hahahahahah.

Masa tu jugalah pensyarah tu pandang aku. Aku pun pandanglah kertas aku. Tapi nak tolong juga. In the end, aku tak tolong pun. Walaupun exam, tapi entahlah aku tak nak kena soal dekat akhirat nanti. So aku pun macam angkat bahu jelah.

Habis je exam tu, perempuan tu frust nak mati. Nak merajuk dengan aku bagai sebab tak bagi dia jawapan. Bila kau merajuk, satu geng tu lah kau nak bagi mood dorang macam kau. Sakit hati aku weh. Sejujurnya, aku tak tahan kawan dengan kau. Kau bayangkanlah. Sampai nak menitiskan air mata bagai. Kalau air mata yang kau titiskan tu mengenang dosa-dosa kau, tak pelah kan. Masalahnya, dia dah dapt tahu tau maksud perkataan tu sebab dia tanya budak yang "terror" bi tu. Haaa dah tu tak perlu kot nak sentap dengan aku. Dah tu tanyalah dia dari awal-awal lagi kan.

Boleh fahamlah, kau belum kenal aku ni. Bukan aku ni penting diri ke apa. Tapi kau dah besar kot. Boleh fikir sendiri. Dah exam. Jadi peraturan tetap peraturan. Then, nak kutuk aku bagai. Banyak sangat songeh kau. Sila menjauhkan diri daripada aku. Ingat aku heran lah dengan air mata kau tu. Aishhh. Tulah, ramai cakap kenangan dengan matriks ni seronok. Ya, seronok memang seronok dengan events, sukan. Sampai ada katakan classmate macam family. Tapi classmate macam family tu bukan bagi aku bila dah kena rombak. Masa awal-awal tu baru classmate macam family sebab kelas belum kena rombak. Inilah kehidupan penuh liku-liku.

#luahan

You Might Also Like

1 comments:

jemput join segmen shawal.. :)

http://www.mohdnoorshawals.com/2017/07/segmen-bloglist-bulan-zulkaedah-1438h.html