Ambition

Tanam cita-cita

12:02,0 Comments

Image result for ambition tumblr
But don't forget itu semua hanya perancangan, Dia yang menentukannya.
 Hi! Semalam aku baru tukar baju blog. Aku ada tulis dalam entry tu yang aku akan share kan. entry khas kan? Acah lah. Tak adalah khas mana. Baca tajuk tu. Cerita ni hambar sikit. Aku memang suka melukis dari kecil. Ewahhh. Sampailah dah masuk sekolah menengah pun aku masih suka melukis. Dah hobi kan, tak boleh nak hapuskan. hahaha.


Masa sekolah rendah, aku memang dah tanam nak jadi seorang arkitek. Gigih aku duk mencari maklumat dalam Google. hehek padahal baru darjah 6. Bayangkanlah sepatah apa pun aku tak faham bila baca semua kelayakan. Yela masa tu kau mana ada pendedahan pasal uni ni. Masa masuk sekolah menengah barulah ada pengetahuan tu sikit-sikit. Lagipun, dekat sekolah menengah baru ada ceramah uni dan program sebagainya. Kawan-kawan pun support aku jadi arkitek sampailah masuk matriks. Roomate pun sama.

Masa form 3, aku search apa yang aku dah baca masa darjah 6. Faham lah sikit-sikit info tu tapi aku still blur. Masa form 4 dengan form 5 baru ada pendedahan and aku tanya kawan-kawan aku mengenai course yang aku nak tu. Kebetulan ayah kawan ni arkitek. Tanyalah kan sebab minat punya pasal arkitek.

Masa form 5, batch aku ada buat lawatan pergi petrosains. Then, singgah kedai buku. Masa tu terjumpa abang mana entah belajar dekat uia. Kelakar duh nak ingat balik. Sebabkan dia, kitaorang hampir kena kecam dengan pekerja kedai buku tu. Dia nampak kitaorang pakai baju sekolah lepastu panggil kitaorang. Then, suruh ajak kawan-kawan yang lain. Cuak wehh. Then, dia minta tolong beli buku sebab katanya buku yang dia nak beli tu ada sales. If student beli, dapat harga murah. Obviously, he's one of the student but dia kata tak cukup tangan nak beli. Dia ada sales bila seorang student beli 3 buku. Lepastu dia minta tolong dekat kitaorang.

Kitaorang noob and pergi tolong dia. Aku nampak dia keluarkan duit. MashaAllah, banyaknya. Rasa nak bawa lari. hahahah kau tahu abang tu kata apa? Jangan ambik duit ni, abang kejar nanti. hahahaa. Tapi masa tu dia dah bahagikan duit tu dekat kitaorang beli buku tu. lepastu dia cakap alah tak cukup lah pulak. Aku lah yang tak perlu beli buku dorang tu. Then, dia ajak masuk dalam kedai buku tu.

Ada kawan dia. Lepastu ada balance lagi. So, dia pass duit tu dekat aku. Tapi aku suruh kawan aku yang belikan. Timun duh dia cakap, siapa tak nak tolong, tak nak bagi upah. Eh nak ugut pula. Kira bersyukurlah kawan aku yang lain nak tolong. Kang aku hasut tak payah tolong, nangis. Kahkah.

Then, abang tu cakap, dia belajar dekat uia datang kl sebab nak cari buku tu. Buku tu cuma ada dekat sini. Kedai buku area sana tak ada. Dia cakap dia dari course arkitek. Terpegun aku. Lepastu dia cakap, buku-buku arkitek mahal. Aku senyum je la. Masa tu dah berkobar-kobar tau nak teruskan cita-cita aku tu. Ratna pun cakaplah, "Mai, masuklah, mai kan nak jadi arkitek".

Abang tu siap promote uni dengan course dia tu. Then suruh masuk, kalau jumpa jodoh lah. hahaha. Tapi bang, saya bukan jodoh bang. Saya tak masuk uia. kahkahkahkah

Sedih bak hang duh. Cita-cita tu sekerat je. Aku tak dapat interview course tu. Dua kali. Masa apply lepas spm dengan yang sekarang ni. Aku dapat upu tapi course lain. Aku pilih jalan masuk matriks.

Mesti korang cakap, buatlah rayuan. Tapi aku dah dapat tawaran, so kalau aku buat rayuan pun dorang tak terima. Dorang just bagi siapa yang still tak dapat tawaran. Tapi masa tu hati aku memang ke matriks atas sebab-sebab tertentu.
Bila nak apply degree. Aku ada pilih course tu juga and semestinya ada interview. Aku tak dapat. Kiciwa. Tapi aku dah buat plan B. So tunggu je lah bulan 8.

Mungkin tu bukan terbaik untuk aku, ada yang lagi baik daripada apa yang aku minat.

Cita-cita yang terkubur selamanya tanpa tergembur. Haa tu je lah. Pray for me guys, course yang dapat tu yang terbaik untuk aku. Fighting!

You Might Also Like

0 comments: