Mainan tidur

09:39,1 Comments

Macam biasa entry tanpa gambar. Haha. Wehhh apa bendalah mimpi aku subuh tadi. Gigih aku bangun-bangun terus google maksud mimpi tu. Aku mimpi aku bertunang dengan seorang jejaka. Tapikan creepy juga mimpi tu. Mimpi tu macam terus-terus je tunang. Boyfriend pun tak ada,tetiba parents setuju. Kenal pun tahu muncul mana. Masha Allahhh. Tapi endingnya kelakar. 

Nanti aku bagitahu. Kalau bagitahu sekarang, tak bestlah. Mimpinya macam ni, masa tu tunang, masa tulah aku baru nak pakai baju semua. Gila duhhh orang semua lama tunggu gara-gara aku lambat. Sekali tu, dorang tunggu lama sangat. Mak aku naik bilik suruh aku cepat. Masa aku tulah aku tak tahulah nak pakai shawl apa. Sekali tu mak aku suruh sarung tudung mana-mana. Aku tak boleh bayangkan kenapa teruk sangat. Hahahahah

Lepastu, masa tu lah kerongsang hilang wehhhhh. Geram betul. Maka aku buat style simple je. Gila sedih. Dahlah sarung shawl mana entah. Nasib baik cantik. Haahahahah. Tapi dengan tak make up lagi. Mak aku pun dah macam pening dengan aku yang tak siap lagi.

Last-last mak aku yang make upkan aku. Lepastu aku rasa something wrong lagi dengan penampilan aku. Yela kau pakai shawl but then kau punya baju nampak kulit. Creepy duh. Rupa-rupanya inner macam kulit. Hahaha. Masa tu mak aku dah marah-marah dah. Hahaha tak lek duh semua orang. Masa tu aku nak cakap dengan mak aku yang aku nak tukar baju lain tapi aku buat benda gila apa. Hari tu jugalah nak bertunang. Memang mak aku mengamuklah dah saat-saat macam tu nak tukar baju. Kelakar oi.
Make up pun gitu gitu. Sedih tau. Hahahah

Masa tu lah aku tak nak keluar bilik.hahahah aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Mak dah macam nak marah tau, aku keluarlah dengan happy kau tahu. Dahlah aku tak kenal jejaka tu. First time weh tengok muka bakal mak mertua. Aku macam senyum dan krik krik. Then, ternampak tunang gwe. Ehh bakal tunangan weh sengih macam kerang busuk. Kacak pula tu. Hahahaha

Tapi tulah endingnya pffft. Tahu apa yang jadi? Mak dia tak sempat pun sarung cincin dekat jari aku. Aku dah tersedar dari mimpi tu. Hahahahahaa gara-gara terpegun tengok wajak si kacak tu. Aduh macam drama duh.

Walauapapun mimpi tu masih mainana tidur. Uyeahh. Byeee

You Might Also Like

1 comments:

penah mimpi mcm tu,mcm misteri gila sapa sapa ntah masuk dlm mimpi jd bakal suami