Horror

Horror in KMJ

14:18,2 Comments

Image result for chair tumblr
"Makhlus halus is everywhere."
Hi pembaca sekalian.

Pada petang yang indah ini, aku nak share kisah hantu dekat kmj. Alhamdulilah, sepanjang aku duduk dekat kmj, aku tak pernah kena kacau dengan hantu durjana tu. Hehe. Pernahlah sekali tu, tapi takut perasaan aku je kot. Masa first day baru duduk situ, aku berani badak masuk tandas pukul 12 semata-mata nak gosok gigi. Memang perasaan takut tak ada sebab aku macam rasa dekat rumah. wadehek? Aku pandang cermin, mestilah anda pantulan kan. Boleh nampak tandas seberang. Macam mana eh nak cakap. Boleh nampak tandas bahagian lain lah. Aku ternampak ada orang masuk tandas tapi pintu tak tutup. Kelakar ke kau buang air tak tutup pintu? hahaha. Paling tak leh bla, aku cuba beristighfarrrr dan tenangkan diri kumur semua tu. Then, roomate aku pergi tandas. Lepastu cakap "mai sorang je?". Aku mampu senyum je.

Wehhhh sesungguhnya aku tidak rileks. hahaha. Aku cuba cover masuk bilik dengan tenangkan diri macam tiada apa yang berlaku. Lepastu tak ada apa-apa. Aku bersyukurlah. Kalau korang ada baca entry mana entah. Aku dah lupa tapi dekat situ aku ada tulis, aku takut gila sebab dapat blok F. Dahlah tingkat 3. Lepastu baca blog orang, ada yang cakap ada kes bunuh diri. Aku lagi lah tak tentu hala. Teruk betul aku ni. Bila dah masuk bilik. OMG. Kaulah bilik hatiku.

Ramai cakap blok F seram, tapi sebenarnya tak. Blok lain yang lagi seram. Itu apa yang masa batch aku lalui lah. Lagipun aku suka kmj sebab setiap malam ada yang baca surah Al-Mulk pukul 11. Saya sukaaaa. Dahlah suara merdu. Bakal isteri solehah duh. LOL. Alhamdulilah, baguslah buat macam tu kan. Jadi kuranglah gangguan itu ini.

*************************************************************

Aku ni jenis tidur awal. Tak tahulah kenapa. Kau letaklah dekat mana pun, sampai jam 10 aku dah perlukan katil. Dekat meja pun aku mampu tidur. Di jalan juga mampu. kahkah. Aku dah kena kantoi dengan roomate. Aku tak tahu pun dorang perhatikan aku. Aku ni bila buat assignment, kepala dah terlentuk atas meja then tertidur. Haritu aku buat kerja, tak rasa nak tidur pun. Just letak kepala. Sekali roomate panggil aku and cakap, "mai kang nanti tidur". Aku mampu berhuhuhu. Jap aku macam dah lari tajuk. Aku nak cakap aku tidur awal je tapi mengarut ke tempat lain. Dodol betul.

Pointnya aku memang tidur awal if ada kelas. Aku ni kalau dah tidur, tidur mati agaknya. Mungkin penat. Roomate aku katil depan tak tidur. Ya mereka tidur lambat. Boleh dikatakan aku lah student yang tidur awal. Tak tahulah kenapa. Roommate aku cerita dalam pukul 12 tu, ada orang menjerit. Dua roommate aku ni tak tidur lagi. Sekali mereka berpandangan antara satu sama lain. Ketakutan. Masa tu aku dah lena. Bunyi bom pun aku tak kisah. Lulz.

Sambung Part 2.

You Might Also Like

2 comments:

ANIS NABILAH said...

sama la ngn anis pkl 10 tu dh ngantuk sangat2, haritu dlm 12 jugak ada org kena rasuk, and tiba2 roommate gerak suruh bangun :3 mamai kita time tu

Gen Y girl said...

Dulu kita dekat KMPk. Tahun 2012/2013. Masa semester 2 kecoh sangat dengan benda benda macam ni and orang minyak! Ada orang cakap kena kacau dengan orang minyak la apa la. Scary rasa nak nangis. Kalau rumah dekat dah ukang alik dah. Memang tak boleh lupa bila mintak tolong opah sedara. Dia call and kita buat loudspeaker kat dalam bilik, lepastu dia bacakan ayat ayat quran. Then dia suruh kita buat air yassin and simbah kat setiap penjuru bilik. Alhamdulillah rasa tenang sikit