Goodbye

Horror in KMJ Part 2

14:41,1 Comments

Image result for yonghwa crooked teeth tumblr
"wuuu kita geng ah yonghwa ada crooked teeth."
Yo, sambung part 2. Erk. Baca part 1 dulu baru boleh part 2. Hahah
Keesokannya, roomate aku tanya aku tak dengar apa-apa ke. Then, dorang cerita daripada A sampai Z. Fuh nasib baik kau aku dah tidur dulu. Aku tak suka dengar orang jerit-jerit.

Ni kisah lain pulak. Kawan duduk sama blok dengan aku. Tapi dia duduk tingkat 2. Jadi tak jauh lah dari bilik aku. yang peliknya aku tak dengar apa-apa pun bila apa-apa berlaku. MashaAllah aku tak tahu kenapa aku dah tidur semua ke laut. Kawan aku cakap, dia belum tidur dalam pukul 12 macam tu. Sekali tu, dia terdengar orang menjerit dekat kawasan tingkat dua sambil ketuk-ketuk pintu suruh buka. Seram timunnn! Dia siap dengar ada orang hempas-hempas kerusi. Kawan aku apalagi, dia terus beralih dari katil dia pergi duduk katil roomate dia. Roomate dia pun classmate aku juga. Macam kebetulan. Dia lah classmate dan dialah roomate. LOL

Kawan aku pecut beralih tempat sebab dia duduk tepi pintu. Then, roomate dia yang lain tu senior dekat situ pergi buka pintu nak tengok apa yang berlaku. Gila berani duhh. Tabik aku. Macam biasalah. Buka-buka je, tak ada apa-apa pun. senyap je. Fuhhh I cannot brain.

***********************************************

Nest, ni budak laki classmate aku. Dorang ni acah berani. tapi kelakarlah juga. Konon nak berjalan dekat tepi jalan raya. Masa tu baru pukul 8.30 malam. Jadi bolehlah berkeliaran. Kalau pukul 11 tak masuk, jawabnya kena hon dengan pak guard lah. Dorang ni jejalan lah tepi tu. Kmj ni tepi kawasan kelapa sawit. Tulahkan acah nak jalan-jalan sekali terjumpa. Semua pucat lesi. Hahahaha yang aku rasa kelakar tu sebab Syaf lah. Dia cerita dia jalan belakang lepas nampak tu terus dia duduk tengah. Penakut betul >_<. Yang lain cuba tenangkan diri.

Tak kisahlah kita dekat mana-mana pun. Yang penting bertenang. *cakap je orang, aku? hahahha*

Tapi ada senior cakap, batch kitaorang tak seseram batch dulu. Ya I admit that. :) Adios.


You Might Also Like

1 comments:

Ajuya Rashid said...

x-kmj sini...hehe. terimbas pulak kenangan di kmj. macam2 citer ada. hantu karipap pun ada tau. hahaha. nasib baik hakak ni brani. kuikui