Bye crush

15:59,0 Comments

Image result for hate crush tumblr
Giving hopeless to someone yang entah pape.
 Hi. Dapat idea pula nak buat entry pasal crush. Sesungguhnya aku dah malas nak crush. kahkah. Too much harapan palsu. Normal lah tu. Aku dengan besfriend aku serentak dah tak suka dekat crush aku. Macam kelakar. Puncanya, mereka bergambar dengan gadis lain. Ahh betapa sakitnya hati yang dah lama aku pendam. And yes lupa nak cakap. Kitaorang serentak dah tak suka crush dengan sebab yang sama. Cuma situasi berbeza. Aku nampak depan mata aku sendiri masa annual dinner. The worst annual dinner lah katakan. Acah-acah nak confess tapi lain pula cerita. Plot twist: Dia crush dekat aku juga ke?. Lupakan jelah hasrat anda tu. LOL.

Macam bestfriend aku, dia nampak dalam insta crush dia. Crush dia budak matriks juga. Sebab tu tarikh annual dinner kolej dorang dengan kolej aku lebih kurang je. Then, masa chat kitaorg bengang sesama. Nak marah tak jadi, jadi lawak kau tahu. Lepastu janji tak nak ada crush dah.

Mana tak harapan palsu duh. Aku dah bagi hint tau. Hahahahahha tu pun kalau dia perasan. Masa sem 1 lah boleh terminat dia. Nampak dia depan masjid. MashaAllah, nyampah nak ingat balik. Kawan kelas matriks aku ni mulut tak boleh diam. Bila aku terserempak dengan dia, mulalah dorang berdehemlah, duk terpanggil-panggil aku. Timun betul. Masa tu rasa nak sepak je sorang-sorang. Crush aku tu budak MD, jadi dia berambus dulu masa final sem 2. haha. Hmmm. Lama crush, aku tunggu kau tapi pergilah kau jauh dari hidupku. Buat serabut je.

Lagi serabut kawan kepada classmate aku pun minat dia. Aku nak tahulah siapa orangnya. Tak nak bagitahu konon. Come on lah dah 2017 kot. Takkan aku nak buat drama simbah asid. Kalau macam tu, baik takyah bagitahu. Ke sengaja nak bagi aku panas? Haih manusia manusia.

Crush aku bukan satu. Ramai tau. hahahahha Lekk.

Dulu pun ada juga crush. Tu lagi lah, bertahun tau aku minat tapi dah lama hilang sebab kau acah-acah hot dan nampaklah kau forever alone.. >_< Nyampah duh. kahkah. Then, kau tak ada chemistry. So, better pergi jauh-jauh.

You Might Also Like

0 comments: