Persediaan sebelum ke matriks.

22:04 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for bird tumblr
Free your mind from negative thinking.
Assalamualaikum dan hai readers!
Seperti yang dijanjikan, aku akan buat entry pasal matriks after share story apa yang aku lalui dekat matris. Hari ni aku berkesempatan untuk share serba sedikit apa yang aku buat before masuk matriks. Bagi junior-junior yang masuk matriks yang tak lama lagi ni, sis ucapkan goodluck and enjoy your life in matriculations! "sis" kauuu. Hmmm lebih selesa gunakan aku. hehe

Mesti ada yang kebingungan apa yang nak dibawa.

Baju
Untuk perempuan, bawalah baju kurung dalam 5 pasang pun dah okay. Tak perlu satu lori pun sebab nanti baju tu mesti basuh balik. haha. Macam aku, aku bawa baju 3 pasang dan selebihnya baju mak aku yang tak pakai. hahaha. Okaylah tu ada baju. Nak belajar bukan nak buat fashion show. Tapi untuk tudung, aku lebihkan sikit. Sebab aku suka tudung pelbagai warna. haha. Tudung terserahlah nak bawa berapa pun. Untuk student yang dapat kmj tu, jubah tak dibenarkan bila pergi kuliah je tapi boleh pakai waktu luar belajar. Kalau nak bawa tak ada masalah pun. Kasut pergi kelas pakai kasut kulit hitam.

Kasut.
Aku punya kasut dah jahanam bro, ganasnya aku pakai. Aku pakai kejap je masa sem 1. Sakit kaki duh walaupun ada tumit kecil. Sebenarnya aku tak suka kasut bertumit ni. Boleh dikatakan, setiap kali tukar kasut, tapak mesti tertanggal. hahahha. Stress weh. Last sekali, aku pakai kasut sekolah hitam tu, dah geram sangat. Barulah sesuai tapi dah nak habis sem baru pakai. Agak merana lah juga. Oh ya dekat matriks, jangan pakai kasut lebih 3 inci. Nak berjalan lagi nanti ambil masa. LOL. Kang terkehel tak pasal-pasal.

Alat Tulis
Macam alat tulis, bawalah stapler banyak-banyak untuk kegunaan masa depan. Stapler akan menjadi buruan bila kau tak ada. Banyak kertas-kertas nak guna stapler. haha. Yang alat tulis lain tu, korang bolehlah manage sendiri. Aku yakin perempuan beli pen warna-warni, belilah ya. Segala highlighter tu. Setengah orang tak boleh study kalau nota tu hitam putih. Hanya mampu menung je. LOL. Mana tahu sel-sel otak korang tu berjalan bila tengok warna-warni mewarnai kehidupan korang tu. Hmm

Kalkulator
Untuk kalkulator, boleh je guna yang spm tu. Tapi pensyarah selalu sarankan guna kalkulator 570ES. Sebab nak selaraskan, lagipun dalam pembelajaran dan pengajaran, mereka akan menggunakan kalkulator. Lagipun, kalkulator tu mudah nak digunakan. :') Rindu teacher nik pulak :') :') Bertambah-tambah sedih pulak dekat rumah ni.

Penyangkut baju.
Bawalah junior semua. Kau kena duduk situ tak sampai setahun. Kau tahu satu aras nak sidai kain tu bukannya sikit-sikit baju yang dorang sidai. Bawa hanger untuk jimat space. Lainlah rumah kau, bolehlah nak sidai selebar-lebarnya. Masa batch aku, aku bengang je dengan makhluk-makhluk sidai selebar-lebarnya. Lepastu, tolak baju-baju aku yang dah berhanger tu. Sakai tahap pun tak tahulah. Kau dah tahu situ je tempat sidai, come on lah, gunalah hanger juga. Kita hidup bukannya seorang diri wahai makhluk. Ingatlah ya junior. Bawa sepit banyak-banyak juga. Nanti mulalah datang angin, terbang pulak segala-galanya.

Mesin basuh
Ada je disediakan dekat kmj ni, gunalah sebaik-baiknya. Aku tak pernah guna pun sebab aku basuh guna tangan. Yela, aku bukan bawa baju banyak nak guna mesin. Ada ciri-ciri isteri mithali tak? hahahah. Okay abaikan. Kadang-kadang mesin basuh tu datang gila dia, duit kau ditelan. Jadi jangan kecewa. Nak basuh baju charge RM 2. Junior, silalah simpan banyak duit seringgit. Dia tak terima pun duit 5 ringgit, syiling semua tu. Masa kmj dulu, semua dok tukar duit dengan aku. Dah macam money exchanger dah. hahaha. Padahal aku tak basuh guna mesin pun. lolzzz

Lampu meja.
Optional. Nak bawa tak ada masalah. Jenis yang suka study tengah malam ke sesuailah nak bawa. Tak baik kacau roomate awak yang tidur lena dengan membuka lampu besar. Tak semua boleh tidur dalam keadaan terang. Kalau awak hormat kawan awak, insha Allah, orang akan hormat awak balik. :)

Buku
Belilah buku nota, nanti nak salin segala nota. Terutamanya, subjek math. Practice makes perfect. Kuliah aku kan,ada student just tengok je apa yang cikgu math aku ajar. Dahsyat kau dia boleh serap gitu je. Dak dak bijak bolehlah begitu. Tapi saya manusia normal masih menyalin untuk masa depan. hahah. Sesungguhnya manusia itu pelupa. Tak salah pun kau menyalin. Ilmu kot. Bukan dosa.

Buku-buku tak payah bawa pun. Aku gatal pergi bawa, and tak guna pun buku-buku tu.

Benda-benda terlarang.
Tak payah lah kau nak bawa cerek, heater semua tu. Ada sebab lah kenapa tak boleh bawa. Jangan risau dekat kmj ada tempat isi air panas. Free. Haa bolelah melantak maggi. LOL. Aku tak faham dengan bilik depan aku. Kau tahu dorang bawa apa? Bawa berasa segala periuk nasi. Sempat pula masak ya.

Bila bilik lain guna barang-barang terlarang ni, habis satu bilik aku tak boleh pakai plug. Memang terbakor lah aku. Dahlah phone tinggal sikit bateri. Masa tu powerbank dah habis. Setiap hari nak buat aku maki tau!! Nasiblah tak maki.

Powerbank
Boleh bawa. Ni bukan terlarang pun.


Rasanya tu je lah yang aku dapat kongsikan. :) All the best! Ada apa-apa nak tanya?
Contact : Facebook




0 comments: