Patut ke?

11:25,0 Comments

Image result for spectacles tumblr
Never thinking Jin got talented in singing. 
Baca tajuk tu macam krik krik. Hai blogger. Aku matikan diri bila kawan aku minta link blog aku. Bukan aku tak nak bagi. Nanti aku bagi, korang tak kan terima apa yang aku luahkan dari sudut hati ini. Sorry geng. Sejak kes chain letter tu, aku akan berjaga-jaga dengan kalian. Kalau nak tahu pasal chain letter, pergi tab Life in Matriculation. Tak ingat lah part berapa. Kalau rajin, bacalah dari awal.

Aku nak cerita sikit. Masa tu baru beberapa hari habis selepas tamatnya matriks. Roommate aku whatsapp aku dan tanya story dekat insta ni aku tuju dekat dia ke. Dia nak tanya lama tapi terlupa. Yela tu lupa, ke nak tunggu dah nak habis matriks baru berani nak bagitahu. Hmm. Roommate aku ada empat orang, yang hairannya dia terasa dengan story insta aku. Aku bagitahu dia dengan tenang, story tu bukan tuju dekat dia dan aku tuju dekat roommate aku lagi satu. Dia nak pastikan lagi. Then, aku tanya dia, makhluk mana yang screenshot story insta aku. Dia cakap member dia. Fantastic!

Aku rasa followers aku tu bukan member dia pun. Berdasarkan font yang digunakan dalam gambar screenshot. Aku kenal font siapa. Kalau tak si hater tu siapa lagi. Apa entah yang kau tak puas hati lagi. Moga berubahlah. Malas nak layan spesis orang macam ni.

Roommate aku ni pun percaya lah dekat aku yang insta story tu aku bukan tuju dekat dia pun. Ada juga yang masih memahami. Kepada haters, awak tak payah memporak-perandakan kitaorang. Kau tak tahu apa yang terjadi. Jadi jangan acah nak tahu sangat.





You Might Also Like

0 comments: