"Pandai"

12:05 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for stationary tumblr
"Hidup ini perlu ada adab yang tinggi walapun kita ini tidak pintar dalam akademik."
Assalamualaikum dan Hai pembaca blog saya,
Hari ni aku nak kongsi satu cerita berkenaan kelas aku. Hari ni aku kena balik kolej dan minggu ni last balik bermalam sebab bulan 5 dah start final exam. Doakan saya dapat 4 flat. :) Ceritanya begini, kelmarin, budak lelaki classmate aku ni bagi gambar and tanya if anyone kenal that girl. Ada yang kenal, ada yang tak. Sudah tentu, semua akan bertanya kenapa dia tanya kenal perempuan tu atau tak. Yela, bila group ws tu senyap, complain lah group tu macam tak bernyawa. Bila dah bising dalam group tu, tetiba lelaki tu mengamuk dengan berkata, "Aku rasa nak carut." Sekarang kalian boleh menilai,siapa yang emosi tak tentu pasal. Lepastu dia cakap "bising". Lepastu, dia balas lagi, "Aku tanya tu siapa, kalau tak kenal senyap bodoh.". Bukan aku je yang sentap, yang lain pun sama. Aku dah bengang,aku cakap "kau boleh pergi left group". Pergi mampos. Mengamuk tak tentu pasal. Lepastu dia left group. Then ada minah ni back up lelaki tu dan berkata, "Dah left dah, puas????" Ada yang cakap "sikit arr puas". Bagus, ada juga orang loyar buruk. 

Perempuan tu kau tak yah nak back up lelaki jahanam tu. Lepastu ada salah sorg geng perempuan tu nak menghangatkan lagi chatting group tu dengan berkata, "Mai lah add, dia yang suruh *budak* tu left.". Aku takkan add orang yang emo tak tentu pasal. Aku tengok kawan-kawan aku yang lain tu gurau biasa-biasa je. Kau yang touching tahap tisu bayi tu dah kenapa? Kalau kau nak tahu wahai budak "4 flat", kau lagi banyak buat orang lain sentap dengan kau. Kau cakap orang tu badan besar, kau buat aku terasa dengan percakapan kau. Tapi aku sikit pun tak ambil kisah walaupun ada sakit hati tapi aku buat-buat lupa. Kau baru kena sikit je, dah melenting. Aku hilang respect dekat kau.

Aku bertambah benci dengan kau, bila hati aku tergerak nak check Wechat dan dapati kau kutuk kitaorang dengan berkata, "Member kuat nganjing, kau ingat korang boleh buat aku dan aku pun "tak pe korang buat aku buat macam tu",patutlah ramai benci kau, aku pun ada had sabar. Dah bodoh tu bodoh juga." Kau tak perlu memandang seseorang tu dengan bodoh sesuka hati. Kau ingat kau dapat 4 flat dah cukup untuk membuktikan kau pintar? Kau kena ingat, apa yang kau miliki tu bukan milik kau. Kau kena fikir apa yang kau dapat tu, siapa yang bagi. Dengan "4 flat" kau dah membuatkan kau riak. Aku ada pesanan, bila-bila je nikmat yang kau ada tu boleh ditarik balik. Allah itu Maha Adil. Kau salah nak lable orang tu bodoh, sebab setiap orang ada kelebihan sendiri. Dalam dunia ni semua tidak sempurna. 

Kalau kau sentap sangat, kau tak payah bergaul dengan kitaorang wahai berus jamban. Paling malang, aku dapat nama kau untuk sesi tukar hadiah. Kebetulan, aku nak bagi je berus jamban tapi takpelah aku bagi benda lain. Kang, nangis tak pasal-pasal. hahahahaha. Setiap kata-kata kesat kau wahai budak "4 flat", aku akan ingat. Untuk dua manusia perempuan tu, aku tahu kalian haters aku. Femes juga i ada haters. No wonder lah, setiap kali aku bersuara dalam group tu, nak juga menyibuk. Hidup ini kadang-kadang di atas dan di bawah. Takpe, tinggal 2 minggu lebih je lepastu freedom. 

Since korang(classmate) tahu blog aku kan, dah jumpa ? manalah tahu ada yang berusaha pergi Google nak cari blog aku. Tahniah. Bacalah. Biar buka mata sikit. Lagipun korang tak perlu tahu link blog aku. Ini berkenaan dengan aku dan blog je. Jaga life kau sudah. Kalau terasa, sila ubah diri anda. Sebenarnya aku dah lama tau nak post pasal kau tapi aku malas je.

#Thanks reader yang support saya. Sayang awak semua. :)

0 comments: