Story in JMC P4

11:38,0 Comments

 Image result for HORSE tumblr
Ketangkasan berlari mengejar impian.
Sambung Part 3, korang boleh baca dan cari dekat menu tab "Life in Matriculation"
Malas nak letak link. keh keh. Pasal bola tampar tu, aku rasa aku memang nak nangis je sebab aku tak mampu nak serve. LOL. Akhirnya aku teruskan latihan tu sampai berjaya. Alhamdulilah. Walaupun lawan game bukanlah aku idola. Mun yang jadi idola sebab dia yang banyak menyumbang dalam serve. Haih tapi aku nak juga boleh serve masa perlawanan. Mungkin panik menguasai diri kot. haha. Dah lupakan, semua tu menjadi kenangan. Teringat lagi petang-petang sanggup turun padang sebab nak berlatih. Rindu korang walaupun kadang-kadang korang annoying. Ingat lagi, gelanggang full. Sedih gila kitaorang dah semangat nak training. Memandangkan dah tak ada court, maka kitaorang berlatih dekat tempat main bola. Bayangkan ada jaringlah dekat tengah-tengah tu. Sampai macam tu sekali. hahahah. Lawak duhhhhh dah lah dorang panggil aku pemalas. Bila bola datan jatuh, aku tengok je bukan nak ambil >_< Maklumlah itu bukan masalah saya. hahahah. Kalau nak diceritakan, memang banyak sangat benda nak cerita. Suka-duka yang aku alami. Kalau cerita yang pahit-pahit, kang makin terbakor pulak aku. Aku just cerita yang happy je tau.

Aku demam teruk sebenarnya, so tak larat nak taip panjang-panjang. Nanti gwe sambung ya kalian.

0 comments:

Story in JMC P3

16:29,0 Comments

Image result for archery tumblr
Wanna try this!
Sambungan Part 2
Bermulalah aku masuk kelas baru Ms32. Aku tengok list nama tu memang aku tak kenal pun. Jadi aku terpaksa pergi dengan roomate aku tu. Sebab dia je yang aku kenal. Kebetulan, kitaorang jumpa untuk pertama kali jatuh hari Isnin. Hari Isnin punya jadual memang ko-k. So ahad punya kelas tak dok sebab cuti. Jangan pelik, kalau johor kelas bermula pada hari Ahad :) Semua kena kumpul dekat gelanggang squash. Hapak ah, aku perati semua dari belakang, memang tak nampak muka. Bila semua dah duduk dekat tempat penonton untuk tengok squash tu, aku masih tak dapat tengok wajah jelita mereka. Aku cuma perasan tudung dan orang yang duduk sebelah aku je. Dari situ aku kenal Izzah, Damiea, Tarani dan tentulah dengan roomate aku -_- Ha diorang yang duduk sebaris dengan aku. Paling syok yang duduk sebaris aku semua dari Selangor. Eh bangga sikit anak selangor. hahahah. Duduk dekat-dekat pulak. Shah Alam dengan Puchong. lol. Lelaki masa tu aku tak berapa cam.Aku cuma kenal Yo sebab dia memang sama kelas dengan aku masa prak 17(prak lama sobs sobs). Lepastu cikgu yusof(cikgu ko-k) suruh pilih ketua pengerusi dengan penolong untuk subjek ko-k. Aku memang tak kuasa nak pegang jawatan tu. So, aku diam. Diorang pun pilih lelaki, jadilah keluar seorang jejaka. Ingat apa yang aku cerita ni semua first sight! Jadi lain dibandingkan aku dah kenal dorang sekarang! okay? Aku flashback.

Jejaka tu keluar, aku panggil jejaka sebab aku tak tahu namanya. Aku memang mati-mati ingat dia cina. Dia pun memperkenalkan dirinya dengan namanya, Yann Ng. Memang sah aku rasa dia cina. Sekali tu dia cakap dia Islam. Aku macam terkejut beruk, hahhaha. Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Aku rasa aku duduk dalam dunia apa. lol. Okay teruskan, mula-mula tu aku bengka je dengan dia ni. Dia agresif sangat. Excited sangat, aku macam "kenapa aku ditempatkan kelas niiii?". Lepastu, aku pun tak ingat aku undi siapa. Dia lah pemenang yang aku pasti. Kelas kitaorang asalnya nak badminton, aku sahut tukar! hahaha aku nak bola tampar, wuuuu ada yang sokong. Come on lah, aku tak nak stop dari form 5 main bola tampar, rasa macam tak feeling. Lagipun badminton, bila-bila boleh main, hikhik. Untuk penolong, Sya lah yang pegang jawatan tu. Adhwa pegang jawatan setiausaha. Yang lain aku tak ingat. Sekali cikgu kata, semua kena ada jawatan. Aku macam "Ha? jawatan apa lagi yang ada?" Kebingungan masa tu. Sekali ada AJK Keselamatan, aku pun ambillah dengan rela hati dan aku yakin ada sumbangan markah Ko-k. hikhik. Roomate aku nak juga ajk keselamatan. erkk. Tugas aku tak susah pun, bila nak main bola tampar kena ambil first aid kit dekat bilik ko-k. Itu saja :)


0 comments:

Story in JMC P2

10:11,0 Comments

Image result for violin tumblr
Jaga diri sendiri. Sudah.
Sambungannya dari Part 1. SILA BACA 
Sebelum kelas terpisah, kitaorang dapat cikgu ko-k, cikgu yusof. Memang dah rasa seronoklah. Awalnya cikgu nak kitaorang kawad. Oh tidak, saya tak mahu. Saya nak bola tampar. kahkah. Memang kelas dah confirm nak bola tampar. Kalau kelas ko-k petang, jawabnya terpaksa ambil kawad. Kemudian dapat tahu, kitaorang kena tukar cikgu ko-k. Tukar cikgu ko-k ni selepas kelas terpisah. Memang hampa gila sebab aku dah berkobar nak bola tampar. Redha je la kena tukar dengan cikgu. Dapat cikgu perempuan, tak ingat namanya. Dia ajar boria. hahah aku dah lah tak tahu boria tu. yang pasti kena nyanyi dan menari. Semua jumpa dalam dewan sri ledang. Memang semua redha sangat. hahahaha. Aku cuba adapt dengan kawan yang baru masuk, ada second intake. Masa tu rasa dah okay dengan kelas. Memang semua dah dirancang dengan baik, cikgu pun dah aturkan kelas, group. Lepastu naik cuti. Kelas dirombak lagi. Gila tak sedih. Aku dah satu lab dengan squid,fish and danial. Sikit lagi dah nak jadi bff dengan diorang. Walaupun 2 minggu je kenal weh. Patah hati weh kena tukar kelas lagi. Macam banyak masa je tukar-tukar. hahahha. Aku menung je la, semua pun cakaplah bye dengan penuh sedih. Aku pun tengok list nama kelas baru aku. Sebelum tu aku dapat tangkap file list nama tu bertulis "Rombakan maut." Hmm thumbs up. Menarik tajuknya. Aku pun scroll, terlalu panjang dan aku ambil cara pendek search nama aku je lerr. Aku dapat Kuliah 4 Ms32.

Paling aku takleh terima aku sama kelas dengan roomate aku. Aku yakin korang mesti cakap untungnya, bestnya. Itu semua di mata kalian. Bukan aku. Masa tu aku memang terbakor je dapat satu kelas dengannya. Dalam banyak-banyak rombakan maut tu, macam mana aku boleh satu kelas dengan orang yang aku agak kureng dengan dia tu. Nak tahu kenapa dorang cakap untung? Pertama, aku satu kelas dengan dia masa form 4 & 5. Aku bukan rapat dengan dia. Kedua, aku satu bilik dengan dia. Ketiga, aku satu kelas dengan dia. Bagi dia, dia sangat happy. Aku tak! Takkkk! Masa tu hati aku nak praktikum lama. Aku tak boleh terima prak baru. Aku cerita dekat mak aku semua itu ini. Mak aku pun cakap kenapa asyik tukar-tukar kelas. Aku rasa nak minimize kan pelajar dalam satu kelas lah kot. Masa tu terfikir nak cari kawan baru lagi, berkenalan lagi, memperkenalkan diri dekat depan lagi. hahaha berlumut mulut saya memperkenalkan diri. hahahha.

0 comments:

Experience

Story in JMC P1

22:27,0 Comments

Image result for mountains and trees tumblr
What a beautiful landscape!
Semalam aku ada janji nak buat cerita dekat kmj. Aku cerita semasa mula-mula aku masuk untuk kali pertama dalam kmj. Memang perasaan nak tinggalkan rumah tu sedih teruk sebab sebelum ni aku tak pernah duduk asrama. Jadi bila dah masuk matrik kena survive. Semuanya sendiri. Aku pilih matriks sebab aku tahu tu jalan terbaik untuk aku. Ya, memang aku dapat tawaran uni tapi hatiku pilih matriks. Bayangkan perasaan yang bercampur-baur masa otw ke Tangkak. Aku dengan perasaan semangat nak sambung belajar. haha. Setelah sampai di KMJ, sebelum masuk, adalah beberapa orang(fasi) jaga dekat luar, mungkin untuk guide pergi mana bila dah masuk kmj. Mula-mula tu memang gembira bila dapat tahu satu roomate dengan classmate. Itu hanya pandangan permulaan sahaja. Masa pendaftaran, IC aku tertinggal dalam kereta. Tetiba pensyarah tu nak, aku memang cuak habis dengan muka tak bersalah, "Kad pengenalan dalam kereta." Cikgu tu pun bincang dan boleh diterima. Alhamdulilah. Bila aku teringat balik, baru aku tahu dia yang ajar aku fizik dalam kuliah. haha. Aku cuba ramah dengan orang sebelah, sebab rasa krik krik sangat. Aku tanya dia bilik mana, blabla. Pendaftaran semua buat sendiri. Tak ada mak ayah temankan. Diorang pergi kafe ke duduk lepak luar ke. hoho. Bayangkan aku dahlah sorang-sorang. hmm. Masa tu cuba tenangkan diri ni. Selepas dah selesai urusan, masa untuk ambil t-shirt kmj dengan tangkap gambar untuk kad matriks. Aku dapat baju saiz M. Tapi baju tu aku dah tukar dengan roomate dapat saiz L. hahah sebab aku rasa okay je saiz L. tapi roomate aku annoying, dah tukar nak tukar balik. Eh siapa suruh tukar dengan aku. Haa pakai saiz M aku tu. Takkan kau nak bau ketiak aku kot. hahahah. Itulah sebelum tukar kena fikir masak-masak. Jangan rakus! amaran keras. hahaha.


Mak dengan abah aku tolong kemaskan bilik aku. Aku dapat kunci A and I think I am the last person yang ambil kunci. Yang lain dah masuk, tinggal aku sorang je baru naik. Bayangkan tingkat 3. hmm tinggi duh. Aku tak dapat bayangkan bila dah habis sem 2 nanti, barang-barang tu nak bawa bawah. Aku tak galakkan ayah aku angkat beg. Terlalu bahaya. So biar aku yang bawa. I akak sado. kuikui. Dalam pukul satu lebih tu, lepas makan tengahhari dengan family. Lepastu solat dekat masjid kmj. Memang rasa hiba nak terpisah dengan fam. :'( Lepastu aku terjumpa lydia. Suruh dia tangkapkan gambar kitaorg semua. Memang sedih sangattttt T_T. Fam aku pun baliklah dalam pukul 2 macam tu sebab pukul 4 untuk pendaftaran lelaki pula. Aku pun naiklah bilik aku tu, kemas apa yang patut. Masa tu rasa nak balik rumah. Hmm. Masa tu internet kmj tak ada lagi. Habis krik krik aku malam tu. Phone aku tak boleh guna data masa tu. Dugaan weh. Petang tu semua kena kumpul untuk tahu praktikum apa. Aku pun tak tahu aku ni modul satu ke, modul dua atau modul 3. Aku pun tengoklah dengan roomate aku yang satu kelas, yela sebab dia je kawan yang aku kenal. Sesak gila nak tengok nama dalam prak mana. Tengok-tengok aku dapat modul 1 prak 17. Tinggal roomate aku yang tak jumpa namanya. Aku tunggu je la dia cari. Dia dapat MS prak 4. So kitaorang berpecahlah. Aku pun duduklah barisan prak aku. Awkward nyaaaa. semua tak kenal. Aku pula kena duduk sebelah lelaki. uhuk uhukkk. Nasib baik dorang suruh ke depan, yezz, dapat duduk jauh dari lelaki. kah kah.


Masa minggu MPPB, prak aku disuruh buat bulatan besar, nak berkenalan. Aku dapat akak fasi cantik. ahakss. Namanya akak dira. Memang awkward wehhhh. Dia pandang dia, dia pandang dia. Bermula sesi ice breaking dari lelaki. Dari situ, aku mula kenal Asyraf, Danish, Aiman Zharfan, Sharie, Amirul (kapling), Laksmanraj, Afiq Kahar. Yang perempuan, Zakiah, Zahira, Emi, Salwani, jia, Farraizzylina, Farrah, Syuhada, Pip, Fish, Hiu Jia, Syikin, Syarena. Ramai lagi. Maaf kalau aku tak mention. Gembira dapat kenal korang.Tak sampai 2 minggu, kita semua terpisah sebab hampir semua nak tukar modul. Lagi-lagi modul 2. Sedih tu tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum terpisah, minggu asimilasi masa bio, aku satu kumpulan dengan pip,afiq,amirul(kapling). Kitaorang satu kelas buat makanan menggunakan nama saintifik. Unik betul program ni. Kitaorang buat Chicken kurinaya. hahaha. Aku main search je bahasa rusia, chicken chop sebenarnya. >_< Ada promosi tau, beli  satu percuma dua. Masa tu group lain juga present makanan dorang. Paling kelako, makanan disediakan, air tak, Kalau tercekik orang tu, aku tak tahu nak cakap apa. Waktu bi, dengan madam amutha, dia memang best. Kitaorang kena nyanyi lagi Celion Dion. Tak ingat tajuknya. Seronok teruk. hahaha. Lepastu kitaorang terpisah, kecuali laksmanraj. Dia kena tunggu beberapa hari untuk approved permohonan pertukaran modul. Aku tak tukar, aku stay je. Jadi aku tengok orang baru masuk. Okay tu aku cerita part lain. Walauapapun, prak 17 aku tak akan lupakan. Dekat situ jugalah, azam aku bermula dan tak pernah patah.

0 comments: