One month in KMJ

15:25,2 Comments

"Keep moving forward to road to success."
Hello, everyone!
Dah sebulan aku ada dekat kmj. Macam-macam terjadi dan banyak nak diceritakan tetapi disebabkan kekangan masa. Pagi ini aku dapatlah nak cerita. Semalam alhamdulilah, selamat sampai rumah. Sini dah cuti :P jeles sikit ya kawan-kawan lain. Walaupun cuti raya hanya sampai raya ke-3 je. sobs sobs. Tapi tak kisahlah, janji dapat cuti. Nak mulakan kisah sebulan aku ada dekat memang tak tertulis wehh. Kisah Mppb yang begitu hebat sekali. lol. Mula-mula masuk kmj, dah nampak bangunan oren tu disambut oleh fasi di sana. Aku cari kakak Aini sebenarnya, sebab setem hasil nak beli tapi dekat kl dah habis naaa. Nasib belum nak guna. Sampai sekarang belum hantar borang tu lagi sebab ada lagi yang tak lengkap. Aku terus skip je la Mppb tu. Panjang sangat nak cerita. Aku dapat MS17. Dari situlah bermula aku berkenalan dengan rakan-rakan baru, kena memperkenalkan diri sendiri. Awkward juga lah. Dalam seminggu tu, kawan-kawan MS17 ada yang keluar sebab sesetengah nak tukar modul 2 dan 3. Modul 2 tu nak elak belajar bio manakala Modul 3 tu nak elak belajar fizik. Sedih lah juga. Hampir separuh kelas keluar. Dari 8 orang lelaki terus tinggal 2 orang je. Perempuan pun sama. Pelajar makin sikit. Lepastu, ada pelajar baru masuk, maksudnya dalam belasan orang baru masuk. Dalam beberapa hari tu, pelajar second intake masuk. Bayangkan tengah sedih kan classmate berubah. Semua macam hambar je dengan kehadiran pelajar baru. hahaha jahatnya. Tapi serius lah, memang hambar. Dah lama-lama agak okaylah. Semua macam dah boleh jadi family. Ibarat family ke-3 sebelum ni ada family ke-2. Akan datang family ke-4. Harap kelas baru ni, dapatlah classmate yang sporting. Masih rasa sedih lagilah. Sebab aku dahlah rapat dengan Fish and Squid dan juga si Yo tu. hahaha. Mereka kawan gila-gila. tu diaaa. Doakan kitaorang semua dapat 4 flat ya! Bye semua, banyak kerja menanti.

You Might Also Like

2 comments:

Eeiou _ said...

homigod. I miss KMJ much. I got so many memories there.
I was in MD3 =D

@Eeiou _ Hi senior kmj. hikhikk.