Segmen Zaman Sekolah

13:33,1 Comments



Hi kawan-kawan.
Ehhhh, ada segmen zaman sekolah. Kalau aku bercerita pasal sekolah memang tak habis lah, mencurah-curah air mata rindukan classmate. Yela, aku baru je habis sekolah. Mestilah ada rindu. Esok keluar result upu, aku cakap tahniah awal-awal kalau korang dapat upu. yang tak dapat jangan putus-asa, sebab ada rezeki lain. Insya Allah. Jom mula bacakan kisah zaman sekolahku.

Tapi aku dah banyak cerita tentang zaman sekolah aku dalam blog ni. nak mula dari mana eh? dari sekolah rendah lah. Walaupun ada ingat tak ingat. Kalau dalam entry ni IMBAS. ha klik tu jangan tak klik. tu juga merupakan salah satu kisah zaman sekolah aku tak kan lupakan. hahaha.

Kebanyakan kenangan sekolah rendah banyak sakit hati je. Sekolah baru lah,kalau sekolah lama aku tak benci. hehehe. Alhamdulilah, aku dapat contact beberapa kawan aku yang sama sekolah lama aku walaupun aku sekolah sana sampai darjah 2. Perangai gegila tu yang aku asyik terkenang je. cewahhh.

Jom baca kisah aku masa darjah 1. Aku jahat lah wei. Aku sendiri kenangkan perangai aku pun, aku dah takut. hahahah padahal diri sendiri. Ada budak lelaki classmate aku, haikal. Dia tu suka cari pasal dengan aku. Eee geram tahu tak. Aku dah lah tak suka kena kacau, buatlah hal sendiri. Bila aku dah bengang tu, aku cubit dia. ehhhh beraninya cubit anak orang. hahaha. Aku fikir au dah berjaya lepas cubit dia namun dia balas balik perbuatannya dengan mencubit aku dengan lebih kuat. Sakit lah juga tapi jiwa kental masa tu, hanya berlakon macam tak sakit. Aku pun kumpul segala kekuatanku dengan cubit sepuas hati aku. ha amik kau. Nak tahu apa jadi? Haikal nangis. hahahahaah. aku hairan dekat sekolah rendah, aku banyak buat lelaki menangis. hahahahaha. Aku dah cuak, dia nangis. hmm. Gelabah masa tu, classmate nangis. Dahlah tengah belajar masa tu. Aku tak tahu dah buntu nak buat apa. Aku cari jalan terakhir; pujuk dia. hahahaa. Dengan serba salahnya, aku tepuk bahu dia sambil cakap -weh dahlah jangan nangis. rasa tak nak cerita dah. Mentang-mentang aku pujuk dia, dia sengaja lagi kuat. aku pun cakap- dahlah! tak yah lah nangis. mamat ni over betul, kena cubit je pun. Aku nak bagi dia diam nangis, aku tutup muka dia supaya cikgu tak nampak. hahaah

Darjah 2 takde kisah menarik pun. Eh ada rasanya. Ni sesi sorok-menyorok. Masa tu aku dengan kawan-kawan rehat lah, dah makan semua tu. Tak sangka dah habis masa oiii. Tulah makan tak sedar diri. Masa tu jugalah kecoh yang guru besar nak check satu sekolah, macam siapa yang lambat masuk kelas. Dalam kepala fikir nak jawab apa kalau terserempak dengan orang tua guru besar tu. Guru besar kitaorg perempuan. Punyalah dah cari tangga yang hampir nak ke kelas. Sekali tu, dengar bunyi tapak kasut seolah-olah macam cikgu nak turun. kalau dah bunyi kasut tinggi, faham-fahamlah. cikgu nak turun. Weh masa tu rasa nak lari seluruh sekolah. tapi aku berfikiran rasional. hahahah. tapi aku hairan, sepatutnya aku dengan kawan aku yang lambat masuk kelas. Rupanya ramai terlewat termasuk adik aku. lol tah macam mana terjumpa adik aku. hahahhaha. Ada beberapa orang aku tak kenal yang lambat tu panggil kitaorg semua cakap- "eh sini, sini. menyorok bawah ni.", cakap sambil berbisik. Kitaorg serbu lah menyorok. Tahu dekat mana? bawah tangga tu. Tempat kritikal. hahahaah. aku cakap tempat kritikal sebab, guru besar nak turun situ, kitaorg menyorok bawah tangga tu. Kan ada ruang, yang aku pelik tu, muat pulak ramai-ramai. hahahaah wei kelakar lah. aduhaii. Paling best, G.B tak perasan. yeahhh.!! Bersorak gembira. Masa dekat bawah tangga tu, semua cakap "shuuh", tangan letak dekat mulut. lawak lahhh.

Darjah 3, aku dah tukar sekolah baru. Jadi budak baru lah ni. Rasa bangga jap. kui kui. Dah lah tak kenal, masuk sekolah rasa nak tercabut je jantung. Tak ingatlah ada satu cikgu ni dari sekolah lama then dia mengajar dekat sekolah baru. eh macam jodoh pulak jumpa. lol. Aku ramah lah, tanya cikgu ni mesti dar sekolah lama. Dia pun tanya macam mana aku tahu? Aku pun dengan bangganya keluarkan kad sekolah lama aku yang simpan dalam dompet nak tunjuk dekat dia yang aku pun pernah belajar sana. hahaha. Apalah kan aku ni. Tunjuk kad bagai.

Yang ni situasi lain, biasalah sekolah akan buat hari karnival. Hari Karnival sekolah pun mesti ada rumah hantu. Aku dengan classmate aku, 3Bestari bercadang nak buat rumah hantu. eeee bengong betul. hahahaha. Masa tu memang tak belajar. Kelas kitaorg ni special sikit sebab ada grill. Mungkin tu dulu bilik bacaan ke apa entah tapi dah tukar jadi kelas sebab pelajar ramai rasanya. Kononnya grill kelas tu sebagai pintu untuk masuk rumah "hantu". Masing-masing dah pilih nak jadi hantu apa. eehhh mengarut oh aku. Masa tu dah punggah meja, aku dengan classmate ambil warna pensel dan warna kan muka. Kena letak air lah barulah warna tu ada dekat muka. Gila nak toreh muka. Masa tu aku freehair. uishh, aku pun buatlah rambut style hantu dan menyorok dekat meja. Sebelum tu, siapa yang nak masuk rumah hantu 3B ni kena ada tiket. Aku pu tak tahu mana dorg dapat tiket masuk tu. Eeeee tah papelahhh. Langsir semua dah tutup walaupun ada sinaran cahay matahari. Once dorang dah masuk, kelas macam orang gila lah. Jerit sana sini. Aku pun buat orang terkejut padahal tak menjadi. Sedih. HAHA. Ada lah budak kelas lain ni tak puas hati dan bagitahu dekat cikgu. Jeles cakaplah. Nyampah. haha. Sekali tu cikgu datang. Aku cari jalan untuk cover muka aku ni dan terus pergi tempat aku dekat bahagian tepi langsir. Sebab nak tutup muka punya pasal, aku menyorokkan muka ni disebalik langsir. Aku pun amik air aku, gosok-gosok dekat muka nak hilangkan comot. Sekali tu, kawan aku pergi cari aku nak menyorok dengan aku. Sibuk je. Sekali tu dia tanya, aku buat apa nyorok dekat langsir. hahhaa. Aku macam- diamlah, shhh. Dekat langsir tu aku ikat balik rambut, konon-konon tak bersalah. Lepas dah selesai, aku duduk lah dekat tempat aku. Cikgu pun masuk marah-marah. Lepastu, diorg sebut nama siapa yang terlibat. Aku pun cakaplah-eh mana ada aku. bukan aku lah. hahahah tak ngaku.

Darjah 4 takde kenangan pun ke aku tak ingat. Lompat sekolah menengah lah. F1, aku dapat kelas yang tak ada kawan aku langsung. Ada satu je, itupun dia dah nak tukar sekolah lain. Sedih duh. Yela, aku tak biasa sangat, classmate masa f1 pun dari sekolah lain. Aku pun berkenalan dengan Irdina. Dia orang pertama yang aku kenal. Lepastu, aku kenal makin ramai. Paling tah pape, aku sama kelas dengan jiran aku sendiri. Nama Danial pula tu. Haih kisah aku dengan orang bernama Danial sampai lah aku habis sekolah. Dah kenapa oh. Maksud aku bukan Danial jiran tu. Tapi dengan orang bernama Danial. Kawan jiran aku ni pun saje buat aku sakit hati dan siap cakap lagi "Mai mana danial?" Aku rasa nak baling je apa yang aku ada. Tapi dah f1 kan, takkan aku nak buat macam sekolah rendah pulak. hahaha. Aniaya je. Aku cuba untuk bersabar. cewahhh. Boleh dikatakan classmate aku ni suka buat benda yang aku tak suka. Paling gila, sampai f2 dah tak sama kelas pun kau nak cakap lagi "Mai mana danial?" ehhh, aku korek biji mata baru tahu lah.

Lepastu, kenangan pahit sikitlah. Kawan aku ni dia duduk depan aku dalam kelas. Dia cerita dia kena barah otak. Aku dengan arfah hampir satu kelas perempuan percaya. Kena tipu hidup-hidup. Tapi masa dalam bilik KH , aku duduk sama meja dengan Yasmin, ummi, syaidatul, dengan budak tipu barah otak tu. Yas dah cakap "mai, kau jangan percaya kata-kata dia ni. Dia tipu". Aku tahu dia tipu, tapi aku saje layan tipuan dia. Last-last tu, kitaorg gaduh. Gaduh dekat fb je pun. Lepastu langsung tak tegur. TAK TEGUR. hahah Eh bukan main seminggu dua tak tegur. Makan tahun pulak. Kena pulak dah tak sama kelas. Memang kalau terserempak pun, pandang buat-buat tak nampak. Sampai f5. Sebenarnya, aku takde lah marah dia sangat. Dorg ego lah. hahahah. Aku pun cuba lah follow dia dekat insta, dia pun followback. Aku pun tanyalah khabar dia semua then dia sendiri minta maaf perbuatan masa f1 dia. Rasa nak nangis lah. Asal lama sangat gaduh. Yela, aku tak suka gaduh lama-lama. benci. Haih. Sekali tu dia nak no arfah, nak minta maaf. Aku pun number Arfah dekat dia. Dan kami berdua dah berbaik.

Masa F2, lain ceritanya. Aku dapat naik kelas Dinamik. Aku baru dapat kenal dengan budak-budak "pandai". Tapi masa masuk tu, aku macam tunggul lah. Yela, aku tak biasa. Diorg biasa dengan golongan mereka. Sedih lah. hahaha Kena pulak aku duduk dengan kawan aku dari darjah 3, maisaratul. Nama kami samalah. Yela, aku tak de kawan, aku kawan lah dengan dia. Aku tak suka duduk dengan dia. sebab dia suka jeles dengan aku. Tak sukanyaaaa. nak buat macam mana, dah kena duduk dengan dia. Masa f2 lah aku sekelas dengan danial sampailah f5. hahaha ni danial lain. Muak juga tengok ramai sekelas dengan aku sampai f5. Hehe takdelah gurau k gurau. Dalam kelas tu, aku tak tahu lah aku tak suka dengan budak dalam barisan kelas. lelaki. Aku rasa dia annoying. Suka cakap dalam kelas dengan fuad. Aku yang tengok dari belakang rasa menyirap je. Setiap kali aku terpandang dia, aku jeling dia. Walaupun dia perasan. ahahah.

Gaduh dengan maisaratul pun ada disebabkan aku rapat dengan shofiyah. yes, dia budak baru jadi dia duduk belakang aku. Kalau aku tak faham apa-apa ke, aku tanya dia. sebab dia bijak. lol. Seperti yang aku cakap, ada yang jeles. haih. aku tanya apa yang aku tak faham pun kau nak jeles. Merana beb masa f2. Boleh dikatakan aku tak suka f2. Sampai aku dengan shofi nak tegur dia, tapi dia tak nak. Dia cakaplah kitaorang ni asyik sama-sama je. Eh sedih tau. Korang sama bas ada aku kisah pulak. lol tak de kena mengena. Aku pun tak faham lah dengan kawan aku sendiri. Masa satu hari tu, baru je dia sampai kelas lepastu ada orang cari dia untuk balik. Aku tak tahu lah sebab apa kan. Maklumlah hari tak bertegur, aku dengan shofi dah cuba cakap, dia yang tak nak. so apa-apa biar kau sendiri yang tegur. takde masa aku nak sembah kau. hahaha rasa sakit hati . lek lek. Ha, yang pasal ada orang suruh dia balik tu, dia pun tetiba lah nak menangis dalam kelas. Eh aku ada buat salah ke ? sampai nak drama nangis dalam kelas. Korang kena fahamlah, kalau aku dah duduk sebelah dia, mesti dorang anggap aku tahu sebab apa dia nangis. Semua tanya aku, kenapa dia nangis. Aku cakap manalah aku tahu. Aku rasa masa f2, diorg banyak berpuak-puak. that's why aku tak suka.

Kisah F3, penatlah nak taip. Sakit tengkuk dah ni.Lompat f4 boleh tak? f3 takde sangat kenangan yang menarik. MAsa dah F4 ni aku rasa lega sikit, sebab aku dapat bebas daripada kawan-kawan yang aku tak berapa nak ngam. Alhamdulilah, f4 dengan f5 adalah kenangan terbaik sepanjang zaman persekolahan aku even ramai kawan yang aku rapat selama ni. Tak semua ngam dengan kita. Jadi bila dah masuk f4, itulah kawan kita yang dah macam keluarga. dapat cikgu yang sporting. Aku peliklah juga, ada sesetengah cakap kelas kitaorg ni sombong bila dah masuk f5. Sebenarnya takde kot. Aku tahu kelas aku tkdelah sebaik kelas lain. Kelas aku ni dah macam tengah-tengah. Antara kelas Aqliah dengan Cemerlang. Masa kelas chemist, cikgu aku cakap dengan kelas lain pasal kelas aku. cikgu cakap kelas b ni, cikgu ajar, faham ke tak faham pun tak tahulah. hmm sedihh. apa beza dengan kelas lain tu. yela kelas aku ni tak ramai pun macam diorg yang banyak tanya. Kelas a memang ramai perempuan, aku tahu diorg semua memang banyak bercakap begitu juga dengan kelas c, ramai lelaki dan banyak bercakap. kelas aku boleh dikategorikan kelas pendiam tapi ceria. tulah orang lain tak faham. hihik, tapi alhamduliah, ramai berjaya kelas aku walaupun pendiam! Rindu Bestarian. Mereka ibarat pil ceria dalam kehidupanku. Good luck for your future guys!

Sebenarnya banyak lagi. Bolehlah baca di entry sebelum ni. hahah. Nak kongsikan zaman persekolahan anda? Klik je banner tu.

You Might Also Like

1 comments:

Nabila Syifa said...

wah.. panjang karangan.. good luck in ur segment dear