Kebetulan

12:47 Maisarah Mimo 13 Comments


Всё хорошо́, что хорошо́ конча́ется.
"vsyo khorosho, chto khorosho konchaetsa"
All is well then ends well.
Hi kawan-kawan.
Hari ni pendaftaran untuk uitm kan, haha All the best guys! Aku lambat lagi. hahaha. lambat-lamabt pun dah nak dekat. huhu harap tak homesick, yela aku mana pernah duduk asrama T_T. Ratna cakap dia tak dapat sebilik dengan Syawal. Lek lek, tapi dorang sama kos. huhuh. Rasa tak sabar pula nak pergi belajar. hahaha jangan bila dah belajar, nak cuti pula. lol. Aku ada join group kmj, aku rasa ahli dalam group tu mudah terhibur lah padahal aku tak buat lawak pun -_- Harap dapat kawan yang riang-ria gitu.

Kebetulan semalam aku baru daftar online kmj, aku rasa sedih jap. Aku dapat blok yang aku tak ingin, tak mahu, tak nak. Dapat blok f. Hmmm, dahlah aku buat research pasal kmj terlalu banyak sampai semua cakap blok f tu seram lagi-lagi tingkat 3. Dahlah semalam nak check dapat tingkat berapa. Aku dapat tingkat 3. Apakah dugaan ini? hahaha. Aku baca je, lagi sekali aku cakap, aku baca dalam blog diorang. Betul atau tidak, aku tak tahu. Dekat tingkat 3 tu dulu, ada orang pernah bunuh diri. hmm, tak tahulah bilik ke berapa. Lagi satu yang aku baca, seorang blogger tu kata, kalau lalu dekat tingkat 3 mesti rasa lain. Sebenarnya, diorang nak buat aku takut ke? sebab bila buat research, asyik kisah seram je yang dikongsikan. Aku pun macam nak nangis lah. hahahahhaha dahlah dapat blok dengan tingkat yang aku tak nak. Apalah nasib. Masa tu rasa macam punah je. hahaha apa ke benda lah >_< Rasa terus tak gembira. Yela, ain daftar dapat blok C. Arfah pula dapat blok E tapi tingkat 1. Aku blok f tingkat 3. ayoyoyo.

Aku meluahkan perasaan aku, aku tak nak bilik tu. Meraung macam budak kecil. Eh tak delah. Aliya su pun baru nak daftar semalam. Tetiba tu dia hantar lah gambar info bilik dia. Aku fokus dekat nombor bilik je. hahahah. Nak tahu apa jadi?

Aku sama bilik dengan dia! Gembira duuuuuh. Terus rasa happy tak terkata. Rasa takut tu terus hilang. hahah bersyukurlah dapat sama dorm dengan dia. Nasib je kot. Dia pun macam tak percaya, dia doa lepas solat maghrib supaya dapat bilik dengan tingkat yang sama. Alhamdulilah kami masih bersama. Ingatkan kalau daftar lambat, memang dapat blok akhir-akhir. Ain pun daftar semalam juga, tapi dapat blok lain. Fuuuh, Arfah jeles. hahah Don't worry Arfah. Blok kita sebelah je. Jauh jugalah nak jalan ke masjid dan blok aku tu dekat dengan tasik belakang. Perghh. tapi tak kisahlah. Sampai aku tanya kak najihah(senior kmj), seram ke blok tu. hahaha. Dia cakap tak ada seramlah, seronok je tidur dalam bilik kawannya. Eh boleh tidur bilik kawan ke? hahah.

13 comments:

liyana said... [Reply]

Ehh hai. Masuk kmj jugak ke. Haha kita sama blok tapi bilik lain. saya dapat tingkat 2

Don't worry and just be strong.. :)

ehh hi. kita sama lah. dpt blok f. and ade gak dengar crita tak sedapt pasal blok tu. btw saya dpt t2. awak dpt bilik mana ? ada x kawan dpt t2.20 blok f 😂 oh ya. yang group tu masuk kat mana. sorry eh bnyak tnya 😳

tahniah dapat uitm

@Jordean Divon Tq :)

@liyana 17 Liyana, ehhhh kita jiran bertingkatlah lepas ni. hahah, hmm saya dpt bilik no 2. Jauhnya dengan 20. sobs sobs. Kalau awak nk masuk group kmj tu boleh tpi mcm mn eh nk contact. awak hntrlah no ke fb ke dkt kotak chat blog. nnti saya pm awk :D

kalau.. fb.. nama saya Nur Liyana. kalau nak senng carik kat wc liyana_nur98 😁

Bestnya dapat sebilik dengan kawan yang dah kenal. Btw, cemana boleh tahu no bilik? :D

hai! i got block F also! Tingkat 3 jugak!! tapi nombor 28 hhahahaahahaha

eh sama!! block f tingkat 3! Tapi saya no.28 hahahahaha

@Nabila Syifa hehe tq tapi mai masuk matrik nanti. hikhik

@Fafa Kyraa heheh. Kalau nak tahu dapat bilik mana kena daftar online dkt lmn web kolej masing-masing, nnti bru tahu dapat bilik mn. :)

@NasuhaShaffie wahhhh sama tingkatlah. hahahah, nanti kita ketemu dekat sana. jauh juga tu 2(no bilik saya) ke 28. hahah btw, tahniah dapat matrik! :D