Cousin kahwin

21:09,2 Comments

Oddest starfish.
Hi kawan-kawan.
Aku tengok tapak sulaiman ni comel-comel lah tapi aku takut nak pegang. semua takut. hahaha dia macam tak takut dan tak geli. Dia tengah-tengah. huhu. Fahamilah keadaan aku. Balik kepada tajuk, 30/4 yang lalu, cousin aku dah kahwinnnn! Bila lagi aku? lololol lambat lagi ya. haha. Tapi ada dua tragedi, tragedi dobi dengan tragedi lipas. hehe. Okay, kita mulakan cerita tragedi lipas. Tragedi lipas yang terjadi dulu. Lepas pengantin dah bersanding semua tu, malam tu ada potong kek, tapi cuma keluarga aku, sepupu, maksu dengan keluarganya, termasuk mak long aku punya sedara. Ehhhh aku dah serabut. Aku memang tak biasa pun dengan sedara mak long aku tu. Bermulalah sesi potong kek, aku memang dah tak sabar nak makan kek padahal aku memang tak berapa nak suka makan kek. Tak tahu lah kenapa, walaupun kek tu sedap. Setakat satu pinggan tu pun dah. Lepastu dah tak nak. Agak frust, masa nak menunggu turn ambil kek, asyik aku je jadi orang last. Sampai aku dah tenung kek tu. hahahah.

Akhirnya, berhasil juga aku jadi orang terakhir, dapat lah kek besar. huhuhu. tapi aku tak berapa suka dengan kek. LOL. Masa dah letak pinggan beserta kek tu, aku pun enjoy makan dekat luar dengan cousin. wahhh enak banget! hahahah. Mujurlah aku dah minum air sirap laici yang menghilangkan dahaga.

Masa tu tengah berborak dengan cousin, lepastu, ada satu perkara macam slowmotion. apakebenda lah. Yela, aku dekat luar, dengar dorg terjerit-jerit. Macam ni ha dorg jerit, "Arghhhhh." Hahah, aku hairan lah, jerit-jerit tapi tak keluar rumah. Aku fikir ada party ke kan? hahahahhaa. Yang terjerit tu pun sedara mak long aku tu, anak-anak dorg yang aku tak biasa tu. LOL.  Aku pun dengan cousin buat rileks je la. Mungkin dorg bergumbira dalam rumah tu. hahaha. Aku nampak salah seorang hampir keluar rumah sambil terjerit. Aku macam "dah kenapa dia ni, macam nampak hantu.", aku pun terdengar ada salah seorang cakap, "Lipassss!", aku tang dengar lipas terus cabut lari ah dengan tak berselipar sampai terpijak-pijak batu. hahahahha. semua bertaburan lari. hahaha, kesian maksu aku, baru nak duduk atas kerus nak makan kek, tak terbangun terus sebab terduduk. hahahha. Bila semua dah kebelakang, ehh nampak pula lipas terkedek-kedek lari dekat luar. Ingatkan apa lah tadi ada magic show ke party ke. Haihhh. Mesti korang tertanya tak ada siapa ke nak ketuk lipas tu. Ayah aku nak jadi hero , dah nak cari penyapu, penyapu hilang. hahahaha. nak amik selipar tak sempatlah, sebab jauh dan mungkin liipas dah berlalu pergi. hoho.

Korang boleh bayangkan suasana tu macam nak bagi laluan dekat lipas tu. Konon-konon lipas tu buat catwalk semasa kita semua menikmati kek. Kira riuhlah disebabkan lipas tu, kalau tak memang dah krik krik. hahahah


Keesokan harinya, sepatutnya aku dah nak balik rumah tapi lambat sikit sebab ikut cousin aku pergi dobi. Haa ni kes dobi. Bayangkanlah, nak basuh baju tu, bukan baju aku pun tapi aku sengaja nak ikut sebab aku tak pernah pergi dobi. Eh, sedihkan cerita aku ni? tak pernah pergi dobi. hhahaha nampak cam aku kisah ke? lol Biasalah, kenduri-kendara, baju pun berlonggok. Empat orang lah nak pergi basuh baju, aku, adik aku, dua orang lagi cousin. Girls' day out ke dobi. hahah. Setengah jam juga nak sampai dobi. Lama bebenor. Aku fikir cousin aku tahu dekat mana dobinya, dorg tak tahu rupanya. adehh, goole jap. Lepas dah sampai dobi tu, aku lah jadi sado jap tolong bawa baju tu, perghh tak delah berat. haha. Masuk-masuk je, jadi tontonan orang jap. Okay, mesin untuk tukar duit dengan beli sabun agak jauh. Jadi aku buat keputusan untuk duduk depan dinding dan pura-pura baca. hahahah. Srs ah asal aku awkward. haih. Masa tu phone aku, aku suruh cousin pegang jap sebab aku nak bawa baju tu sangatkan. lol. tetiba nak tgk phone, eh phone takde. Jadi kita tenunglah washine machine waschmaschine tu.

Lepas cousin aku dah tukar duit dan beli sabun, dia buka lah plastik tu untuk masukkan baju dalam mesin basuh. Masa nak masuk tu, boleh pulak pakaian dalam tercampak dekat luar. hahaha. Nasib baik ada 4 orang, so tak nampak lah. Yela, nak asingkan semua tu tak sempat. Dorang ah cakap bukan aku. Aku hanya teman nak tengok pergi dobi. hahah. Ada satu orang ni asyik perhatikan kitaorg je, mungkin dia tak pernah tengok kot orang pergi seramai ni. hhaaha apakah? masa tengah sibuk-sibuk masukkan baju tu, orang tu belakang aku tengah tunggu baju dia. Masa kitaorg datang, dia perhati. uishh. Aku pun terperasan mesin basuh ni shiny gitu, sajalah tengok orang belakang tu, perhatikan kitaorg lagi ke? Aku pun pandang dekat mesin basuh tu. Eh nampak wajahnya. Tah macam mana, dia pun perasan aku tengok dia dari mesin basuh tu. hahahaha nasib kau lah. Dalam sibuk-sibuk masukkan baju tu, nampak macam ada sikit-sikit orang dah nak balik. Masih ramai lagi. Aku dengan adik aku, masukkan duit syiling, huhu, masukkan duit syiling pun jadilah. Adik aku ni pun satu, boleh pulak masukkan duit syiling sampai jatuh-jatuh. hahaha, rileks >_< Lepastu dah ramai balik, semua kot balik.

 K. hanya tinggal kitaorg 4 orang je beb! apalagi buat party dekat dobi tu. Eh tak delah, akhirnya dapat juga tempat duduk. Ada orang cina ni, semua keluarkan baju letak dalam baldi. Cousin aku pun cakaplah, "Orang lain semua lepas basuh baju letak dalam baldi. Kita je tak bawa baldi.", hahahahaha. Kesian gak ah, wifi free sana tak berkesan. Sempatlah aku berws dengan kawanku. Ada lah orang lain nak basuh baju juga, lelaki , dia masuk-masuk je, tutup muka dia dengan beg. lol. adakah dia malu? hahah. Aku pulak perhatikan orang /kejam/

Bila dah lama sikit tu, masa untuk warm baju. Hm entahlah aku tak tahu. ingatkan 4 minit. Eh, ada digit 2 pulak dekat depan 4 tu, memang jadi 24 minit. Kitaorg pun keluar dulu singgh kedai makan. hoorayyy. dah siap tu, dorg lah pergi amik baju tu.

You Might Also Like

2 comments:

Umie Yana said...

part lipas tu, saya boleh bayangkan sebab kat rumah saya pun memang semua takut dan geli dengan lipas..hahaha

Nabila Syifa said...

benci sgt ngan lipas!! n apa2 benda terbang sekalipon