Meriah

22:21,2 Comments

Keep calm and eat an ice-cream. nyum nyum.
Hi kawan-kawan.
It's freaking me out sebab tinggal 4 hari je sebelum pergi KMJ. Rasa sedih nak tinggalkan family. hahahah kugagahkan jua diriku ini untuk menuntut ilmu. Eh, aku rasa jealous pula classmate shared their mds.  Aku pun nak juga. T_T Lek lek, Mppb bakal menyusul. In Sha Allah. Nanti kalau ada masa, aku kongsikan Mppb di KMJ. Cewahh. Aku rasa excited. lol, sila kawal diri Mai. Meriah benor group KMJ ni, sampai hang phone aku. Aduhhai rasa nak baling phone je masa tu. hahaha, serius korang AKTIF TO THE MAX! Aku perhati je korang, hahaha sampai low storage. sobs sobs. Baru tinggalkan group tu untuk beberapa minit dah mencecah ratusan chat. Oh Allah! sobs sobs. Terpaksa clear data apps lain dan buang app lain. Aku tak kisah pun korang nak meriahkan group tu. hihi ada juga info tambahan yang aku perlu tahu sambil tu aku promote ig aku. hahahah ni nak belajar ke nak promote ig ni? LOL Kalau boleh meriahlah sampai habis belajar. Jangan mengkrik-krik.

Semalam aku ada baca pasal nenek jual karipap. Erk, aku pun tak tahu kenapa aku nak baca sangat. Sampai masuk dalam mimpi yang mak cik tu nak jual karipap. Tapi mimpu tu tak jelas sangat. Aku rasa menyesal pula letak nama penuh dekat bilik mana. Ada orang detected aku seorang blogger. Gara-gara entry ini. Oh tidaaaak! Tapi aku tak sedar, dia dah komen dalam blog aku rupanya. Hai kawan baru! Cakap hai kepada Nasuha dan Liyana. Sedih kan, aku cuma ada dua orang je kawan baru. hahaha. Aku tertanya-tanya, siapakah dua orang lagi akan menjadi roomate aku? Ada yang dah complete 4 orang. Bestnyaaaa. Harap dapat roomate sama kos, boleh lah kita sama-sama buat study group. Rasa nak share je dorang dapat bilik mana. Aku share je eh? boleh lah. Share bilik je, nama tak boleh. haha. Oh ya, kalau sesiapa yang dapat kmj ni nak join gp ws, bagitahu. Nanti aku suruh senior add korang. Aku bold tulisan tu maksudnya dah berapa orang yang sama bilik.
Yang latest je nih.
Blok A
T1 06/13/18/19/22/29
T2 23/21/32
Blok B
T1 15/19/23/29
T3 4/9
Blok C
T1 06/12/17/23/24/25/29
T2 06/09/11/14
T3 02/13/22/23
Blok D
T1 05/08/13/20/21/23/25/26(2)/32(2)
T2 08/11/12/16(2)
T3 06/08
Blok E
T1 08/09(2)/12/17/23/24(2)/25/26(2)/27
T2 14(2)/15
T3 03/05/12/13/24
Blok F
T1 15/17/19(2)/26/32(2)
T2 01/05(2)/14/16/17/18/19/20/23(2)/27/29/30(2)
T3 02(2)/06/09/12/15/17/21/25/28/29/30/31(4)/32(4)


Okay bye.

2 comments:

Kebetulan

12:47,15 Comments


Всё хорошо́, что хорошо́ конча́ется.
"vsyo khorosho, chto khorosho konchaetsa"
All is well then ends well.
Hi kawan-kawan.
Hari ni pendaftaran untuk uitm kan, haha All the best guys! Aku lambat lagi. hahaha. lambat-lamabt pun dah nak dekat. huhu harap tak homesick, yela aku mana pernah duduk asrama T_T. Ratna cakap dia tak dapat sebilik dengan Syawal. Lek lek, tapi dorang sama kos. huhuh. Rasa tak sabar pula nak pergi belajar. hahaha jangan bila dah belajar, nak cuti pula. lol. Aku ada join group kmj, aku rasa ahli dalam group tu mudah terhibur lah padahal aku tak buat lawak pun -_- Harap dapat kawan yang riang-ria gitu.

Kebetulan semalam aku baru daftar online kmj, aku rasa sedih jap. Aku dapat blok yang aku tak ingin, tak mahu, tak nak. Dapat blok f. Hmmm, dahlah aku buat research pasal kmj terlalu banyak sampai semua cakap blok f tu seram lagi-lagi tingkat 3. Dahlah semalam nak check dapat tingkat berapa. Aku dapat tingkat 3. Apakah dugaan ini? hahaha. Aku baca je, lagi sekali aku cakap, aku baca dalam blog diorang. Betul atau tidak, aku tak tahu. Dekat tingkat 3 tu dulu, ada orang pernah bunuh diri. hmm, tak tahulah bilik ke berapa. Lagi satu yang aku baca, seorang blogger tu kata, kalau lalu dekat tingkat 3 mesti rasa lain. Sebenarnya, diorang nak buat aku takut ke? sebab bila buat research, asyik kisah seram je yang dikongsikan. Aku pun macam nak nangis lah. hahahahhaha dahlah dapat blok dengan tingkat yang aku tak nak. Apalah nasib. Masa tu rasa macam punah je. hahaha apa ke benda lah >_< Rasa terus tak gembira. Yela, ain daftar dapat blok C. Arfah pula dapat blok E tapi tingkat 1. Aku blok f tingkat 3. ayoyoyo.

Aku meluahkan perasaan aku, aku tak nak bilik tu. Meraung macam budak kecil. Eh tak delah. Aliya su pun baru nak daftar semalam. Tetiba tu dia hantar lah gambar info bilik dia. Aku fokus dekat nombor bilik je. hahahah. Nak tahu apa jadi?

Aku sama bilik dengan dia! Gembira duuuuuh. Terus rasa happy tak terkata. Rasa takut tu terus hilang. hahah bersyukurlah dapat sama dorm dengan dia. Nasib je kot. Dia pun macam tak percaya, dia doa lepas solat maghrib supaya dapat bilik dengan tingkat yang sama. Alhamdulilah kami masih bersama. Ingatkan kalau daftar lambat, memang dapat blok akhir-akhir. Ain pun daftar semalam juga, tapi dapat blok lain. Fuuuh, Arfah jeles. hahah Don't worry Arfah. Blok kita sebelah je. Jauh jugalah nak jalan ke masjid dan blok aku tu dekat dengan tasik belakang. Perghh. tapi tak kisahlah. Sampai aku tanya kak najihah(senior kmj), seram ke blok tu. hahaha. Dia cakap tak ada seramlah, seronok je tidur dalam bilik kawannya. Eh boleh tidur bilik kawan ke? hahah.

15 comments:

Bye Bestarian

11:58,6 Comments





Hi kawan-kawan.
Semua orang dah nak belajar dah. huhu. Rasa sedih jap. Bestarian jangan lupakan aku bila korang dah mula belajar. Terutama kawan semeja, Ratna. Untung oh dia dapat belajar dengan kawan dia masa dari tadika. Siapa tak terharu kan dapat berjumpa balik dengan kawan rapat dia yang dulu. Dia cakap dia tak dapat ipg dengan kawan dia, matrik pun tempat lain-lain. Tetiba uni pula sama. Terharu jap. Goodluck kawan semeja :') Aku terpaksa delete post sebelum tu. hehe tak tahulah kenapa. Aku tak nak publish entry tu nanti kesian dekat orang lain. Siapa yang dah baca entry tu, hahah lupakan je la. Tak kisah lah belajar mana-mana pun. Yang penting kita nak kejayaan. Cewahh nenek kalau berkata-kata. Rasa sedih sebab tak dapat architecture. Ah sudah, siapa yang letak bawang ni. Tak apa, aku struggle nanti semasa di matriks.  

Alhamdulilah selesai pun urusan pengesahan. Boleh pula terserempak dengan Maisaratul. Wei, masa tadi lah nak terjumpa. Padahal masa ambil result tak jumpa pun sampai lah masa nak buat pengesahan sekolah. Aku pergi dengan kawan aku nak buat pengesahan tapi dia tak buat sebab banyak maklumat belum isi. Lepas ni pergi sorang-sorg. Datang buat teman tadi. hahah Tak dalah datang kosong je, cikgu ada cakap lah rupanya salinan semua tak payah nak buat pengesahan. Aku pun macam K, Tak pelah, biar jela cop. Mudah sikit urusan, kalau pihak matrik sana minta ke. Yang penting dah ada. Cerita ni macam tak ada kaitan dengan tajuk. LOL. Rasa sedih lah dapat tengok kawan-kawan masuk u. haha, taklah sedih sangat. Aku tak masuk u ada sebab-sebab tertentu. lolz

Ada classmate ni tak suka dengan apa yang dia dapat. Jangan lah tak suka, bersyukurlah. Ramai lagi dekat luar sana tak dapat. Mesti salah seorang yang tak dapat dekat luar sana nak sangat apa kos yang kita dapat. :)

6 comments:

He knows the best!

21:45,1 Comments

Jangan bagi tanda soal apabila Allah sudah bagi noktah.







Hi kawan-kawan.
Bagi batch 98, aku nak cakap tahniah bagi sesiapa yang dapat tawaran masuk u. Yang tak dapat, jangan bersedih atau kecundang. Boleh buat rayuan untuk second intake. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk korang. Sedih pula cerita Jangan Pergi ni dekat tv9, kesian dekat syawal sebab sakit. Alhamdulilah aku dapat tawaran masuk Uitm Jengka, civil engineering course dan matrik KMJ; dkt Johor. Sebenarnya, aku tak jangka pun dapat civil engineering tapi aku terpaksa tolaklah kos tu. :( aku pilih jalan untuk ke matriks. Yes, aku tahu, matrik tough, In Sha Allah, aku akan berusaha. hihik. Sedih tu adalah sikit, sebab aku expected dip sains ke atau asasi sains, radiograpfi. Aku memang lebih suka kepada sains. haha. Memang ramai cakap, matrik susah lah apa lah ni lah. Belum masuk belum tahu. hehe. Masa ada kos interview untuk setiap kos yang bertanda #, aku tak dapat untuk tawaran bagi kos senibina uitm. Hmm tapi aku dah move on. haha yela tu. Cita-cita yang diidamkan tu dari kecil tu. Haha Mungkin bukan terbaik untuk aku. Walau apapun, all the best for classmate; bestarian. 

Share lah, korang dapat mana :)

1 comments:

Segmen Zaman Sekolah

13:33,1 Comments



Hi kawan-kawan.
Ehhhh, ada segmen zaman sekolah. Kalau aku bercerita pasal sekolah memang tak habis lah, mencurah-curah air mata rindukan classmate. Yela, aku baru je habis sekolah. Mestilah ada rindu. Esok keluar result upu, aku cakap tahniah awal-awal kalau korang dapat upu. yang tak dapat jangan putus-asa, sebab ada rezeki lain. Insya Allah. Jom mula bacakan kisah zaman sekolahku.

Tapi aku dah banyak cerita tentang zaman sekolah aku dalam blog ni. nak mula dari mana eh? dari sekolah rendah lah. Walaupun ada ingat tak ingat. Kalau dalam entry ni IMBAS. ha klik tu jangan tak klik. tu juga merupakan salah satu kisah zaman sekolah aku tak kan lupakan. hahaha.

Kebanyakan kenangan sekolah rendah banyak sakit hati je. Sekolah baru lah,kalau sekolah lama aku tak benci. hehehe. Alhamdulilah, aku dapat contact beberapa kawan aku yang sama sekolah lama aku walaupun aku sekolah sana sampai darjah 2. Perangai gegila tu yang aku asyik terkenang je. cewahhh.

Jom baca kisah aku masa darjah 1. Aku jahat lah wei. Aku sendiri kenangkan perangai aku pun, aku dah takut. hahahah padahal diri sendiri. Ada budak lelaki classmate aku, haikal. Dia tu suka cari pasal dengan aku. Eee geram tahu tak. Aku dah lah tak suka kena kacau, buatlah hal sendiri. Bila aku dah bengang tu, aku cubit dia. ehhhh beraninya cubit anak orang. hahaha. Aku fikir au dah berjaya lepas cubit dia namun dia balas balik perbuatannya dengan mencubit aku dengan lebih kuat. Sakit lah juga tapi jiwa kental masa tu, hanya berlakon macam tak sakit. Aku pun kumpul segala kekuatanku dengan cubit sepuas hati aku. ha amik kau. Nak tahu apa jadi? Haikal nangis. hahahahaah. aku hairan dekat sekolah rendah, aku banyak buat lelaki menangis. hahahahaha. Aku dah cuak, dia nangis. hmm. Gelabah masa tu, classmate nangis. Dahlah tengah belajar masa tu. Aku tak tahu dah buntu nak buat apa. Aku cari jalan terakhir; pujuk dia. hahahaa. Dengan serba salahnya, aku tepuk bahu dia sambil cakap -weh dahlah jangan nangis. rasa tak nak cerita dah. Mentang-mentang aku pujuk dia, dia sengaja lagi kuat. aku pun cakap- dahlah! tak yah lah nangis. mamat ni over betul, kena cubit je pun. Aku nak bagi dia diam nangis, aku tutup muka dia supaya cikgu tak nampak. hahaah

Darjah 2 takde kisah menarik pun. Eh ada rasanya. Ni sesi sorok-menyorok. Masa tu aku dengan kawan-kawan rehat lah, dah makan semua tu. Tak sangka dah habis masa oiii. Tulah makan tak sedar diri. Masa tu jugalah kecoh yang guru besar nak check satu sekolah, macam siapa yang lambat masuk kelas. Dalam kepala fikir nak jawab apa kalau terserempak dengan orang tua guru besar tu. Guru besar kitaorg perempuan. Punyalah dah cari tangga yang hampir nak ke kelas. Sekali tu, dengar bunyi tapak kasut seolah-olah macam cikgu nak turun. kalau dah bunyi kasut tinggi, faham-fahamlah. cikgu nak turun. Weh masa tu rasa nak lari seluruh sekolah. tapi aku berfikiran rasional. hahahah. tapi aku hairan, sepatutnya aku dengan kawan aku yang lambat masuk kelas. Rupanya ramai terlewat termasuk adik aku. lol tah macam mana terjumpa adik aku. hahahhaha. Ada beberapa orang aku tak kenal yang lambat tu panggil kitaorg semua cakap- "eh sini, sini. menyorok bawah ni.", cakap sambil berbisik. Kitaorg serbu lah menyorok. Tahu dekat mana? bawah tangga tu. Tempat kritikal. hahahaah. aku cakap tempat kritikal sebab, guru besar nak turun situ, kitaorg menyorok bawah tangga tu. Kan ada ruang, yang aku pelik tu, muat pulak ramai-ramai. hahahaah wei kelakar lah. aduhaii. Paling best, G.B tak perasan. yeahhh.!! Bersorak gembira. Masa dekat bawah tangga tu, semua cakap "shuuh", tangan letak dekat mulut. lawak lahhh.

Darjah 3, aku dah tukar sekolah baru. Jadi budak baru lah ni. Rasa bangga jap. kui kui. Dah lah tak kenal, masuk sekolah rasa nak tercabut je jantung. Tak ingatlah ada satu cikgu ni dari sekolah lama then dia mengajar dekat sekolah baru. eh macam jodoh pulak jumpa. lol. Aku ramah lah, tanya cikgu ni mesti dar sekolah lama. Dia pun tanya macam mana aku tahu? Aku pun dengan bangganya keluarkan kad sekolah lama aku yang simpan dalam dompet nak tunjuk dekat dia yang aku pun pernah belajar sana. hahaha. Apalah kan aku ni. Tunjuk kad bagai.

Yang ni situasi lain, biasalah sekolah akan buat hari karnival. Hari Karnival sekolah pun mesti ada rumah hantu. Aku dengan classmate aku, 3Bestari bercadang nak buat rumah hantu. eeee bengong betul. hahahaha. Masa tu memang tak belajar. Kelas kitaorg ni special sikit sebab ada grill. Mungkin tu dulu bilik bacaan ke apa entah tapi dah tukar jadi kelas sebab pelajar ramai rasanya. Kononnya grill kelas tu sebagai pintu untuk masuk rumah "hantu". Masing-masing dah pilih nak jadi hantu apa. eehhh mengarut oh aku. Masa tu dah punggah meja, aku dengan classmate ambil warna pensel dan warna kan muka. Kena letak air lah barulah warna tu ada dekat muka. Gila nak toreh muka. Masa tu aku freehair. uishh, aku pun buatlah rambut style hantu dan menyorok dekat meja. Sebelum tu, siapa yang nak masuk rumah hantu 3B ni kena ada tiket. Aku pu tak tahu mana dorg dapat tiket masuk tu. Eeeee tah papelahhh. Langsir semua dah tutup walaupun ada sinaran cahay matahari. Once dorang dah masuk, kelas macam orang gila lah. Jerit sana sini. Aku pun buat orang terkejut padahal tak menjadi. Sedih. HAHA. Ada lah budak kelas lain ni tak puas hati dan bagitahu dekat cikgu. Jeles cakaplah. Nyampah. haha. Sekali tu cikgu datang. Aku cari jalan untuk cover muka aku ni dan terus pergi tempat aku dekat bahagian tepi langsir. Sebab nak tutup muka punya pasal, aku menyorokkan muka ni disebalik langsir. Aku pun amik air aku, gosok-gosok dekat muka nak hilangkan comot. Sekali tu, kawan aku pergi cari aku nak menyorok dengan aku. Sibuk je. Sekali tu dia tanya, aku buat apa nyorok dekat langsir. hahhaa. Aku macam- diamlah, shhh. Dekat langsir tu aku ikat balik rambut, konon-konon tak bersalah. Lepas dah selesai, aku duduk lah dekat tempat aku. Cikgu pun masuk marah-marah. Lepastu, diorg sebut nama siapa yang terlibat. Aku pun cakaplah-eh mana ada aku. bukan aku lah. hahahah tak ngaku.

Darjah 4 takde kenangan pun ke aku tak ingat. Lompat sekolah menengah lah. F1, aku dapat kelas yang tak ada kawan aku langsung. Ada satu je, itupun dia dah nak tukar sekolah lain. Sedih duh. Yela, aku tak biasa sangat, classmate masa f1 pun dari sekolah lain. Aku pun berkenalan dengan Irdina. Dia orang pertama yang aku kenal. Lepastu, aku kenal makin ramai. Paling tah pape, aku sama kelas dengan jiran aku sendiri. Nama Danial pula tu. Haih kisah aku dengan orang bernama Danial sampai lah aku habis sekolah. Dah kenapa oh. Maksud aku bukan Danial jiran tu. Tapi dengan orang bernama Danial. Kawan jiran aku ni pun saje buat aku sakit hati dan siap cakap lagi "Mai mana danial?" Aku rasa nak baling je apa yang aku ada. Tapi dah f1 kan, takkan aku nak buat macam sekolah rendah pulak. hahaha. Aniaya je. Aku cuba untuk bersabar. cewahhh. Boleh dikatakan classmate aku ni suka buat benda yang aku tak suka. Paling gila, sampai f2 dah tak sama kelas pun kau nak cakap lagi "Mai mana danial?" ehhh, aku korek biji mata baru tahu lah.

Lepastu, kenangan pahit sikitlah. Kawan aku ni dia duduk depan aku dalam kelas. Dia cerita dia kena barah otak. Aku dengan arfah hampir satu kelas perempuan percaya. Kena tipu hidup-hidup. Tapi masa dalam bilik KH , aku duduk sama meja dengan Yasmin, ummi, syaidatul, dengan budak tipu barah otak tu. Yas dah cakap "mai, kau jangan percaya kata-kata dia ni. Dia tipu". Aku tahu dia tipu, tapi aku saje layan tipuan dia. Last-last tu, kitaorg gaduh. Gaduh dekat fb je pun. Lepastu langsung tak tegur. TAK TEGUR. hahah Eh bukan main seminggu dua tak tegur. Makan tahun pulak. Kena pulak dah tak sama kelas. Memang kalau terserempak pun, pandang buat-buat tak nampak. Sampai f5. Sebenarnya, aku takde lah marah dia sangat. Dorg ego lah. hahahah. Aku pun cuba lah follow dia dekat insta, dia pun followback. Aku pun tanyalah khabar dia semua then dia sendiri minta maaf perbuatan masa f1 dia. Rasa nak nangis lah. Asal lama sangat gaduh. Yela, aku tak suka gaduh lama-lama. benci. Haih. Sekali tu dia nak no arfah, nak minta maaf. Aku pun number Arfah dekat dia. Dan kami berdua dah berbaik.

Masa F2, lain ceritanya. Aku dapat naik kelas Dinamik. Aku baru dapat kenal dengan budak-budak "pandai". Tapi masa masuk tu, aku macam tunggul lah. Yela, aku tak biasa. Diorg biasa dengan golongan mereka. Sedih lah. hahaha Kena pulak aku duduk dengan kawan aku dari darjah 3, maisaratul. Nama kami samalah. Yela, aku tak de kawan, aku kawan lah dengan dia. Aku tak suka duduk dengan dia. sebab dia suka jeles dengan aku. Tak sukanyaaaa. nak buat macam mana, dah kena duduk dengan dia. Masa f2 lah aku sekelas dengan danial sampailah f5. hahaha ni danial lain. Muak juga tengok ramai sekelas dengan aku sampai f5. Hehe takdelah gurau k gurau. Dalam kelas tu, aku tak tahu lah aku tak suka dengan budak dalam barisan kelas. lelaki. Aku rasa dia annoying. Suka cakap dalam kelas dengan fuad. Aku yang tengok dari belakang rasa menyirap je. Setiap kali aku terpandang dia, aku jeling dia. Walaupun dia perasan. ahahah.

Gaduh dengan maisaratul pun ada disebabkan aku rapat dengan shofiyah. yes, dia budak baru jadi dia duduk belakang aku. Kalau aku tak faham apa-apa ke, aku tanya dia. sebab dia bijak. lol. Seperti yang aku cakap, ada yang jeles. haih. aku tanya apa yang aku tak faham pun kau nak jeles. Merana beb masa f2. Boleh dikatakan aku tak suka f2. Sampai aku dengan shofi nak tegur dia, tapi dia tak nak. Dia cakaplah kitaorang ni asyik sama-sama je. Eh sedih tau. Korang sama bas ada aku kisah pulak. lol tak de kena mengena. Aku pun tak faham lah dengan kawan aku sendiri. Masa satu hari tu, baru je dia sampai kelas lepastu ada orang cari dia untuk balik. Aku tak tahu lah sebab apa kan. Maklumlah hari tak bertegur, aku dengan shofi dah cuba cakap, dia yang tak nak. so apa-apa biar kau sendiri yang tegur. takde masa aku nak sembah kau. hahaha rasa sakit hati . lek lek. Ha, yang pasal ada orang suruh dia balik tu, dia pun tetiba lah nak menangis dalam kelas. Eh aku ada buat salah ke ? sampai nak drama nangis dalam kelas. Korang kena fahamlah, kalau aku dah duduk sebelah dia, mesti dorang anggap aku tahu sebab apa dia nangis. Semua tanya aku, kenapa dia nangis. Aku cakap manalah aku tahu. Aku rasa masa f2, diorg banyak berpuak-puak. that's why aku tak suka.

Kisah F3, penatlah nak taip. Sakit tengkuk dah ni.Lompat f4 boleh tak? f3 takde sangat kenangan yang menarik. MAsa dah F4 ni aku rasa lega sikit, sebab aku dapat bebas daripada kawan-kawan yang aku tak berapa nak ngam. Alhamdulilah, f4 dengan f5 adalah kenangan terbaik sepanjang zaman persekolahan aku even ramai kawan yang aku rapat selama ni. Tak semua ngam dengan kita. Jadi bila dah masuk f4, itulah kawan kita yang dah macam keluarga. dapat cikgu yang sporting. Aku peliklah juga, ada sesetengah cakap kelas kitaorg ni sombong bila dah masuk f5. Sebenarnya takde kot. Aku tahu kelas aku tkdelah sebaik kelas lain. Kelas aku ni dah macam tengah-tengah. Antara kelas Aqliah dengan Cemerlang. Masa kelas chemist, cikgu aku cakap dengan kelas lain pasal kelas aku. cikgu cakap kelas b ni, cikgu ajar, faham ke tak faham pun tak tahulah. hmm sedihh. apa beza dengan kelas lain tu. yela kelas aku ni tak ramai pun macam diorg yang banyak tanya. Kelas a memang ramai perempuan, aku tahu diorg semua memang banyak bercakap begitu juga dengan kelas c, ramai lelaki dan banyak bercakap. kelas aku boleh dikategorikan kelas pendiam tapi ceria. tulah orang lain tak faham. hihik, tapi alhamduliah, ramai berjaya kelas aku walaupun pendiam! Rindu Bestarian. Mereka ibarat pil ceria dalam kehidupanku. Good luck for your future guys!

Sebenarnya banyak lagi. Bolehlah baca di entry sebelum ni. hahah. Nak kongsikan zaman persekolahan anda? Klik je banner tu.

1 comments:

Cousin kahwin

21:09,2 Comments

Oddest starfish.
Hi kawan-kawan.
Aku tengok tapak sulaiman ni comel-comel lah tapi aku takut nak pegang. semua takut. hahaha dia macam tak takut dan tak geli. Dia tengah-tengah. huhu. Fahamilah keadaan aku. Balik kepada tajuk, 30/4 yang lalu, cousin aku dah kahwinnnn! Bila lagi aku? lololol lambat lagi ya. haha. Tapi ada dua tragedi, tragedi dobi dengan tragedi lipas. hehe. Okay, kita mulakan cerita tragedi lipas. Tragedi lipas yang terjadi dulu. Lepas pengantin dah bersanding semua tu, malam tu ada potong kek, tapi cuma keluarga aku, sepupu, maksu dengan keluarganya, termasuk mak long aku punya sedara. Ehhhh aku dah serabut. Aku memang tak biasa pun dengan sedara mak long aku tu. Bermulalah sesi potong kek, aku memang dah tak sabar nak makan kek padahal aku memang tak berapa nak suka makan kek. Tak tahu lah kenapa, walaupun kek tu sedap. Setakat satu pinggan tu pun dah. Lepastu dah tak nak. Agak frust, masa nak menunggu turn ambil kek, asyik aku je jadi orang last. Sampai aku dah tenung kek tu. hahahah.

Akhirnya, berhasil juga aku jadi orang terakhir, dapat lah kek besar. huhuhu. tapi aku tak berapa suka dengan kek. LOL. Masa dah letak pinggan beserta kek tu, aku pun enjoy makan dekat luar dengan cousin. wahhh enak banget! hahahah. Mujurlah aku dah minum air sirap laici yang menghilangkan dahaga.

Masa tu tengah berborak dengan cousin, lepastu, ada satu perkara macam slowmotion. apakebenda lah. Yela, aku dekat luar, dengar dorg terjerit-jerit. Macam ni ha dorg jerit, "Arghhhhh." Hahah, aku hairan lah, jerit-jerit tapi tak keluar rumah. Aku fikir ada party ke kan? hahahahhaa. Yang terjerit tu pun sedara mak long aku tu, anak-anak dorg yang aku tak biasa tu. LOL.  Aku pun dengan cousin buat rileks je la. Mungkin dorg bergumbira dalam rumah tu. hahaha. Aku nampak salah seorang hampir keluar rumah sambil terjerit. Aku macam "dah kenapa dia ni, macam nampak hantu.", aku pun terdengar ada salah seorang cakap, "Lipassss!", aku tang dengar lipas terus cabut lari ah dengan tak berselipar sampai terpijak-pijak batu. hahahahha. semua bertaburan lari. hahaha, kesian maksu aku, baru nak duduk atas kerus nak makan kek, tak terbangun terus sebab terduduk. hahahha. Bila semua dah kebelakang, ehh nampak pula lipas terkedek-kedek lari dekat luar. Ingatkan apa lah tadi ada magic show ke party ke. Haihhh. Mesti korang tertanya tak ada siapa ke nak ketuk lipas tu. Ayah aku nak jadi hero , dah nak cari penyapu, penyapu hilang. hahahaha. nak amik selipar tak sempatlah, sebab jauh dan mungkin liipas dah berlalu pergi. hoho.

Korang boleh bayangkan suasana tu macam nak bagi laluan dekat lipas tu. Konon-konon lipas tu buat catwalk semasa kita semua menikmati kek. Kira riuhlah disebabkan lipas tu, kalau tak memang dah krik krik. hahahah


Keesokan harinya, sepatutnya aku dah nak balik rumah tapi lambat sikit sebab ikut cousin aku pergi dobi. Haa ni kes dobi. Bayangkanlah, nak basuh baju tu, bukan baju aku pun tapi aku sengaja nak ikut sebab aku tak pernah pergi dobi. Eh, sedihkan cerita aku ni? tak pernah pergi dobi. hhahaha nampak cam aku kisah ke? lol Biasalah, kenduri-kendara, baju pun berlonggok. Empat orang lah nak pergi basuh baju, aku, adik aku, dua orang lagi cousin. Girls' day out ke dobi. hahah. Setengah jam juga nak sampai dobi. Lama bebenor. Aku fikir cousin aku tahu dekat mana dobinya, dorg tak tahu rupanya. adehh, goole jap. Lepas dah sampai dobi tu, aku lah jadi sado jap tolong bawa baju tu, perghh tak delah berat. haha. Masuk-masuk je, jadi tontonan orang jap. Okay, mesin untuk tukar duit dengan beli sabun agak jauh. Jadi aku buat keputusan untuk duduk depan dinding dan pura-pura baca. hahahah. Srs ah asal aku awkward. haih. Masa tu phone aku, aku suruh cousin pegang jap sebab aku nak bawa baju tu sangatkan. lol. tetiba nak tgk phone, eh phone takde. Jadi kita tenunglah washine machine waschmaschine tu.

Lepas cousin aku dah tukar duit dan beli sabun, dia buka lah plastik tu untuk masukkan baju dalam mesin basuh. Masa nak masuk tu, boleh pulak pakaian dalam tercampak dekat luar. hahaha. Nasib baik ada 4 orang, so tak nampak lah. Yela, nak asingkan semua tu tak sempat. Dorang ah cakap bukan aku. Aku hanya teman nak tengok pergi dobi. hahah. Ada satu orang ni asyik perhatikan kitaorg je, mungkin dia tak pernah tengok kot orang pergi seramai ni. hhaaha apakah? masa tengah sibuk-sibuk masukkan baju tu, orang tu belakang aku tengah tunggu baju dia. Masa kitaorg datang, dia perhati. uishh. Aku pun terperasan mesin basuh ni shiny gitu, sajalah tengok orang belakang tu, perhatikan kitaorg lagi ke? Aku pun pandang dekat mesin basuh tu. Eh nampak wajahnya. Tah macam mana, dia pun perasan aku tengok dia dari mesin basuh tu. hahahaha nasib kau lah. Dalam sibuk-sibuk masukkan baju tu, nampak macam ada sikit-sikit orang dah nak balik. Masih ramai lagi. Aku dengan adik aku, masukkan duit syiling, huhu, masukkan duit syiling pun jadilah. Adik aku ni pun satu, boleh pulak masukkan duit syiling sampai jatuh-jatuh. hahaha, rileks >_< Lepastu dah ramai balik, semua kot balik.

 K. hanya tinggal kitaorg 4 orang je beb! apalagi buat party dekat dobi tu. Eh tak delah, akhirnya dapat juga tempat duduk. Ada orang cina ni, semua keluarkan baju letak dalam baldi. Cousin aku pun cakaplah, "Orang lain semua lepas basuh baju letak dalam baldi. Kita je tak bawa baldi.", hahahahaha. Kesian gak ah, wifi free sana tak berkesan. Sempatlah aku berws dengan kawanku. Ada lah orang lain nak basuh baju juga, lelaki , dia masuk-masuk je, tutup muka dia dengan beg. lol. adakah dia malu? hahah. Aku pulak perhatikan orang /kejam/

Bila dah lama sikit tu, masa untuk warm baju. Hm entahlah aku tak tahu. ingatkan 4 minit. Eh, ada digit 2 pulak dekat depan 4 tu, memang jadi 24 minit. Kitaorg pun keluar dulu singgh kedai makan. hoorayyy. dah siap tu, dorg lah pergi amik baju tu.

2 comments: