Imbas

22:02,1 Comments

Comelnya anak singa ni. Kalau jinak, aku dah peluk-peluk dah. haha takpun jadikan bestfriend.

Hi kawan-kawan.
Kita muncul lagi setelah acah-acah kata entry sebelum ni akan menjadi entry terakhir. Hahaha tapi aku buat lagi entry baru. Lol, agak sekejap jangka masanya. Masa chat dengan bffku, ratna terbuka cerita masa darjah 5. damn. memalukan je. Aku dapat salah seorang classmate suka aku, aku tak suka dia kot. Sepatutnya aku biarkan je la buat tak tahu, tak layan tapi aku terfikir nak buat sesuatu. Sesuatu yang aku patut buat untuk dia benci aku. lek ya semua, ni zaman hingusan namanya. Agak lama aku tunggu saat-saat untuk kenakan dia. Oh jahatnya aku. Ya, memang jahat. hahaha.

Loceng sekolah pun dah berbunyi menandakan tamat sesi belajar. Balik rumah lerr. Lol. tapi aku tunggu semua keluar kelas, tak semua, ada lah kawan aku lagi yang tengah kemas-kemas buku. kebetulan, kalau tk silap. dia sorang je lambat balik. aku pun cepat-cepat simpan buku, pencilcase dalam beg, zip semua tu. Aku datang dekat dia dan bermula bunyi Mission Impossible. Tenenene~

Tetiba je mulut aku cakap, "Kau apahal?", hahahaah tah pape duh. Aku tak ingat reaksi dia. Rasanya dia macam hairan lah sambil tengah kemas buku. Aku pun cakap, "Aku tak suka kau lah!", marah-marah. hahah. Aku tak ingatlah dia cakap apa, tpi yang pasti kitaorg bertengkar dalam kelas. Aku pun dengan cakap, "Dahlah gigi jarang", aku tengok dia macam nak nangis. Aku kelam kabut ambil beg, terus lari dari kelas. Macam nak tercampak jantung. Takut jangan cakaplah. Masa marah-marah tak fikir rasa takut langsung.

Masa lari tu, dia nak keluar air mata, dah nak angkat meja nak baling angkat. Alhamdulilah, aku selamat. Bahaya duh. Kawan aku hanya mampu tengok je, yela aku sebab tk pernah marah macam tu. hahahahahahahahahaha. Dari ekoran mata aku , masa tengah lari tu nampak dia baling meja. Gila duhh.

Esok pagi tu, ingat datang sekolah tak ada apalah yang berlaku. yela sebab dalam kelas semua dah balik tinggal beberapa org je yang dlm kelas. Bila masuk je tapak perhimpunan, semua budak lelaki classmate aku pandang aku lain macam, macam aku dah bunuh orang. Menakutkan. Aku pun cakap dalam hati.-Ni mesti si z tu bagitahu kawan-kawan dia. Aku tengok semua pandang macam tu, buat tak tahu je la. hahah kejam. Gaya macam orang tak bersalah.

Lepastu, saksi kejadian (kawan aku) bagitahu, "mai, sikit lagi nak kena meja tu.", fuhhh. tapi rasanya dia dah lupa kejadian baling meja tu. hahahhaha. sebab dia follow aku dekat insta. hahaha k bye.

You Might Also Like

1 comments:

23 said...

okay, kelakar. Saya gelak time baca lol