Naranja

13:15,6 Comments

I miss this show. :( Merlin
Hey blogger.
Siapa peminat cerita Merlin? kita geng. Oh no, rindunya nak tengok cerita Merlin walaupun ending dia agak hmm, Arthur mati dan Merlin kembali jadi tua. Masa tengok cerita tu, aku baru darjah 4 ke 5 entah. Cepatnya masa berlalu. :')

6 comments:

Nervous tak terkata.

23:14,4 Comments

Image result for nervous tumblr
Kita dah berusaha.

Hey blogger.

Tengok tajuk pun dah tahu kan saat apa yang paling mendebarkan. Esok duh. Esok.Tinggal sejam je tarikh nak bertukar 3/3. Lol. Aku tak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku. Masa tu engkau akan terfikir sedara kau yang jauh tu telefon untuk tanya result kau. Frust sungguh. Walauapapun aku berharap semua cemerlang! Positif selalu. Aku duk memikir sampai tak sedar dah pukul 11 lebih. hahhah tak de lah sepanjang masa aku fikir. Aku berfikir sambil online. Aku hilangkan nervous aku dengan tengok Egg Pudding Maker. Kelako duh. Kali kedua tu macam dia nak hancurkan je pudding maker tu. Lepas geram tu. Kalau aku, aku dah baling dah pudding maker tu. hahaha. Masa tu lah addicted dengan video masak masak. Re-ment collectables. Boleh jadi gila aku tengok dia masak permainan tu. hahah maaflah aku merapu memalam buta ni. Perasan yang tak diduga. Mari Ratna (bff), esok pakai jubah kejayaan dengan topi petak naik motor. haha. Tetiba aku excited nak pergi sekolah. Ratna tanya aku, kenapa aku excited? Takkan aku je yang excited. Aku kebulur nak jumpa kawan-kawan. hahahah. Husna, i pinjam ayat you tu. Bye semua.

4 comments:

Five things I hate most.

00:05,2 Comments


Terima kasih kepada sis Beeha sebab tag.
Akhirnya, adalah juga untuk aku buat entry. kui kui.

Bila tengok gambar tu macam banyak idea tau tapi bila nak taip tak keluar seperti apa yang diimaginasikan. Mungkin kesan ketakutkan saat mendebarkan yang beberapa jam lagi akan hadir. Haha. Perasaan bercampur-baur. Sebelum aku membebel yang tak ada kaitan marilah aku share lima perkara yang aku benci. Sambil-sambil tu dengar lagu st12- saat terakhir. Emosi sikit. Hahahhaah.

1.Perkara pertama yang aku benci ialah aku tak suka orang tengok-tengok aku. Amik kau terus mendapat tempat pertama. Yela, mestilah rasa tak selesa bila orang pandang-pandang dekat kau. Rasa nak bagi penumbuk kuasa pico. xD Kalau tak puas hati, marilah berbincang dekat kedai kopi kan? hahah

2. Orang yang tak penting menyemak dalam whatsapp. Dahlah kacau orang, kena pulak memang malas nak layan. Kalau apa yang orang tu hantar ws, biarkan greytick selamanya. Hahah. Kalau dah fed up, block je. Yeayy aman dunia. Tak de keje lah tu nak kacau orang. Lepastu nak emosi bila orang tak balas. hak balas hak aku. hahah. Tengok kan aku dah emosi.

3. Internet slow. Perkara ni tak dapat dipisahkan dari awal aku internet sampai aku habis form 5. Merananya. Bayangkanlah aku bermula tak kenal siapa Google tu masa darjah 5, kalau tak silap. Internet pun bermanja-manja dan lambat. Stres nenek tapi nasib baik boleh kawal. haha.

4. Bila orang guna sesuatu barang. Eh bila aku nak guna sesuatu barang macam alatan sekolah ke contohnya dan sebagainya. Masa tu jugaklah yang lain nak guna. Eh, masa aku tak pakai, tak nak pulak guna. Menguji kesabaran aku betul. kahkah.

5. Pinjam hak milik orang. Aku tahu semua pun akan mengalami macam aku juga. Siapa yang suka kalau orang dah guna barang kita tanpa minta izin, guna tak pulangkan dan buat hak miliknya. hahaha. Tapi aku tak kisah pun, buatlah hak milik korang. Yang aku kisah sekarang ni, aku dah bagi korang pinjam buku, kau lipat buku tu? Eh, tuannya pun jaga elok-elok buku tu, kau senang-senang nak ronyok bukuku? Mengapaaaaa? hahah 


Nasib baik nak lima je. Kalau tak aku dah lebih emosi nanti. Rileks semua, saya seorang yang cool :P



2 comments: