Sepupu-sepupu.

00:05 Maisarah Mimo 0 Comments

Jom naik basikal dengan aku? Kita pergi terbang dekat awan-awan dengan naik basikal je. LOL

Hey blogger.
Apa khabar semua? Malam-malam ni aku rajin nak cerita ceritun dengan korg. Tahu korg tak nak dengar tapi aku nak cakap juga. Tengah dengar lagu terlintas nak cerita saat bersama-sama sepupu sebelah mak. Setiap kali balik rumah mak long, waktu malam mesti berkumpul dekat dapur. Biasalah tak jumpa lama dan lama dekat dapur tu kecuali aku. Aku buat hal aku. kih kih. Malam tu semua tidur lambat. Memang tidur lambat lah kot sepupu-sepupu aku tu kecuali aku. Aku selalunya manusia yang tidur awal. LOL. Dekat rumah selalu cuba tidur lambat namun aku tetap terlena awal. Maaf aku tak boleh bermain dengan mata. hahahah. sekarang aku duk feeling dengar lagu nur jannah ni.

sambung balik. Aku pun malam tu rasa nak join lah apa yang diorg borak tu. Tak seronoklah aku dekat ruang tamu tu online sorang-sorang dalam suasana gelap. Tak seronok. Tak syiok. Aku pun duduk dapur dengan diorg. Tetiba aku terdengar mak long aku bercerita hantu pulak. Maklumlah aku penakut sikit je. hahahaha. tapi aku cuba untuk cover line ketakutan aku. Mak long aku pergi cerita malam-malam anjing dekat belakang selalu menyalak. Kau tahu aku yang duduk dekat kerusi hampir dengan tingkap dapur rasa nak angkat kaki dan lari. LOL. lepastu mak long aku cakap lagi, masa tu sepupu-sepupu aku ni rajin tido lambat. Layan movie katanya. Sekali tu terdengar anjing "auuuuuu".
Meremang lah bulu roma duh. Dua org sepupu aku ni pandang antara satu sama lain. lepastu macam biasa, sambung balik tengok movie. haha.

Ada satu cerita lain pulak. Dengar anjing gong gong dekat belakang. Tak silap aku, mak long aku keluar pintu belakang nak tengok kenapa bising-bising dekat belakang tu. Lepastu anjing tu pandang je dekat atas arah rumah mak long aku. Gila kau, aku dengar pun terus aku bangun nak beredar dari dapur tu. Sampai anak dia "Apa mama ni?", sambil rapat pintu belakang rumah. hahah. Sebelum tu memang meluas pun buka pintunya. Dengar cerita tu semua pengecut. Adehhh. Selamat malam semua dan jangan lupa baca doa sebelum tidur. :D :D

0 comments: