Truth or Dare.

14:04 Maisarah Mimo 0 Comments

Embun-embun 
Hey blogger.
Salam Jumaat. :) Semalam dalam group ws meriah betul. Petang tu dalam pukul 3 lebih, aku bagitahu classmate aku nak cakap cabaran yang dicabar oleh seseorang. Masa tu alya respond, nak tahu apa cabarannya. Aku tak bagitahu dekat dia dalam group tu, aku pm dia. Memandangkan semalam 14 Jan 16, dia last on. Sedih weeeeeei. Dia balik kampung dan tak on, yela Alya bestfriend kot. Lama tak contact memang sedihlah dahlah satu meja dengan aku dalam kelas. haha. Dia pun left group. Aku macam org gila ws dia, "alya on lah ws","on lahhhh". Lol lagi beberapa minit nak pukul 6, dia sempat on. Yeay, dapatlah habiskan sisa-sisa masa. :''''''') Masa dia left group tu, dia suruh aku cuma cakap "dia balik kampung je". Ada sebab lain sebenarnya. Okay sambung balik, lepastu aku balas lah pertanyaan rasyid "Apa mai dah nak kahwin ?!! *emojiterkejut*". Over je rasyid, lepastu aku terus buat :
 Ini Maisarah.
Maisarah tak boleh dicabar.
Maisarah bijak.
Jadilah seperti Maisarah.

hahaha lawak duh. tetiba danial balas "Ini Danial. Jangan jadi seperti Danial". hahahahha tak yah bagitahu pun tak pe. Lepastu danial merepek "Itu Farah. Jangan jadi macam Farah". aku hanya mampu balas "Ini Maisarah. Jadilah seperti Maisarah". Farah tetiba recommend dekat kitaorg tentang coursera. Aku macam pernah dengar je. Macam-macam course ada dekat situ. Kitaorg semua tanya dekat Farah,suruh carikan course yang kitaorg nak. Sebab bosan punya pasal. Aku minta lah apa yang aku nak. Ternyata aku geng engineer dengan rasyid. haha. Farah baik tolong carikan sebab untuk Maisarah. hahaha. lepastu aku suruh lagi carikan translator. Farah tanyalah translator bahasa apa? Aku pergi jawab kalau boleh semua bahasa. hahahaha Danial menyibuk tu balas "agak-agak la mai".
Rasyid cakap "Mai semua nak ambik". hahaha. Macam-macam kitaorg cerita pasal course tu.

Pukul 5 lebih aku ingatkan diorg cabaran akan meletus. hahaha. Orang yang cabar aku tu dah lupa kot. Hmm, takpe aku masih ingat. Tetiba wazif ingatkan 13 Jan 16 hari jadi group kelas. haha terlepas sehari duh. Dah setahun group tu bertahan. haha. Lepastu semua senyap.

Malam tu, ratna mulakan dulu dan ckp, "Mana cabaran meletus mai".  Semua setuju pulak kata-kata ratna. haih aku tak sangka diorg tuntut. Tetiba muiz sampuk "Cepatlah mai. Lama kami tunggu. Kami dah bayar mahal". Bila kau bayar muiz ? hahaha. Semua kecam aku. Sedih oh. hahaha. Tetiba ratna off. Aku pun cakaplah, sorry gais kalau ratna tak on, aku takkan cakap cabaran ni. Walaupun ratna pm aku, kalau nak cakap, cakap jela sebab dia nak pergi tandas. Tapi farah memahami dan tunggu ratna on balik. Sampai khairi pun tertanya-tanya cabaran apa. Aku pun cakaplah,kalau ratna on pukul 10, pukul 10 lah aku bagitahu. Farah pun cakap, "Sabar kami ada limit". Tetiba danial "Cabaran apa siaa" lol.

Ratna pun dh on, farah suruh cerita cepat. Aku pun mulakan lah. Nak bagithu cabaran pun kena marah , tetiba ratna "Banyak pulak mukadimmah dia" hahaha. mestilah nak cerita kena ada plot. Aku ada cakap "Cabaran tu hari raya", Ratna terus ingat. Dia yang bagi cabaran tu, dia yg lupa. kah kah.
Semua suruh aku cerita cepat dan diorg tak pasti nak gelak ke nak marah. Jangan kecam Mai. Ratna off balik. Perghh baru nk ckp pasl cabaran tu. Aku cakaplah ratna dh off. Tetiba wazif ckp alasan. then, danial tetiba nak mengamuk "wathefish,fish off, you fisherman". Si muiz pegi balas"wathefrog,frog off"  bengong oh danial dgn muiz ni. hahaha. Tetiba danial "sendlah fisherman" ehwahh aku ada nama baru "fisherman". Aku belum cakap lagi cabaran tu, dan danial suruh aku mengaku yang aku ni bukan maisarah tetapi adik aku sebab tu aku terlalu aktif. Aku balas "aku adalah aku". hahahaah. Farah pun bls " cehhh danial kenal mana satu mai" hahahah. Aku balas lah "macam ni ke tahap kesabaran korg?" XD XD XD Aku suruhlah diorg seru nama ratna suruh on. Diorg semua seru nama ratna. hahaah funny lah korg. Sampai Izzah dengan muiz berlakon jadi ratna. Please, jadilah diri sendiri. Teruknya penyamaran korg. hahah. Muiz masih cuba jadi ratna, rasa nak tumbuk je sampai aku ugut, kalau kau jadi ratna,aku tak nak send. :D :D :D

Aku pun malas nak tangguh-tangguhkan, aku pun cakap lah cabaran tu. Farah bagitahu yang aku hanya mencari populariti. Erkk. Tetiba danial ckp "Kick mai please" Kejam duh nak kick aku. tetiba ikhwan muncul. hahaha. Rasyid pergi tukar nama group "shhh mai nak send" . hahahaha gelojoh oh diorg nk tahu sangat. aku pun sendlah cabaran tu. Cabarannya ialah meminta maaf pada danial sebab aku lembagakan gmbr dia dlm insta. hahahahahaha tu je lah cabarannya. aku tahu mesti korg kata tak berbaloi nak tunggu lama lama. Semua dh agak ada kaitan dengn el. Tengok aku dh agak, danial terdiam. hahahaha. Rasyid pergi bagi :

Ini Maisarah.
Dia perlu org cabar untuk minta maaf.
Jangan jadi seperti Maisarah.

Kejam betul. lepastu, danial suruh muiz kick aku. haahaha muiz tak kick pun. Wazif ingat apa lah tadi. Kau ingat apa ? hahak. Rasyid pun cakap "okay2 semua sambung buat kerja". Korg kecam aku gila gila. Sebaik izzah back up aku. Aku hargai diorg tunggu apa cabaran yg aku nak sampaikan. hehe. Tetiba diorg sangka aku akan cakap yang aku suka danial. euuuuw no lah. kekasih saya grant gus okay. Wazif tak puas hati lgi cakap, minta maaf kena depan depan. Semua cakap aku malu-malu mioww. hahaha. Rasyid pun menyibuk nak cakap dia pun benda nak bagitahu tapi tunggu pukul 12. sudahlah publisiti murahan. Rasyid bls "aku sebenarnya sgt lapar" hahahah. aku pun balas lah

Ini Maisarah
Maisarah baik
Maisarah dah minta maaf
Maisarah kena kecam balik
Maisarah tak dendam
Maisarah bijak
Jadilah seperti Maisarah.

hohohoho. Ikhwan pun ckp nak settle kan hal ni tukar topik lain. Rt ikhwan ! wazif cabar aku pm danial minta maaf, dan rasyid ckp nnti aku berhindustan nanti kalau pm. hahahah apakebendeeela. aku terima lah cabaran si wazif tu. Aku baru nk cari contact dia, dia terus pm aku "Kaunter ditutup. Sila guna kaunter lain". ahahahha apa aku boleh buat. hahah. tapi disebbkan cabaran wazif, aku hantar lah. lepastu rasyid ckp "org melayu mana kisah kaunter ditutup" hahaha apalah korg ni. diorg pergi tukar lgi nama group "raikan cinta danimai" gabungan nama pelik pelik ; Mainial/Damai/Daisarah. dah dah lah jijik ah korg -..- kalau "raikan cinta maigrantgus" takpelah. yezzzz. aku terlalu 'dare'. lol. Danial pun cakaplah "Cuma agak kejamla ko hitamkan...kenapa tak birukan ke". hahahaha danial patah hati duh. tetiba tukar topik tanya aku dah main dungeon nightmare ke belum. ratna pergi bls "kaunter mula dibuka sikit" hahahaha. ratna "danial tanya tuh, dh main ke belum game tu" hahahaha

kitaorg main truth or dare pulak. huhuhu. semua bergaduh nak pilih turn masing-masing. Aku kena pilih last sebb tenet merangkak .stress. haha. sampai muiz dengan danial rebut tempat no 3. El ckp aku benci muiz. hahaha apalah. serabut aku. betul kata rasyid game ni boleh putuskan silaturrahim. wazif jadi mc. srs wazif slow ah. Naik ngantuk aku. wazif mulakan soalan "Siapa paling comel lelaki dan perempuan kls kita?" hahaha apa duh soalan. farah pun jawab lelaki,muiz dan perempuan,ratna. muiz kembanglah tu farah cakap dia comel. hahaha turn muiz pulak, dia kena nyanyi lagu dengan high note. hahahaah . Lagu let it go. Muiz record suara dia. Aku dengar mcm sakit je suara. Muiz ckp dahlah malam pulak tu, apa org fikir melalak malam-malam. hhahaaha rasyid kata muiz menghampakan dia macam aku jugk. lol, aku punya turn pulak. Wazif tanya betul ke kau takde perasaan cinta dan sayang sikit pun dgn danial yg hensem lagi menawan tu ? oiii. hahahahah aku jawablah "Secara jujurnya, aku ngak ada perasaan sayang dan cinta pada danial. hahaha tu dia. ratma tetiba je menyampuk "kenapa perlu kiasan dgn bahasa indo" hahahaha kurg asam. tu jawapan sejujrnya. nak jujur mcm mn lagi. aduhaii. Mc ni lambat duh patutnya ganti jae suk je.

Sampai turn izzah, wazif tanya siapa lelaki pernah buat kau menangis sampai lebam-lebam mata? izzah senyap macam tu je. Rasyid ckp izzah minum kopi. hhahaha.dan izzah perlu kena penalti. apalah muiz ni >_< guling guling aku gelak. Izzah jwb bapak dia. hahaah jawapan yang tak disangka-sangka. Dia ckp mesti kitaorg fikir pakwe ke. hahaha. lepastu turn ratna pulak. dia pilih D. Wazif suruh dia cakap dekat mak dia nak kahwin dengan muiz. hahaha muiz tu jiran ratna. Aku tahu ratna dudk rumah mak cik dia. Ratna tak sanggup nak terima cabaran tu dan merayu tukarlah nama muiz dengan nama lain jadi Jo. hahhaha lawak lah. dia ws mama dia dan guna nama muiz jugk. hahah mama dia sporting lah. rasyid ckp "sekali mak dia ckp dia dh lama berkenan dkt muiz" hahahahah.
Mc dah melampau. Turn farah pulak. Mc betul betul dh melampau. Wazif tanya "cakap dekat abang kau tak suka bakal isteri dia, lepastu cakap dkt dia suruh cancel perkahwinan diorg" melampau ohhh. Tukar mc please ! Farah pun ws abang dia "kau tak suka bakal isteri dia, dia suruh cancel perkahwinan dorang.. dah abaikan aku. gurau je" hahahha farah ni. Khairi menyampuk "kenapa muiz laku sangat" haha jeles lah tu. abang dia balas "A)bodo B)Sengal C)Bongok D)Vanngang. Bagi aku 1 jawapn dulu" Farah bls "Aku sangup pilih B" Abg Farah bls "Agak dah". hahah Abg dia balas lgi "Tp ak rasa its more to e). E)Semua di atas" hhahaha. Funny lah adik-beradik ni.

Berjanggut aku ada tunggu turn aku. farah jdi mc dan tanya siapa budak perempuan kelas yang kau minat? hahah habis lah kau rasyid. Rasyid NAI. haha biarlah rahsia. dia katalah nama NAI tu. Sila tarik nafas rasyid. huhu. turn awok soalannya berbunyi mcm ni "antara rasyid dgn faizol, mana satu kau suka?" hahahah awok jawab F. pejoll hahah awok mendukung pejol. hahahah. Haaa lepasni turn aku pulak. Aku terpilih D. masak aku. perghh soalan dia "ws dkt danial, ckp I love you dkt danial lepastu boleh tulis 'gurau je'". Korang semua menggelakkan aku melampau tau. Aku tahu semua tak sabar nak aku screeshot.  aku rasa farah kejam, lepastu ratna back up farah kata wazif lagi kejam main mak mak pulak. hahahhaha.

aku pun hantar dkt danial, "weyh danial. Ni cabaran dari farah. I love you [enter] [enter] [enter] gurau je*emojiketawa*" hahaha. danial online duh tapi dia bagi aku tick kelabu ! kuajo. Farah ckp mana boleh ckp "tu cabaran farah". ewahhh, bersyukur sikit aku dh cakap. Ratna pergi bls, macam tak sampai hati je nak cakap gurau. kejam lah korg. tetiba rasyid "tu lah mai ni banyak kaedah" fuyoooo. haha. lepastu turn izzah, farah tanya "adakah izzah pernah terjatuh hati pada budak lelaki kelas kita?" izzah jawab tak. hahaha. Aku sembur balik, tadi korg kata ngantuk kan? cakap pasl danial terus segar. enth enth korg yang suka danial. hahaha marah marah. khairi tak nak join katanya bahaya je soalan. hahaha. lepas tu aku dah rasa betul betul mengantuk tahap seribu kali ganda. aku ckp aku beredar dulu lah. Sebelum tu aku private gmbr ws.

Esok pagi perasan , danial dh baca pukul 12:12 mlm. Aku dh tido. Muiz add danial balik, lepastu danial  hantar "Macam ni arr member. Dah send lepastu block ak" hahahaha. Muiz pun ckp "Aduh mai asal block, danial nak berwasep tu" hahaha. Pagi tu aku balas lah "mana ada aku block, ws aku mmg tk de gambar lah. hahaha. apalah korg ni. tak kering gusi gwe .


Hooo penatnya menaip.
Terima kasih sudi baca.






0 comments: