Fobia

21:39,6 Comments

Tak pe lah, aku akan move on daripada cari lagu tu. sobs sobs
Hey blogger.
Kegigihan aku mencari lagu tak guna tu. Akhirnya tak jumpa. hahahah. Takpelah, aku pasrah duh. Terpaksa pasrah. Malas aku nak cari dah. *weepingtears* Sebelum aku cakap pasal fobia, aku nak cakap sesuatu. Aku tetiba minat dekat roman bilyk. hahahahha walaupun dia tua. erk. Entahlah macam mana aku korek korek nak tahu siapa dia. Rupanya dia penyanyi dalam band zveri. Rusia beb ! Ahaha. Aku pun mencuba tengok lirik lagunya. Kelam kabut aku cuba nak sebut liriknya walaupun dah faham baca tulisan. Aku pun tak tahu kenapa aku minat. walaupun lagunya tak dela best mana;  ya s toboi. Aku berkesempatan nak mendalami ilmu bahasa rusia. jyeah !

Kembali pada tajuk, masa tengah bosan-bosan tu, tetiba terlintas nak cari maklumat tentang fobia. Akuu teringat pulak ada trypophobia. Aku hairan ramai juga yang geli tengok lubang lubang tu. Aku tak nak post. Nanti blog aku menggelikan. hahaha, korang search lah ya. Aku tak de lah geli sangat. Aku ada fobia juga tapi fobia lain. Banyak pulak tu. Aku mengalami fobia Potamophobia. Tu fobia kepada sungai atau air. Aku tak leh duh tengok air yang deras macam tu. OMG ! rasa nak lari dan tak nak cuba dekat. hhahaa. Lagi lagi laut. Macam macam aku bayangkan apatah lagi dasar laut. scary oh. hahahah over pulak mak cik ni. Ichthyophobia- fobia takut ikan. Ikan pun aku takut. hahaha tapi ikan yang besarlah. spesies jerung tu. kecuali dolfin. Saya suka dolfin sebab comel. lol

Katsaridaphobia. Fobia takut lipas, ehhhh tipu lah korang tk takut lipas. Saat lipas tu berterbangan , kau akan macam jadi ninja kejap untuk mempertahankan diri. hahaha. Aku teringat lagi, dekat rumah nenek aku. Masa tu lipas berterbangan. Aku dengan adik-beradik dan sepupu berpesta untuk lari dari lipas tu. hahaha. nenek aku berani , tapi lipas tu pantas sangat sampai masuk dalam kain. funny oh. Sebaik lipas tu keluar balik. hahah. Rindu nenek. <3 <3 <3

Sebenarnya banyak lagi, tapi tu je lah. Malas nak taip panjang-panjang. kriuk kriuk. Assalamualaikum.




You Might Also Like

6 comments:

BELLA LEE said...

wow takut lipas pun ada nama saintifik :O kawan Anis punyalah takut lipas mcm nampk ular rupa dia

@BELLA LEE hahaha tu lah ada nama khas pula tu ;D

tashira said...

lipas tu tak adalah takut,geli je sbb kotor kan. haha kalau fobia nampak tikus ada tak? hihi

@tashira hahah ada rasanya, ni ha namanya musophobia. hohoho

Aqilah Azmi said...

amboi byk nya phobia dia hahahaahhaha sama lah kita hikhik

@Aqilah Azmi hehe banyak kann. :'D