Favourite Game !

12:48 Maisarah Mimo 8 Comments

Image result for horror tumblr
Huuuu!
Hey blogger.
Harini terdetik nak buat entry fav game aku. Aku memang suka main horror games. Memang semulajadi minat dekat game hantu hantu ni. Best oh, memang menguji minda. :P Aku buat entry ni pun sebab aku cabar ratna dengan alya main game ni. Memandangkan mereka berdua penakut. hahahahhaa. Cakap je orang. Aku pun sama je. >_< Walaupun dah banyak kali main, aku tak bosan pun. Yela, nama pun fav game kan ? *angkatkening* Nak tahu game yang aku maksudkan ? Seram sangat ke ? Jom jom.




Aku nak share macam mana nak main game ni. hahaha. Mula-mula main memang seram gila oh. Tapi sebab minat kan, aku biarkan ketakutan aku berlalu begitu sahaja. Tapi hakikatnya aku ajak adik aku teman main. hahaha. Main dekat phone tak best sangat. Hmm entahlah. Kena buka volume yang kuat, baru best ! Tengoklah hantu tu, aku tak tahu nak panggil apa. Macam drakula tapi takde badan. Boleh hidup pulak tu ? hahahaa.

Mula-mula aku pilih easy. yela 10 bungkusan je minta, senanglah nak cari. Itu pun payah. Masa tu ada dekat bilik tv. Aku kagum dengan bilik tu yang seram. Erk. Bayangkanlah, hantu tu takdelah hampir dekat kawasan tu,mungkin dia ada dekat bawah atau tingkat atas. Tingkat bawah memang tempat fav dia dengan atas. Kalau apa apa aku naik tingkat atas dulu. Bilik dekat situ banyak dan boleh lari-lari. Bilik tv tu, aku buka lah almari nak bungkusan, kalau nasib baik dapatlah banyak bungkusan dalam bilik tu. Siap dapat kunci lagi tau ! tu untuk buka peti yang tersimpan bungkusan. Kalau nasib tak baik, satu bilik tv tu tak ada bungkusan. Sedih, nak kena naik atas dan terpaksa tempuh dengan bunyi yang menakutkan . 

Bayangkan, bila nak pergi dari satu ke tempat yang lain, tv bergegar, pasu bergegar. hahahaha aku nak gelak masa tu tapi rasa seram pada masa yang sama. Semua shaking, tu menunjukkan hantu tu dah hampir dengan kita. Ada satu kali tu aku main, hantu tu tahu tahu je aku dekat mana, sampai nak keluar bilik dah nampak bayangannya dekat pintu, aku pun cabut lari lah tapi terkurung dalam bilik pulak. Aku tak tahu nak buat apa, 

Image result for the eyes game
Nampak tak lampu tergantung tu ? Aku pun tak tahu situ boleh jadi tempat menyorok. Lompat-lompat, boleh pulak duduk situ. Fuh, rasa selamat. Hantu tu terus masuk bilik ni. Pergh, aku diamkan diri sambil suluh lampu dekat dia. Dia buta kot sebab tak nampak aku dekat atas lampu tu. Aku tengok dia masuk dan keluar. Laju wehh, makin lama aku duduk situ,makin laju angin berdesus. Angin berdesus sebab dia lari terlalu laju. lol. Aku ada "eyes" dapat hasil carian dekat dinding-dinding tu. Aku tekanlah untuk tahu  dekat mana drakula tak guna tu. Sampai aku dah lama sangat duduk lampu tu, aku terus padam game tu. Hantu tu agresif sangat lah macam mana aku nak lari nanti. hahahah

Image result for the eyes game
Ni lah peta sebelum keluar bilik tv tu. Kalau korg perasan bilik tu yang ada gambar tv. Jalan mati tu tangga. 

Ada part kelakar. Aku masuk bilik atas. Kebetulan ada almari boleh buka tutup. Jumpa piring hitam pulak. Aku tertekan, ada lagu lama mainkan. Lagu zaman dulu. Mula-mula aku gelaklah, sebab kelakar sangat lagu tu. Pada masa yang sama, dengar orang berlari laju tau. Aku pun apa lagi, main lagu tu banyak kali. Sambil tu carilah bungkusan tu dekat peti harta karun. Bilik takde tingkap, tak bernafas aku. Ada pintu je. Aku pun saja pergi dekat tingkap. Pergh tingkap tipu tu batu-bata rupanya. Tak silaplah aku mati dalam game tu. Baru aku tahu lagu yang mainkan tu, lagu fav hantu tu rupanya. Lah manalah aku tahu. lolz. Aku pun main lagi sekali, dan pergi bilik ada piring hitam, hahah dan mulakan main piring hitam tu. Padan muka, siapa suruh kalahkan aku. Aku pun cabut lari lah. Kan banyak pintu, huhuhu.

Paling tak boleh bla, bila hantu tu semakin hampir dengan kita. Semua barang dalam rumah tu bergegar. Kelakarlah. Jam bergegar, teko dekat dapur bergegar,pasu bergegar. Teruk bebenor. Masa aku panjat atas dapur betul-betul atas teko. Tak tahu pun hantu tu dah hampir. Teko tu pun bergegar dengan aku aku sekali bergegar. hahah. Tak perasan aku duduk atas teko tu. Palinng seronok, duduk tepi pintu, buka pintu kecik dan perhatikan hantu tu. Tengok lalu lalang dan tak dapat tangkap aku. Aku pernah menang game tu. yeay !!!.

Bilik atas pulak, memang banyak pintu. Tapi bilik tumpu satu, dua macam tu je. Pintu pulak yang banyak haih. Bila keluar je perkataan "RUN", aku dah tentu arah, sebab memang hantu dah hampir sangat, cuma tak tahu dia dekat arah depan atau belakang. Masa tu baru naik tangga, dah keluar perkataan "RUN". Dia jeles dekat aku lah tu takpun nak jadi bestfriend aku. haha. Aku ingat dia dekat atas, lepastu turun lah dekat tangga, akhirnya kalah. Bencinya ! Tangga pun tempat fav dia. haha

Image result for the eyes game


Terima kasih sudi baca entry tak seberapa ni.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tambahan :

Bilik bawah tu seram sangat. Yela, penuh dengan paip, kotak-kotak. Aku lebih selesa cari bungkusan dekat bilik atas. Bilik bawah tu dahlah ada tikus. Terkejut aku. Aku fikir hantu tu. Wuish. Jantung aku rasa nak tercampak keluar.

Ada satu part dalam bilik makan. Meja makan dia ada ruang nak lari. Jangan tersangkut dekat kerusi sudah. Masa tu jugaklah perkataan RUN keluar. Mak aihh, dia masuk bilik makan tu. Aku dah tentu arah dan lari keliling meja tu. Kelakar duh. Hantu tu pun kejar aku keliling meja. Eh ni bukan drama hindustan nak lari. Mungkin jugak "the eyes hindustan version" lolz. Ha, sambung balik. Nasib tak kalah. Hantu tu dah fed up dan keluar dari bilik tu. Fuhhh. 

8 comments:

ok creepy nasibaik tgk gmbr tu siang ni ok!!!
hahah

@Aqilah Azmi Kann menakutkan ! Ahahah, alamak sepatutnya post malam, biar semua takut. hihihi. Cubalah main. best !!!

Otaku said... [Reply]

that game looks interesting . i love horrors too ( books & movies ) . maybe i'll try playing horror games pulak

@Otaku Yeay we're geng ! Cubalah main and good luck ! dan kalahkan dracula tak guna tu. haha

Wahhhh interesting! Apa nama game ni?

@Nur Hafzhan sis, ni game the eyes. cubalah main ! Good luck ! huhuh Semoga dpt keluar dari rumah yang takde tingkap tu. hahaha

OMG CEPAT GILA RESPON. Thanks! Tazzabar nak cuba hahaha

@Nur Hafzhan Yeeey ! :D :D