Dugaan Spm 2015

22:08,6 Comments

Image result for raining tumblr
Bunga apa ni ?
Hey blogger.
Selamat bersekolah semua termasuk adik-adikku ! jeles jeles. Hm yeay esok sekolah :D Haha tak sedar diri dah habis sekolah. Aku nak share kenangan spm 2015 duh. Boleh dikatakan pahit jugaklah. Jap aku ada cerita ke dekat mana-mana entry ? Rasanya tak. Berita ada masuk kan ? hehe. popular jap

Okay dah check. Belum lagi. Terkilan lah, kena menghadapi banjir sewaktu nak spm. Bayangkan nak pergi sekolah, semua jalan sangkut. Memang malam tu hujan renyai-renyai, dan ramai bagitahu dekat ws punck alam banjir. Lagi-lagi aku nak pergi sekolah tu jauh sikit. Jadi kena guna jalan luar lah. Tapi jalan luar tu yang banjir. Erk aku pun tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Abaikan lah. Acik van aku call mak aku, macam mana dia nak amik aku. Yela, dia kata kereta dia tak boleh redah dekat banjir nanti asyik termati je. Apa yang mak aku boleh buat. Mestilah sama je kalau nak naik kereta pun termati jugak.

Esok pagi tu, aku dah siap keluar rumah dan tunggu acik van. Sebenarnya dia jiran aku, tapi amik aku pergi sekolah lah. haha. Aku tengok rumahnya macam tak buka. Memang cuak lah. Nak exam woi ! bukan nak berpesta. Aku memang dah cakap kena keluar awal, tapi acik van tu keluar dalam pukul 7.05 pagi. ke 10 minit entah. Lama weh. Nak nangis aku. Dahlah kena ada dekat sekolah awal, yela sebelum 15 minit pukul 8 dah kena masuk sekolah. Dia pun keluar, aku pun cepat-cepat lah naik. hahaha konon-konon nak sampai awal.  Lepastu terserempak dengan kereta dan van yang bawa pelajar spm.

Semua cakap, "tak boleh lah, semua patah balik". Bayangkan perasaan aku macam mana masa tu. Jantung macam nak tercampak keluar tahu. Diorg cakap "ni pun hantar sebab ada budk spm". Acik van aku pun jalan sampai je traffic light. Jalan jammed. Masa tu dah nak 7.15. Acik bukan nak reverse masa tu, dah kena lalu satu jalan lepastu jam lagi dekat situ. Rasa nak buka pintu van tu jadi hulk. Akhirnya patah balik dekat jalan dan tunggu kejap. Acik aku cakap dekat acik van lain nak tumpangkan aku. Dia pun cakap dia pun tak lepas. Acik aku parking jap. Aku pulak ternampak cikgu aku yang duduk saujana pun tak lepas. Oh lupa nak cakap , masa tu nak exam math.

Ada juga jiran aku yang sama duduk dalam kawasan tak lepas. Kebanyakan hampir semua kot. Huih, betul-betul kaw! haha. Acik aku keluarlah, nak tanya pasal siapa nak amik ni. Aku pun tengok je la dekat belakang, lepastu nampak kereta toyota hilux hitam. Acik aku jerit "Maiii!". hahahaha lawak duh. Aku nak gelak tapi pada masa yang sama sedih. Pergh. Aku keluarlah van tu. Ramai betul sesak. Awkward lah, aku keluar-keluar van terus naik kereta hitam tu. hahaha. Alhamdulilah, masa tu. ada 4 perempuan duduk dekat dalam kereta. Driver tu ayah kawan aku, Raja. Budak lelaki ramai-ramai duduk belakang tu. hahaha. kalau korg nak tahu, masuk dalam berita. Kelakar woi. hahahah.
Hmmmm.

Agak terkejut lah, balik je. Gambar tersebar satu m'sia. haha. Aku tanyalah,cikgu cakap apa. Shahira jawab, cikgu kata cikgu tunggu walapun lambat. Masa sampai tu, memang semua dh masuk dewan. Sampai cikgu tanya aku, jadi blur jap. Masa masuk sekolah tu, cikgu ilmi tanya "Ni semua mangsa banjir ke ?". hahah. kitaorg jawablah ya. Kelam-kabut masuk. Sebelum tu, kitaorg berterima kasih sangat dekat uncle tu. Masuk foyer, ada cikgu tanya aku "Awak call cikgu ke ?". Memang patut aku macam blur, yela aku mana ada call. Atiyah yg jalan dengan aku pun tak cakap, dia yang call cikgu lain. haih. Cikgu pun cakap takpelah. Pergi dewan cepat. Cuma dia tanya ic dengan slip ada tertinggal ke semua tu.

Aku dengan atiyah pun cepat-cepat keluarkan peralatan semua. Masuk-masuk, jadi perhatian ramai jap. Alhamdulilah,sampai dalam keadaan selamat. Tah macam mana, memang tenang jawab exam walaupun kejadian banjir. hehe. Tetiba aku terpandang meja sebelah aku, Alisa. Hati ni terdetik, mana pulak si Alisa ni. Dia pun duduk satu kawasan rumah walaupun lain lorong. Eh perlu ke cakap. lolz. Aku pun risau jugk. Masa rehat tu, cikgu bagitahu dia buat dekat sekolah saujana(sekolah lain).
Nasib dia ada kawan dekat sana, dia bagitahu dekat ws. Memang sehari exam tanpa kawan sebelah. sobs sobs. Ada yang naik lori pergi sekolah saujana. ni gambarnya. Aku hantar dekat alisa pasal ni, dia gelak gila gila. Kelakar lah, hahahaha. menaip sambil gelak-gelak sorg sorg. Penatnya menaip.
Ni haaa : Sila Buka

Saya dekat kereta hitam tu. hahahah

yang dalam lori tu semua kawan aku yang dari smkpa dengan smkpa3 pergi buat dekat saujana. fuuh siapalah yang tangkap tu. *emojinangis*

Terima kasih sudi baca.



You Might Also Like

6 comments:

Anis Shafika said...

Okay, yang dalam lori memang kelakar >,< hAHA. Pape pun alhamdulillah awak dapat jugak jawab exam ;)

ID CHLYSE said...

Oh mai gosh. You went through all that??! during spm I was wondering how yall take exams you know.I did heard about the flood. Phew nasib you can sit for exam still XD

@Anis Shafika Tulah kelakar sangat yang dalam lori tu, haha. Alhamdulilah :D

@ID CHLYSE Yup. terima kasih prihatin. :) :) tu lah nasib baik.

Ya allah kesiannya.. :'( Tapi alhamdulillah u dapat jawab exam.. ada jugak dengar pasal banjir masa spm hari tu.. tak sangka sampai macam ni sekali.. ya allah.. good luck bulan 3 ni!! huhu seram lah! harap kita dapat result yang membanggakan kedua ibubapa kita.. aameen.. :)

http://akubukaninnocent.blogspot.com/

@Mohd Noor Shawal :'( :'( alhamdulilah. Good luck too ! Semoga kita berjaya dalam SPM ni dan dpt sambung belajar. ! huhu Aminnnnnn :)