Get ready or not?

13:52,2 Comments

Image result for sunglasses tumblr
Janganlah kau bermuka-muka. Nanti aku sedut dengan vakum baru tahu. XD
Assalmualaikum dan hai semua.
Aku stop daripada share cerita dekat kmj. kui kui. Tinggal beberapa hari lagi cuti nak habis. Aku masih belum ready nak masuk sem 2. 2 minggu je bersama kelas tercinta. Lepas ni ikut pointer masing-masing. Tapi aku masih tak puas hati dengan ketua kelas aku. Dia pernah bagitahu dekat ws, bila result dah keluar nanti bila nak create group ikut pointer. Maksudnya yang pointer yang bagus dengan rakan yang pointer bagus. Aku bantah ya. Macam mana nak berjaya kalau pemikiran anda masih begitu? Bukankah anda sudah dikurniakan akal yang bijak? Gunakanlah dengan bijak ya. Kalau ikutkan aku, nak lucutkan jawatan dia tu. keh keh maaf saya tak ada hak. tapi silalah letak jawatan kau ya ketua. -_- Maksud kau yang tak berapa cerdik dengan tak berapa cerdik, yang pandai dengan pandai. Hmm kalau macam tu satu kelas tak berkembang. Tahu, kau memang pandai tapi kena ingat tak semua apa yang kita buat tu betul. Dulu, kau yang cakap kelas kitaorang ni berpuak. Aku tak rasa berpuak pun. Bila mulut kau cakap macam tu, ada kawan sekelas aku lain terasa dengan kata-kata kau dan mula menyalahkan group study week aku sebab tuduh berpuak. Aku dengan kawan sekelas lain okay je. Kau tu je yang aku nampak berpuak. Study dengan kelas lain je, bila kawan kelas sendiri minta pertolongan kau untuk study sama-sama, kau bagi alasan nak study sendiri sebab nanti takut terganggu dengan jadual study kau. Aku tengok kau study dengan kawan-kawan lain tanpa alasan. ish ish. Harap berubahlah wahai ketua :) kami melantik anda untuk menjadi seorang yang adil.

-Maaf kawan sekelas aku sebab aku tak bagi link blog aku dekat korang. Hmm korang bahaya. hahaha

2 comments:

Story in JMC P4

11:38,0 Comments

 Image result for HORSE tumblr
Ketangkasan berlari mengejar impian.
Sambung Part 3, korang boleh baca dan cari dekat menu tab "Life in Matriculation"
Malas nak letak link. keh keh. Pasal bola tampar tu, aku rasa aku memang nak nangis je sebab aku tak mampu nak serve. LOL. Akhirnya aku teruskan latihan tu sampai berjaya. Alhamdulilah. Walaupun lawan game bukanlah aku idola. Mun yang jadi idola sebab dia yang banyak menyumbang dalam serve. Haih tapi aku nak juga boleh serve masa perlawanan. Mungkin panik menguasai diri kot. haha. Dah lupakan, semua tu menjadi kenangan. Teringat lagi petang-petang sanggup turun padang sebab nak berlatih. Rindu korang walaupun kadang-kadang korang annoying. Ingat lagi, gelanggang full. Sedih gila kitaorang dah semangat nak training. Memandangkan dah tak ada court, maka kitaorang berlatih dekat tempat main bola. Bayangkan ada jaringlah dekat tengah-tengah tu. Sampai macam tu sekali. hahahah. Lawak duhhhhh dah lah dorang panggil aku pemalas. Bila bola datan jatuh, aku tengok je bukan nak ambil >_< Maklumlah itu bukan masalah saya. hahahah. Kalau nak diceritakan, memang banyak sangat benda nak cerita. Suka-duka yang aku alami. Kalau cerita yang pahit-pahit, kang makin terbakor pulak aku. Aku just cerita yang happy je tau.

Aku demam teruk sebenarnya, so tak larat nak taip panjang-panjang. Nanti gwe sambung ya kalian.

0 comments:

Story in JMC P3

16:29,0 Comments

Image result for archery tumblr
Wanna try this!
Sambungan Part 2
Bermulalah aku masuk kelas baru Ms32. Aku tengok list nama tu memang aku tak kenal pun. Jadi aku terpaksa pergi dengan roomate aku tu. Sebab dia je yang aku kenal. Kebetulan, kitaorang jumpa untuk pertama kali jatuh hari Isnin. Hari Isnin punya jadual memang ko-k. So ahad punya kelas tak dok sebab cuti. Jangan pelik, kalau johor kelas bermula pada hari Ahad :) Semua kena kumpul dekat gelanggang squash. Hapak ah, aku perati semua dari belakang, memang tak nampak muka. Bila semua dah duduk dekat tempat penonton untuk tengok squash tu, aku masih tak dapat tengok wajah jelita mereka. Aku cuma perasan tudung dan orang yang duduk sebelah aku je. Dari situ aku kenal Izzah, Damiea, Tarani dan tentulah dengan roomate aku -_- Ha diorang yang duduk sebaris dengan aku. Paling syok yang duduk sebaris aku semua dari Selangor. Eh bangga sikit anak selangor. hahahah. Duduk dekat-dekat pulak. Shah Alam dengan Puchong. lol. Lelaki masa tu aku tak berapa cam.Aku cuma kenal Yo sebab dia memang sama kelas dengan aku masa prak 17(prak lama sobs sobs). Lepastu cikgu yusof(cikgu ko-k) suruh pilih ketua pengerusi dengan penolong untuk subjek ko-k. Aku memang tak kuasa nak pegang jawatan tu. So, aku diam. Diorang pun pilih lelaki, jadilah keluar seorang jejaka. Ingat apa yang aku cerita ni semua first sight! Jadi lain dibandingkan aku dah kenal dorang sekarang! okay? Aku flashback.

Jejaka tu keluar, aku panggil jejaka sebab aku tak tahu namanya. Aku memang mati-mati ingat dia cina. Dia pun memperkenalkan dirinya dengan namanya, Yann Ng. Memang sah aku rasa dia cina. Sekali tu dia cakap dia Islam. Aku macam terkejut beruk, hahhaha. Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Aku rasa aku duduk dalam dunia apa. lol. Okay teruskan, mula-mula tu aku bengka je dengan dia ni. Dia agresif sangat. Excited sangat, aku macam "kenapa aku ditempatkan kelas niiii?". Lepastu, aku pun tak ingat aku undi siapa. Dia lah pemenang yang aku pasti. Kelas kitaorang asalnya nak badminton, aku sahut tukar! hahaha aku nak bola tampar, wuuuu ada yang sokong. Come on lah, aku tak nak stop dari form 5 main bola tampar, rasa macam tak feeling. Lagipun badminton, bila-bila boleh main, hikhik. Untuk penolong, Sya lah yang pegang jawatan tu. Adhwa pegang jawatan setiausaha. Yang lain aku tak ingat. Sekali cikgu kata, semua kena ada jawatan. Aku macam "Ha? jawatan apa lagi yang ada?" Kebingungan masa tu. Sekali ada AJK Keselamatan, aku pun ambillah dengan rela hati dan aku yakin ada sumbangan markah Ko-k. hikhik. Roomate aku nak juga ajk keselamatan. erkk. Tugas aku tak susah pun, bila nak main bola tampar kena ambil first aid kit dekat bilik ko-k. Itu saja :)


0 comments:

Story in JMC P2

10:11,0 Comments

Image result for violin tumblr
Jaga diri sendiri. Sudah.
Sambungannya dari Part 1. SILA BACA 
Sebelum kelas terpisah, kitaorang dapat cikgu ko-k, cikgu yusof. Memang dah rasa seronoklah. Awalnya cikgu nak kitaorang kawad. Oh tidak, saya tak mahu. Saya nak bola tampar. kahkah. Memang kelas dah confirm nak bola tampar. Kalau kelas ko-k petang, jawabnya terpaksa ambil kawad. Kemudian dapat tahu, kitaorang kena tukar cikgu ko-k. Tukar cikgu ko-k ni selepas kelas terpisah. Memang hampa gila sebab aku dah berkobar nak bola tampar. Redha je la kena tukar dengan cikgu. Dapat cikgu perempuan, tak ingat namanya. Dia ajar boria. hahah aku dah lah tak tahu boria tu. yang pasti kena nyanyi dan menari. Semua jumpa dalam dewan sri ledang. Memang semua redha sangat. hahahaha. Aku cuba adapt dengan kawan yang baru masuk, ada second intake. Masa tu rasa dah okay dengan kelas. Memang semua dah dirancang dengan baik, cikgu pun dah aturkan kelas, group. Lepastu naik cuti. Kelas dirombak lagi. Gila tak sedih. Aku dah satu lab dengan squid,fish and danial. Sikit lagi dah nak jadi bff dengan diorang. Walaupun 2 minggu je kenal weh. Patah hati weh kena tukar kelas lagi. Macam banyak masa je tukar-tukar. hahahha. Aku menung je la, semua pun cakaplah bye dengan penuh sedih. Aku pun tengok list nama kelas baru aku. Sebelum tu aku dapat tangkap file list nama tu bertulis "Rombakan maut." Hmm thumbs up. Menarik tajuknya. Aku pun scroll, terlalu panjang dan aku ambil cara pendek search nama aku je lerr. Aku dapat Kuliah 4 Ms32.

Paling aku takleh terima aku sama kelas dengan roomate aku. Aku yakin korang mesti cakap untungnya, bestnya. Itu semua di mata kalian. Bukan aku. Masa tu aku memang terbakor je dapat satu kelas dengannya. Dalam banyak-banyak rombakan maut tu, macam mana aku boleh satu kelas dengan orang yang aku agak kureng dengan dia tu. Nak tahu kenapa dorang cakap untung? Pertama, aku satu kelas dengan dia masa form 4 & 5. Aku bukan rapat dengan dia. Kedua, aku satu bilik dengan dia. Ketiga, aku satu kelas dengan dia. Bagi dia, dia sangat happy. Aku tak! Takkkk! Masa tu hati aku nak praktikum lama. Aku tak boleh terima prak baru. Aku cerita dekat mak aku semua itu ini. Mak aku pun cakap kenapa asyik tukar-tukar kelas. Aku rasa nak minimize kan pelajar dalam satu kelas lah kot. Masa tu terfikir nak cari kawan baru lagi, berkenalan lagi, memperkenalkan diri dekat depan lagi. hahaha berlumut mulut saya memperkenalkan diri. hahahha.

0 comments:

Experience

Story in JMC P1

22:27,0 Comments

Image result for mountains and trees tumblr
What a beautiful landscape!
Semalam aku ada janji nak buat cerita dekat kmj. Aku cerita semasa mula-mula aku masuk untuk kali pertama dalam kmj. Memang perasaan nak tinggalkan rumah tu sedih teruk sebab sebelum ni aku tak pernah duduk asrama. Jadi bila dah masuk matrik kena survive. Semuanya sendiri. Aku pilih matriks sebab aku tahu tu jalan terbaik untuk aku. Ya, memang aku dapat tawaran uni tapi hatiku pilih matriks. Bayangkan perasaan yang bercampur-baur masa otw ke Tangkak. Aku dengan perasaan semangat nak sambung belajar. haha. Setelah sampai di KMJ, sebelum masuk, adalah beberapa orang(fasi) jaga dekat luar, mungkin untuk guide pergi mana bila dah masuk kmj. Mula-mula tu memang gembira bila dapat tahu satu roomate dengan classmate. Itu hanya pandangan permulaan sahaja. Masa pendaftaran, IC aku tertinggal dalam kereta. Tetiba pensyarah tu nak, aku memang cuak habis dengan muka tak bersalah, "Kad pengenalan dalam kereta." Cikgu tu pun bincang dan boleh diterima. Alhamdulilah. Bila aku teringat balik, baru aku tahu dia yang ajar aku fizik dalam kuliah. haha. Aku cuba ramah dengan orang sebelah, sebab rasa krik krik sangat. Aku tanya dia bilik mana, blabla. Pendaftaran semua buat sendiri. Tak ada mak ayah temankan. Diorang pergi kafe ke duduk lepak luar ke. hoho. Bayangkan aku dahlah sorang-sorang. hmm. Masa tu cuba tenangkan diri ni. Selepas dah selesai urusan, masa untuk ambil t-shirt kmj dengan tangkap gambar untuk kad matriks. Aku dapat baju saiz M. Tapi baju tu aku dah tukar dengan roomate dapat saiz L. hahah sebab aku rasa okay je saiz L. tapi roomate aku annoying, dah tukar nak tukar balik. Eh siapa suruh tukar dengan aku. Haa pakai saiz M aku tu. Takkan kau nak bau ketiak aku kot. hahahah. Itulah sebelum tukar kena fikir masak-masak. Jangan rakus! amaran keras. hahaha.


Mak dengan abah aku tolong kemaskan bilik aku. Aku dapat kunci A and I think I am the last person yang ambil kunci. Yang lain dah masuk, tinggal aku sorang je baru naik. Bayangkan tingkat 3. hmm tinggi duh. Aku tak dapat bayangkan bila dah habis sem 2 nanti, barang-barang tu nak bawa bawah. Aku tak galakkan ayah aku angkat beg. Terlalu bahaya. So biar aku yang bawa. I akak sado. kuikui. Dalam pukul satu lebih tu, lepas makan tengahhari dengan family. Lepastu solat dekat masjid kmj. Memang rasa hiba nak terpisah dengan fam. :'( Lepastu aku terjumpa lydia. Suruh dia tangkapkan gambar kitaorg semua. Memang sedih sangattttt T_T. Fam aku pun baliklah dalam pukul 2 macam tu sebab pukul 4 untuk pendaftaran lelaki pula. Aku pun naiklah bilik aku tu, kemas apa yang patut. Masa tu rasa nak balik rumah. Hmm. Masa tu internet kmj tak ada lagi. Habis krik krik aku malam tu. Phone aku tak boleh guna data masa tu. Dugaan weh. Petang tu semua kena kumpul untuk tahu praktikum apa. Aku pun tak tahu aku ni modul satu ke, modul dua atau modul 3. Aku pun tengoklah dengan roomate aku yang satu kelas, yela sebab dia je kawan yang aku kenal. Sesak gila nak tengok nama dalam prak mana. Tengok-tengok aku dapat modul 1 prak 17. Tinggal roomate aku yang tak jumpa namanya. Aku tunggu je la dia cari. Dia dapat MS prak 4. So kitaorang berpecahlah. Aku pun duduklah barisan prak aku. Awkward nyaaaa. semua tak kenal. Aku pula kena duduk sebelah lelaki. uhuk uhukkk. Nasib baik dorang suruh ke depan, yezz, dapat duduk jauh dari lelaki. kah kah.


Masa minggu MPPB, prak aku disuruh buat bulatan besar, nak berkenalan. Aku dapat akak fasi cantik. ahakss. Namanya akak dira. Memang awkward wehhhh. Dia pandang dia, dia pandang dia. Bermula sesi ice breaking dari lelaki. Dari situ, aku mula kenal Asyraf, Danish, Aiman Zharfan, Sharie, Amirul (kapling), Laksmanraj, Afiq Kahar. Yang perempuan, Zakiah, Zahira, Emi, Salwani, jia, Farraizzylina, Farrah, Syuhada, Pip, Fish, Hiu Jia, Syikin, Syarena. Ramai lagi. Maaf kalau aku tak mention. Gembira dapat kenal korang.Tak sampai 2 minggu, kita semua terpisah sebab hampir semua nak tukar modul. Lagi-lagi modul 2. Sedih tu tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum terpisah, minggu asimilasi masa bio, aku satu kumpulan dengan pip,afiq,amirul(kapling). Kitaorang satu kelas buat makanan menggunakan nama saintifik. Unik betul program ni. Kitaorang buat Chicken kurinaya. hahaha. Aku main search je bahasa rusia, chicken chop sebenarnya. >_< Ada promosi tau, beli  satu percuma dua. Masa tu group lain juga present makanan dorang. Paling kelako, makanan disediakan, air tak, Kalau tercekik orang tu, aku tak tahu nak cakap apa. Waktu bi, dengan madam amutha, dia memang best. Kitaorang kena nyanyi lagi Celion Dion. Tak ingat tajuknya. Seronok teruk. hahaha. Lepastu kitaorang terpisah, kecuali laksmanraj. Dia kena tunggu beberapa hari untuk approved permohonan pertukaran modul. Aku tak tukar, aku stay je. Jadi aku tengok orang baru masuk. Okay tu aku cerita part lain. Walauapapun, prak 17 aku tak akan lupakan. Dekat situ jugalah, azam aku bermula dan tak pernah patah.

0 comments:

Hilangnya.

05:45,1 Comments

Image result for lost tumblr
Silent is better.
Hi semua. Wehh sekejapnya cuti seminggu. Kerja bertimbun oh. Maaf, otakku dah tepu. kui kui. Petang semalam reunion dengan kawanku semasa di sekolah menengah. Rindunya dekat diorg. Jumpa semua gelak paling ikhlas sangat. hahhaha. Semalam semalam sesi luahkan segala-galanya. Harini ada yang dah balik tempat belajar masing-masing. Rindu pulak dekat diorg. hikhik. Jumpa dekat mamak je. Oh ya, korang, kalau korang jenguk blogku, ada nampak tak kotak followers? Nak nangis duh, kotak followers hilang. Sesiapa tahu macam mana nak timbulkan kotak followers tu? frust aku -.- okay, esok balik kmj. h/w yang melimpah ruah. haha, okay byeee.

1 comments:

Adapted with new friends!

07:20,1 Comments

1, 2, 3, countdown, gif, seconds, smile, tumblr
Smile everyone!
Hello everyone!
Rindunya dekat blog ni. Dah hampir dua bulan lebih meninggalkan blog ni wehhh. So rasa macam nak lepaskan rindu. Mengacah je lebih. Dalam masa 2 bulan lebih ni, banyak nak cerita. Sebelum ni aku pernah cerita tentang kmj di entry INI . Haa baca-baca. Aku nak mention family ke-4 tu. Aku harap semua dapat bentuk ikatan antara classmate. Nak jadikan cerita, subjek BI ada buat "Speed Dating." Macam menarik kan? Tahu ke apa benda tu? Mari mari, aku bercerita sikit pada malam ini. Setiap orang kena perkenalkan diri masing-masing berdasarkan apa yang madam tulis dekat papan putih. Kalau ada hobi, bilangan adik-beradik, cita-cita. Kena share antara satu sama lain dalam masa 3 minit. Memang kena speaking. hoho. Aku bantai cakap je weh. hahaha.Aku rasa bertuah sebab aku kena speaking dalam speed dating dengan lelaki, tak ramai. Seorang je,Yann Ng. hahaha. So, kebanyakan aku speed dating dengan perempuan. Tanya diorang macam-macam. Sebelum speed dating tu ada, semua kena bercakap dekat depan. Kena bagi harapan sekali dalam kelas. Aku cakap aku harap kelas baru ni boleh erat silaturrahim. Jadi masa speed dating tu, aku memang ada perasan seorang budak ni memang sombong atau apakah. Jadi masa speed dating tu, kiranya dia orang kedua selepas aku speed dating dengan Ain. Hahahah Ain berlakon baik oh masa tu. Ceh maklumlah orang baru kenal. Okay, orang kedua juga perempuan, aku tanyalah "Awak memang pemalu ke?" hahahhaha. apa lah soalan aku lontarkan. Yela, sebab aku dah perhati dia lama tau, dulu dia memang rapat dengan satu kawan aku dari MS17, tapi dia kelihatan begitu sombong. hahaha masa tu benci gila dekat dia. Siap cakap dalam hati, kenapa dia sama kelas dengan aku. Rupanya dia pun jawab soalan aku tu, dia memang ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri. Bukannya seorang pemalu. Bila dah kenal tu, awkward tu belum hilang. Buat group kelas pun still hambar. Masa mula-mula jumpa praktikum baru pun, aku memang tak suka. Lagi-lagi satu kelas dengan roomate. Annoying duh. Semua cakap untunglah, dah lah sama sekolah, jadi roomate,sama kelas. Bagi aku, tak ada untungnya. Buat sakit hati. Kau tahu? kau tak tahu. Dia excited aku sama kelas dengan dia. Padahal aku sikit pun tak gembira. Siap nak lompat atas katil aku kerana terlalu gembira sama kelas dengan aku. Tak tahulah dia ni kenapa. Scary pun ada. Sampai sekarang aku dah anggap dia tak wujud dalam hidup aku. Sampai aku rasa tertekan sebab perangai annoying dia tu, dan aku luahkan dekat Ain. Jadi rasa lega sikit. Panjang sangat kisah dia. Jadi aku malas nak kisah pasal dia. Dah jom tukar topik. Bila dah lama kenal dengan kelas, Yo rajin selalu nak rapatkan ukhuwwah antara kelas. Macam makan sesama ke, ramai-ramai satu kelas. Minum-minum. Sampai sekarang, kitaorang dah jadi sekepala, gila-gila. hhahaha.Bila dengar cerita sedih dari salah seorang classmate, semua muka sedih, ada yang nangis. hahaha Awww baru je balik, dah rindu dekat MS32. kuikui.  Sekejap je dah bulan 9. Bulan 11 pspm, so cuti ni penuh dengan assigment, tuto. Ughhh, cuti macam tak cuti, raya macam tak raya -kata-kata Pn Nik. hahaha. dan kata-kata dari pn rahimah; 10 bulan yang perit untuk masa depan yang panjang. T_T Bye uolls. Wish me luck! Doakan aku dan praktikumku berjaya dengan 4rata.

1 comments:

One month in KMJ

15:25,2 Comments

"Keep moving forward to road to success."
Hello, everyone!
Dah sebulan aku ada dekat kmj. Macam-macam terjadi dan banyak nak diceritakan tetapi disebabkan kekangan masa. Pagi ini aku dapatlah nak cerita. Semalam alhamdulilah, selamat sampai rumah. Sini dah cuti :P jeles sikit ya kawan-kawan lain. Walaupun cuti raya hanya sampai raya ke-3 je. sobs sobs. Tapi tak kisahlah, janji dapat cuti. Nak mulakan kisah sebulan aku ada dekat memang tak tertulis wehh. Kisah Mppb yang begitu hebat sekali. lol. Mula-mula masuk kmj, dah nampak bangunan oren tu disambut oleh fasi di sana. Aku cari kakak Aini sebenarnya, sebab setem hasil nak beli tapi dekat kl dah habis naaa. Nasib belum nak guna. Sampai sekarang belum hantar borang tu lagi sebab ada lagi yang tak lengkap. Aku terus skip je la Mppb tu. Panjang sangat nak cerita. Aku dapat MS17. Dari situlah bermula aku berkenalan dengan rakan-rakan baru, kena memperkenalkan diri sendiri. Awkward juga lah. Dalam seminggu tu, kawan-kawan MS17 ada yang keluar sebab sesetengah nak tukar modul 2 dan 3. Modul 2 tu nak elak belajar bio manakala Modul 3 tu nak elak belajar fizik. Sedih lah juga. Hampir separuh kelas keluar. Dari 8 orang lelaki terus tinggal 2 orang je. Perempuan pun sama. Pelajar makin sikit. Lepastu, ada pelajar baru masuk, maksudnya dalam belasan orang baru masuk. Dalam beberapa hari tu, pelajar second intake masuk. Bayangkan tengah sedih kan classmate berubah. Semua macam hambar je dengan kehadiran pelajar baru. hahaha jahatnya. Tapi serius lah, memang hambar. Dah lama-lama agak okaylah. Semua macam dah boleh jadi family. Ibarat family ke-3 sebelum ni ada family ke-2. Akan datang family ke-4. Harap kelas baru ni, dapatlah classmate yang sporting. Masih rasa sedih lagilah. Sebab aku dahlah rapat dengan Fish and Squid dan juga si Yo tu. hahaha. Mereka kawan gila-gila. tu diaaa. Doakan kitaorang semua dapat 4 flat ya! Bye semua, banyak kerja menanti.

2 comments:

Meriah

22:21,2 Comments

Keep calm and eat an ice-cream. nyum nyum.
Hi kawan-kawan.
It's freaking me out sebab tinggal 4 hari je sebelum pergi KMJ. Rasa sedih nak tinggalkan family. hahahah kugagahkan jua diriku ini untuk menuntut ilmu. Eh, aku rasa jealous pula classmate shared their mds.  Aku pun nak juga. T_T Lek lek, Mppb bakal menyusul. In Sha Allah. Nanti kalau ada masa, aku kongsikan Mppb di KMJ. Cewahh. Aku rasa excited. lol, sila kawal diri Mai. Meriah benor group KMJ ni, sampai hang phone aku. Aduhhai rasa nak baling phone je masa tu. hahaha, serius korang AKTIF TO THE MAX! Aku perhati je korang, hahaha sampai low storage. sobs sobs. Baru tinggalkan group tu untuk beberapa minit dah mencecah ratusan chat. Oh Allah! sobs sobs. Terpaksa clear data apps lain dan buang app lain. Aku tak kisah pun korang nak meriahkan group tu. hihi ada juga info tambahan yang aku perlu tahu sambil tu aku promote ig aku. hahahah ni nak belajar ke nak promote ig ni? LOL Kalau boleh meriahlah sampai habis belajar. Jangan mengkrik-krik.

Semalam aku ada baca pasal nenek jual karipap. Erk, aku pun tak tahu kenapa aku nak baca sangat. Sampai masuk dalam mimpi yang mak cik tu nak jual karipap. Tapi mimpu tu tak jelas sangat. Aku rasa menyesal pula letak nama penuh dekat bilik mana. Ada orang detected aku seorang blogger. Gara-gara entry ini. Oh tidaaaak! Tapi aku tak sedar, dia dah komen dalam blog aku rupanya. Hai kawan baru! Cakap hai kepada Nasuha dan Liyana. Sedih kan, aku cuma ada dua orang je kawan baru. hahaha. Aku tertanya-tanya, siapakah dua orang lagi akan menjadi roomate aku? Ada yang dah complete 4 orang. Bestnyaaaa. Harap dapat roomate sama kos, boleh lah kita sama-sama buat study group. Rasa nak share je dorang dapat bilik mana. Aku share je eh? boleh lah. Share bilik je, nama tak boleh. haha. Oh ya, kalau sesiapa yang dapat kmj ni nak join gp ws, bagitahu. Nanti aku suruh senior add korang. Aku bold tulisan tu maksudnya dah berapa orang yang sama bilik.
Yang latest je nih.
Blok A
T1 06/13/18/19/22/29
T2 23/21/32
Blok B
T1 15/19/23/29
T3 4/9
Blok C
T1 06/12/17/23/24/25/29
T2 06/09/11/14
T3 02/13/22/23
Blok D
T1 05/08/13/20/21/23/25/26(2)/32(2)
T2 08/11/12/16(2)
T3 06/08
Blok E
T1 08/09(2)/12/17/23/24(2)/25/26(2)/27
T2 14(2)/15
T3 03/05/12/13/24
Blok F
T1 15/17/19(2)/26/32(2)
T2 01/05(2)/14/16/17/18/19/20/23(2)/27/29/30(2)
T3 02(2)/06/09/12/15/17/21/25/28/29/30/31(4)/32(4)


Okay bye.

2 comments:

Kebetulan

12:47,15 Comments


Всё хорошо́, что хорошо́ конча́ется.
"vsyo khorosho, chto khorosho konchaetsa"
All is well then ends well.
Hi kawan-kawan.
Hari ni pendaftaran untuk uitm kan, haha All the best guys! Aku lambat lagi. hahaha. lambat-lamabt pun dah nak dekat. huhu harap tak homesick, yela aku mana pernah duduk asrama T_T. Ratna cakap dia tak dapat sebilik dengan Syawal. Lek lek, tapi dorang sama kos. huhuh. Rasa tak sabar pula nak pergi belajar. hahaha jangan bila dah belajar, nak cuti pula. lol. Aku ada join group kmj, aku rasa ahli dalam group tu mudah terhibur lah padahal aku tak buat lawak pun -_- Harap dapat kawan yang riang-ria gitu.

Kebetulan semalam aku baru daftar online kmj, aku rasa sedih jap. Aku dapat blok yang aku tak ingin, tak mahu, tak nak. Dapat blok f. Hmmm, dahlah aku buat research pasal kmj terlalu banyak sampai semua cakap blok f tu seram lagi-lagi tingkat 3. Dahlah semalam nak check dapat tingkat berapa. Aku dapat tingkat 3. Apakah dugaan ini? hahaha. Aku baca je, lagi sekali aku cakap, aku baca dalam blog diorang. Betul atau tidak, aku tak tahu. Dekat tingkat 3 tu dulu, ada orang pernah bunuh diri. hmm, tak tahulah bilik ke berapa. Lagi satu yang aku baca, seorang blogger tu kata, kalau lalu dekat tingkat 3 mesti rasa lain. Sebenarnya, diorang nak buat aku takut ke? sebab bila buat research, asyik kisah seram je yang dikongsikan. Aku pun macam nak nangis lah. hahahahhaha dahlah dapat blok dengan tingkat yang aku tak nak. Apalah nasib. Masa tu rasa macam punah je. hahaha apa ke benda lah >_< Rasa terus tak gembira. Yela, ain daftar dapat blok C. Arfah pula dapat blok E tapi tingkat 1. Aku blok f tingkat 3. ayoyoyo.

Aku meluahkan perasaan aku, aku tak nak bilik tu. Meraung macam budak kecil. Eh tak delah. Aliya su pun baru nak daftar semalam. Tetiba tu dia hantar lah gambar info bilik dia. Aku fokus dekat nombor bilik je. hahahah. Nak tahu apa jadi?

Aku sama bilik dengan dia! Gembira duuuuuh. Terus rasa happy tak terkata. Rasa takut tu terus hilang. hahah bersyukurlah dapat sama dorm dengan dia. Nasib je kot. Dia pun macam tak percaya, dia doa lepas solat maghrib supaya dapat bilik dengan tingkat yang sama. Alhamdulilah kami masih bersama. Ingatkan kalau daftar lambat, memang dapat blok akhir-akhir. Ain pun daftar semalam juga, tapi dapat blok lain. Fuuuh, Arfah jeles. hahah Don't worry Arfah. Blok kita sebelah je. Jauh jugalah nak jalan ke masjid dan blok aku tu dekat dengan tasik belakang. Perghh. tapi tak kisahlah. Sampai aku tanya kak najihah(senior kmj), seram ke blok tu. hahaha. Dia cakap tak ada seramlah, seronok je tidur dalam bilik kawannya. Eh boleh tidur bilik kawan ke? hahah.

15 comments:

Bye Bestarian

11:58,6 Comments





Hi kawan-kawan.
Semua orang dah nak belajar dah. huhu. Rasa sedih jap. Bestarian jangan lupakan aku bila korang dah mula belajar. Terutama kawan semeja, Ratna. Untung oh dia dapat belajar dengan kawan dia masa dari tadika. Siapa tak terharu kan dapat berjumpa balik dengan kawan rapat dia yang dulu. Dia cakap dia tak dapat ipg dengan kawan dia, matrik pun tempat lain-lain. Tetiba uni pula sama. Terharu jap. Goodluck kawan semeja :') Aku terpaksa delete post sebelum tu. hehe tak tahulah kenapa. Aku tak nak publish entry tu nanti kesian dekat orang lain. Siapa yang dah baca entry tu, hahah lupakan je la. Tak kisah lah belajar mana-mana pun. Yang penting kita nak kejayaan. Cewahh nenek kalau berkata-kata. Rasa sedih sebab tak dapat architecture. Ah sudah, siapa yang letak bawang ni. Tak apa, aku struggle nanti semasa di matriks.  

Alhamdulilah selesai pun urusan pengesahan. Boleh pula terserempak dengan Maisaratul. Wei, masa tadi lah nak terjumpa. Padahal masa ambil result tak jumpa pun sampai lah masa nak buat pengesahan sekolah. Aku pergi dengan kawan aku nak buat pengesahan tapi dia tak buat sebab banyak maklumat belum isi. Lepas ni pergi sorang-sorg. Datang buat teman tadi. hahah Tak dalah datang kosong je, cikgu ada cakap lah rupanya salinan semua tak payah nak buat pengesahan. Aku pun macam K, Tak pelah, biar jela cop. Mudah sikit urusan, kalau pihak matrik sana minta ke. Yang penting dah ada. Cerita ni macam tak ada kaitan dengan tajuk. LOL. Rasa sedih lah dapat tengok kawan-kawan masuk u. haha, taklah sedih sangat. Aku tak masuk u ada sebab-sebab tertentu. lolz

Ada classmate ni tak suka dengan apa yang dia dapat. Jangan lah tak suka, bersyukurlah. Ramai lagi dekat luar sana tak dapat. Mesti salah seorang yang tak dapat dekat luar sana nak sangat apa kos yang kita dapat. :)

6 comments:

He knows the best!

21:45,1 Comments

Jangan bagi tanda soal apabila Allah sudah bagi noktah.







Hi kawan-kawan.
Bagi batch 98, aku nak cakap tahniah bagi sesiapa yang dapat tawaran masuk u. Yang tak dapat, jangan bersedih atau kecundang. Boleh buat rayuan untuk second intake. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk korang. Sedih pula cerita Jangan Pergi ni dekat tv9, kesian dekat syawal sebab sakit. Alhamdulilah aku dapat tawaran masuk Uitm Jengka, civil engineering course dan matrik KMJ; dkt Johor. Sebenarnya, aku tak jangka pun dapat civil engineering tapi aku terpaksa tolaklah kos tu. :( aku pilih jalan untuk ke matriks. Yes, aku tahu, matrik tough, In Sha Allah, aku akan berusaha. hihik. Sedih tu adalah sikit, sebab aku expected dip sains ke atau asasi sains, radiograpfi. Aku memang lebih suka kepada sains. haha. Memang ramai cakap, matrik susah lah apa lah ni lah. Belum masuk belum tahu. hehe. Masa ada kos interview untuk setiap kos yang bertanda #, aku tak dapat untuk tawaran bagi kos senibina uitm. Hmm tapi aku dah move on. haha yela tu. Cita-cita yang diidamkan tu dari kecil tu. Haha Mungkin bukan terbaik untuk aku. Walau apapun, all the best for classmate; bestarian. 

Share lah, korang dapat mana :)

1 comments:

Segmen Zaman Sekolah

13:33,1 Comments



Hi kawan-kawan.
Ehhhh, ada segmen zaman sekolah. Kalau aku bercerita pasal sekolah memang tak habis lah, mencurah-curah air mata rindukan classmate. Yela, aku baru je habis sekolah. Mestilah ada rindu. Esok keluar result upu, aku cakap tahniah awal-awal kalau korang dapat upu. yang tak dapat jangan putus-asa, sebab ada rezeki lain. Insya Allah. Jom mula bacakan kisah zaman sekolahku.

Tapi aku dah banyak cerita tentang zaman sekolah aku dalam blog ni. nak mula dari mana eh? dari sekolah rendah lah. Walaupun ada ingat tak ingat. Kalau dalam entry ni IMBAS. ha klik tu jangan tak klik. tu juga merupakan salah satu kisah zaman sekolah aku tak kan lupakan. hahaha.

Kebanyakan kenangan sekolah rendah banyak sakit hati je. Sekolah baru lah,kalau sekolah lama aku tak benci. hehehe. Alhamdulilah, aku dapat contact beberapa kawan aku yang sama sekolah lama aku walaupun aku sekolah sana sampai darjah 2. Perangai gegila tu yang aku asyik terkenang je. cewahhh.

Jom baca kisah aku masa darjah 1. Aku jahat lah wei. Aku sendiri kenangkan perangai aku pun, aku dah takut. hahahah padahal diri sendiri. Ada budak lelaki classmate aku, haikal. Dia tu suka cari pasal dengan aku. Eee geram tahu tak. Aku dah lah tak suka kena kacau, buatlah hal sendiri. Bila aku dah bengang tu, aku cubit dia. ehhhh beraninya cubit anak orang. hahaha. Aku fikir au dah berjaya lepas cubit dia namun dia balas balik perbuatannya dengan mencubit aku dengan lebih kuat. Sakit lah juga tapi jiwa kental masa tu, hanya berlakon macam tak sakit. Aku pun kumpul segala kekuatanku dengan cubit sepuas hati aku. ha amik kau. Nak tahu apa jadi? Haikal nangis. hahahahaah. aku hairan dekat sekolah rendah, aku banyak buat lelaki menangis. hahahahaha. Aku dah cuak, dia nangis. hmm. Gelabah masa tu, classmate nangis. Dahlah tengah belajar masa tu. Aku tak tahu dah buntu nak buat apa. Aku cari jalan terakhir; pujuk dia. hahahaa. Dengan serba salahnya, aku tepuk bahu dia sambil cakap -weh dahlah jangan nangis. rasa tak nak cerita dah. Mentang-mentang aku pujuk dia, dia sengaja lagi kuat. aku pun cakap- dahlah! tak yah lah nangis. mamat ni over betul, kena cubit je pun. Aku nak bagi dia diam nangis, aku tutup muka dia supaya cikgu tak nampak. hahaah

Darjah 2 takde kisah menarik pun. Eh ada rasanya. Ni sesi sorok-menyorok. Masa tu aku dengan kawan-kawan rehat lah, dah makan semua tu. Tak sangka dah habis masa oiii. Tulah makan tak sedar diri. Masa tu jugalah kecoh yang guru besar nak check satu sekolah, macam siapa yang lambat masuk kelas. Dalam kepala fikir nak jawab apa kalau terserempak dengan orang tua guru besar tu. Guru besar kitaorg perempuan. Punyalah dah cari tangga yang hampir nak ke kelas. Sekali tu, dengar bunyi tapak kasut seolah-olah macam cikgu nak turun. kalau dah bunyi kasut tinggi, faham-fahamlah. cikgu nak turun. Weh masa tu rasa nak lari seluruh sekolah. tapi aku berfikiran rasional. hahahah. tapi aku hairan, sepatutnya aku dengan kawan aku yang lambat masuk kelas. Rupanya ramai terlewat termasuk adik aku. lol tah macam mana terjumpa adik aku. hahahhaha. Ada beberapa orang aku tak kenal yang lambat tu panggil kitaorg semua cakap- "eh sini, sini. menyorok bawah ni.", cakap sambil berbisik. Kitaorg serbu lah menyorok. Tahu dekat mana? bawah tangga tu. Tempat kritikal. hahahaah. aku cakap tempat kritikal sebab, guru besar nak turun situ, kitaorg menyorok bawah tangga tu. Kan ada ruang, yang aku pelik tu, muat pulak ramai-ramai. hahahaah wei kelakar lah. aduhaii. Paling best, G.B tak perasan. yeahhh.!! Bersorak gembira. Masa dekat bawah tangga tu, semua cakap "shuuh", tangan letak dekat mulut. lawak lahhh.

Darjah 3, aku dah tukar sekolah baru. Jadi budak baru lah ni. Rasa bangga jap. kui kui. Dah lah tak kenal, masuk sekolah rasa nak tercabut je jantung. Tak ingatlah ada satu cikgu ni dari sekolah lama then dia mengajar dekat sekolah baru. eh macam jodoh pulak jumpa. lol. Aku ramah lah, tanya cikgu ni mesti dar sekolah lama. Dia pun tanya macam mana aku tahu? Aku pun dengan bangganya keluarkan kad sekolah lama aku yang simpan dalam dompet nak tunjuk dekat dia yang aku pun pernah belajar sana. hahaha. Apalah kan aku ni. Tunjuk kad bagai.

Yang ni situasi lain, biasalah sekolah akan buat hari karnival. Hari Karnival sekolah pun mesti ada rumah hantu. Aku dengan classmate aku, 3Bestari bercadang nak buat rumah hantu. eeee bengong betul. hahahaha. Masa tu memang tak belajar. Kelas kitaorg ni special sikit sebab ada grill. Mungkin tu dulu bilik bacaan ke apa entah tapi dah tukar jadi kelas sebab pelajar ramai rasanya. Kononnya grill kelas tu sebagai pintu untuk masuk rumah "hantu". Masing-masing dah pilih nak jadi hantu apa. eehhh mengarut oh aku. Masa tu dah punggah meja, aku dengan classmate ambil warna pensel dan warna kan muka. Kena letak air lah barulah warna tu ada dekat muka. Gila nak toreh muka. Masa tu aku freehair. uishh, aku pun buatlah rambut style hantu dan menyorok dekat meja. Sebelum tu, siapa yang nak masuk rumah hantu 3B ni kena ada tiket. Aku pu tak tahu mana dorg dapat tiket masuk tu. Eeeee tah papelahhh. Langsir semua dah tutup walaupun ada sinaran cahay matahari. Once dorang dah masuk, kelas macam orang gila lah. Jerit sana sini. Aku pun buat orang terkejut padahal tak menjadi. Sedih. HAHA. Ada lah budak kelas lain ni tak puas hati dan bagitahu dekat cikgu. Jeles cakaplah. Nyampah. haha. Sekali tu cikgu datang. Aku cari jalan untuk cover muka aku ni dan terus pergi tempat aku dekat bahagian tepi langsir. Sebab nak tutup muka punya pasal, aku menyorokkan muka ni disebalik langsir. Aku pun amik air aku, gosok-gosok dekat muka nak hilangkan comot. Sekali tu, kawan aku pergi cari aku nak menyorok dengan aku. Sibuk je. Sekali tu dia tanya, aku buat apa nyorok dekat langsir. hahhaa. Aku macam- diamlah, shhh. Dekat langsir tu aku ikat balik rambut, konon-konon tak bersalah. Lepas dah selesai, aku duduk lah dekat tempat aku. Cikgu pun masuk marah-marah. Lepastu, diorg sebut nama siapa yang terlibat. Aku pun cakaplah-eh mana ada aku. bukan aku lah. hahahah tak ngaku.

Darjah 4 takde kenangan pun ke aku tak ingat. Lompat sekolah menengah lah. F1, aku dapat kelas yang tak ada kawan aku langsung. Ada satu je, itupun dia dah nak tukar sekolah lain. Sedih duh. Yela, aku tak biasa sangat, classmate masa f1 pun dari sekolah lain. Aku pun berkenalan dengan Irdina. Dia orang pertama yang aku kenal. Lepastu, aku kenal makin ramai. Paling tah pape, aku sama kelas dengan jiran aku sendiri. Nama Danial pula tu. Haih kisah aku dengan orang bernama Danial sampai lah aku habis sekolah. Dah kenapa oh. Maksud aku bukan Danial jiran tu. Tapi dengan orang bernama Danial. Kawan jiran aku ni pun saje buat aku sakit hati dan siap cakap lagi "Mai mana danial?" Aku rasa nak baling je apa yang aku ada. Tapi dah f1 kan, takkan aku nak buat macam sekolah rendah pulak. hahaha. Aniaya je. Aku cuba untuk bersabar. cewahhh. Boleh dikatakan classmate aku ni suka buat benda yang aku tak suka. Paling gila, sampai f2 dah tak sama kelas pun kau nak cakap lagi "Mai mana danial?" ehhh, aku korek biji mata baru tahu lah.

Lepastu, kenangan pahit sikitlah. Kawan aku ni dia duduk depan aku dalam kelas. Dia cerita dia kena barah otak. Aku dengan arfah hampir satu kelas perempuan percaya. Kena tipu hidup-hidup. Tapi masa dalam bilik KH , aku duduk sama meja dengan Yasmin, ummi, syaidatul, dengan budak tipu barah otak tu. Yas dah cakap "mai, kau jangan percaya kata-kata dia ni. Dia tipu". Aku tahu dia tipu, tapi aku saje layan tipuan dia. Last-last tu, kitaorg gaduh. Gaduh dekat fb je pun. Lepastu langsung tak tegur. TAK TEGUR. hahah Eh bukan main seminggu dua tak tegur. Makan tahun pulak. Kena pulak dah tak sama kelas. Memang kalau terserempak pun, pandang buat-buat tak nampak. Sampai f5. Sebenarnya, aku takde lah marah dia sangat. Dorg ego lah. hahahah. Aku pun cuba lah follow dia dekat insta, dia pun followback. Aku pun tanyalah khabar dia semua then dia sendiri minta maaf perbuatan masa f1 dia. Rasa nak nangis lah. Asal lama sangat gaduh. Yela, aku tak suka gaduh lama-lama. benci. Haih. Sekali tu dia nak no arfah, nak minta maaf. Aku pun number Arfah dekat dia. Dan kami berdua dah berbaik.

Masa F2, lain ceritanya. Aku dapat naik kelas Dinamik. Aku baru dapat kenal dengan budak-budak "pandai". Tapi masa masuk tu, aku macam tunggul lah. Yela, aku tak biasa. Diorg biasa dengan golongan mereka. Sedih lah. hahaha Kena pulak aku duduk dengan kawan aku dari darjah 3, maisaratul. Nama kami samalah. Yela, aku tak de kawan, aku kawan lah dengan dia. Aku tak suka duduk dengan dia. sebab dia suka jeles dengan aku. Tak sukanyaaaa. nak buat macam mana, dah kena duduk dengan dia. Masa f2 lah aku sekelas dengan danial sampailah f5. hahaha ni danial lain. Muak juga tengok ramai sekelas dengan aku sampai f5. Hehe takdelah gurau k gurau. Dalam kelas tu, aku tak tahu lah aku tak suka dengan budak dalam barisan kelas. lelaki. Aku rasa dia annoying. Suka cakap dalam kelas dengan fuad. Aku yang tengok dari belakang rasa menyirap je. Setiap kali aku terpandang dia, aku jeling dia. Walaupun dia perasan. ahahah.

Gaduh dengan maisaratul pun ada disebabkan aku rapat dengan shofiyah. yes, dia budak baru jadi dia duduk belakang aku. Kalau aku tak faham apa-apa ke, aku tanya dia. sebab dia bijak. lol. Seperti yang aku cakap, ada yang jeles. haih. aku tanya apa yang aku tak faham pun kau nak jeles. Merana beb masa f2. Boleh dikatakan aku tak suka f2. Sampai aku dengan shofi nak tegur dia, tapi dia tak nak. Dia cakaplah kitaorang ni asyik sama-sama je. Eh sedih tau. Korang sama bas ada aku kisah pulak. lol tak de kena mengena. Aku pun tak faham lah dengan kawan aku sendiri. Masa satu hari tu, baru je dia sampai kelas lepastu ada orang cari dia untuk balik. Aku tak tahu lah sebab apa kan. Maklumlah hari tak bertegur, aku dengan shofi dah cuba cakap, dia yang tak nak. so apa-apa biar kau sendiri yang tegur. takde masa aku nak sembah kau. hahaha rasa sakit hati . lek lek. Ha, yang pasal ada orang suruh dia balik tu, dia pun tetiba lah nak menangis dalam kelas. Eh aku ada buat salah ke ? sampai nak drama nangis dalam kelas. Korang kena fahamlah, kalau aku dah duduk sebelah dia, mesti dorang anggap aku tahu sebab apa dia nangis. Semua tanya aku, kenapa dia nangis. Aku cakap manalah aku tahu. Aku rasa masa f2, diorg banyak berpuak-puak. that's why aku tak suka.

Kisah F3, penatlah nak taip. Sakit tengkuk dah ni.Lompat f4 boleh tak? f3 takde sangat kenangan yang menarik. MAsa dah F4 ni aku rasa lega sikit, sebab aku dapat bebas daripada kawan-kawan yang aku tak berapa nak ngam. Alhamdulilah, f4 dengan f5 adalah kenangan terbaik sepanjang zaman persekolahan aku even ramai kawan yang aku rapat selama ni. Tak semua ngam dengan kita. Jadi bila dah masuk f4, itulah kawan kita yang dah macam keluarga. dapat cikgu yang sporting. Aku peliklah juga, ada sesetengah cakap kelas kitaorg ni sombong bila dah masuk f5. Sebenarnya takde kot. Aku tahu kelas aku tkdelah sebaik kelas lain. Kelas aku ni dah macam tengah-tengah. Antara kelas Aqliah dengan Cemerlang. Masa kelas chemist, cikgu aku cakap dengan kelas lain pasal kelas aku. cikgu cakap kelas b ni, cikgu ajar, faham ke tak faham pun tak tahulah. hmm sedihh. apa beza dengan kelas lain tu. yela kelas aku ni tak ramai pun macam diorg yang banyak tanya. Kelas a memang ramai perempuan, aku tahu diorg semua memang banyak bercakap begitu juga dengan kelas c, ramai lelaki dan banyak bercakap. kelas aku boleh dikategorikan kelas pendiam tapi ceria. tulah orang lain tak faham. hihik, tapi alhamduliah, ramai berjaya kelas aku walaupun pendiam! Rindu Bestarian. Mereka ibarat pil ceria dalam kehidupanku. Good luck for your future guys!

Sebenarnya banyak lagi. Bolehlah baca di entry sebelum ni. hahah. Nak kongsikan zaman persekolahan anda? Klik je banner tu.

1 comments:

Cousin kahwin

21:09,2 Comments

Oddest starfish.
Hi kawan-kawan.
Aku tengok tapak sulaiman ni comel-comel lah tapi aku takut nak pegang. semua takut. hahaha dia macam tak takut dan tak geli. Dia tengah-tengah. huhu. Fahamilah keadaan aku. Balik kepada tajuk, 30/4 yang lalu, cousin aku dah kahwinnnn! Bila lagi aku? lololol lambat lagi ya. haha. Tapi ada dua tragedi, tragedi dobi dengan tragedi lipas. hehe. Okay, kita mulakan cerita tragedi lipas. Tragedi lipas yang terjadi dulu. Lepas pengantin dah bersanding semua tu, malam tu ada potong kek, tapi cuma keluarga aku, sepupu, maksu dengan keluarganya, termasuk mak long aku punya sedara. Ehhhh aku dah serabut. Aku memang tak biasa pun dengan sedara mak long aku tu. Bermulalah sesi potong kek, aku memang dah tak sabar nak makan kek padahal aku memang tak berapa nak suka makan kek. Tak tahu lah kenapa, walaupun kek tu sedap. Setakat satu pinggan tu pun dah. Lepastu dah tak nak. Agak frust, masa nak menunggu turn ambil kek, asyik aku je jadi orang last. Sampai aku dah tenung kek tu. hahahah.

Akhirnya, berhasil juga aku jadi orang terakhir, dapat lah kek besar. huhuhu. tapi aku tak berapa suka dengan kek. LOL. Masa dah letak pinggan beserta kek tu, aku pun enjoy makan dekat luar dengan cousin. wahhh enak banget! hahahah. Mujurlah aku dah minum air sirap laici yang menghilangkan dahaga.

Masa tu tengah berborak dengan cousin, lepastu, ada satu perkara macam slowmotion. apakebenda lah. Yela, aku dekat luar, dengar dorg terjerit-jerit. Macam ni ha dorg jerit, "Arghhhhh." Hahah, aku hairan lah, jerit-jerit tapi tak keluar rumah. Aku fikir ada party ke kan? hahahahhaa. Yang terjerit tu pun sedara mak long aku tu, anak-anak dorg yang aku tak biasa tu. LOL.  Aku pun dengan cousin buat rileks je la. Mungkin dorg bergumbira dalam rumah tu. hahaha. Aku nampak salah seorang hampir keluar rumah sambil terjerit. Aku macam "dah kenapa dia ni, macam nampak hantu.", aku pun terdengar ada salah seorang cakap, "Lipassss!", aku tang dengar lipas terus cabut lari ah dengan tak berselipar sampai terpijak-pijak batu. hahahahha. semua bertaburan lari. hahaha, kesian maksu aku, baru nak duduk atas kerus nak makan kek, tak terbangun terus sebab terduduk. hahahha. Bila semua dah kebelakang, ehh nampak pula lipas terkedek-kedek lari dekat luar. Ingatkan apa lah tadi ada magic show ke party ke. Haihhh. Mesti korang tertanya tak ada siapa ke nak ketuk lipas tu. Ayah aku nak jadi hero , dah nak cari penyapu, penyapu hilang. hahahaha. nak amik selipar tak sempatlah, sebab jauh dan mungkin liipas dah berlalu pergi. hoho.

Korang boleh bayangkan suasana tu macam nak bagi laluan dekat lipas tu. Konon-konon lipas tu buat catwalk semasa kita semua menikmati kek. Kira riuhlah disebabkan lipas tu, kalau tak memang dah krik krik. hahahah


Keesokan harinya, sepatutnya aku dah nak balik rumah tapi lambat sikit sebab ikut cousin aku pergi dobi. Haa ni kes dobi. Bayangkanlah, nak basuh baju tu, bukan baju aku pun tapi aku sengaja nak ikut sebab aku tak pernah pergi dobi. Eh, sedihkan cerita aku ni? tak pernah pergi dobi. hhahaha nampak cam aku kisah ke? lol Biasalah, kenduri-kendara, baju pun berlonggok. Empat orang lah nak pergi basuh baju, aku, adik aku, dua orang lagi cousin. Girls' day out ke dobi. hahah. Setengah jam juga nak sampai dobi. Lama bebenor. Aku fikir cousin aku tahu dekat mana dobinya, dorg tak tahu rupanya. adehh, goole jap. Lepas dah sampai dobi tu, aku lah jadi sado jap tolong bawa baju tu, perghh tak delah berat. haha. Masuk-masuk je, jadi tontonan orang jap. Okay, mesin untuk tukar duit dengan beli sabun agak jauh. Jadi aku buat keputusan untuk duduk depan dinding dan pura-pura baca. hahahah. Srs ah asal aku awkward. haih. Masa tu phone aku, aku suruh cousin pegang jap sebab aku nak bawa baju tu sangatkan. lol. tetiba nak tgk phone, eh phone takde. Jadi kita tenunglah washine machine waschmaschine tu.

Lepas cousin aku dah tukar duit dan beli sabun, dia buka lah plastik tu untuk masukkan baju dalam mesin basuh. Masa nak masuk tu, boleh pulak pakaian dalam tercampak dekat luar. hahaha. Nasib baik ada 4 orang, so tak nampak lah. Yela, nak asingkan semua tu tak sempat. Dorang ah cakap bukan aku. Aku hanya teman nak tengok pergi dobi. hahah. Ada satu orang ni asyik perhatikan kitaorg je, mungkin dia tak pernah tengok kot orang pergi seramai ni. hhaaha apakah? masa tengah sibuk-sibuk masukkan baju tu, orang tu belakang aku tengah tunggu baju dia. Masa kitaorg datang, dia perhati. uishh. Aku pun terperasan mesin basuh ni shiny gitu, sajalah tengok orang belakang tu, perhatikan kitaorg lagi ke? Aku pun pandang dekat mesin basuh tu. Eh nampak wajahnya. Tah macam mana, dia pun perasan aku tengok dia dari mesin basuh tu. hahahaha nasib kau lah. Dalam sibuk-sibuk masukkan baju tu, nampak macam ada sikit-sikit orang dah nak balik. Masih ramai lagi. Aku dengan adik aku, masukkan duit syiling, huhu, masukkan duit syiling pun jadilah. Adik aku ni pun satu, boleh pulak masukkan duit syiling sampai jatuh-jatuh. hahaha, rileks >_< Lepastu dah ramai balik, semua kot balik.

 K. hanya tinggal kitaorg 4 orang je beb! apalagi buat party dekat dobi tu. Eh tak delah, akhirnya dapat juga tempat duduk. Ada orang cina ni, semua keluarkan baju letak dalam baldi. Cousin aku pun cakaplah, "Orang lain semua lepas basuh baju letak dalam baldi. Kita je tak bawa baldi.", hahahahaha. Kesian gak ah, wifi free sana tak berkesan. Sempatlah aku berws dengan kawanku. Ada lah orang lain nak basuh baju juga, lelaki , dia masuk-masuk je, tutup muka dia dengan beg. lol. adakah dia malu? hahah. Aku pulak perhatikan orang /kejam/

Bila dah lama sikit tu, masa untuk warm baju. Hm entahlah aku tak tahu. ingatkan 4 minit. Eh, ada digit 2 pulak dekat depan 4 tu, memang jadi 24 minit. Kitaorg pun keluar dulu singgh kedai makan. hoorayyy. dah siap tu, dorg lah pergi amik baju tu.

2 comments:

Imbas

22:02,1 Comments

Comelnya anak singa ni. Kalau jinak, aku dah peluk-peluk dah. haha takpun jadikan bestfriend.

Hi kawan-kawan.
Kita muncul lagi setelah acah-acah kata entry sebelum ni akan menjadi entry terakhir. Hahaha tapi aku buat lagi entry baru. Lol, agak sekejap jangka masanya. Masa chat dengan bffku, ratna terbuka cerita masa darjah 5. damn. memalukan je. Aku dapat salah seorang classmate suka aku, aku tak suka dia kot. Sepatutnya aku biarkan je la buat tak tahu, tak layan tapi aku terfikir nak buat sesuatu. Sesuatu yang aku patut buat untuk dia benci aku. lek ya semua, ni zaman hingusan namanya. Agak lama aku tunggu saat-saat untuk kenakan dia. Oh jahatnya aku. Ya, memang jahat. hahaha.

Loceng sekolah pun dah berbunyi menandakan tamat sesi belajar. Balik rumah lerr. Lol. tapi aku tunggu semua keluar kelas, tak semua, ada lah kawan aku lagi yang tengah kemas-kemas buku. kebetulan, kalau tk silap. dia sorang je lambat balik. aku pun cepat-cepat simpan buku, pencilcase dalam beg, zip semua tu. Aku datang dekat dia dan bermula bunyi Mission Impossible. Tenenene~

Tetiba je mulut aku cakap, "Kau apahal?", hahahaah tah pape duh. Aku tak ingat reaksi dia. Rasanya dia macam hairan lah sambil tengah kemas buku. Aku pun cakap, "Aku tak suka kau lah!", marah-marah. hahah. Aku tak ingatlah dia cakap apa, tpi yang pasti kitaorg bertengkar dalam kelas. Aku pun dengan cakap, "Dahlah gigi jarang", aku tengok dia macam nak nangis. Aku kelam kabut ambil beg, terus lari dari kelas. Macam nak tercampak jantung. Takut jangan cakaplah. Masa marah-marah tak fikir rasa takut langsung.

Masa lari tu, dia nak keluar air mata, dah nak angkat meja nak baling angkat. Alhamdulilah, aku selamat. Bahaya duh. Kawan aku hanya mampu tengok je, yela aku sebab tk pernah marah macam tu. hahahahahahahahahaha. Dari ekoran mata aku , masa tengah lari tu nampak dia baling meja. Gila duhh.

Esok pagi tu, ingat datang sekolah tak ada apalah yang berlaku. yela sebab dalam kelas semua dah balik tinggal beberapa org je yang dlm kelas. Bila masuk je tapak perhimpunan, semua budak lelaki classmate aku pandang aku lain macam, macam aku dah bunuh orang. Menakutkan. Aku pun cakap dalam hati.-Ni mesti si z tu bagitahu kawan-kawan dia. Aku tengok semua pandang macam tu, buat tak tahu je la. hahah kejam. Gaya macam orang tak bersalah.

Lepastu, saksi kejadian (kawan aku) bagitahu, "mai, sikit lagi nak kena meja tu.", fuhhh. tapi rasanya dia dah lupa kejadian baling meja tu. hahahhaha. sebab dia follow aku dekat insta. hahaha k bye.

1 comments:

Farvel

16:55,2 Comments

Masa hujan seronok minum secawan kopi sambil membaca buku dan perhatikan awak. hahahahhaha duh

Hey blogger!
Lamanya kita tak berhooray horray dekat blog ni. Padahal belum habis edit lagi. Tak tahulah nak tukar apa  mungkin biarkan macam ni jela. Alhamdulilah, aku dapat tawaran matriks. hehe. Happynyaaa! Mungkin ni last kot buka blog, lepas ni dah busy lahh. Hmm :( lek lek, bila ada masa nanti, aku buat entry baru lah. Lebih menarik. hahaha. Ada tak sesiapa tahu macam mana nak delete wechat? Aku dah serabut dengan 3 wechat. Tigaaaa weiiii. Aku pun tak tahu kenapa aku pergi buat sampai tiga. Masa buat pun, masa sekolah dulu. Aku memang nak deactive semua pun. Macam dah malas nak on. Mungkin dah terlalu lama menggunakan apps tu. hahaha. Farvel tu bye maksudnya.

Dalam minggu lepas, orang gila tu add aku dan buat fb lain. Eh fikir aku tak tahulah tu. Rasa tak selamat dan nak buang fb juga. Rasa selamat sikit bila ada blocked button. :( ni semua sebab kau tak guna. hahahah. Okaylah semua, ada hari nanti aku buatlah cerita baru.

2 comments:

Tergendala

00:45,0 Comments

 
Kenapa gambar habuk cantik-cantik dalam Google, sedangkan realitinya buat aku bersin dan tidak secantik dalam google. HAHA

Hey blogger.
Omg, lama duh aku tak buat entry. Rindunya dekat blog. Malam buta ni rajin buat entry sebab tenet adikku laju. Huhu, tapi sekejap je. Esok dan tak tahulah sampai bila, blog aku kembali berhabuk. Jadi, sorrylah kalau aku tak blogwalking blog korg dan follow blog korg. Tenet tak ada T_T Bye semuaaa. Nanti kalau dah okay tenetku, baru aku terjah sana sini. Don't worry!  Aku dah macam menggila tenet tak ada. hahaha Menyepi gitu lagi lagi group family's blogger ckp diorg buat entry baru. Aku pun rasa hampa sebab tk dpt buka blog. Akhirnya, dapatlah buka sekejap. LOL. Btw, aku tak sabar nak sambung belajar. huhuh hooray hooray :D Bye sekali lagi :*

0 comments:

Naranja

13:15,6 Comments

I miss this show. :( Merlin
Hey blogger.
Siapa peminat cerita Merlin? kita geng. Oh no, rindunya nak tengok cerita Merlin walaupun ending dia agak hmm, Arthur mati dan Merlin kembali jadi tua. Masa tengok cerita tu, aku baru darjah 4 ke 5 entah. Cepatnya masa berlalu. :')

6 comments:

Nervous tak terkata.

23:14,4 Comments

Image result for nervous tumblr
Kita dah berusaha.

Hey blogger.

Tengok tajuk pun dah tahu kan saat apa yang paling mendebarkan. Esok duh. Esok.Tinggal sejam je tarikh nak bertukar 3/3. Lol. Aku tak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku. Masa tu engkau akan terfikir sedara kau yang jauh tu telefon untuk tanya result kau. Frust sungguh. Walauapapun aku berharap semua cemerlang! Positif selalu. Aku duk memikir sampai tak sedar dah pukul 11 lebih. hahhah tak de lah sepanjang masa aku fikir. Aku berfikir sambil online. Aku hilangkan nervous aku dengan tengok Egg Pudding Maker. Kelako duh. Kali kedua tu macam dia nak hancurkan je pudding maker tu. Lepas geram tu. Kalau aku, aku dah baling dah pudding maker tu. hahaha. Masa tu lah addicted dengan video masak masak. Re-ment collectables. Boleh jadi gila aku tengok dia masak permainan tu. hahah maaflah aku merapu memalam buta ni. Perasan yang tak diduga. Mari Ratna (bff), esok pakai jubah kejayaan dengan topi petak naik motor. haha. Tetiba aku excited nak pergi sekolah. Ratna tanya aku, kenapa aku excited? Takkan aku je yang excited. Aku kebulur nak jumpa kawan-kawan. hahahah. Husna, i pinjam ayat you tu. Bye semua.

4 comments: