Pretty Little Liars

13:23 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for pretty little liars tumblr
Got a secret Can you keep it? Swear this one you'll save better lock it, in your pocket. Dari kiri : Spencer |  Hanna | Aria | Emily
Hey blogger.
Wowowo tengok tajuk pun dah menarik minat. hhuhuk. Tu memang drama fav duh. Tapi enn, aku dah banyak ketinggalan dengan episod yang penuh misteri. Cerita tu seronok sebab dia nak mencari orang bernama A. Siapa dduuuuuuuuh ? okay jangan bagitahu sebab mai nak tengok sendiri. Takkanlah alison kot. Maklumlah saya kuno. Srs memang dah ketinggalan begitu jauh. Masa kali terakhir tengok masa darjah 6. *sedihbetul* sekarang dah lepasan spm. hahaha. Aku suka tengok cerota tu sebab aku minat 4 perempuan dalam cerita tu. cantikkkss. Haritu aku ada tengok cerita tu dalam youtube tapi tak ingat season ke berapa entah dengan episod apa. Hmmm sediiiih tak ingat dan ketinggalan sungguh. *pasanglaguI look to you opposite* Dalam vid tu yang aku ingat 4 perempuan tu macam kena kurung sebab semua macam pakai baju oren macam baju lokap. Lebih kurang macam tu lah. diorang berjalan dalam tempat tu nak masuk satu bilik. Harap korg boleh bayangkan. Mungkin diorg nak cari org bernama A tu. Lepastu berbueno untuk alas perut anda. hahaha. tak lawak.



Diorg masuk dan duduk di atas sofa dan ternampak seorang perempuan duduk dekat dengan piano dan bertopeng. Cehhh kita dah ada cik mimpi. lol. Tak silap akulah sebab dah lama tengok. Orang bertopeng tu buka lah topengnya dan mereka berempat agak terkejut kerana kawan mereka yang dah dianggap mati hidup kembali. macam tu lah rasanya. kalau aku salah, cakap tau. lepastu diorg bercakap-cakap nak melekakan si perempuan bertopeng dan eh tak ingat pulak nama siapa ni. jap nak search. Okay dah cari nama diorg. 6 minit. agak lama. Emily bagi isyarat dekat Spencer untuk ambil rambut Alison . Aku rasalah. rasanya emily yang suruh spencer. tapi saspen betul cerita tu. A tu terlalu ramai. Masa darjah 6 aku tengok pun takut-takut sebab mak dengan abah tak bagi tengok. Nanti aku menguasai tv. hahaha. Sedih betul. Orang yg bernama A yang aku tgk masa darjah 6 seorang lelaki. tapi aku tengok yang vid tu perempuan. Serabut betul cerita tu. Nak aku hempas je tv, kenapa terlalu ramai identiti A ? wuissssh. 



Apabila vid yang tergantung dan aku tidak mengetahui apa yang berlaku selepasnya. kuikui. Pada masa yang sama aku ada tengok vid latest PLL. Itu pun part akhir tapi masih tergantung. Kau tahu bagaimana perasaan melihat semuanya tergantung. Salji pun boleh cair. hhoho. Dalam vid tu mereka 4 org ; Aria, Emily, Hanna, Spencer, ada party bertopeng rasanya. Lagi sekali pasal topeng. erk. Diorg memang dah ada rancangan sebenar untuk perangkap A. Heloo? Siapakah A? Diorg pun join masuk satu bilik khas untuk party kot. Masuk dalam bilik tu dahlah gelap. Aku pulak tengok sorg-sorg, Menakutkan. Semua bertopeng dan turun tangga. Diorg masuk bilik tu ada tangga jadi kena turun sikitlah. Bila lampu buka sikit-sikit. Diorg tanya, dimanakah kau? hahah Agak ramai yang bertopeng tapi semuanya patung semata-mata. Perghhh tetiba teringat cerita House of Wax. Aku pun tak dapat mengecam A. A tu pun keluarkan dirinya di sebalik patung-patung tu. Eh dia pun bertopeng jugak. Dalam beberapa saat tu, siapa lah yang bagi isyarat untuk menghasilkan rancangan diorg. Ada adegan letup-letup sikit dan lampu terpadam balik. Yang bagi isyarat tu 4 girls tuu jugk. Lepastu diorg pun melarikan diri nak bersembunyi. Semua berpecah lari sana sini, heyy main lari-lari pulak. Bukan nak ajak aku :P 


Spencer ni masuk satu bilik. Fuuhh dahlah sorg diri pulak tu. berani betul dia masuk satu bilik tu. Mestilah A tu mencari jejak korg. Memang betul sangkaan aku, A tu masuk bilik tu. Sebagai penonton , aku nampaklah kelibat A tu. Spencer tk nampak sebb A ada dekat belakang dia. Spencer menoleh dan A terus hilang. Cehhh cepat betul menghilangkan diri. Nak cepatkan cerita, mereka berempat lari nak cari pintu keluar. Aku fikir akhirnya mereka dapat melepaskan diri. HAHAH diorg terperangkap walaupun dah terlepas. Maksudnya, diorg dah bebas tapi ada pagar elektrik yang menghalang diorg keluar. Kwaja. Kesia pulak aku tengok. Diorg memang panik habislah, dan lari tanpa sedar. Tetiba salah satu drpd diorg, cakap berhenti sebab baru perasan tu pagar elektrik. Memang saja je A nak matikan diorg. Kalau dah panik, semua tak perasan. fuhhh. Macam tu je lah pengakhiran yang aku tengok. Okaylah dah lapar. Bye gaiss. Thank you kerana sudi membaca. hehe XD

0 comments: