Lawatan tengok mayat di MSU part 2

00:24 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for memories tumblr
Jam menunjukkan 0:03. lolz.  Entry SEBELUM

Hey Blogger. 
Mesti korang semua dah tidur. Takpe aku jadi burung hantu dekat sini. Kruh kruh. Sambungan..
Ayuni nak gantikan ratna. Aku okay je sebenarnya. tapi sedih ah sebab dia tak dapat ikut kan. Kalau boleh 3 orang , dahlama dah. Sebelum tu, nawal bagi borang tu lambat, jadi dia cakap kemungkinan kalau jadi dah dapat pengesahan, boleh lah pergi. Lama betul nak tunggu keputusannya. Masa tu aku dengan ratna rasa macam dipinggirkan. Yela, diorang macam tak endahkah pun pasal lawatan. Akhirnya, ada jugak lawatan tu. Lepastu dah bagi borang, nawal suruh bayar awal sikit untuk buat name tag. semuanya 20dollar. Kena tunggu lah tarikhnya. sebulan lebih. Sebab diorang cadang nak pergi sana 30/7/15. Hari Khamis. Lahhh lupa nak cakap. Arfah and the geng pun join. Mestilah diorg nak join kan. -..- 

Sebelum sehari nak pergi sana, cikgu dalam kelas cadang nak buat aktiviti lah kan. Lepastu, mereka bising cakap, esok ramai takde. Sebab tengok mayat. haha. Dalam 6 orang lah. Takdalah ramai mana pun. Perasaan gembiranya tak dapat nak diungkapkan. hahah. Campur-baur. :P Malam tu dah prepare apa yang patut. macam nak pergi luar negara . Erk Erk Erk. Tetibalah malam tu masa nak tidur tak dapat nak bayangkan tengok-tengok mayat tu. pffft. 

Keesokan pagi, aku macam dah cuak lah takut aku lambat ke sebab nawal kata kena bertolak awal. Tapi aku pergi dataran perhimpunan, fuhh nasib baik belum bertolak lagi. Tapi aku tak sempat nak duduk, baru berapa saat, dah kena bangun pergi luar sekolah. hahahah. Lepastu ennn semua tunggu luar. Dan ternampak dany si perasan kacak selamba masuk sekolah lambat. Sebenar ada masa lagi tapi dia datang lepas dah baca doa. Tak guna punya geng arfah, ada ke diorang pergi cakap " Danial, mai ada dekat sini". Hahhaha. Gossip antara bestarian yang tahu pasal apa diorg sibuk gosip aku dengan dany perasan kacak. hahahahah. Nawal pun bagi name tag. Wooooah. Cantik gak name tag tu. Aku pun pakailah. Masa tu lambat nak tunggu bas. Katanya datang pukul 7.30. Itulah dugaannya yang aku ada cakap dalam entry ni. Nak tahu apa dah jadi dengan bas tu ? Esok lah aku cerita. bye gais, ngantukssss . Good night !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambung balik. Kitaorg makan lah dulu, makan nasi lemak untuk sarapan pagi. Lepastu, dalam nak menunggu bas tu, diorg sempatlah selfie . Mentang-mentang dinding berwarna-warni. MAsa aku dengan ayuni tunggu dkt bus stop, aku perasan safwan dh dua kali lalu depan kitaorg. baru perasan dia pergi tangkap gmbr kitaorg dgn muka tak ready. sakit hati oh. Eh lupa lah nak mintk gmbr tu. hehe Lepas dah selfie, tunggu lah bas. Semua macam mana ni bas, kata nak datang tapi tak datang-datang pun. Cikgu call org bas tu. Dia cakap dia tak dapat nak amik. wtf. Kenapa tak cakap awal-awal ? Lama betul tunggu. Tah macam mana entah, ada bas untuk budak drama dekat sekolah aku ni nak buat pertandingan. Cikgu pun berbincanglah dengan acik bas. Dia kata dia boleh suruh kawan dia amik tapi kena tunggu lah sebab dia nak hantar org lain. lama jugak lah nak tunggu. Semua menarik nafas lega oh.

Dalam jam 9.30 , acik bas tu datang, kitaorg semua naik lah bas, dengan letak makanan semua. Aku dah bercadang nak duduk dekat belakang. tapi biar je la budak lelaki bergumbira dekat belakang tu. Jadi aku duduk bhg tengah dengan ayuni. Tu pun masih berebut, sebab aku nak duduk tepi tingkap. Lepas tu ayuni cakap dia pula nak duduk tepi tingkap waktu balik. Yelaaaa. aduhai. Masa tu pun diorg nak selfie dalam bas. ayuni tk sporting lah, bukan nak selfie, kesian aku. hahahah. Tak delah lama sangat nak sampai sana. dekat je pun.

Kedatangan kami disambut abg apa entah namanya. Tak ingat. Kitaorg keluar dari bas amik semua air dengan makanan. Budak laki yang bawa. haha. Keluar-keluar je nampak student situ tengah buat aktiviti diorg. lepastu kitaorg selfie dekat dinding msu tu. fuuuh tak boleh kalau tak bergambar. Lepastu kitaorg masuk ke perpustakaan. Masuk je, semua tengok hasil seni dekat sana. tapi tu bahagian bawah lah.  Abg tu bagi pun suruh berkumpul dan dia bagi ceramah sikit pasal perpustakaan ada 3 level. Peringkat pertama, boleh bercakap-cakap dan makan. Eh boleh ke makan ? aku  tk ingt pasl makan tu. tingkat 2, tak boleh bising sangat. Paling atas sekali , kena diam. haha. Kitaorg pergi tingkat satu, dan ada satu bilik dekat situ. Semua amik tempat masing-masing lah. Ada dua tempat kosong tepi aku, ingat kan perempuan nak duduk. Rupanya syahir duduk sebelah aku. Errr. Rasa nak tukar je dengan ayuni. dia gelak kuat gila, lepastu abg tu memperkenalkan dirinya. abg ridzwan tak silap lah. aku main agak je. sebab aku ternampak namanya dekat kot dia. kahkah. dia dari kos multimedia. lebih kurang macam tu lah.

Lepastu, abg tu bagi ceramah dan pen dari msu. Kemudia , dia bagi borg untuk kitaorg isikan. Lepas dah isi, kitaorg hntr lah. Tak sangka, tak diduga, dia baca pulak sorg-sorg punya borg. Ada yang nak jadi tentera, doktor pakar bius, engineer, doktor haiwan, perfileman lah. macam-macam. sampai turn sathia, abg tu sebut 'biochemistry' ? Ada ke bidg tu. sathia ckp ada. haha. lepastu dia baca aleeya punya artis fav dia; justin bieber. lepastu dia tanya mana aleeya. semua ckp tu bieber, bieber. lol lepastu dia baca aku punya dan sebut ca me ron da llas. Ceh macam lah kenal. ahahah. Ada satu part tu, abg tu tanya, siapa si 'kecik' ni. diorg cakap poehhh. haha. lepastu abg tu ckp, poeh byk cakap. hahaah. abg tu ckp sebenarnya kentang gorng tu diperbuat drpd jagung 100%. satu bilik tu gelak sebab jagung. Syahir pergi cakap , jagung ? hahah. Lepas dah beberapa minit dalam tu, abg tu suruh kitaorg keluar nak pergi bilik lain. tengok setiap level bagi library tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bilik pertama kitaorg pergi ialah bilik fesyen. Memang kena turun, sebab kitaorg dekat tingkat 16. Jadi kena guna lift lah. Abg tu tak kisah kalau sesiapa nak turun guna tangga. haha. Ikut peringkat lah turun lift. Kemudian, masuklah dalam bilik fesyen tu, adalah dress yang ada dekat sana. Ada satu part tu, patung tu posing kepala mendongak dan tangan ke pinggang. Amir pergi ikut cara posing patung tu. hahaha dah macam apa dh aku tengok. Abg tu cakap ada bilik runaway untuk projek fesyen. Ada artis datang juga. Jalan depan sikit, nampak ada bilik menjahit. tapi boleh tengok dari luar je. Dah pergi bilik tu, kitaorg pergi bilik perubatan. Dekat situ, ada part anggota badan. contohnya, macam mana nak tahu breast cancer/ cara potong kaki dsb. Dekat situ tak boleh tgkp gmbr. tapi kalau dpt pun sebb diorg tngkp senyap-senyp. haha. Lepastu, kitaorg pergi bilik anatomy. Banyak organ sebenar diawetkan. Aku tengok dan tenung. ada peringkat bagi setiap kanser; rahim. lepastu, ada baby diawetkan. Hmm kecil je. abg tu dah pesan jangan sentuh tulang-tulang yang ada sebab tu semua betul punya tulang. Tengok-tengok je la. Aku tgk tanpa menghiraukan mereka sedang berbual-bual pasal apa entah. Lepas dah tengok tu, aku join kejap apa yang diorg cakap. Rupanya cakap bilik yang kitaorg duduk ni berhantu. funny duuh cerita psl hantu. Wuish, agak ah dah lah seram walaupun siang hari. Yela, sebab semua yang ada dalam bilik tu organ betul. Bila semua dah puas tengok, kitaorg keluar balik untuk ke bilik seterusnya. Bilik tu pun sama jugk berhantu. err. Abg tu tak bagi tangkap gmbr. Tak silap aku, ada org tanya,knp tk boleh? Dia cakap dulu, ada jugk org tgkp gambar, faham-fahamlah dalam gambar tu ada apa. Tapi ayuni pula tak tahu yang abg tu tak bagi tgkp gmbr dkt situ. Hohoh dia pergi tangkap. Hmm nape tak tgkp semua je. haha XD XD
Lepas tu buat cpr dekat patung. Walaupun ada 3 patung, semua berebut, aku takde peluang nak buat. Yela masa tak mengizinkan. Lepastu semua serbu dekat baby patung. amir pergi amik baby patung tu
buat macam anak sendiri. hahaha. Suruh kitaorg diam sbb baby patung tu nak tidur. erk. -,,- ada yang fail buat cpr, ada yang berjaya.

Masa nak pergi tingkat bawah, saat-saat nak jumpa mayat. Alah tak jauh pun. Jadi ramai nak turun tangga. Aku dengan berapa org je yang tinggal dekat lift tu. Boleh pulak abg tu ckp, awak semua ni malu-malu eh. hahahahahahahha apa kah? Tetiba rozana pening-pening. Lepastu abg tu bawa keluar tempat parking. Sebab bilik tu jauh.

Jumpalah pintu bilik mayat. Semua gulp. Abang tu ckp siapa yang tak boleh masuk, sila duduk luar. Eh dia ni, nak buat aku takut ke? Terus sejuk duh tangan. Semua cakap boleh je. Semua pun masuklah. Woahhhhhhhhh ! benda pertama aku jumpa tengkorak dibalut plastik. Jakun gila macam tak pernah jumpa. haha. Abg tu ckp tengkork tu memang betul-betul. Jadi jgn sentuh. Busuk oh bilik tu. haha. Lepastu tengok kaki sebenar yang dah diawetkan. Macam nak sentuh je. haha. tapi mana boleh. Aku fikir tu je mayatnya. Rupanya belum lagi tengok mayat. *matakeatas* Masuk lagi satu bilik. Abg tu suruh letak beg dkt dalam peti. Pintu pun terbuka luas. Semua peliklah kenapa abg ni menangis. alih alih lepas tengok bilik, dia kelip-kelip mata macam nak nangis. Maklumlah kitaorg tak tahu. Dia cakap bau formalin kuat. Jadi dia cakap, siapa tak tahan mesti keluar dari bilik tu. Semua kena tutup muka. Hmm, kenapa diorg tak nak bagi mask. ahah. Aku tutup dengan tudung je lah. amik kau, baru je tengok ada haiwan diawetkan, tak pasti apa pebenda, tapi macam buaya lah. aku rasa macam hidu bawang tapi lebih teruk. Menusuk hidung oh baunya ! omg !

Jasmi orang pertama keluar. haha, nangis ke ? hahaha. Lepastu aku cuba keluar jap. amik udara segar lepastu tutup balik. Macam nak pengsan tahu. Aku pun mula dekat dengan tempat mayat, semua mayat dalam tu direndam dengan formalin. Tapi bukan mayat yang sempurna lah. Macam tangan dah dikerat, kaki. banyak terpisahlah tapi dalam tempat tu. Kau bayangkan, kau semakin dekat, semakin menusuk bau tu. Aku biar je mata aku berair janji nak tengok. hhuhu. ada yang tutup tu, kitaorg minta suruh buka, nak tengok mayat tu. baru sampai rasanya. wuishhh. Tetiba teringat muka diorg. Tu semua mayat beli dari hospital tanpa penuntut. macam dah 3 tahun takde org nak mayat tu. Kos satu mayat 60k . wowww. Bila semua dh puas tengok, kitaorg semua keluarlah. Hmm rasa sedih nak meninggalkan bilik mayat tu. Lepastu abg tu kata lepas ni waktu makan. fuhh memang tak rasa lapar lah lepas tengok mayat. Sebelum masuk bilik mayat tu, abg tu cakap tak semua org dpt tgk even student dkt situ, jadi kitaorg beruntung dpt tengok. haha.

Dia cakp dia bawak dkt satu tempat, Masa tu semua hidung kembang kempis . Bau masakan ohhh. Terliur terus. tapi hanya mampu tengok dari luar je. Tengok diorg masak. Nak sikit ? hahaha Tapi mampu terliur je dekat luar. Diorg semua khusyuk betul memasak. Yang girls pulak tengok abang-abang kacaks memasak. hahahaha tu kerja korg. haiih. Akhirnya, dapat jugak masuk bilik memasak tu. Macam ada roti dah siap je. Macam untuk kitaorg je ? hahahaa kebetulan je sebenarnya. Kalau ada rezeki kotaorg, dapatlah merasa makanan walaupun hanya roti. Nampak sedap dan kitaorg makan roti bulat dan rasanya seperti... omg, rasa hangit. Korg bayangkan, semua yang masukkan kuih tu dalam mulut dan masing-masing pandang antara satu sama lain. hahahahaha Aku macam mana ? Aku makan je la dan telan je lah. Ada org tu cakap dekat aku,air dalam sinki ni kena sentiasa buka sebab nak alirkan kekotoran. Oh aku fikir diorg nak membazir . Dia macam terngkan dekat aku sorg je. Tak kisahlah, dpt pengetahuan. :) :) Lepastu, diorg tak boleh keluar kalau tak bersih kan dapur. Aku mengangguk je. Sekurang-kurangnya,4 jam untuk bersihkan dapur tu. Lepas hampir semua keluar, diorg pergi muntahkan kuih tu dalam tong sampah. Perghhh, aku perasan org dkt situ tgk diorg buat macam tu. haha >< Kalau nak tengok gmbr, jom tgk dekat insta saya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa untuk makan tengahari. Hey, apalagi makan nasi bungkus yang pagi tadi bawa. Nasi ayam. Ramai dak dak palam study situ. Yang mana kenal tu, diorg join sama-samalah. lepas makan tu, pergi surau , nak solat. Masa nak solat , ada sorg kakak tu tanya, kitaorg ni pelajar mana. Diorg jawab punck alam. Kakak tu pun kata dia ex-student sana. Aku lupa nak tanya namanya. Tengok muka macam kakak syafiqah frzana. Lepastu dalam pukul 2 lebih tu, cikgu suruh buat hal masing-masing sebab bas datang lambat dalam pukul 4 rasanya. Kitaorg tunggu je la dekat bawah pokok, lepastu pergilah beli roti dekat bawah tu. makan ais krim semua tu. Depan tu ada tesco, cikgu bagi pergi tapi malas lah. Nak pergi pun jauh jugak walaupun depan je. Dan selfie,selfie , selfie. Bas pun dah sampai. Nak petang dah kitaorg balik. Penat :')
tu je lah yang dpt aku share.

Seronok. Rasa nak pergi lagi je.

0 comments: