Lawatan tengok mayat di MSU Part 1

23:43 Maisarah Mimo 3 Comments

Image result for flying tumblr
Mayat
Hey blogger.
Malam ni pada 26/12/2015 aku ada cerita nak dikongsikan bersama korang. Walaubagaimanapun, aku baru je habis makan epal. Ya, aku tahu korang tak amik kisah pun. Hahahah. Tajuk tu macam menakutkan kan kan kan ? Sebab apa ? Sebab ada perkataan 'Mayat'.  Siapa dah rasa meremang bulu roma ? Aku nasihatkan jangan baca. Hehe :) . Sebelum tu, aku dapat idea nak tulis pasal tengok mayat ni sebab 'ter'nampak name tag bagi biology's student. Sobs sobs. Rindu ahhhhh ! Baiklah tanpa membuang masa, jom korek-korek cerita.


Sepatutnya lawatan ni buat lebih awal sedikit pada tahun 2014. Tapi ada masalah, bukan masalah sebenarnya, banyak prosedur kalau nak pelajar pergi lawatan mana-mana. Tapi alhamdulilah, aku dapat merasa pergi tengok mayat. Excited duuuuh. Boleh jadi kenangan paling manis lah! Sebenarnya, lawatan ni kelas 5C yang bercadang dengan cikgu Bio aku. Kebetulan cikgu bio aku tu guru kelas diorg jadi sepakat nak buat lawatan. Yela , tak syok jadi budak bio tak melawat sana-sini. Kebetulan diorang offered untuk kelas 5B sebab nak cukupkan orang bagi satu bas. Kalau tak, diorang terpaksa bayar lebih. Pelbagai dugaan betul pasal bas ni. Nanti aku cerita. Okay , yang bagitahu dalam kelas aku tu namanya Asyraf. Ingatkan satu kelas boleh pergi tapi hanya 5 orang je tempat yang tinggal. Eh waaah, aku dengan ratna memang macam rasa nak meletup je sebab terlalu gembira ada tempat kekosongan. Masa tu tak silap tengah puasa. Apalagi, belajar pun tak tenang memikirkan nak hantar nama dengan ic dengan Asyraf tu. Kalau tak, melepaslah nak pergi.

Lepas je bunyi loceng, Krinnnnnng, aku dan ratna bergegas berlarian anak-anak sebab nak kejar diorg nak hantar maklumat. Hmm dahlah diorang dekat makmal fizik. Tercungap-cungap aku lari. Nasib baik ada Asyraf dalam lab tu. Kitaorg jenguk, then dia macam buat dunno je. Hey, cepatlah, kitaorg nak balik ni. Lama duh dia berbincang dengan cikgu fizik. T.T nak nangis aku tunggu dia. Memandangkan ratna balik naik motor, jadi aku suruh dia tolong hantarkan maklumat yang diorang nak. Aku balik dengan kegembiraan. hahah, padahal acik van tengah tunggu aku, alah takpe, aku memang selalu balik lambat. Tapi kan, aku pun tak tahu kenapa, setiap tahun aku sekolah, mesti kelas aku yang lambat balik. Sekarang terfikir pulak. Hahahah.

Balik tu terus tanya mak kesayangan. cewaaaah. Mestilah kena minta kebenaran kan. Kang mak kau tak sanggup nak lepaskan anaknya melihat mayat. hahahah. Mak aku pun macam terkejut, tapi taklah terkejut sangat. Lepastu tanya "Betul ke kau nak tengok mayat ?". Aku jawab " Yaaaaa" . hahahah
tapi mak aku suruh tanya abah aku. huhuhu. Masa tu  memang mengharap sangat dapat pergi. Mak aku yang tanyakan . hihi. Kelihatan jawapan abah macam tak bagi, sebab tak pasti dengan anaknya sendiri. Takut lemah semangat. Yela orang takut nak tengok mayat tapi aku ? Semangat gilooos nak tengok. Malam tu aku ws ratna, macam mana jawapan parents dia. Dia cakap mak dia macam tak yakin yang dia boleh tgk mayat. Aku macam hmm alaaaaah. hm tak pelah kalau mak dia dah cakap macam tu. Lepastu ratna kata kalau mai nak pergi,pergilah. haha. Aku pun ws si nawal suruh jagakan 2 tempat kekosongan. Hehe. 

Keesokan harinya, masa balik, nawal bagi borang untuk isi. tapi ratna pegang jugak borang tu manalah tahu kot kot mak dia bagi ke. Dia pun akur dengan kata maknya, dan tanya siapa nak pergi dalam group meja kitaorg. Ayuni yang menawarkan dirinya sebagai pengganti ratna. Aku macam krik krik. Wohooo, partner yang aku paling rapat ratna je. hahah walaupun satu meja , tapi aku berasa kekok . hahaha ahh tak kisahlah. Macam mana seterusnya ? Nantikan... aku nak layan Masquerade. hahahah

3 comments:

Ayoiii....takutnya...x sanggup kalo saya...tpi hakikatnya kita pun akn jadi mayat..nnt

Anonymous said... [Reply]

^ pakwe ke mai hahahah

Hahahaah apa huda ? dia blogger lah. hahahahahahahaha